Tuesday 28 April 2015

March 2015: A Tough Month.

assalamualaikum. alhamdulillah, masih berpeluang untuk menulis lagi kat blog ni. this time, I'm physically, mentally and emotionally ready untuk berkongsi sikit tentang peristiwa yg berlaku kat kami sekeluarga. bismillah..

november 2014, i guess was the best month of 2014 for me and my family sebabnya for the first time kami pergi ke langkawi satu family. ayah, mama, aku dan adik2. we were happy. sangat bahagia. balik drpd langkawi, semuanya berjalan seperti biasa. my parents went for work, adik2 belajar dan aku teruskan menganggur. sempat juga balik kampung dlm bulan december sebab atuk baru lepas operation buang selaput mata.

hujung december, ayah start demam2, batuk2. mula2 ingat demam biasa sebab overworking ke kan. entah kenapa tak elok2 and bila malam je dia sejuk menggigil. aku kurang ingat tapi mama ada bawak ayah pergi jumpa ustaz. ustaz tu kata ayah demam sebab kena sampuk. mungkin terserempak dgn 'benda' tu masa kat kampung haritu. and i was like, dah lama dah balik kampung tuuu. paling teruk, perut ayah kembung semacam and kaki dia bengkak, bila dipicit terasa lembut mcm ada air. masa tu barulah ayah pergi terus ke hospital untuk check.

at first i thought my 2015 was going to be just fine but unfortunately in january, ayah was submitted to hkl due to low blood pressure. after checkup, doktor kata jantung ayah lemah, bengkak2 tu sebab penuh air, even paru-paru pun berair. bila mama texted inform benda tu, I was like, ya Allah. air mata aku bergenang, paru-paru berair, jantung lemah? those are the main organs tau. risau tu hanya Tuhan je tahu. masa tu, aku nak sangat pergi tengok ayah. tapi at the same time juga aku tak sanggup nak tengok ayah. aku jenis yang tak boleh tengok orang yg aku sayang dlm kesusahan. i will straight away menangis kat situ jugak.

the day after, aku pergi melawat ayah. i told myself, dont cry, dont be sad, ayah will be fine. but i failed. sampai je wad, aku tengok ayah tengah tidur. badan dia ada tiga wayar bersambung ke mesin yg indicate denyutan jantung. air mata aku bergenang jugak, tak dapat tahan. siapa la yang sanggup tengok ayah dia dalam keadaan mcm tu? orang lain mungkin boleh tahan tapi bukan aku. aku tak kuat. hari2 kami (aku dan mama sbb adik sekolah) pergi melawat ayah. dan boleh dikatakan hari2 jugaklah air mataku bergenang, even dlm teksi nak ke hkl tu aku menangis senyap2. sangat pilu kan

sebenarnya ayah tak nampak mcm orang sakit pun. kaki dia pun dah tak bengkak dan dia makan mcm biasa. siap suruh orang ambek gambar dia and sent kat kerani tempat kerja dia hahaa :') perangai ayah pun mcm selalu, tak berubah hihi cuma dia takleh penat atau mengah. jantung lemah kan. lebih kurang seminggu dekat hospital, ayah discharged dgn ubat2 yang dibekalkan farmasi hkl tu.

hari berjalan mcm biasa sampai la satu hari tu aku tengok ayah semakin cengkung. kurus sangat2. muka ayah drpd berisi dah boleh nampak tengkorak rahang. ayah tak boleh makan. dia ada selera tp bila makanan masuk mulut, dia muntah balik. dia hanya makan buah dan minum milo o. mama yg jaga ayah tiap2 malam bila ayah menggigil. mama sampai ckp, 'taktau lah kenapa ayah kau tak elok2 ni' aku sendiri nampak, batuk ayah semakin teruk, ayah jalan agak membongkok sikit dan berat badan ayah susut secara drastik. but still ayah pergi kerja. ada satu hari tu hari sabtu pun pergi kerja jugak. ada kerja tak siap katanya

sampaila satu hari, jiran sebelah rumah kitorang dtg jenguk. dia nurse. dia kata ntah kenapa hati dia terdetik teringatkan ayah tiba2, tu yg dia datang. masa dia tengok ayah, dia sangat2 terkejut. hampir tak kenal bila tengok ayah. sebab ayah terlampau cengkung. dia mintak mama tunjukkan ubat2 yg farmasi hkl bagi, guess what, ada ubat yg tak patut ayah makan, ayah makan. hati aku time tu geram dia Allah saja la yg tahu. aku ingat lagi nurse tu cakap, 'they dont care pun pasal kita. kita bukan family dia' hati aku sakit sangat. pendek kata, nurse tu cuba sampaikan yang ayah mungkin dah overdosed ambil ubat. Allahu, dugaan sangat masa tu dan yang pasti tiada siapa paham.

ayah cuba tak makan ubat yg tak perlu tu, tapi tetap sama. ayah still pergi kerja sampailah cuti tahun baru cina, ayah cuti seminggu. cuti2 pun ayah still hantar mama pergi kerja but at that time, since ayah sakit, aku temankan sekali. sekali sekala aku terlewat jaga ayah bukan nak kejut, dia pergi je hantar mama sorang2. pergi ambik mama balik kerja pun kalau aku tidur, ayah takkan kejut. bila aku bangun aku rasa serba salah and risau.

tarikh nak masuk degree pulak semakin dekat, mama risau ayah tak dapat hantar aku walaupun ke puncak alam je. aku ingat lagi, aku teman ayah pergi tempat kerja sebab nak ambek angpow and ada makan2. at first, ayah duduk dlm kereta je dia malas nak keluar. dengan mask dia, baring kat passenger seat. idk why tp masatu aku rasa dekat sangat dengan ayah. tak macam waktu2 sebelum ni bila aku berdua je dgn dia. sepanjang perjalanan kami sekitar shah alam tu, ayah banyak cakap. not really la tapi better than sebelum2 ni bila kami berdua alone. antara baris2 ayat yg aku ingat ayah cakap;

"mcm nilah ayah pergi kerja setiap pagi" *dia refer kpd perjalanan yg jauh ke shah alam and honestly ada rasa sedikit sebak kat hati ni. ayah ulang alik dr gombak ke shah alam hanya untuk cari duit untuk kami satu family*
"kilang proton" *sambil pandang ke kilang proton kat tepi jalan*
"nanti kat sini ada stesen baru" *projek pembinaan lrt untuk stesen yg dekat2 one utama tu*
dan kami ada borak pasal apa lagi tah.

aku drive, ayah tunjuk jalan. ada satu masa tu, ayah suruh aku ambek simpang kanan siap dgn hand gesture lagi, tp mulut dia sebut 'kiri, kiri' i was confused tp i assumed that ayah tersalah cakap. sempat jugak kami singgah public ke cimb bank ntah, ayah ajar aku masukkan cek. paling best, kami pergi tengok kampus puncak alam for the first time. sebab ayah nak tau jalan kesana.

hari sabtu which is hari mendaftar diri di kampus, bukan ayah yg drive hantar aku ke puncak alam tapi pakcik. but still ayah duduk dekat seblah driver seat. dia dah tak larat. sampai sana pun dia tak keluar dr kereta, tak naik atas pun tengok kolej aku. ayah sangat3 tak larat. barang2 semua aku angkut sendiri dgn bantuan mama, adik and pakcik. masa family aku dah nak balik, aku salam semua orang termasuk ayah. sempat dia hulur duit dlm tangan aku, dan entah kenapa, for the first time in forever, masa salam and cium tangan ayah tu, aku cium dua2 belah pipi ayah mcm aku selalu buat kat mama and uwan. i just wanted to do it. and with that, aku menangis senyap2, sebak tiba2.

days by days aku menjalani hari2 permulaan dekat puncak alam dgn rasa terseksa. mungkin dah dugaan aku masatu sebagai pelajar degree yang baru. tak sampai seminggu duduk palam, dpt mesej drpd mama, bgtahu ayah kena submitted lagi kat hkl, emergency ward. tekanan darah ayah tersangat rendah. tgh malam pulak tu. anak mana la yg tak risau dpt berita mcm tu. aku mula lah gelisah masatu.

long story short, doktor kata paru2 ayah ada jangkitan kuman. demam ayah tak kebah2. yg menyedihkan aku bila mama kata, ingatan ayah tak berapa elok. ada satu hari dia call mama cakap yg dia nak discharged dah, dah ada kat bawah. padahal bila mama sampai, dia masih atas katil hospital. setiap hari aku mesej mama tanya ayah macam mana. risau jangan cakap lah. semua benda aku buat rasa tak kena. perasaan nak balik tu membuak-buak sangat.

12 March 2015, mama mesej mintak aku balik cepat sebab pagi jumaat tu ayah ada operation nak buang nanah dekat belakang badan dia. doktor cakap pembedahan tu berisiko tinggi sebab keadaan ayah yg lemah. jantung aku rasa nak gugur bila baca mesej tu. tak pernah2 mama suruh skip kelas untuk balik awal, so that was serious. esoknya, aku balik dgn nad naik kereta dgn parents dia. aku masih boleh bergelak dan berlawak, deep down Allah knows how worried I was at that time. dan setiap mesej drpd mama ada terselit 'doakan ayah'.

mama call bagitahu operation dah habis and ayah masih tak sedarkan diri. doktor masukkan ubat untuk stabilkan blood pressure dia yg terlampau rendah. sampai je kat hospital, ada ramai family member yg lain. ayah masih bertopi bedah tu, dgn bantuan gas oksigen melekap. i hold my tears back, trying hard not to cry in front of family members yang lain. i came near ayah and time tu juga, air mata tumpah, sambil tangan menggenggam dan mengusap-usap tangan ayah yg mcm bengkak je tu. ada waktu-waktunya ayah terjaga, dan yg paling aku ingat bila kakak aku tanya dia, ni siapa? *sambil tunjuk aku* sedih dia tak dapat diungkap bila ayah hanya geleng. ada satu masa pulak, dia cakap kat aku, 'cas henpon kecik tu' aku pelik. phone apa yg ayah cakap? aku tanya mama, mama cakap ayah mmg mcm tu. dia tak ingat yg phone dia dah hilang. sedihnya ya Allah.

petang tu blood pressure ayah jatuh teruk sampai doktor cakap kat kami terpaksa guna defibrillator *alat untuk bagi kejutan elektrik dekat jantung* untuk stabilkan balik bp ayah. dlm keadaan ayah yg tengah lemah tu mmg kitorang risau gila. but that was the only choice the doctor had, nak taknak kena buat jugak. uwan paling tak setuju sbb dia cakap ada orang lepas kena kejutan elektrik tu terus 'jalan'. ada pesakit india dekat wad tu baru meninggal juga lepas diberi kejutan elektrik tu. mama tenang je dia kata 'doktor dah takde jalan lain. kita berdoa jelah. kalau umur dia panjang dia okay lah. kalau dah sampai sini je kita redha je.' aku dah terduduk menyandar dekat tiang hospital tu sambil mata pandang ke katil ayah yg tgh dikerumuni doktor. aku just nampak tirai biru dan belakang doktor and nurses. uwan pun dah terduduk atas lantai, dia risau sangat sampai mama pun jadi risau kat dia.

lama kami tunggu, kerja doktor pun dah selesai. bp ayah dah stabil but of course ayah tak sedarkan diri. the doctor and nurses tak henti follow up perkembangan ayah. kami dah start baca yaasin dan surah al-fatihah serta mengucap kat telinga ayah sbb ayah dah dlm keadaan nazak. mata bengkak tak usah cakaplah. tak peduli dah semua tu. ayah sepatutnya dirawat dlm icu tapi icu penuh. tengah malam jugaklah baru ayah dipindahkan ke wad icu. dan malam tu aku dgn mama bermalam dkat dpn icu.

masa ayah dlm icu tu mmg hari2 ada orang dtg melawat. aku jadi terharu, ayah tak ramai kenalan pun, tak banyak ckp pun. tp jumlah ahli keluarga yg dtg melawat unexpected. yg dr kampung pun dtg kl melawat. dan boleh dikatakan setiap kali aku masuk dlm icu tu untk tengok ayah, aku menangis. sebak, pilu tengok ayah dlm keadaan berwayar sana sini tak sedarkan diri. keluar dr wad icu tu mataku akan bengkak. aku ingat setiap perkataan yg doktor ckp kat aku ngan mama. doktor mmg terus terang, straight to the point tanpa berkias-kias sbb dia taknak bagi harapan tinggi kat kami. walaupun pada mulanya aku mcm tersentak bila doktor ckp mcm tu, lama2 aku boleh terima. aku sebenarnya dlm keadaan half ready dgn segala kemungkinan yg akan berlaku.

16 Mac 2015/ Isnin:
siang tu aku dtg hospital mcm biasa sbb malam tadi mama dgn adik lelaki aku yg bermalam dpn icu. malam tadi jugaklah aku dpt call dr doktor tp disebabkan aku dekat rumah, dia cari mama dekat luar wad. rupanya bp ayah jatuh lagi sampai doktor terpaksa bagi kejutan elektrik untuk stabilkan balik. isnin tu, dlm pukul 4:30 petang, doktor kumpulkan kami anak beranak untuk cakap pasal ayah. aku mcm dah boleh agak apa doktor nak cakap dan aku malas nak ingat balik apa dia cakap. but, ayat yg keluar dr mulut doktor tu yg aku takleh lupa bila dia cakap;

'apa pun yg kami buat, sebenarnya harapan tu sangat tipis sebab organ2 utama dah rosak. jadi sekarang sebenarnya saya bagi dia berada dlm keadaan selesa. kita cuma hanya melambatkan apa yang dah pasti.'

melambatkan apa yg sudah pasti. by hearing that sentence, i was like, ya Allah. kuatkan aku. kakak2 aku dah start menangis. dorang serahkan dekat kami untuk buat keputusan. lepas dah tanya adik2 semua, dorang ikhlaskan ayah pergi. doktor bagi masa kat kami untuk bersama dgn ayah buat kali terakhir sebelum dia cabut wayar2, ubat dan alat bantuan dr ayah. kami tak henti2 bisik kalimah syahadah dekat telinga ayah. sesekali suakan air zam zam dlm mulut ayah. ada satu masa tu, masa aku mengucap dekat telinga ayah, mulut dia bergerak-gerak. aku lagi menangis sbb sebenarnya kami semua tahu dia dengar kami. sambil tengok ayah, sambil mata tengok mesin yg tunjuk bp and denyutan jantung ayah. bacaan bp mmg dah merah. dan perlahan-lahan aku tengok sendiri bacaan denyutan jantung ayah menurun dr 100 - 0.

tepat pukul 7:45pm ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir depan kami semua anak-anak dia. tak ada perasaan sesedih perasaan kehilangan orang yg kita sayang. tp perancangan Allah tu cantik. ayah pergi dgn tenang je, takde nampak dia struggle pun. seolah-olah dia pergi dlm tidur. aku dlm keadaan percaya dgn tak je masatu. but slowly aku terima, aku redha. mama is the strongest person I've ever known in this world. setiap kata-kata dia menenangkan aku yg tgh sedih masa tu. she is the reason why im still standing tall.

'til now it feels like yesterday aku bercakap dgn ayah, bergurau dgn dia dlm telefon dan memandu dgn dia kat sebelah. dah masuk sebulan lebih ayah pergi. kakak rindu ayah. semoga ayah tenang kat sana. Al-Fatihah.

Thursday 9 April 2015

Registration Day!

Hi y'all! first of all, kalau korang nak tahu pasal kos HR ni better baca entri aku yg ni -> BBA HRM sebab entri yg akan kutulis ni memang akan cerita pasal registration and kampus je. now, let's start!

okay few days before hari pendaftaran, aku dgn ayah dah pergi tengok dekat mana terletaknya uitm puncak alam ni. mmg rasa nak menangis sbb mmg jauh terperosok ke dlm T_T tu belum masuk dalam lagi. sampai kat pintu pagar depan je pastu u-turn hahaha tiba hari yg sebenar-benarnya, pakcik yang drive kereta sbb ayah sakit, dia tak larat. entah kenapa takde perasaan masuk ke tempat baru, rasa mcm biasa je mcm nak masuk sem baru kat seri iskandar dulu. this time yg pergi ngantar aku adalah orang2 yang sama hantar aku masuk diploma dulu, bezanya ada pakcik dan dekwan takde.

sesampainya di sana, untuk manusia yang pertama kali menjejakkan kaki kat kampus palam ni mmg agak terujalah jugak, tapi cover la takde sampai ternganga kahkah disebabkan aku nak sebilik dgn ainon, roommateku di seri iskandar, masa kereta stop dekat khemah kecik untuk tahu dpt kolej mana aku cakap kat akak senior tu, 'nak sebilik dgn orang belakang tau' dan yang lawaknya enon pun ckp benda sama kat akak tu, 'nak sebilik dgn org depan' hahaha lepaih tu akak tu kata kunci rumah ambik dekat atas ya. nampak kan semangat kami nak sebilik tu heh

lepas mendaftar dan dah confirm dapat serumah dan sebilik dgn enon, terus aku pergi dekat kereta di mana keluargaku sedang menunggu cewah kami dapat kolej casuarina 1. cantik kolej baru, ada 9 tingkat dan of course lah ada lif kennn. yg tolong angkat barang dah tentulah adik n pakcik aku. ayah tak naik sebab dia tak berdaya so dia just duduk dlm kereta dgn uwan :( tp uwan nak naik siap buat ayat sedih, takpelah korang naik jelah biar uwan dekat bawah je. mulut ckp taknak tapi sebagai cucu mithali kesayangan mestilah aku nampak yg uwan nak naik tgk bakal tmpt tinggal cucu dia ni. dah siap buat ayat sedih ingat aku nak biar je -_- habis je angkut barang, pergi makan dulu. nak tunaikan hajat uwan yg nak tengok rumah aku, kami bawak dia naik. 







sempat jugak dia tidur atas katil aku, rasmikan hahaha yg mama pulak aku ckp nanti barang2 tu biar aku unpack sendiri. tp biasalah i knew she wasn't gonna stay still tak buat pape, dia unpack jugak sikit2. aku tak sampai hati pulak tgk dia unpack sorang2 aku pun tolong unpack sekali walaupun penat dan mengantuk dan malas. long story short, lepas family balik aku pun terbongkang tidur atas katil baru.

disebabkan dapat roommate yang kaki jalan, malam tu kitorang dah merantau. jalan2 sekitar kampus nak tengok fakulti. kat sini ada dua bangunan untuk fpp. besttt hiks. then malam2 buta tu menuruni tangga kejayaan atau tangga puaka atau apa2 jelah nama gelaran untuk tangga tu. dah puas merayau mcm kutu kat bawah, the worst part of that night, nak panjat balik tangga puaka tu T.T sampai je atas lutut dah longgar mcm apa. menggigil kepala lutut -_-




pasal makan dekat sini tak perlu dirisaukan. ada banyak kafe dlm kampus ni. stall pun banyak. jalan sikit nampak, jalan sikit nampak. so sesiapa yg rasa akan kurus kalau duduk kat palam ni sila jangan berharap sangat k.

belum cerita pasal kos lagi dah berjela cerita pasal benda lain hahaha tbh malas nak cerita mcm mana aku hadap semua benda sbg seorang student HR yg baru masuk sini sorang diri. sangat menyakitkan hati, tengok member2 kos lain semua disuap, kita kena buat sendiri. bukan salah dorang pun lah tp idk y kos HR dekat sini mcm krikk krikk so i know, whether i like it or not mmg kena tempuh semua sorang2 and mmg things are complicated sampai skrg pun. cuma skrg dah ada classmates, dah tak sorang2. hee oklah malas nak tulis lagi. kalau iols rajin nanti iols sambung di lain entri. bye