Sunday 24 March 2019

Bachelor of Business Administration (Hons.) Human Resource Management

Hi all. okay harini rasa macam terlebih rajin untuk menulis di blog so for this entry, im gonna talk about my degree program iaitu Business Administration (Hons.) Human Resource Management. BBA stands for Bachelor of Business Administration and Hons. is Honours. atau dlm bm kos ni dipanggil Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia. long story short, aku akan terus pergi ke subjek2 dalam kos HR ni and friendly reminder, i was a HR graduate from UiTM.


semester 1
semester 2
semester 3
semester 4
semester 5
semester 6 (Internship)

okay kalau korang perasan semester 1 tu GPA, CGPA dan hours earned aku semua 0 kat situ kan. that means aku buat credit transfer. disebabkan masa diploma dulu aku ambik kos from the same faculty, jadi aku dah takyah ambik kos tu lagi. so masuk2 je degree dah takyah g koko apa bagai. terus boleh skip ke semester 2 punya subjek. but if korang ambik kos from faculty lain masa diploma, korang kena start balik dari semester 1 which means korang kena ambik semua kos di semester 1. tapi aku tak sure korang boleh buat credit transfer untuk koko ke tak. nanti korang explore la sendiri yek.

masa aku mula2 masuk, memang semua benda kena buat sendiri. daftar kos sendiri, cari kelas sendiri, kena jumpa koordinator program sendiri. bayangkanlah kena berjalan dalam kampus yg besar nak mampus tu. orang lain dah start kelas kitorang yg kos HR ni lepas sebulan barulah masuk kelas. pastu terkejar2 nak habiskan silibus.

kalau korang tanya aku senang ke tak HR ni, i would say, it depends. macam aku, awal2 lagi aku dah emotionally unstable sebabnya Ayah aku meninggal lepas 2 minggu aku register. so disebabkan personal matter camni aku tak dapat fokus since kena settlekan banyak benda. padahal kos ni la yg aku apply dan sungguh2 harap dapat. end up, aku pilih untuk layan perasaan dan belajar sambil lewa. so guys, please dont be like me. you'll regret it if you do.

personally if korang tanya favourite subjek aku, i would say semua HRM code lah. for example, HRM533. dari situ korang boleh nampak HR in overview. and dari sini korang kena get ready untuk belajar lebih lagi. dapat pulak lecturer yg sporting, memang best. HRM537 aku tak berapa gemar sebab mungkin cara penyampaian lecturer buat aku rasa sendu, walaupun the lecturer was nice.

semester 4 and semester 5 korang dah start belajar banyak HRM courses. dari HRM542 aku belajar buat video resume. gigihla suruh roommate record kita bercakap sorang2 hahaha kos ni best sebab kita belajar cara recruit orang and all the staffing stuff. HR549 atau kita panggil HRD ni pun best sebab aku belajar cara handle event. i even became an emcee for our class' event. okaylah ada jugak experience jadi emcee. kelas ni jugaklah yg aku selalu skip sebab lebih pentingkan tidur hahaha tapi the lecturer was awesome sebab suka tolong student. and now talking bout HRM582 employment law. what do you expect? of course we'll be learning about malaysian labor law and all. dari course ni juga we'll be exposed to a lot of cases. kita akan belajar cara selesaikan kes tu mengikut labor law.

masuk sem 5 kita ada HRM544. this course is all about performance masa kerja and KPIs. cara evaluate employee dan macam2 lagi. next code, organization development was my least favourite sebab aku tak berapa faham and i disliked the way the lecturer ajar (sorry not sorry). beli buku mahal2 end up tak dapat A pun hahaha HRM648 ni well, the course title says it all. you'll learn on how to compensate employees, the benefits macam salary, leaves and so on. also you'll be exposed to HRIS, HR system yg most companies pakai untuk bayar salary pekerja, record leaves, mc apa semua tu. and then industrial relations. lebih kurang macam employment law. kitorang ada buat trip to labor court and witnessed the proceedings ourselves.

now we're entering the final semester which is the real deal. no more classes and assignments but bigger things awaiting you. okay, industrial training ni atau dlm bm latihan industri ataupun kita panggil internship is where you'll learn to work in the real industry. but depends jugak on tempat intern korang tu. kalau cam aku tak belajar banyak sebab tak dapat department HR. so i did only basic admin works such as photocopying, shredding, filing and zzz. sebab tu aku susah sikit nak dapat kerja in HR field sekarang ni. so better korang kerja keras sikit cari tempat intern yg boleh kasi experience yg akan berguna untuk korang in the future.

lepas tu, masa internship bukanlah semata bangun pagi g kerja, petang balik kerja ye. dah kena buat internship of course la kena siapkan project paper. jangan risau sebab in sem 5 korang dah belajar cara buat thesis in research methods. kalau masa sem 5 korang dah faham and pakar in research methods then masa intern korang tak perlu risau lagi. jangan terkejut kalau kawan korang yg from different program buat thesis in group. HR student memang akan buat thesis INDIVIDUALLY and its okay if you think its unfair and even question why sebab aku dulu pun rasa camtu. tapi ada pros and cons of working in group, korang anggap jelah ni cabaran untuk korang sebelum habis belajar. yg paling penting, doalah dapat advisor yg sporting and helpful. sebab kalau tak, menangislah korang tak berlagu *macam aku*

okay aku rasa banyak dah aku share. lain2 course tu maybe korang dapat imagine kan. finance, accounting, economics, english dan sebagainya. takkan la aku nak kupas satu2 untuk korang, tak sesurpris lah nanti ehek. and im sorry if this entry is not helpful enough for you sebabnya semua yg aku share adalah based on pengalaman aku masa 2015-2017. so mana yg terkurang tu sorry sangat. apa-apa pun aku doakan korang berjaya dalam bidang yg korang pilih.


Image result for goodluck weheartit

best of luck!