Thursday 12 May 2016

Teater Bawang Putih Bawang Merah

lama gila gua simpan draf entri ni. lima bulan woiiiiii! sorry busy sikek (ceh) takpelah kita throwback jap since aku pun dah lama tak update blog yang usang ni :')


Fathia dah berhijab sekarang. Alhamdulillah

ok so, pada 4/12 haritu (baru perasan ni cerita tahun lepas kahkah) kitorang pergi Istana Budaya tengok teater. ok semua bermula dari mulut aku lah sbnrnya. dlm rumah aku tu ada peminat fatiya latiff dan peminat tersebut ialah mak aku. aku dapat tahu fatiya berlakon teater bawang tu so aku pun ajak2 ayam lah kat mak aku. aku kata 'jom pegi tengok'. and mak aku pulak dgn tak disangka-sangka jawab 'JOM'. sbb she is not the type yg suka tengok benda2 ceni, nak ajak wayang pun susah so aku mcm gelabah sikit lah. dah terfikir-fikir dah mak aku ni memain ke serius nih hahaha and aku pulak tak pernah beli tiket online. barang online reti lah aku hehe aku ingat nak beli hari sabtu punya sebab yelah mak aku kan kerja balik pun dah pukul berapa and teater tu kalau start mlm dlm pukul 9, balik pulak dah lambat nanti. mak aku pulak surprisingly boleh ckp yg weekend fatiya takde sbb time tu dia g brunei. kalau nakgi, hari lain lah. balik kerja sempat je pergi katanya. terkezut sikek ah mak aku begitu bersemangat nak tengok fatiya hahahha aku try la usha tiket dekat redtix.airasia. agak kalut bila ada masalah masa nak purchase tiket tu. so aku email je redtix terus.


ginilah aduan aku. semangat tak

2 hari sebelum nakgi tu email, pagi sehari sebelum hari kejadian baru email dibalas, itupun tak memuaskan hati aku. aku tak caya online2 ni last2 aku gigih la pergi ib sendiri naik teksi sorang2 beratur beli tiket teater.




barulah lepas kerisauan di hati lepas dapat pegang dgn tangan sendiri tiket2 teater tu. kalau tak dapat mesti hampa lah mak aku. tak sanggup aku hahaha tgh malam khamis tu cousin aku ckp nak ikut pulak. esoknya tu aku call nombor telefon yg dekat website IB, nak tanya ada tiket lagi tak kang pegi ib penat2 tiket habis. ntah zaman bila punya no tel agaknya ya dia tak update. not in serviceeee!! aku pun email redtix lagi. dlm setengah jam pastu redtix balas ada tp limited and first come first serve basis so gigih lagi pegi ib beli tiket sbb online ticket dah tutup but this time aku drive sbb teksi mahal. dan dapatlah tiketnyaaa! seat kami dpn blakang je hoho


kami duduk baris D belah kanan and cousin aku ddk baris E hujung skali huhu

baru cerita pasal ticket purchasing dah panjang gitu hahaha ok so bila mak aku balik kerja terus kami gerak ke IB lepas maghrib. taknak lengah2 sbb takut takde parking. memula fikir nak naik teksi tp habis teater pun dah tengah mlm since kami semua pompuan agak bahaya jugaklah. sampai je sana mmg dah pack gila nasib baiklah ada satu spot ni kosong elok je untuk aku kahkah


dekat tak? hehehe

dalam tu takleh nak rekod atau tangkap gmbr kalau tak nanti kena laser hijau. so mmg takde gmbr sangatla even pelakon2 tu banyak kali dtg kat side kitorang. rekod pakai mata jelah kahkah to conclude, memang best la teater bawang putih bawang merah ni. mungkin sebab kitorang duduk dpn yg buat lagi best and berbaloi lah. dapat tengok betapa putih mulusnya kulit fatiya tu dpn2, peluh jue evans kat dahi, muka saharul ridzwan dekat2 and yg paling penting air liur ogy ahmad daud tersembur masa dia dok marah kat bwg merah hahahaa cuma masa balik tu tak dapat jumpa fathia sbb dia tak keluar. dapat bergambar dgn adik dia je. cantik jugak~ dorang kan mcm kembar hahaha jadilah kan huhu


ok bye~



p/s: nak bergambar dgn remy ishak tapi dia rushing nak balik. i iz hampa