Thursday 17 January 2019

Lepasan SPM?

okay entry ni khas untuk lepasan spm yang tengah buntu nak buat apa lepas ni. untuk yg dah ada plan atau dah tahu nak buat apa, aku suggest jangan baca sebab aku taknak korang terpengaruh atau tak setuju dengan apa yg aku nak tulis ni. ceh macam serius je. tak, memang serius.

Image result for lepas spm tumblr

so dah habis spm kan? result pun akan keluar bulan 3 nanti. korang tengah buat apa sekarang? kerja part time? tolong mak ayah niaga? ambil lesen kereta/motor? atau jadi dugong kat rumah? apa2 pun yang korang tengah buat, enjoylah sebab hidup korang lepas keputusan spm keluar akan lebih mencabar. takut tak?

sekali lagi, untuk sesiapa yg taktahu nak buat apa, aku suggest sebelum apa2 pun, pergi ambil lesen. tak kisah lah kau ada kereta atau tak, one day lesen kau tu akan berguna jugak, trust me. kalau takde duit, boleh kerja part time atau full time. gaji tu jangan nak joli sangat beli handphone baru dan benda tak perlu. aku tahu perasaan tu, aku pun pernah jadi lepasan spm mcm korang. lagi best kalau parents korang nak sponsor untuk korang ambil driving class. yelah, kita baru habis sekolah mana nak cekau duit ye dak?

then, fikir nak sambung belajar kat mana. atau maybe korang dah tak nak study lagi, memang otak dah tepu dengan buku, okay boleh terus kerja. tapi sini aku nak fokuskan untuk korang yg nak sambung belajar. ada banyak pilihan untuk lepasan spm ni. tinggal apply je. tapi masalahnya nak pilih mana satu? buntu? so kat sini aku nak share berdasarkan pengalaman aku.

Image result for study tumblr

firstly, matrikulasi atau matriks. selalunya yg apply ni student aliran sains tulen lah kan. i was once a science stream student. untuk yg account pun ada tapi aku tak sure and takleh cerita banyak sebab aku bukan dalam aliran sastera. zaman aku dulu, tempoh belajar di matriks cuma setahun je. sekejap kan? sebab tulah ramai yg bersinar mata bila tahu, sebabnya nak habis cepat. ye, memang sekejap tapi dalam setahun kau kena belajar dalam fast pace. kau takleh main2 dan kalau kau terkandas, bye bye. jujur aku cakap, kalau nak pilih matriks, fikir masak2 sama ada korang mampu bawa atau tidak. jangan ikut kawan, jangan masuk sebab nak habis cepat dan yang paling penting, jangan masuk matriks sebab parents suruh. sekarang ni yg nak belajar korang ke parents korang? fikirlah otak *tiber

tapi aku dengar sekarang matriks dah ada yg 2 tahun eh? zaman aku tu dah berapa tahun lah pulak kan. and matriks ni, kalau kau pass, adalah sijil matriks kau. dan kalau result mu tak cantik, maka kamu pun kelaut lah. dengan berbekalkan sijil matriks, kau boleh terus apply degree. kalau result dan pointer cantik, dapatlah bidang yg kau mintak. kalau tak, dia lelong je kau kat memana ipta yg kosong, kos pun kos lelong.

okay yang kedua, diploma. aku tahu ramai yang tak berminat nak apply diploma sebab ambil masa bertahun-tahun untuk graduate. ada yg 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun pun ada. it depends on the course. diploma tak macam matriks. kau boleh la rilek sikit tapi bukanlah bermakna korang boleh main2. still ada kuliah, assignment dan sebagainya cuma kita tak belajar dalam fast pace. that's why dia ambil masa bertahun untuk habis. dan of course diploma ada convocation which matriks takde. so berbaloilah usaha korang belajar bertahun-tahun dekat universiti, akhirnya dapat naik pentas, buat parents bangga. so dah fikir nak pilih matriks ke diploma?

Related image

next, stpm. pilihan ni aku rasa orang pilih bila dah takde pilihan. paham tak? hahaha tapi zaman aku dulu, bila kau dapat offer matriks, kau takkan dapat offer stpm. bila dapat stpm, tak dapat offer matriks dah. and im not sure why. tapi mungkin sekarang dah tak camtu, aku pun tak update. stpm ni macam sekolah sikitlah. kau kena pakai uniform sekolah pastu kena pergi sekolah macam biasa. tak sure if sekarang ni dah takyah pakai uniform, korang boleh research sendiri. then stpm pun ada sem-sem jugak. cuma tempohnya setahun setengah je. then bila dah pass, boleh apply ke degree terus dengan sijil stpm tu. and yg bestnya takyah berjauhan dengan family (untuk korang yg homesick ler) so dah decide nak pilih matriks, diploma atau stpm?

untuk yang berniat nak sambung asasi (foundation) atau A-Level korang boleh survey sendiri sebab aku tak reti nak explain pasal tu. sorry sangat. sama jugak dgn yg berminat nak sambung belajar ke universiti or kolej swasta. korang boleh search sendiri pasal course and macam2 lagi dekat website derang. aku just boleh share pengalaman aku je, yang lain aku tak berani cakap banyak.

okay, lepas spm dulu aku dapat offer matriks. kolej matrikulasi pulau pinang atau senang orang panggil kmpp lah. kawan2 rapat aku semua dapat sana. seronok tak seronok? dah plan dah nak shopping barang sama2, nak buat semua benda sama2. excited teruk lah. mana taknya, pergi tempat baru dengan kawan2. semangat tak? memang bahagia. tak fikir dah mampu tak mampu bawa.

tiba2 bila keputusan upu keluar, aku dapat offer diploma kat uitm perak. ah sudah...berbelah bahagi. parents aku pulak suruh pergi perak sebab lagi dekat. ya, deme fikir jarak je. time nilah bahagia yg dikecapi tu hilang. betul lah orang kata, bahagia ni cuma sementara. hati aku berbelah bagi sangat time tu. nak pergi matriks sebab ada kawan2. nak pergi perak sebab dekat and dapat course yg dimohon. pilihan aku?

setelah fikir masak2, aku pilih untuk ambil diploma di uitm perak dan lepaskan offer matriks. kenapa? sebab aku fikir jangka masa panjang. ya, memang seronok masuk matriks dengan kawan2 rapat semua tapi mampu ke aku bawa course sains tu lagi? mampu ke aku belajar dalam fast pace and catch up semua benda dlm setahun? mampu?

aku fikir, adanya kawan2 tu hanya untuk keseronokan jangka masa pendek. kawan2 yg ada belum tentu dapat tolong kita. yelah, dlm belajar ni otak memasing lah kan. kawan2 aku ramai yg geliga otak. dibuatnya nanti dorang lepas, aku terkandas. time tu nak menyesal pun tak guna. walaupun dah pilih diploma, hati aku masih berat. tp orang kata, lama2 kita akan move on. lagi tetibe

Image result for friends and study tumblr

dan lepas kau buat keputusan, percayalah, akan adanya bisik2 negatif di telinga kau. ada kawan aku cakap, buat apa pilih diploma, lama kot bertahun. baik pilih matriks, habis cepat. buat apa pilih diploma, buang masa. time ni kalau aku tak kuat, mungkin aku akan berubah fikiran dan pergi matriks dengan dorang. and guess what gais? kawan2 aku yg cakap banyak ni, sorang terkandas sampai kena tukar uni tukar degree, sorang lagi kena campak ke uni jauh kos lelong sebab result tak berapa nak cantik. dan aku? bersyukur sebab tak dengar cakap dorang.

aku tak halang korang kalau nak pilih matriks. cuma kalau pilih tu biar ikhlas dari hati. sebab sekarang ramai pergi sana sebab parents. aku tahu, most parents bangga kalau anak masuk matriks. kos sains, nanti boleh jadi doktor, boleh jadi engineer. hakikatnya sebab parents macam nilah anak2 stress dan terkandas. zaman sekarang, sains bukanlah penentu masa depan. malah kat sekolah2 pun sekarang, kat uni and kolej, jumlah student dalam science stream dah makin berkurang. sebab apa? sebab budak2 dah pandai memilih bidang yg banyak peluang pekerjaan. ramai yang dah lari ke business field. aku bukan cakap kosong. boleh buat research & tengok sendiri kalau tak caya.

and kalau korang nak pilih matriks sebab minat yg mendalam dan yakin korang mampu bawa, silakan. ada je kawan2 aku yang keluar matriks dengan pointer yg cantik. dapat degree pun dalam bidang sains. tapi ramai lagi yg keluar matriks dgn result yg beshe2 dan end up dapat degree yg bukan sains. ada tu siap parent kecewa sebab dia tak dapat degree in science field, tapi dapat business. apa2pun semuanya berbalik pada cara kita menilai dan berfikir.

to be honest, ada kawan2 aku yg dulunya lepasan matriks, bekerja sama2 dgn aku sekarang. ya, sebab tu aku kata, bidang sains bukan penentu masa depan. zaman sekarang yg banyak saingan ni, kau kena betul2 cemerlang dalam bidang tu untuk mendapat tempat. kalau tak, kena lelong la cite dia. berapa ramai orang yg kerja lari bidang? study sains, kerja bisnes. tak ke rasa dah ambik peluang yg sepatutnya untuk dorang yg study bisnes? itulah hakikat dunia sekarang ni.

ikut rezeki masing2. ada yg lepas spm terus bekerja pun hidup senang. ada yg belajar tinggi2 pun sampai sekarang meniaga burger tepi jalan. ada jugak kawan aku lepasan stpm, sambung degree dan skarang bekerja dalam bidang yg dia belajar. alhamdulillah seronok tengok perkembangan dia. it all depends on your rezeki and minat. aku langsung tak rendahkan mana2 pekerjaan mahupun bidang belajar. aku menulis sekadar berkongsi dan untuk korang berfikir. sebabnya dah ramai yg tersalah pilih. so for the sake of your own future, think and choose wisely.

i wish you all goodluck!


Image result for further study tumblr

p/s: boleh tengok entry aku yang ni jugak: please read

ShopBack


Hi, korang tahu tak shopback tu apa?




okay sekarang mcm dah dapat la sikit kan apa benda shopback tu. so sambil kita keluar duit, kita dapat duit. earning while shopping gitu. cashback tak banyak lah yg dia bagi tapi okay lah dari takde langsung en. aku pun tahu natang ni dari twitter. pastu mestilah nak cuba kan nak tengok betul ke tak kita boleh dapat cashback. lalu aku pun cubalah masa 12.12 haritu.


so pilih je memana online app yg kita nak shopping tu. dia akan direct bawa ke website derang

mula2 aku install app shopback ni kat phone then create shopback account. pastu aku blur camne nak bagi shopback ni track transaction kat phone. jadi aku pun bukak acc shopback kat laptop. bila login tu terus dia suggest kita untuk add button shopback ni kat chrome supaya nanti bila kita nak shopping senang dia track transaction kita.




bila dah masuk website tu, contoh haritu aku pilih hermo, click logo shopback kat bar atas tu untuk activate shopback cashback. so bila dah activate tu dia automatically akan trace kita punya transaction.


bila logo dah jadi hijau means dia dah activated
dia akan bagitahu yg transaction kita direkod

then startlah shopping. shopback akan email kita the latest transaction beberapa jam kemudian. so dari situ lah kita tahu yg dia dah track transaction kita. juga dia akan send notification kat phone kalau ada install app shopback.



sekarang aku dah reti pakai app dekat phone so lagi senang. rasa menyesal jugaklah baru tahu pasal shopback ni. kalau tak mesti dah banyak cashback aku sebabnya aku tiap bulan beli topup kat 11street. okay kalau lagi senang memang pakai mobile app lah sebab kita senang nak check history, bebila dan dimana sahaja anda berada cewah.



jumlah cashback setiap kali transaction tu taklah banyak mcm yg aku cakap. kalau korang beli barang rm50 kebawah baru berapa sen cashback. kalau korang tengok ada orang yg sampai beribu cashback tu means dia dah lama guna shopback and kerap shopping. macam aku ni baru berjinak-jinak so total cashback pun tak sampai 5 ringgit. tapi rugi kan kalau tak buat shopback ni sebab walaupun jumlah tak banyak, siapa yang nak bagi kita duit free2 gitu jaa? kepada yg nak mencuba, aku ucapkan selamat mencuba dan happy shopping!


Image result for online shopping tumblr gif
gif ni from a movie tajuk Confessions of a Shopaholic. kalau korang belum tengok, better tengok lagi2 korang yg kaki shopping tu sebab memang best sangattt!

-

Disclaimer:
ni bukan paid review ye. all information is based on my experience. niat untuk sharing saja. thanks