A seorang yang normal namun punya hati yang sensitif juga cepat terasa. seringkali dia menangis, bukan kerana putus cinta, tetapi kerana kawan. A tidak suka kawan baiknya berkawan dgn orang lain. baginya kawannya itu hanya dia yang punya. A selalu merajuk, kecik hati dan terasa kerana kawan baiknya tak pernah faham sebab kenapa dia berkecil hati. A mahu kawan baiknya tahu dia sayangkannya tetapi A ego dan caranya salah. A tak sedar dia terlalu mengongkong kawan baiknya sedangkan dia tahu dia tak punya hak untuk menghalang dengan sesiapa sahaja kawannya mahu berkawan. A terlalu sensitif. A selalu meluahkan perasaan tidak puas hatinya di laman sosial. A mahu mereka tahu yang dia terasa dan sakit hati. A tahu dia terlalu sensitif untuk berkawan dengan sesiapa terutama dengan kawan baiknya yang sangat berbeza dengan dia. tidak pernah kawan baiknya memulakan pergaduhan di antara mereka, malah selalu mengalah dengan A dan meminta maaf walau bukan salahnya. A mengaku memang dia yang selalu terasa dulu, tetapi dia tidak rasa dia yang salah sepenuhnya. padanya, kenapa kawan baiknya tidak boleh faham apa yang dia mahu? kenapa dia saja yang perlu terasa dan sakit hati? A tidak tahu di mana silapnya sehingga ada ketika mereka bergaduh besar. A juga terlalu banyak dramanya. Air mata A mudah jatuh. walau ada ketikanya A mengalah dan memulakan maaf, jauh di sudut hatinya masih mahu kawan baiknya memandang dia seorang. ya, macam kisah cinta sepasang kekasih. tetapi orang luar tak tahu apa yang A hadapi. A seorang stalker tegar yang sering mengintip laman sosial teman baiknya lepas tu terasa sendiri. A juga tidak faham dengan perasaannya kadang-kadang. A sangat kisah dgn pandangan orang lain. A kuat cemburu, dia tidak boleh melihat teman baiknya bergembira dgn kawan-kawan yang lain, apalagi dengan ketiadaan dia. A selalu juga chat dengan kawan baiknya tetapi ada saja kata-kata dingin daripada A buat kawannya itu. semuanya kerana cemburu dan terasa. kesimpulannya, A terlalu sensitif, cepat terasa dan kuat cemburu.
B juga seorang yang normal. tetapi perasaannya ibarat lalang. kadangkala B boleh jadi seorang yang cepat tersentuh hatinya. ada ketika seperti orang tidak berperasaan. B lebih selesa hidup di dalam dunianya sendiri dan hanya memikirkan tentang dirinya tanpa menghiraukan orang di sekeliling. kadang-kadang B boleh mengamuk tiba-tiba kerana orang tidak boleh faham keadaan. B tidak suka ambil kisah tetapi ada sifat ingin tahu. B boleh berubah drpd muram ke ceria dalam waktu yang singkat. dan boleh jadi seorang yang kuat dramanya bila datang masa. mungkin B seorang yang bipolar.
C seorang yang malas mengambil kisah. C tidak suka berdrama dan lebih senang untuk tidak melayan orang yang dramatis. C tidak peduli jika ada yang cuba berdrama dengannya. C malas nak layan benda-benda macam tu sebab drama bukan caranya. nak cakap, just straight to the point, no hint. C bukan seorang yang rajin untuk tahu tentang kisah orang lain. C tidak berapa aktif di laman sosial kerana selalunya dekat situlah bermulanya perasaan tak puas hati dan terasa tu datang. C tidak cepat terasa dan menganggap benda-benda yang menyakitkan itu sebagai gurauan dan tidak mengambil serius tentangnya. hati C sering merasa kosong namun masih bahagia dengan mereka yang dia sayang. C menjadikan kisah silam sebagai teladan dan pengajaran untuk masa akan datang. C lebih memilih untuk tidak mendekati sesuatu atau seseorang yang berkemungkinan akan mengulangi kenangan pahitnya. C mahu orang di sekelilingnya sekurang-kurangnya faham akan situasi yang sedang atau pernah dihadapi. C kadangkala boleh jadi hipokrit. bukan kerana dia sengaja, namun dalam selamba dan tidak kisah masih perlu menjaga hati. walau bagaimanapun dalam menjaga hati, C cuba juga untuk tidak panjang cerita. C malas untuk mengambil kisah. C tidak berminat dan sifat ingin tahunya kurang. C lebih suka menyimpan apa-apa tentang dirinya daripada pengetahuan orang lain. mereka bukannya kisah, cuma ingin tahu. dan C, tidak pernah kisah apatah lagi ingin mengambil tahu. senang cerita, C ni heartless but in a good way sebab dia taknak sakit sendiri. kenapa perlu kisah pasal orang lain kan? ha macam tulah
Aku adalah seorang A pada suatu masa dulu. sikit-sikit aku bertukar menjadi C. orang kata pain changes people. yup, it does change people. tapi kadang2 aku adalah B. setiap orang ada waktu yang dorang sendiri tak faham apa sebenarnya yang dorang rasa dan apa yang dorang nak, kan? pendek kata, A, B dan C, aku dah lalui semua fasa tu. manusia berubah. sama ada ke arah yang baik atau sebaliknya, mereka sendiri yang tetapkan.
memori sama ada pahit atau manis memang indah.
yang menyakitkan adalah orang yang masih hidup dalam memori dan menarik aku untuk hidup sama dalam dunia memori tu.
maafkan aku, bagi seribu pun belum tentu aku mahu.
No comments:
Post a Comment