Saturday 21 November 2015

bad things do happen.

oh wow. it's been months since i last updated. last entry aku tulis masa sebelum masuk sem 3. lama bapak weyyy! banyak benda dah jadi sepanjang 2 bulan lebih dlm sem iniii. okay lah nak cerita sikit2.

The Hardship Is Real.

cabaran dan dugaan sem ni lebih dahsyat drpd sem yg lepas. kalau sem lepas aku depressed bcs i lost my father, sem ni lain pulak citenya. aku dan beberapa lagi kawan yg sekelas dulu bersetuju untuk tukar kelas. reason dia takyah la tahu. so...i thought it was as easy as it sounds. no, i was totally wrong. first, dapat classmates baru aka budak2 penerapan yg agak skema dan lain drpd yg lain. dorang mcm...it's hard to explain tp attitude dorang mmg semacam lah and agak nyebelin *pada awalnya* next, disebabkan hanya masuk kelas 10 minit lambat, aku dan kwn2 dimalukan di hdpn kelas. itulah permulaannya. aku dan kwn2 yg dimalukan tu terus drop that course. tak pernah dlm hidup aku, sepanjang sekolah atau diploma bertahun-tahun, ada masalah dengan pensyarah sampai drop course bagai. this is serious matter so aku agak kecut jugaklah time tu. bila jumpa koordinator program, he suggested us to just drop the course and extend the sem. ya Allah...the word extend tu sendiri dah menggerunkan. of course la we were not giving up. so kitorang tarik satu subjek sem dpn ke sem ni. ingatkan boleh settle gitu je. no. kena cari kelas yg tak clash dgn jadual dlm sistem supaya boleh daftar course yg ditarik tu. Allah...masih terasa peritnya semua tu bila diingat balik. pendek cerita, sampai tak boleh rasa senang langsung lah. sebabnya bila dah senang dan lega tu sebenarnya masih ada benda buruk yg menanti untuk terjah. lesson learned.




Rumah Sewa.

i never agreed to the fact that staying together with your classmates is fun. never ever. sebabnya dah merasa. bukan nak cakap aku baik tapi AT LEAST im better than them. meh sini nak share some rules yang simple tp mungkin setengah orang anggap remeh.

1. bila dah serumah, jangan berkira. unless kalau kau sewa bilik sahaja.
2. tolong jangan guna air dan elektrik sesuka hati mcm kau sorang je yg bayar bil.
3. basuh pinggan mangkuk cawan dll bila dah guna. jangan ingat ada org lain yg nak basuhkan.
4. take turn cuci toilet. guna tahu, cuci malas. please jangan selfish.
5. kalau ada housemate yg bawa kereta/motor, jangan la take advantage. tumpang bayar la duit minyak. jangan buat dia mcm driver tak berbayar kau, call bila diperlukan, just don't.
6. jangan makan/habiskan makanan orang sesuka hati kau lagi2 tanpa izin. tahu hukum kan?
7. peti sejuk bukan kau sorang je guna so please limitkan mknn yang nak disejukkan tu.
8. sampah jangan biar sampai berulat. agak2 dah penuh tu ganti la. jangan tunggu orang lain buat.
9. kain baju di ampaian kalau dah kering pandai2 la angkat. you're not the only one doing the laundry.
10. saling menegur mana yg salah. jangan sikit2 nak tarik muka. boleh cari rumah lain la kalau gitu.

mungkin tu semua nampak kecik je tapi benda2 kecik nilah yang boleh menimbulkan masalah kat orang lain dlm rumah tu. all you need is consideration.




Family Loss

okay this one is unexpected. ajal maut Allah je yang tahu. my mum's cousin aka my uncle has passed away on friday, 23/10/15. sakitnya lebih kurang sama dgn arwah ayah. also was submitted to the same hospital, same icu. friday tu patutnya aku kena join program wajib yang aku dah skip sem lepas. couldn't help it, last semester tak pergi bcs beberapa hari sebelum tu ayah pergi. this time my uncle pulak. takkan la aku nak bercamping while my family tengah berkabung. so my reason is accepted by the lecturer. but still kena pergilah kem tu sem depan. adoyai




Jerebu & Banjir

as we all know, masa jerebu haritu Shah Alam punya bacaan ipu paling tinggi. and of course it affected puncak alam jugak. banyak jugaklah kelas cancel and kelas ganti. and sekarang datang musim tengkujuh, who would know PUNCAK alam boleh banjir teruk sampai masuk berita. aku duduk fasa 3 so tak affect sangat, alhamdulillah. tapi yang paling teruk ialah fasa 2 sebab air naik sampai paras paha. kesian rumah sewa student yang kena tu. ada jugak yang tak dapat balik ke rumah sewa memasing sbb jalan ditutup, kete takleh lalu. even bus pun takleh gerak. dalam situation mcm tu nampaklah warga puncak alam saling membantu dan sangat prihatin. hari isnin banyak kelas cancel sebab depan mcd near uitm air masih tak surut so takleh lalu. bahagia betul aku tidur haritu hahaha sistem perparitan dekat puncak alam memang zero. gambar jerebu dan banjir boleh pergi cari sendiri ya.




itulah sedikit sebanyak yang berlaku sepanjang sem ni hahaa semoga berjumpa lagi dlm next entry.

Friday 4 September 2015

New semester is going to begin soon!

annyeong September. tak lambat sangat kan nak welcome favourite month aku ni hahaha why fav month? of course lew bcs it is my birthday month. eleh birthday month je fav month. ehhh sukati aku ah. tell me siapa yg tak suka bulan kelahiran sendiri? tell me tell me pls dont tell ahaks. okay la bulan2 lain pun suka jugak, kalau takde january february march april may june july and august, tak sampai la september. and kalau takde october november dan december, tak sampai lah ke januari yg memulakan segalanya. jap skang ni nak cite pasal bulan ke apa ni?

so, semester break is gonna end, very soon. isnin depan insyaAllah dah start kelas. Tuhan je tahu betapa malas dan tak semangatnya aku nak balik palam. i dont belong there. i dont want to. starting from this semester, aku duduk rumah sewa dekat luar kampus. semakin liatlah nak ke kelas. semakin bnyk lah ponteng kelas. well, cannot blame me lah, im only human. lol

and of course, aku.. i mean kami (me and my classmate) masih tak baik dgn pompuan2 tu. aigoo malasnya nak hadap dorang. dah la sekelas. aku fikir pegi kelas balik kelas je. tolong lah jangan ada apa2 benda yang memerlukan aku dgn dorang berkomunikasi. i still cannot accept the fact that dia mengata blakang kitorang without actually telling what we did wrong. at least bagitahu lah apa salah kitorang. coward, attention seeker. that's it. do and say what you want, jangan kacau hidup aku.



oh semester 3, please habis cepat.


oh tengoklah dia ni. baru mintak tolong packing sikit -_- ok gtg nak kejutkan diaa!


Thursday 27 August 2015

Disaster!

helluuuuuu! my semester 2's result is a total disaster!!!!! hwaaaaaaaaaaaa! sepanjang aku belajar aku rasa this time aku paling frustrated dgn diri sendiri. to be honest, aku rasa life is unfair, to me. because aku baru masuk degree, then ayah meninggal. aku depressed gila2 sampai ada satu masa aku rasa takde guna aku teruskan semua yg aku tengah buat sekarang. aku rasa kosong sangat2 even though family and kawan2 rapat semua ada dgn aku, bagi kata2 semangat but still deep down no one knows how i exactly feel. dan sebab aku depressed tulah aku tak belajar, aku pergi kelas sekadar nak penuhkan attendance. selalunya kalau ada test or quiz aku akan revise, sampai aku puas hati. tapi haritu aku revise, bila tak masuk aku terus tutup buku. aku tidur. aku jadi cepat give up. boleh dikatakan most of the time aku tidur je kat sana. i failed some tests, thats why carry marks aku rendah, dan hasilnya result exam pun tak gempak lah. dulu hanya A dan B, sekarang hanya B dan C. how disappointing kan. paling sedih, bila aku bagitahu mak aku, dia diam tak cakap banyak. i even showed her my result, tak smpai berapa saat dia tengok. oh Allah kecewa sangat ke dia kat aku? lepas tu aku diam terus tak cakap pasal result. sensitif bila dgr orang sebut pasal result. i dont care anymore. i was depressed and stressed. i wish i was strong enough.


gambar masa part 1 diploma haha masa koko

but then, Allah takkan uji kalau hambaNya tak mampu kan? thats what i thought to myself bila aku rasa hidup ni tak adil. mungkin ada hikmah yg tersorok, we never know. yg gagal jadi berjaya, yg pergi Allah gantikan dgn rezeki lain. yg sedih Allah berikan berita gembira. cuma kita tak tahu bila. we just have to believe in Allah SWT.

Monday 3 August 2015

Degree life.

hello. sebulan lebih jugaklah kan tak update blog ni. blogging ni requires time and effort. kadang2 tu dah ada isi tapi malas. kadang2 tengah rajin nak update tapi taktau nak cerita apa. ha tengok belum apa2 mukadimah dah merapu.


black | Tumblr


okay since aku ni boleh dikatakan freshie dekat uitm tu, nak cerita sikitlah life aku sebagai degree student. dulu lecturer aku masa diploma pernah cakap, antara diploma, degree, master and phd, degree lah yang paling susah dlm level of study tu. dan memang betul. separuh nyawa jugaklah aku nak menghabiskan satu sem ni *hiperbola*




since aku student penerapan, aku terus masuk ke sem 2. jujur aku malas nak cerita, tapi berniat nak kongsi kesengsaraan yg aku hadapi sem ni T.T aku ambek kos human resource (hr) patutnya 3 tahun tp aku student penerapan yg masuk dari diploma and daripada kos under fakulti yg sama so dptlah buat credit transfer. masa sblm apply kos ni aku cuak jugak sbb orang kata kos ni meluas so macam2 benda akan dipelajari. tapi ramai kata kos ni banyak peluang kerja so aku pun terpengaruh dgn bisikan2 mereka *salahkan orang pulak*

setelah buat credit transfer masa awal2 sem, dapatlah aku drop beberapa subjek yg dah belajar masa diploma dulu termasuklah koko. bila tengok balik, takdelah banyak mana pun subjek yg kena drop tu. patutnya sem 2 aku ambek lima subjek je. tapi sebab ada dua subjek sem 1 yg tak dpt drop, kena la bawak subjek2 tu ke sem 2 making it 7 subjects for semester 2. 7 subjects for a sem sounds normal but 7 tough papers for a final exam is insane. mungkin itulah yg paling membunuh aku sem ni.

let me tell you, kalau diploma dulu semua benda lecturer suap, tidak lagi masa degree. for example, dulu assignment, lecturer bagi guideline and dia akan terangkan apa kena buat, mcm mana nak buat. degree ni, dia senyap for some quite time, suddenly dia tanya, okay mcm mana dgn progress assignment awak? how is the group project so far? and student pun huh? hah? apa dia? assignment apa? thats normal i guess untuk typical student. untuk student yg concern benda mcm ni takkan terjadi because they have initiative untuk ambil tahu segala benda. mcm aku, my group members semua tahu ada group assignment tp biasa lah, buat last minute. but i was kinda shock jugak sbnrnya bila lecturer tu sergah tanya pasal assignment. not used to it, just yet. tp tak semua lecturer begitu ya.


kalau hujan kat palam mmg sedap la tidur Zzz

bila dah tahu ada banyak subjek dan nak kena cover banyak chapters, pandai2 lah rajinkan diri untuk study and buat revision. sila jangan jadi macam aku yang balik2 kelas terus landing atas katil, main hp dan tidur. thats so not good for a degree student. aku banyak buang masa. i thought aku akan survive mcm mana masa diploma aku buang masa tp still boleh catch up. no, not for degree life, don't do it.




hujung2 sem adalah masa yang paling sesak, rumit, kelam kabut dan serabut untuk student sebab time tu lah nak kena submit assignments, group projects, time tulah lecturer kau nak buat test, quiz dan sebagainya. jenis yang suka tangguh and buat last minit tu mohon pandai mengendalikan stress sebab berani buat berani tanggung lah kan. kalau taknak jadi gila, buatlah assignment anda awal2 sebab tak kira lah kau kos apa, hujung sem adalah waktu paling serabut. macam aku haritu ntah berapa assignment and take home tests aku buat serentak sbb kesuntukan masa. padan mukalah siapa suruh tangguh kerja kan. aku sampai nak menangis nak menjerit nak semuanya lah.


baby dont cry :(
lebih kurang ceni lah aku time tu

final lagi seronok, orang lain dah nak habis paper kitorang baru nak mula :') last paper aku, 5 hari sebelum raya. memang balik kl tak rasa mcm nak raya sebab lama terperuk kat palam tu mereput. habis je sem memang aku lupa terus pasal segala penderitaan dan kesengsaraan aku sepanjang menempuh sem 2 ni. taknak ingat dah. heaven is all mine bila sampai rumah.


-

Friday 19 June 2015

Dugaan pada Ramadhan kedua.

masa awal2 sem dulu aku mmg orang yg paling bahagia. sebab apa? sebulan takde kelas due to some problems. but then i told my friend, buat apa la senang2 dulu kalau menderitanya kemudian? T_T and 'penderitaan' aku bermula lepas cuti gawai yg seminggu tu. assignments yg pending dari awal sem campur pulak dgn assignments and tests yg lecturers bagi last minute. i was so stressed like seriously dah la final tujuh paper. last few days i havent slept for 3 nights straight, completing my assignments and take home tests. dgn individual assignment, group assignment, masalah cooperation dr team members lagi. one by one assignment semua disiapkan dan dah submit, until the last one yg kami submit tadi.

now baru nak cerita the real story. i finished my individual assignment for subjek operations management (opm) dlm pukul 3 mcm tu. 3am not 3pm okay. then i started with the group assignment, kena buat part aku. to make it easier to understand, kitorang kena cari satu company and cerita pasal opm dia. aku siapkan part aku then after that pergi rumah my classmate which also my jiran depan rumahh untuk compile dan print since she got a printer. masa tengah compile tu secara tak sengaja mata aku terpandang laptop dia, i saw cadbury logo. then i asked her, 'weh kita buat cadbury ke??' pastu dia jawab ha yelah kan dah discuss petang tadi. guess what? aku buat pasal adidas and i seriously felt like screaming at that time. classmate aku tu mcm ya Tuhaaaan kau ni kenapaaaa ahahaha aku rasa mcm dah tak betul. then i have to redo my parts but with cadbury. masa tu dah pukul 5 wei orang bangun nak sahur yg aku ni pulak tak tidur menyiapkan assignment.

no, that is not the main dugaan. dlm pukul 7 part aku tu siap, classmate aku tu dia tidur tp dia pesan dah siap nanti kejut dia compile and printkan. i wasap her ckp dah siap but she didnt read, i guess she was still sleeping and i was so sleepy, mata mmg dah tak tahan so malas nakgi rumah classmate iols tu lagipun dia tgh tidur, tak smpai hati nak kacau. we have opm class at 9:30am and i slept at 7am. bajet dlm pukul 8 bangun compile print siap2 apa semua lah kan. alarm dah diset setiap 5 minit with full volume.

aku terjaga sbb ada orang call, aku pun angkat because that was my classmate yg call tu. dia tanya dah siap ke belum then aku jawab belum, tunggu jap ya baru bangun. bunyi mcm dia nak marah aku sbb dia tanya dah pukul berapa dah ni tak siap lagi, office sir dekat shah alam nanti kalau dia dah balik sana mcm mana nak hantar? aku usha phone screen, dah pukul 11. then i got it. dia tnya pasal assignment tu, bkn tanya aku dah bersiap ke belum hahaha no, not funny. so aku terus rushing pegi bilik dia dan serahkan pendrive aku. dia kata kenapa tak kejut dia bla bla bla kena bebel aku pagi2. salah aku jugaklah sbb tak kejut dia, kalau tak even if kita overslept pun masih sempat nak submit sebab dah siap compile and print. now we only worried about 'what if sir balik ke shah alam' je. lain hal tak kira dah.

i texted sir tanya if around 12pm dia still ada dlm campus tak, kami nak hantar assignment. kelas kitorang tu actually habis pukul 12:20 but takut dia dismiss awal kan. no reply. cmate aku boleh tanya aku, mcm mana kalau sir dah balik shah alam? i said, no that was impossible lah, kita mesti sempat hantar punya. siap compile, cmate aku tu suh aku p binding dulu assignment2 tu bcs dia nak mandi dan siap. masa dia compile tadi aku dah bersiap apa smua. dah la hari jumaat, risau lah kedai2 fotostat dlm kampus ni tutup sbb orang nakgi solat jumaat. so i walked to angsana, the door was opened so masih ada harapan. masuk2 je abg tu kata, dik nak tutup dah la. i was hampa but i didnt give up kat situ je. nak binding je, i said. nak binding pun, he said. kejap je~ i said. kejap pun, he said. finally dia buatkan jugak untuk aku dan orang belakang aku. dan masa abg tu tengah binding assignment2 tu... i got a text message.




do u know where PFI is?????? that building is in my campussssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :'))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))) rasa nak menangis time tu jugak. aku punya la berlari sana sini tungkus lumus rushing kejar masa nak siapkan assignment sbb takut tak sempat submit... rupanya office dia kat puncak alam je :') but at least kitorang tk perlu rushing lagi dah. nak hantar assignment je pun tapi cabaran yg kena tempuh tu macam2.

suppose aku balik rumah harini but i was too tired to even move. disebabkan ingat harini akan berbuka dekat rumah, takde la aku tinggalkan apa2 untuk makan. air pun takde. so nak makan megi and buat air pakai air coway kat luar tu. beberapa minit nak azan maghrib, aku pegi ambik air coway untuk buat air dan rebus megi. guess what? air tu habis, kering. so tak dapat buat air, apalagi nak rebus megi. since dah azan aku terpaksa minta dekat housemate air dia sikit. and masuk bilik aku balik i saw dlm water heater ada lebihan air. aku masak air tu sbb dah terdesak. dapatlah rebus megi. tapi tekak masih kering sbb tak minum apa2 selain seteguk soya masa berbuka tadi. idk why harini mcm malang sangat nasib aku. sedih tak?

Sunday 31 May 2015

hmm

tulis pasal hari konvo semalam, teringat hari graduasi masa kat sekolah dulu. dan bila godek2 post dekat blog ni balik, terjumpa video ni.





I miss school life where there's not much to think. where you don't have to be serious all the time. where I don't feel underestimated. how I wish I could turn back time to the era where I don't get hurt as much as I do now.

Convocation Day!

Last two weeks on Wednesday was my convocation day dekat uitm seri iskandar. it was my first time, yelah dulu time graduasi sekolah kejap je sarung jubah and topi pastu kena pass kat orang lain lak pakai. this time, me and my roommate gigih naik ets ke peghak untuk ambil jubah but not on that day la, dua hari sebelum convo day tu. let the pictures tell lah ^^


masa tengah dengar taklimat




saranghae~ some pics from pre-convo

masa dlm diak tu, yaya pandang aku n buat muka sayu. then suddenly she said, 'bebe, kita sama'... i was blur at first but then i got it. both of our fathers werent there to watch us. walaupun we have diff story pasai ayah kami, but yes aku pasti kitorang rasa benda yg sama waktu tu. most of our friends datang dgn mak ayah. terus yaya peluk aku dgn mata berlinang, aku pun jadi sebak lah. aku sebenarnya takmau fikir pasal ayah time tu *not that i forgot abt him* it's just aku taknak rosakkan mood nak konvo tu. tapi tengok yaya mcm nak nangis tu aku pun berlinang la air mata. then we hugged each other, sharing the feels. :')


dalam diak

masa beratur nak ke dewan besar, sempat mata aku mencari kelibat adik2 and makteh. nampak pun! then kitorang pun saling melambai lah dari jauh. knowing that they were there to watch me, baru semangat tu naik sikit hihi masuk ja dewan kami semua jalan atas red carpet wuuu perasaan tu lain mcm, tak dinafikan ada sedikit rasa bangga dengan diri sendiri kerana berjaya sampai ke tahap ni. masa jalan atas red carpet tu para ibu bapa dan tetamu pun masing2 angkat phone dan camera untuk ambil gambar anak masing2. mata aku pun meliar lah cari mama and uwan. since satu kad jemputan hanya membenarkan dua orang tetamu saja masuk, so mama dengan uwan lah yg akan tengok aku naik stage dlm dewan tu. sayang ayah pergi dua bulan awal sebelum aku konvo :') kalau tak mesti ayah yg akan belikan akak bunga kan ayah?




i was a little bit nervous, not that i've never been on stage, also not that im trying to brag here, tapi sebab suasana dia. i mean, this is istiadat konvokesyen. nak nak pulak time tu tengah hot cerita pasal selfie atas stage tu. takut la jugak kot2 aku tersadung ke, kain terselak ke, topi jatuh ke, mcm2 lah fikir time tu.



but alhamdulillah, everything went well. after the ceremony, kami sempat juga la bergambar sekelas. lepas tu masing2 dah dgn family masing2. apa-apa pun, congratulations lah kepada teman2 seperjuangan, and thanks juga to all my lecturers untuk semua ilmu yg dicurahkan kat kami. terima kasih kpd semua yang terlibat sepanjang dua tahun setengah aku kat seri iskandar tu.




dan paling takkan dilupakan kepada mama and family especially kepada arwah ayah yg susah payah hantar belajar ke perak naik van, sampai la van tu rosak dan dah dijual pun. truth to be told, ayahlah yg paling banyak berkorban sepanjang aku diploma. bertemankan mama hantar aku tiap2 sem baru, angkutkan barang2 aku naik kolej, jemput aku tiap kali habis semester. topupkan aku, bayarkan bill broadband. how i wish you were there next to mama, tengok akak naik pentas. tapi Allah lagi sayangkan ayah. akak tahu ayah tengok dari atas kan? kakak tahu ayah bangga dgn kakak walaupun ayah tak pernah cakap. kakak rindu ayah sangat2. gambar konvo tak complete takde ayah. tak complete gambar mama cium pipi akak sebab ayah takde nak cium pipi kanan akak. apa pun akak redha, Allah has greater plans untuk kita semua ;') Al-Fatihah.


impian nak anc tak kesampaian so ambek berkat drpd selempang orang hahaha inshaaAllah for degree!


I'm officially an alumni of UiTM Seri Iskandar!

Saturday 23 May 2015

NEWBIE BLOGWALKING 2015 BY EYRA SAHA

Assalamualaikum and annyeong~~


tengah blogwalking tetiba terjumpa blog baru kak eyra and kebetulan dia ada buat segmen blogwalking so since tengah dlm mood blogwalking ni *sampai dlm satu ayat ada tiga BLOGWALKING* saya pun dengan senang hati join hiks. sebenarnya saya pembaca setia blog kak eyra since zaman ppj dulu mwehehe ntah dia ingat ke tak dekat haku ni ha

Friday 22 May 2015

Segmen Blogwalking & Throwback By NaD Dea



Assalamualaikum and annyeonghaseyo~
this is my very first time join blogwalking. selalunya tengok je orang lain buat, teringin juga nak join tapi baru sekarang bebetul terjebak bahaha

okay first of all, kenapa saya (cewah 'saya'. join blogwalking kenalah sopan2 hokayyy :p) memilih untuk menggunakan url blog yang sekarang ni...
to be honest, this is my second blog sebab yang first sudah dihapuskan so that's why blog ni takde followers sobsss dan dah banyak kali jugalah tukar2 url blog sebab seronok. hahaha okay lari topik. coloursthaticantchange tu sebenarnya diambil dari lirik lagu Story of My Life by One Direction. yaaa saya peminat One Direction :3 dan lagu tu sangat sentimental bagi saya.

dan kenapa saya terjebak dalam dunia blogging ni yaaa~ hmm boleh tak saya tukar ciked soalan tu kepada 'bagaimana boleh terjebak'? alaa bolehlah ehh *winkwink* saya start blogging sejak form 5 iaitu pada tahun 2011 sebab terpengaruh dgn classmates lah ni. last2 kan dorang punya blog menyepi dan bersawang. saya sorang je yang gigih blogging sekarang ni -_- tapi takpelah, at least saya jumpa tempat untuk saya bercerita macam2 benda since saya memang suka menulis (: tak menyesal join dunia blogging sebab memang besttt!

last but not least, if any other bloggers yang terbaca entri saya ni dan berminat nak join, boleh klik sini yaaa~ tarikh tutup : 8 Jun 2015 bersamaan dgn hari Isnin.

annyeong~


Tuesday 28 April 2015

March 2015: A Tough Month.

assalamualaikum. alhamdulillah, masih berpeluang untuk menulis lagi kat blog ni. this time, I'm physically, mentally and emotionally ready untuk berkongsi sikit tentang peristiwa yg berlaku kat kami sekeluarga. bismillah..

november 2014, i guess was the best month of 2014 for me and my family sebabnya for the first time kami pergi ke langkawi satu family. ayah, mama, aku dan adik2. we were happy. sangat bahagia. balik drpd langkawi, semuanya berjalan seperti biasa. my parents went for work, adik2 belajar dan aku teruskan menganggur. sempat juga balik kampung dlm bulan december sebab atuk baru lepas operation buang selaput mata.

hujung december, ayah start demam2, batuk2. mula2 ingat demam biasa sebab overworking ke kan. entah kenapa tak elok2 and bila malam je dia sejuk menggigil. aku kurang ingat tapi mama ada bawak ayah pergi jumpa ustaz. ustaz tu kata ayah demam sebab kena sampuk. mungkin terserempak dgn 'benda' tu masa kat kampung haritu. and i was like, dah lama dah balik kampung tuuu. paling teruk, perut ayah kembung semacam and kaki dia bengkak, bila dipicit terasa lembut mcm ada air. masa tu barulah ayah pergi terus ke hospital untuk check.

at first i thought my 2015 was going to be just fine but unfortunately in january, ayah was submitted to hkl due to low blood pressure. after checkup, doktor kata jantung ayah lemah, bengkak2 tu sebab penuh air, even paru-paru pun berair. bila mama texted inform benda tu, I was like, ya Allah. air mata aku bergenang, paru-paru berair, jantung lemah? those are the main organs tau. risau tu hanya Tuhan je tahu. masa tu, aku nak sangat pergi tengok ayah. tapi at the same time juga aku tak sanggup nak tengok ayah. aku jenis yang tak boleh tengok orang yg aku sayang dlm kesusahan. i will straight away menangis kat situ jugak.

the day after, aku pergi melawat ayah. i told myself, dont cry, dont be sad, ayah will be fine. but i failed. sampai je wad, aku tengok ayah tengah tidur. badan dia ada tiga wayar bersambung ke mesin yg indicate denyutan jantung. air mata aku bergenang jugak, tak dapat tahan. siapa la yang sanggup tengok ayah dia dalam keadaan mcm tu? orang lain mungkin boleh tahan tapi bukan aku. aku tak kuat. hari2 kami (aku dan mama sbb adik sekolah) pergi melawat ayah. dan boleh dikatakan hari2 jugaklah air mataku bergenang, even dlm teksi nak ke hkl tu aku menangis senyap2. sangat pilu kan

sebenarnya ayah tak nampak mcm orang sakit pun. kaki dia pun dah tak bengkak dan dia makan mcm biasa. siap suruh orang ambek gambar dia and sent kat kerani tempat kerja dia hahaa :') perangai ayah pun mcm selalu, tak berubah hihi cuma dia takleh penat atau mengah. jantung lemah kan. lebih kurang seminggu dekat hospital, ayah discharged dgn ubat2 yang dibekalkan farmasi hkl tu.

hari berjalan mcm biasa sampai la satu hari tu aku tengok ayah semakin cengkung. kurus sangat2. muka ayah drpd berisi dah boleh nampak tengkorak rahang. ayah tak boleh makan. dia ada selera tp bila makanan masuk mulut, dia muntah balik. dia hanya makan buah dan minum milo o. mama yg jaga ayah tiap2 malam bila ayah menggigil. mama sampai ckp, 'taktau lah kenapa ayah kau tak elok2 ni' aku sendiri nampak, batuk ayah semakin teruk, ayah jalan agak membongkok sikit dan berat badan ayah susut secara drastik. but still ayah pergi kerja. ada satu hari tu hari sabtu pun pergi kerja jugak. ada kerja tak siap katanya

sampaila satu hari, jiran sebelah rumah kitorang dtg jenguk. dia nurse. dia kata ntah kenapa hati dia terdetik teringatkan ayah tiba2, tu yg dia datang. masa dia tengok ayah, dia sangat2 terkejut. hampir tak kenal bila tengok ayah. sebab ayah terlampau cengkung. dia mintak mama tunjukkan ubat2 yg farmasi hkl bagi, guess what, ada ubat yg tak patut ayah makan, ayah makan. hati aku time tu geram dia Allah saja la yg tahu. aku ingat lagi nurse tu cakap, 'they dont care pun pasal kita. kita bukan family dia' hati aku sakit sangat. pendek kata, nurse tu cuba sampaikan yang ayah mungkin dah overdosed ambil ubat. Allahu, dugaan sangat masa tu dan yang pasti tiada siapa paham.

ayah cuba tak makan ubat yg tak perlu tu, tapi tetap sama. ayah still pergi kerja sampailah cuti tahun baru cina, ayah cuti seminggu. cuti2 pun ayah still hantar mama pergi kerja but at that time, since ayah sakit, aku temankan sekali. sekali sekala aku terlewat jaga ayah bukan nak kejut, dia pergi je hantar mama sorang2. pergi ambik mama balik kerja pun kalau aku tidur, ayah takkan kejut. bila aku bangun aku rasa serba salah and risau.

tarikh nak masuk degree pulak semakin dekat, mama risau ayah tak dapat hantar aku walaupun ke puncak alam je. aku ingat lagi, aku teman ayah pergi tempat kerja sebab nak ambek angpow and ada makan2. at first, ayah duduk dlm kereta je dia malas nak keluar. dengan mask dia, baring kat passenger seat. idk why tp masatu aku rasa dekat sangat dengan ayah. tak macam waktu2 sebelum ni bila aku berdua je dgn dia. sepanjang perjalanan kami sekitar shah alam tu, ayah banyak cakap. not really la tapi better than sebelum2 ni bila kami berdua alone. antara baris2 ayat yg aku ingat ayah cakap;

"mcm nilah ayah pergi kerja setiap pagi" *dia refer kpd perjalanan yg jauh ke shah alam and honestly ada rasa sedikit sebak kat hati ni. ayah ulang alik dr gombak ke shah alam hanya untuk cari duit untuk kami satu family*
"kilang proton" *sambil pandang ke kilang proton kat tepi jalan*
"nanti kat sini ada stesen baru" *projek pembinaan lrt untuk stesen yg dekat2 one utama tu*
dan kami ada borak pasal apa lagi tah.

aku drive, ayah tunjuk jalan. ada satu masa tu, ayah suruh aku ambek simpang kanan siap dgn hand gesture lagi, tp mulut dia sebut 'kiri, kiri' i was confused tp i assumed that ayah tersalah cakap. sempat jugak kami singgah public ke cimb bank ntah, ayah ajar aku masukkan cek. paling best, kami pergi tengok kampus puncak alam for the first time. sebab ayah nak tau jalan kesana.

hari sabtu which is hari mendaftar diri di kampus, bukan ayah yg drive hantar aku ke puncak alam tapi pakcik. but still ayah duduk dekat seblah driver seat. dia dah tak larat. sampai sana pun dia tak keluar dr kereta, tak naik atas pun tengok kolej aku. ayah sangat3 tak larat. barang2 semua aku angkut sendiri dgn bantuan mama, adik and pakcik. masa family aku dah nak balik, aku salam semua orang termasuk ayah. sempat dia hulur duit dlm tangan aku, dan entah kenapa, for the first time in forever, masa salam and cium tangan ayah tu, aku cium dua2 belah pipi ayah mcm aku selalu buat kat mama and uwan. i just wanted to do it. and with that, aku menangis senyap2, sebak tiba2.

days by days aku menjalani hari2 permulaan dekat puncak alam dgn rasa terseksa. mungkin dah dugaan aku masatu sebagai pelajar degree yang baru. tak sampai seminggu duduk palam, dpt mesej drpd mama, bgtahu ayah kena submitted lagi kat hkl, emergency ward. tekanan darah ayah tersangat rendah. tgh malam pulak tu. anak mana la yg tak risau dpt berita mcm tu. aku mula lah gelisah masatu.

long story short, doktor kata paru2 ayah ada jangkitan kuman. demam ayah tak kebah2. yg menyedihkan aku bila mama kata, ingatan ayah tak berapa elok. ada satu hari dia call mama cakap yg dia nak discharged dah, dah ada kat bawah. padahal bila mama sampai, dia masih atas katil hospital. setiap hari aku mesej mama tanya ayah macam mana. risau jangan cakap lah. semua benda aku buat rasa tak kena. perasaan nak balik tu membuak-buak sangat.

12 March 2015, mama mesej mintak aku balik cepat sebab pagi jumaat tu ayah ada operation nak buang nanah dekat belakang badan dia. doktor cakap pembedahan tu berisiko tinggi sebab keadaan ayah yg lemah. jantung aku rasa nak gugur bila baca mesej tu. tak pernah2 mama suruh skip kelas untuk balik awal, so that was serious. esoknya, aku balik dgn nad naik kereta dgn parents dia. aku masih boleh bergelak dan berlawak, deep down Allah knows how worried I was at that time. dan setiap mesej drpd mama ada terselit 'doakan ayah'.

mama call bagitahu operation dah habis and ayah masih tak sedarkan diri. doktor masukkan ubat untuk stabilkan blood pressure dia yg terlampau rendah. sampai je kat hospital, ada ramai family member yg lain. ayah masih bertopi bedah tu, dgn bantuan gas oksigen melekap. i hold my tears back, trying hard not to cry in front of family members yang lain. i came near ayah and time tu juga, air mata tumpah, sambil tangan menggenggam dan mengusap-usap tangan ayah yg mcm bengkak je tu. ada waktu-waktunya ayah terjaga, dan yg paling aku ingat bila kakak aku tanya dia, ni siapa? *sambil tunjuk aku* sedih dia tak dapat diungkap bila ayah hanya geleng. ada satu masa pulak, dia cakap kat aku, 'cas henpon kecik tu' aku pelik. phone apa yg ayah cakap? aku tanya mama, mama cakap ayah mmg mcm tu. dia tak ingat yg phone dia dah hilang. sedihnya ya Allah.

petang tu blood pressure ayah jatuh teruk sampai doktor cakap kat kami terpaksa guna defibrillator *alat untuk bagi kejutan elektrik dekat jantung* untuk stabilkan balik bp ayah. dlm keadaan ayah yg tengah lemah tu mmg kitorang risau gila. but that was the only choice the doctor had, nak taknak kena buat jugak. uwan paling tak setuju sbb dia cakap ada orang lepas kena kejutan elektrik tu terus 'jalan'. ada pesakit india dekat wad tu baru meninggal juga lepas diberi kejutan elektrik tu. mama tenang je dia kata 'doktor dah takde jalan lain. kita berdoa jelah. kalau umur dia panjang dia okay lah. kalau dah sampai sini je kita redha je.' aku dah terduduk menyandar dekat tiang hospital tu sambil mata pandang ke katil ayah yg tgh dikerumuni doktor. aku just nampak tirai biru dan belakang doktor and nurses. uwan pun dah terduduk atas lantai, dia risau sangat sampai mama pun jadi risau kat dia.

lama kami tunggu, kerja doktor pun dah selesai. bp ayah dah stabil but of course ayah tak sedarkan diri. the doctor and nurses tak henti follow up perkembangan ayah. kami dah start baca yaasin dan surah al-fatihah serta mengucap kat telinga ayah sbb ayah dah dlm keadaan nazak. mata bengkak tak usah cakaplah. tak peduli dah semua tu. ayah sepatutnya dirawat dlm icu tapi icu penuh. tengah malam jugaklah baru ayah dipindahkan ke wad icu. dan malam tu aku dgn mama bermalam dkat dpn icu.

masa ayah dlm icu tu mmg hari2 ada orang dtg melawat. aku jadi terharu, ayah tak ramai kenalan pun, tak banyak ckp pun. tp jumlah ahli keluarga yg dtg melawat unexpected. yg dr kampung pun dtg kl melawat. dan boleh dikatakan setiap kali aku masuk dlm icu tu untk tengok ayah, aku menangis. sebak, pilu tengok ayah dlm keadaan berwayar sana sini tak sedarkan diri. keluar dr wad icu tu mataku akan bengkak. aku ingat setiap perkataan yg doktor ckp kat aku ngan mama. doktor mmg terus terang, straight to the point tanpa berkias-kias sbb dia taknak bagi harapan tinggi kat kami. walaupun pada mulanya aku mcm tersentak bila doktor ckp mcm tu, lama2 aku boleh terima. aku sebenarnya dlm keadaan half ready dgn segala kemungkinan yg akan berlaku.

16 Mac 2015/ Isnin:
siang tu aku dtg hospital mcm biasa sbb malam tadi mama dgn adik lelaki aku yg bermalam dpn icu. malam tadi jugaklah aku dpt call dr doktor tp disebabkan aku dekat rumah, dia cari mama dekat luar wad. rupanya bp ayah jatuh lagi sampai doktor terpaksa bagi kejutan elektrik untuk stabilkan balik. isnin tu, dlm pukul 4:30 petang, doktor kumpulkan kami anak beranak untuk cakap pasal ayah. aku mcm dah boleh agak apa doktor nak cakap dan aku malas nak ingat balik apa dia cakap. but, ayat yg keluar dr mulut doktor tu yg aku takleh lupa bila dia cakap;

'apa pun yg kami buat, sebenarnya harapan tu sangat tipis sebab organ2 utama dah rosak. jadi sekarang sebenarnya saya bagi dia berada dlm keadaan selesa. kita cuma hanya melambatkan apa yang dah pasti.'

melambatkan apa yg sudah pasti. by hearing that sentence, i was like, ya Allah. kuatkan aku. kakak2 aku dah start menangis. dorang serahkan dekat kami untuk buat keputusan. lepas dah tanya adik2 semua, dorang ikhlaskan ayah pergi. doktor bagi masa kat kami untuk bersama dgn ayah buat kali terakhir sebelum dia cabut wayar2, ubat dan alat bantuan dr ayah. kami tak henti2 bisik kalimah syahadah dekat telinga ayah. sesekali suakan air zam zam dlm mulut ayah. ada satu masa tu, masa aku mengucap dekat telinga ayah, mulut dia bergerak-gerak. aku lagi menangis sbb sebenarnya kami semua tahu dia dengar kami. sambil tengok ayah, sambil mata tengok mesin yg tunjuk bp and denyutan jantung ayah. bacaan bp mmg dah merah. dan perlahan-lahan aku tengok sendiri bacaan denyutan jantung ayah menurun dr 100 - 0.

tepat pukul 7:45pm ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir depan kami semua anak-anak dia. tak ada perasaan sesedih perasaan kehilangan orang yg kita sayang. tp perancangan Allah tu cantik. ayah pergi dgn tenang je, takde nampak dia struggle pun. seolah-olah dia pergi dlm tidur. aku dlm keadaan percaya dgn tak je masatu. but slowly aku terima, aku redha. mama is the strongest person I've ever known in this world. setiap kata-kata dia menenangkan aku yg tgh sedih masa tu. she is the reason why im still standing tall.

'til now it feels like yesterday aku bercakap dgn ayah, bergurau dgn dia dlm telefon dan memandu dgn dia kat sebelah. dah masuk sebulan lebih ayah pergi. kakak rindu ayah. semoga ayah tenang kat sana. Al-Fatihah.

Thursday 9 April 2015

Registration Day!

Hi y'all! first of all, kalau korang nak tahu pasal kos HR ni better baca entri aku yg ni -> BBA HRM sebab entri yg akan kutulis ni memang akan cerita pasal registration and kampus je. now, let's start!

okay few days before hari pendaftaran, aku dgn ayah dah pergi tengok dekat mana terletaknya uitm puncak alam ni. mmg rasa nak menangis sbb mmg jauh terperosok ke dlm T_T tu belum masuk dalam lagi. sampai kat pintu pagar depan je pastu u-turn hahaha tiba hari yg sebenar-benarnya, pakcik yang drive kereta sbb ayah sakit, dia tak larat. entah kenapa takde perasaan masuk ke tempat baru, rasa mcm biasa je mcm nak masuk sem baru kat seri iskandar dulu. this time yg pergi ngantar aku adalah orang2 yang sama hantar aku masuk diploma dulu, bezanya ada pakcik dan dekwan takde.

sesampainya di sana, untuk manusia yang pertama kali menjejakkan kaki kat kampus palam ni mmg agak terujalah jugak, tapi cover la takde sampai ternganga kahkah disebabkan aku nak sebilik dgn ainon, roommateku di seri iskandar, masa kereta stop dekat khemah kecik untuk tahu dpt kolej mana aku cakap kat akak senior tu, 'nak sebilik dgn orang belakang tau' dan yang lawaknya enon pun ckp benda sama kat akak tu, 'nak sebilik dgn org depan' hahaha lepaih tu akak tu kata kunci rumah ambik dekat atas ya. nampak kan semangat kami nak sebilik tu heh

lepas mendaftar dan dah confirm dapat serumah dan sebilik dgn enon, terus aku pergi dekat kereta di mana keluargaku sedang menunggu cewah kami dapat kolej casuarina 1. cantik kolej baru, ada 9 tingkat dan of course lah ada lif kennn. yg tolong angkat barang dah tentulah adik n pakcik aku. ayah tak naik sebab dia tak berdaya so dia just duduk dlm kereta dgn uwan :( tp uwan nak naik siap buat ayat sedih, takpelah korang naik jelah biar uwan dekat bawah je. mulut ckp taknak tapi sebagai cucu mithali kesayangan mestilah aku nampak yg uwan nak naik tgk bakal tmpt tinggal cucu dia ni. dah siap buat ayat sedih ingat aku nak biar je -_- habis je angkut barang, pergi makan dulu. nak tunaikan hajat uwan yg nak tengok rumah aku, kami bawak dia naik. 







sempat jugak dia tidur atas katil aku, rasmikan hahaha yg mama pulak aku ckp nanti barang2 tu biar aku unpack sendiri. tp biasalah i knew she wasn't gonna stay still tak buat pape, dia unpack jugak sikit2. aku tak sampai hati pulak tgk dia unpack sorang2 aku pun tolong unpack sekali walaupun penat dan mengantuk dan malas. long story short, lepas family balik aku pun terbongkang tidur atas katil baru.

disebabkan dapat roommate yang kaki jalan, malam tu kitorang dah merantau. jalan2 sekitar kampus nak tengok fakulti. kat sini ada dua bangunan untuk fpp. besttt hiks. then malam2 buta tu menuruni tangga kejayaan atau tangga puaka atau apa2 jelah nama gelaran untuk tangga tu. dah puas merayau mcm kutu kat bawah, the worst part of that night, nak panjat balik tangga puaka tu T.T sampai je atas lutut dah longgar mcm apa. menggigil kepala lutut -_-




pasal makan dekat sini tak perlu dirisaukan. ada banyak kafe dlm kampus ni. stall pun banyak. jalan sikit nampak, jalan sikit nampak. so sesiapa yg rasa akan kurus kalau duduk kat palam ni sila jangan berharap sangat k.

belum cerita pasal kos lagi dah berjela cerita pasal benda lain hahaha tbh malas nak cerita mcm mana aku hadap semua benda sbg seorang student HR yg baru masuk sini sorang diri. sangat menyakitkan hati, tengok member2 kos lain semua disuap, kita kena buat sendiri. bukan salah dorang pun lah tp idk y kos HR dekat sini mcm krikk krikk so i know, whether i like it or not mmg kena tempuh semua sorang2 and mmg things are complicated sampai skrg pun. cuma skrg dah ada classmates, dah tak sorang2. hee oklah malas nak tulis lagi. kalau iols rajin nanti iols sambung di lain entri. bye


Wednesday 18 February 2015

A, B, C dan aku.

alkisah tiga orang manusia...




A seorang yang normal namun punya hati yang sensitif juga cepat terasa. seringkali dia menangis, bukan kerana putus cinta, tetapi kerana kawan. A tidak suka kawan baiknya berkawan dgn orang lain. baginya kawannya itu hanya dia yang punya. A selalu merajuk, kecik hati dan terasa kerana kawan baiknya tak pernah faham sebab kenapa dia berkecil hati. A mahu kawan baiknya tahu dia sayangkannya tetapi A ego dan caranya salah. A tak sedar dia terlalu mengongkong kawan baiknya sedangkan dia tahu dia tak punya hak untuk menghalang dengan sesiapa sahaja kawannya mahu berkawan. A terlalu sensitif. A selalu meluahkan perasaan tidak puas hatinya di laman sosial. A mahu mereka tahu yang dia terasa dan sakit hati. A tahu dia terlalu sensitif untuk berkawan dengan sesiapa terutama dengan kawan baiknya yang sangat berbeza dengan dia. tidak pernah kawan baiknya memulakan pergaduhan di antara mereka, malah selalu mengalah dengan A dan meminta maaf walau bukan salahnya. A mengaku memang dia yang selalu terasa dulu, tetapi dia tidak rasa dia yang salah sepenuhnya. padanya, kenapa kawan baiknya tidak boleh faham apa yang dia mahu? kenapa dia saja yang perlu terasa dan sakit hati? A tidak tahu di mana silapnya sehingga ada ketika mereka bergaduh besar. A juga terlalu banyak dramanya. Air mata A mudah jatuh. walau ada ketikanya A mengalah dan memulakan maaf, jauh di sudut hatinya masih mahu kawan baiknya memandang dia seorang. ya, macam kisah cinta sepasang kekasih. tetapi orang luar tak tahu apa yang A hadapi. A seorang stalker tegar yang sering mengintip laman sosial teman baiknya lepas tu terasa sendiri. A juga tidak faham dengan perasaannya kadang-kadang. A sangat kisah dgn pandangan orang lain. A kuat cemburu, dia tidak boleh melihat teman baiknya bergembira dgn kawan-kawan yang lain, apalagi dengan ketiadaan dia. A selalu juga chat dengan kawan baiknya tetapi ada saja kata-kata dingin daripada A buat kawannya itu. semuanya kerana cemburu dan terasa. kesimpulannya, A terlalu sensitif, cepat terasa dan kuat cemburu.




B juga seorang yang normal. tetapi perasaannya ibarat lalang. kadangkala B boleh jadi seorang yang cepat tersentuh hatinya. ada ketika seperti orang tidak berperasaan. B lebih selesa hidup di dalam dunianya sendiri dan hanya memikirkan tentang dirinya tanpa menghiraukan orang di sekeliling. kadang-kadang B boleh mengamuk tiba-tiba kerana orang tidak boleh faham keadaan. B tidak suka ambil kisah tetapi ada sifat ingin tahu. B boleh berubah drpd muram ke ceria dalam waktu yang singkat. dan boleh jadi seorang yang kuat dramanya bila datang masa. mungkin B seorang yang bipolar.




C seorang yang malas mengambil kisah. C tidak suka berdrama dan lebih senang untuk tidak melayan orang yang dramatis. C tidak peduli jika ada yang cuba berdrama dengannya. C malas nak layan benda-benda macam tu sebab drama bukan caranya. nak cakap, just straight to the point, no hint. C bukan seorang yang rajin untuk tahu tentang kisah orang lain. C tidak berapa aktif di laman sosial kerana selalunya dekat situlah bermulanya perasaan tak puas hati dan terasa tu datang. C tidak cepat terasa dan menganggap benda-benda yang menyakitkan itu sebagai gurauan dan tidak mengambil serius tentangnya. hati C sering merasa kosong namun masih bahagia dengan mereka yang dia sayang. C menjadikan kisah silam sebagai teladan dan pengajaran untuk masa akan datang. C lebih memilih untuk tidak mendekati sesuatu atau seseorang yang berkemungkinan akan mengulangi kenangan pahitnya. C mahu orang di sekelilingnya sekurang-kurangnya faham akan situasi yang sedang atau pernah dihadapi. C kadangkala boleh jadi hipokrit. bukan kerana dia sengaja, namun dalam selamba dan tidak kisah masih perlu menjaga hati. walau bagaimanapun dalam menjaga hati, C cuba juga untuk tidak panjang cerita. C malas untuk mengambil kisah. C tidak berminat dan sifat ingin tahunya kurang. C lebih suka menyimpan apa-apa tentang dirinya daripada pengetahuan orang lain. mereka bukannya kisah, cuma ingin tahu. dan C, tidak pernah kisah apatah lagi ingin mengambil tahu. senang cerita, C ni heartless but in a good way sebab dia taknak sakit sendiri. kenapa perlu kisah pasal orang lain kan? ha macam tulah




Aku adalah seorang A pada suatu masa dulu. sikit-sikit aku bertukar menjadi C. orang kata pain changes people. yup, it does change people. tapi kadang2 aku adalah B. setiap orang ada waktu yang dorang sendiri tak faham apa sebenarnya yang dorang rasa dan apa yang dorang nak, kan? pendek kata, A, B dan C, aku dah lalui semua fasa tu. manusia berubah. sama ada ke arah yang baik atau sebaliknya, mereka sendiri yang tetapkan.

memori sama ada pahit atau manis memang indah.




yang menyakitkan adalah orang yang masih hidup dalam memori dan menarik aku untuk hidup sama dalam dunia memori tu.

maafkan aku, bagi seribu pun belum tentu aku mahu.



Saturday 31 January 2015

Keputusan Permohonan Penerapan UiTM

okay sebenarnya cuak jugak bila dapat tahu harini 30/01/2015 result penerapan degree keluar. aku rasa aku takkan tahu kalau bukan nad yang bagitahu hahaha aku mmg tak ambil kisah masa tu. then tadi kitorang keluar, sempat la jugak gelak sampai tak ingat dunia. takut je gelak2 kang menangis bila check result hahaha

aku bukak whatsapp, masing2 yg mana apply degree tu share dah dekat group kelas. ada yg dapat HR dekat kedah. ada dapat arau. ada dapat seremban. ada dapat palam. aku mula dah sejuk tangan tengok dorang punya tempat. aku nak sangat dapat kat palam atau nama penuhnya puncak alam. sebab dekat je sebenarnya. kalau tercampak ke utara ke pantai timur mmg tak balik rumahlah aku. pasal kos aku tak kisah sbb aku yakin aku akan dapat first choice aku iaitu HR hahaha yakin angattt.

pagi2 lagi aku dah bernasib malang so aku rasa mcm hmm adakah ini petanda tak baik? then hati aku rasa yang aku takkan dpt kat palam. dannnnn... setelah berpakat dgn nad untuk check sama2, akhirnyaaaaaaa.


maaf tidak bisa mendedahkan nama dan no ic hahaha

alhamdulillah. aku sangat tak sangka. Tuhan bagi aku peluang, bagi apa yang aku minta. kos yang aku dpt, first choice aku. and dapat kat tmpt yg aku nak, puncak alam. tak cukup dgn tu, dpt sama pulak dgn dua orang member baik dari diploma walaupun masing2 lain kos. alhamdulillah sangat2

nad pulak dpt kat puncak perdana. jugak dpt first choice dia. couldnt be happier lah harini. semua orang happy (:

Sunday 18 January 2015

Oh Sehun!

okay aku pun rasa tak percaya sebenarnya. cerita dia macam ni. aku ada sorang kawan ni, nama dia naddyeol hahaha dia kpopper pastu kan dia suka cerita pasal kpop dekat aku terutama sekali pasal EXO. since im a good listener *cewah* aku dengar jela sebab kadang2 kelakar jugak ceritanya. masa dia cerita aku langsung tak kenal siapa ahli-ahli EXO tu. senang cerita aku tak minat kpop because im a directioner miahaha tapi aku respect minat orang lain so apa salahnya bila orang cerita kita mendengar?

-

segalanya bermula masa awal tahun baru hari tu. nad kan dia suka rt pasal exo dekat twitter. dia paling suka dekat park chanyeol yang capang dan bermata besar tu *nad jangan marah* tapi dia masih comel *aku puji balik ni* dlm banyak2 yang dia rt and quote tu ada satu gif ni chan tarik tangan sehun *maknae/youngest in exo* lepas tu aku yang berotak nakal lagi comel ni pun mention nad cakap chan jahat tarik2 sehun ntah nak pergi mana la tu cepat2 :> nad menyangkal tuduhan tak berasas tu dia kata chan baik sehun yang nakal, susah nak jaga.




lepas tengok gif tu aku kenal yang dua orang tu je drpd 12 orang dlm exo hahaha nad suka cerita pasal chan dlm whatsapp group, lepas beberapa hari dah kenal chanhun aku pegi google sehun sebab nak tahu full name dia. serious ni nak tahu pasal nama je, tiada niat lain. ada dua nama aku jumpa, satu O Sehun satu Oh Sehun. aku macam em O macam lagi sedap je so aku go with O Sehun. lepas tu aku pergi komen dekat ig nadh nama sehun. dia kata bukan O tapi Oh. walaupun ni macam tak penting je kan tapi aku nak tulis jugak hahahaha lepas tu dlm komen dia nad mention ig sehun pastu aku terus follow ig sehun eh??


ok ini first photo of sehun nad sent kat aku bila dia dah tahu aku minat sehun. sweet kan? tp aku lagi sweet kakakaka

pastu aku g sent screenshot aku google sehun kat dlm whatsapp group pastu nad ingat aku minat dekat sehunnn tapi masatu i was in denial so aku deny lah. aku kata jangan pengaruh aku sebab aku kan directioner sejati *lalalala* sampai ada satu masa ni aku nak send gambar chan kat nad nak suruh dia lupakan sesuatu yang aku cakap, so aku nak lari aku pergi search gmbr chan kat twitter. aku saved aku sent. pastu dia kata 'hahaha aku lupa lepas tengok gmbr sehun kat situ' and i was like 'sehun? eeeeehhhhh??' ok baru perasan aku nak search gmbr chan tapi jari automatically pergi taip nama sehun hahahhahaha lawaklahhhhh gelaklahhhhhh -.-


first2 kenal sehun dgn rambut yg mcm tu. belah tengah hahaha gmbr ni skrg jadi dp whatsapp group tak tukar2 😂😂😂

nad kan lepas2 tu banyak gila cerita pasal chan *kadang2 terselit hun sekali* lelama aku pun macam go with the flow ehhh tetiba ehhh terminat seh ehhhh un. kbye.


haa rambut mcm tu. sebelah sehun ni iaitu chan la yang bertanggungjwb. siapa suruh dia tarik sehun dlm gif tu? 😤😤😤

belum habis lagi. lepas tu kan aku dah tak deny perasaan aku lagi hahahaha cerita macam serious sangat je. orang selalu kata, the more you deny the feelings, the more it grows. seorang peminat 1D yang tak minat kpop tetiba tersuka dekat salah sorang ahli exo, cerita pasal kpop and tengok music video dorang 😂😂😂 <- emoji gelak sampai kua air mata


sehun in blue 😍

habis detail dah aku cerita ni. menarik tak? menarik kan tahu dah.



sehun and wiiiiinnnnd poweeeeeer ! 🌀


ok sebenarnya kat twitter je gif. bila save sebenarnya format mp4.
tapi hairstyle sehun yang lelain pun smart jugak. nak tengok tak? google lah sendiri.



Thursday 15 January 2015

another shopping experience with ZALORA

okay, so... semalam check email, ZALORA sent ni;




masa aku baca tu mcm 'wahhh free shipping! that means jimat RM5'. no minimum spend pulak tu. aku pun dah lama tak online shopping sbb dlm purse tu ada duit syiling je kahhh. pastu lama2 aku lupa sampai la ke petang smlm aku bukak wechat and baca momen teman2, ternampak momen sorang member pasal ZALORA punya free shipping tu. terus aku teringat balik.

aku pun terus bukak app ZALORA kat phone aku and usha2 apa yang menarik hati. tapi sebelum tu aku filter dulu price dia, RM0-RM49 hahaha pastu ternampak beg ni;




dua-dua cantikkk! tapi aku lagi kenan yang bawah tu. pastu dah lama pikir2 nak pilih yang mana baru aku perasan yang bawah tu tinggal sebijik je lagi dlm stock. terus aku add to bag and checkout apa semua. cuak gak kalau2 dah order tapi barangnya habis. tak lama pastu dpt confirmation emel dari ZALORA. tadi dpt emel yang barang akan disend hari ni. HARI INI.

dalam pukul 3 sengah tadi orang ZALORA call bagitahu nak hantar barang. tak lama lepas tu dapatlah parcelku. muahaha puas hati. beg pun cantik. kira bertuah jugakla aku dapat barang yang last dlm stock kahkah kbye.

Friday 2 January 2015

2/365; 2015

The last time aku post entri pasal tahun baru, hm tiga tahun yang lalu? tahun baru 2012. kenapa takde post tahun baru untuk 2013 and 2014? ahaha

masa aku post pasal tahun baru 2012, aku belum masuk belajar lagi. dan sekarang aku berpeluang untuk create post tahun baru 2015 sebab dah habis belajar. konon2 busy lah sepanjang belajar sampai tak sempat blogging. puihhh! padahal malasss

It's not too late kot nak wish happy new year? so, HAPPY NEW YEAR!!! walaupun blog ni krikk krikk krikk hahaha tahun baru kita is tahun baru Islam. so takyah beria sangat

These past 12 months have been kind of hard on me. Dalam setahun tu macam2 benda terjadi. I learned a lot of new things. I laughed, I cried, I smiled, I loved, I hated. semua tu menguatkan aku, mematangkan aku. dan alhamdulillah 2014 aku berakhir dgn baik. 2015 pun bermula dgn baik sebab dekat hbo masa tu ada tayang One Direction: This Is Us so aku khusyuk tengok sampai tak sedar dah masuk tahun baru lol




bila masuk tahun baru mesti cakap pasal azam. aku takde azam sebab sukati akulah. since aku dah belajar banyak benda masa diploma ni, aku rasa serik so masa degree nanti maybe takkan ulang benda sama. banyak pasal friendship sebenarnya. benda biasa




2014:
mereka yang datang padaku dan stay by my side sampai sekarang;
mereka yang terima aku apa adanya tanpa pernah rasa terbeban;
mereka yang datang padaku dan chose to walk away at the end;
mereka yang terima kehadiran aku dan sudi jadi teman setia;
mereka yang tahan berkongsi gelak tawa & air mata duka;
mereka yang tahu keburukan aku dan masih terima aku;
mereka yang ada waktu aku sedih, susah dan sakit;
dan mereka yang aku kenal sepanjang hidup ni,

terima kasih untuk semua kenangan.
buruk manis semua aku simpan.




degree oh degree 2.0

okay dulu aku pernah post entri ni degree oh degree and at that time i was still in my third semester. macam tak serius sangat la time tu bila cerita pasal benda ni. sekarang aku dah habis diploma, so hari tu aku ada apply penerapan untuk masuk ke peringkat sarjana muda. untuk sesiapa yang tak tahu, penerapan ni khas untuk pelajar semester akhir diploma uitm SAHAJA. i repeat, pelajar uitm sahaja. yang dari ipt lain atau lepasan stpm kena apply thru upu. dulu aku tak tahu pun kena apply penerapan ni. aku ingat kena apply upu je. tapi biasalah benda macam tu. mula2 kita cm tak ambik kisah sangat, dah lama2 baru banyak benda kita tahu and i was like




bila dah apply penerapan, aku rasa takyah la apply upu dah kot sebab aku taknak masuk u lain, nak stay uitm je *uitm dihatiku* mesti korang macam, eleh confirm dapat je dia ni. hahaha aku pun rasa mcm tu. tapi inshaa Allah dapat berbekalkan kelayakan, usaha dan doa. aduh taktau la cakap


yg ni masa mula2 apply. malangnya muet aku band 3 je. TESL nak muet band 4 sobsss terkuburlah hasrat aku nak jadi lecturer english lulz

dlm entri yang first dulu aku ada cakap, aku hanya pandang kos yg under fakulti pengurusan perniagaan je sbb aku pun dr fakulti yg sama so nak sibuk kat fakulti lain kenapa hahaha tapi hari tu, aku tak sangka lak yang aku telah pun usha kos2 dr fakulti lain and kebanyakan yg kaitan dgn management jelah, siap apply lagi kos corporate admin iaitu dari fakulti sains pentadbiran. mula2 aku nak apply sains pentadbiran, pastu mcm corporate admin ni lagi best, aku pun letaklah ia pada pilihan yg kedua.

first choice aku is human resource. third choice pulak customer service. mana perginya om yang dibangga-banggakan dulu tu? hahaha bila dah akhir2 rasa tak minat pulak nak sambung dr kos yang sama iaitu office system management (osm) sbb bila disurvey banyak belajar pasal software dan system. i tak minat ok. lagipun dulu aku nak ambek osm sbb boleh skip sem, nak cepat habis ko. setelah dibrainwashed oleh teech, aku akhirnya membuat keputusan yang lebih matang. belajar nak cepat mcm tak ikhlas je. so...

aku yakin 89.1% yang aku akan dapat kos human resources tu sebab ntahlah. maybe just my hunch tapi kalau dapat pun alhamdulillah first choice diterima. yg paling ditakuti ialah bila kos dah elok, dicampak pulak jauh ke utara sana. uishhh mohon dijauhkan. tapi bab kampus aku tak letak high hope. aku tak fikir banyak pun. takut mengharap dapat tempat lain, dicampak ke tempat lain. menangis tak berirama gua 

ok dah tu jela nak tulis.