Wednesday 31 July 2013

watchin movie with bf :3

hmm hi. harini saya tak pergi 3 kelas sebab saya demam. tapi takde mc so kira saya pontenglah. rasa sayang pulak tak pergi kelas bel pagi tadi sebab kelas si dia kat kelas sebelah je hmm takpelah bak kata ida takde jodoh. seharian dari pagi sampai tengahari saya terlantar kat katil je sambil ditemani nota2 csc dari bab 1-5 di sebelah bantal. saya tenung nota2 tu, nota2 tu pun tenung saya balik. pastu sambung tidur sampai petang. dengan hidung berair duh rimas. batuk2 yg annoying dengan suara sengau eiii -_- and tadi dah lepas satu kuiz csc. lega dia tak dapat ceq nak habaq. semua bab baca sekali imbas. jawab pun pakai libas. result nanti hampas




tapi bukan itu cerita dia ngeh3 tadi time tidur aku termimpi something. ceni cite dia. aku pergi tengok wayang dengan boyfriend aii lol tau siapa? niallllll ! hahahahaha duduk sebelah2 ala ala sweet couple gitu hahaha then tekalah kitorang tengok cerita apa? THIS IS USSSSS ! takleh bla gila kannn in real life tak kua pun lagi. pastu tengah syok2 tengok tiba2 ada sorang pompuan ni datang dok sebelah niall. pompuan tu aku kenal tapi tak paham cane boleh termasuk sekali dlm mimpi aku. dia dah la datang2 dok sebelah niall pastu dia boleh suap2kan makanan pulak kat mulut laki aku tuuuuuu ! kuajaq kuajaq! yg niall pantang nampak food sikit dia ngap je terus tanpa mempedulikan aku yg tengah geram kat sebelah dia tuuu ! dia boleh buat muka innocent masa kunyah makanan tu ahhh nasib baik comel. lepas tu pompuan tu mcm jeling2 aku. dia mcm nak flirting ngan laki aku tulah. punyalah berapi aku time tu tapi aku diam lagi. masa niall tengah sedap2 kunyah tu aku mcm mention 'nandos nandos nandos' ~ banyak2 kali sampai dia kunyah slow2 mcm cuak ah kan. meaning kat situ hanya aku ngan niall je paham, dia takut aku tanak belanja dia nandos dah kalau dia tak stop makan makanan pompuan tu bagi hahahahaha lawak gila k. pastu tu je aku ingat ahhh mimpi tu dah sweet dah ok tetiba ada pulak pengacau. talkin bout this is us, tak sabar gila nak tunggu movie tu kua kat malaysia wooo aku dah tengok dalam mimpi :p lol kbye




Friday 26 July 2013

out of nowhere

koko habis dalam pukul 6 sengah. habis koko terus ke bazar. bateri phone mati. jalan dlm bazar dengan baju bpc, dengan roommate. tengah berasak-asak tiba2 mata terperasan someone. dari belakang hati ni yakin tu dia. ya memang dia. tak sangka boleh terjumpa dia lagi. tak sangka akan terserempak dengan dia waktu2 macam tu. tak sangka dia akan datang melawat uitm balik. rasa nak menjerit je time tu tapi tahan. jarak kitorang masa tu cuma selang sorang je. dia kat depan, aku kat belakang. mata tak lepas pandang dia, mengharap dia akan toleh ke belakang. then there goes that moment bila dia betul2 kat depan aku. and all of a sudden dia toleh ke belakang. aku buat2 pandang tempat lain. aku tau dia nampak aku. aku tau dia ingat muka aku lagi. sebab tengok riak muka dia time tu, ada something yg buat dia macam terkejut kejap. tak tahan sebab jarak terlampau dekat, aku cakap ngan roommate nak beli something. konon, bila dah jauh sikit barulah kitorang sambung jalan. but still boleh nampak bayang dia kat depan sana. sampai ke hujung bazar, dia patah balik. and masa patah balik tu sekali lagi kitorang bertembung. dekat tersangat dekat. mulut ni macam gatal je nak tegur dia. tp mata kelain. masa tu aku tau dia pandang. obviously. tp tak berani nak tentang mata ngan dia. takut awkward. and kitorang pun patah balik. again, jarak terlampau dekat. dia betul2 depan aku. boleh sentuh lah blazer dia pakai tu arghhh tak boleh tak boleh ! aku suruh roommate aku berhenti jap. agak2 dah jauh baru sambung jalan. then roommate aku pulak mintak benti nak beli something. mata still pandang dia yg semakin jauh. lama2 hilang dalam crowd. then sambung jalan sampailah ke pangkal, berharap dia still ada dalam bazar tu. tapi hampa. and lepas dah berbulan-bulan tak jumpa, i guess that would be the last time aku jumpa dia.




you popped in the crowd out of nowhere. you made my heart throb out of nothing. and how i wish you still remember that moment...




Tuesday 23 July 2013

10 Ramadhan

im homeeeeee ! hahaha sebenarnya tak plan pun nak balik last weekend sebab this week pun nak balik jugak. ni semua roommate aku punya pengaruh la ni. aku jerit dalam bilik 'nak balikkkkk!' pastu dia cakap 'jom turun kl minggu ni' then aku pun jom jelah. pastu dia kata 'aku serious ni' haa lepas tu barulah aku fikir betul2 nak balik ke tak. kalau ikutkan taknak balik sebab macam membazir je kan, ala time nuzul quran balik kl, raya balik lagi. dah lama2 fikir akhirnya tewas juga. ikut kata hati. petang jumaat baru beli tiket. mula2 mak aku mcm geram jugak dengar, lama2 ok. kehkeh aku balik ni pun bukan saja2 buang duit gitu ja. sampai je kl central terus aku beli token ke sri rampai. singgah wwm jap sebab nak beli kasut. dah beli kasut barulah balik rumah dgn puas hatinya sbb niat utama dah tertunai acewah then aku balik ni sebab nak basuh baju korporat omsa jugak, takut kalau basuh pakai mesin sana, rosak habis -.- lepas tu nak ambil seluar slack, nak ambek pedal ayam, nak pakai printer, nak itu nak ini hahaha memacam




last month tak dapat balik so kira yang ni ganti yang last month punya lah hehee :p pastu yg minggu ni untuk bulan ni, yang raya untuk ogos. eleh aku kan kena balik at least sebulan sekali. kalau tak nanti aku... homesick. ahad aku ajak mak aku pegi mydin, nak jumpa ida hehee dia taktau pun aku balik :p sampai je sana terus nampak dia kat tempat cashier. aku ingatkan dia perasan lah aku tau tapi kemain fokus dia buat kerja sampai aku dah betul2 berdiri kat depan mesin duit tu pun dia tak perasan lagi -.- pastu bila aku bukak mulut terus terkejut beruk dia kat situ hahahahaha xD malamnya balik ke perak balik and sampai dlm pukul 12 lebih. memang penat habis -.-


hmm


Saturday 13 July 2013

goreng

dekat sini boleh dikatakan tiap2 minggu pergi bandar u. nak beli barang kat tesco, nak pergi secret recipe, nak pergi makan kfc, lagi2 sekarang dah wujudnya billion. lama sikit bila wayang dah siap confirm tiap2 bulan lepak sana tengok movie muahaha kat sini 2 minggu sekali mesti pergi station 18 kat ipoh. nak tngok wayang, nak shopping sikit2 lepas tension. apa barang weekend terperap kat bilik je kan. kalau macam weekdays busy kelas pack so memang tak sampai ipoh la, namun tak menghalang kitorang untuk ke bandar u. tiap minggu mesti pergi secret recipe. tak dapat satu slice choc indulgence mahupun choc banana ataupun tiramisu badan akan menggigil dan sepanjang masa terbayang-bayang. lepas tu wajib singgah mcD buat drive thru hewhew soal kereta tak jadi masalah. kitorang sewa je viva ke alza ke asalkan dapat sampai ke destinasi sudah.




apa yang gorengnya? haaa koranglah yg kena goreng sebab cerita kat atas tu gebang je lebih muahahaha memang taklah aku nak ke ipoh 2 minggu sekali, sebulan sekali pun belum tentu. nak pegi billion pun macam, alaa ada apa je kat sana. aku keluar ke bandar u pun kalau barang betul2 dah habis. tu pun kalau rajin. kalau malas aku beli je kat koop dalam uitm ni ha. kat sini memang aku tak kuar. yang selalu terperap kat bilik sepanjang masa, akulah tu hahaha teluk batik pun aku tak penah pegi. setahun dah kat sini tapi penah sekali je pegi ipoh. overnight overnight ni bukan style aku lah. selesa outing kat kl lagi. kat sini memang tak menarik perhatian aku nak keluar habiskan duit muahaha kbye

:3

tengah godek2 folder dalam laptop ni tiba2 terjumpa beberapa gambar printscreen masa isi upu dulu hahaa tak sangka lak aku still simpan gambar2 tu. bila tengok balik kemain daebak kos aku pilih, tak sedor diri tu jahil sains hahah selalu orang kata apa guna ambek sains tapi tak apply so aku pun acah acah apply la kos sains. haa antara kos yang penah aku pilih. kemain tuh





alih2 pas dapat result spm, subjek sains sume hampeh so aku tukar lagi. haa ni yang terakhir. confident habis dah time ni and redha jelah walau apa jua keputusannya muahaha




last2 dapat pilihan ketiga, pengurusan dan teknologi pejabat. memang dah menepati citarasa aku dah tu nak lari dari sains mains ni. alhamdulillah aku bahagia dengan kos ni sekarang walaupun kadang2 mama ada omel sorang2 'kenapa la kau tak jadi cikgu ke dulu' 'kau lah taknak jadi doktor dulu' -_- mama ingat jadi doktor tu mcm petik jari je agaknya. sains aku dah la tunggang langgang hahaa tapi sedih la jugak kan bila teringat mak aku kata, dia tringin salah sorang anak dia jadi doktor sebab dia selalu pergi hospital then tengok muka doktor2 muda semua manis2 je. dia suka. pastu kalau ada family member yang sakit nanti senang, ada yg boleh check. amboih boleh lak gitu. nak harapkan adik aku jadi doktor memang tak ah cite dia kan. hmm dah takde rezeki kan nak buat cane. mama kena doakanlah dapat menantu doktor hahaha kbye

Ramadhan 2013/1434

assalamualaikum wahai muslimin dan muslimat yang membaca.




kehadapan readers yang tercinta. k cukup cukup hahaa nak masuk hari keempat berpuasa. takde apa yg berubah kat sini, sama mcm ramadhan tahun lepas. bezanya, tahun lepas aku part 1, tahun ni aku part 3 hahaa puasa kat sini hmm aku lupa dah mcm mana rasanya. tp cuaca lebih cantik masa bulan puasa if compared to bulan2 biasa. time sahur pulak selalunya makan roti je. tu tahun lepas la. tahun ni aku belum pernah bangkit sahur lagi hee :p then solat terawih, first day boleh dikatakan penuh la pusat Islam tu. aku tak berpeluang lagi nak pergi solat terawih, insyaAllah minggu depan. waktu berbuka kat sini lambat sikit. tapi takpe, asalkan dapat berbuka. kat sini hari2 ada bazar kat depan kolej aku ni ha. dewan makan pun ada. so bab berbuka memang takde problem. first ramadhan haritu, bazar penuh gila, sesak sampai takleh bernafas hahaa balik bilik baju basah. pukul 7 makanan dah habis. masuk harini dah lengang sikit. lagi2 bila minggu ni ramai yang balik rumah.


oh rumahku

aku tak terfikir pun nak balik rumah. entahlah. macam takde perasaan. last year aku balik, yelah sebab first day puasa jatuh hari sabtu. minggu ni serious ramai yang balik rumah. masing2 nak berbuka ngan family kan. aku ada rasa nak balik tu tapi tak excited mana. lagipun bulan depan nak balik raya jugak so rasa macam membazir je balik banyak2 kali. tiket pun dah naik harga, duit dalam akaun serious mcm tak cukup je sampai habis sem ni. lainlah kalau parents aku nak datang ambek hahaa no, thats impossible. so better stay sini je, aku bukan homesick pun. kalau balik nanti buat aku homesick je sebab masa kat rumah tu excited gila tiba2 dah nak balik uitm balik so aku tak suka perasaan tu, perasaan nak kena balik ke uitm balik hahaha apa aku merapu




then i guess raya tahun ni akan jadi paling sedih. raya keempat dah nak kena gerak uitm balik like asdklfhsdkgheidj ! selalunya raya keempat tu aku kat kampung lagi tau haish cuti before raya lagi panjang dr cuti lepas raya. apa ni? aku lagi sanggup kalau dia buat lambat sikit cuti sebelum raya tu. nak bagi kitorang balik sehari sebelum raya pun aku tak kisah asalkan lepas raya tu panjang sikit cutinya haih malas nak cite pasal raya ni. sedih




selamat berpuasa, selamat bersahur dan selamat berbuka puasa !