Monday 30 September 2013

#8

its been over a week since i last saw you. i dont know if im missing you. im hoping that this feeling i had towards you fades away as time goes by. its a relief that you're in a last semester. you're kinda different but sadly this is the end. let me keep those memories we've had together though it means nothing to you. thank you for brightening my days throughout this semester though suddenly everything changed without me knowing the reason why. perhaps that was the last time i saw you. and how sad it was on my birthday.

Saturday 28 September 2013

Final Exam datang lagi...

hello guysss! miss me? hahaa acah2 the conjuring lak en. hmm sekarang ni budak2 diploma uitm tengah berada dlm mode final exam. final aku sem ni ada 5 paper and sekarang tgh menanti paper kedua, ahad ni iaitu subjek csc, the toughest subject for this semmm! csc tu stands for computer and information processing laa. dah la sampai 9 chapter, pastu semuanya fakta. kalau jwb ikut logik time exam nanti mmg alamatnya result pun ikut logik gak kahkah bagus sangat




paper bel dah lepas yehoo untuk yg tktau bel tu english language tapi lain sem lain kod dia. semakin senior semakin susahla cite dia. rumet aku yg lain semua sem ni last ambek bel. course aku ngan akaun kalau tak salah kena ambek sampai part akhir ayoyo ni kalau dah grad english tunggang langgang gak taktau ah aku. sem ni first time aku tak kua awai time exam bel haa 3 jam tau dok dlm hall tu sampai biru2 kuku aku tahan sejuk.




paper ctu lagi satu hal. aku lemah toi ah kalau subjek membaca ni -_- sem ni lain kos lain ctu nya. mcm om ctu nya islam dan pengurusan. dah nama om mesti ah ada kaitan ngn management kan. lau cm rumet aku dorang punya seni bina islam lah islam dan sains teknologi lah. ikut kos lah. tp aku rasa aku punya ctu lagi senang kot :3 rasa je.




lepas tu paper record haaa yg ni hampir saja aku give up lepas dah fail kuiz 1 haritu -_- tp puan zakiah yg comel cakap, "yg tak lulus tu jngn sedih2, cuba lagi tingkatkan. tengok balik mana yg tak kena tu" setepek kena kat muka ni sbb dia ckp tu betul2 lepas dia bagi paper aku -_- alhamdulillah kuiz 2 aku lulus :D yelah walaupun markah tak tinggi mcm dorang2 yang *cough* lain*cough* tu... last paper is ipc which stands for interpersonal communication. aku suka sangat subjek ni. nak jwb pun boleh ikut logik je. lecturer ajar paham, kalau baca nota pun senang je nak ingat. perhaps this is my fav subject for this sem selain note taking hehee




puas dah membebel pasal subject final. now iolss nak kongsi sikit dgn uolss tips atau cara nak menghadap final exam ni dgn relax tanpa gelabah dan resah gelisah ecewah bajet pakar motivasi lak en. cara aku simple je and tak seberapa pun kalau nak banding ngan tips2 yg kat blog lain yg lagi gempak and bombastik tuh.




ni betul2 cara aku stiap kali final exam. first of all, mestilah tengok jadual exam kahkah lepas tu check lah paper ni bila paper tu bila n balik bila -_- masa gap antara 2 paper tu plan lah nak study apa, dr chap apa sampai chap mana, kalau boleh buat jadual bagi sistematik sikit. mcm aku buat jadual dlm kepala je hahaa then mcm yg aku ckp, aku jenis yg suka study last minute. mula2 aku akan main game dulu, bosan tukar game lain sampai tido pukul 2-3 pagi lah jugak kdg2 tu. masa lecture week ke apa mmg aku jarang2 nak sentuh game ni, tgk movie pun sekerat je sbb aku slalu rasa ada je benda yg tak siap lagi padahal tetap je procrastinate -.- tapi lepas main game tu aku dptlah kesedaran, hidayah dan petunjuk untk study.




study ni lain orang lain cara. cara aku hampeh sikit. datang je mood study setebal-tebal buku aku boleh baca, rasa mcm seronok. kadang2 rasa tepu sangat aku baca handout atau slide je sbb simple kan tapi tak berapa complete lah. perlukan buku jugak. and jawab paper2 past sem adalah suatu kewajipan ye anak2. yg ni biasa kan semua orang buat. bila bosan buat past sem, aku baca buku balik, bosan lagi baca slide pulak haa cemtulah cara study mcm lalang hahaha mmg betul2 ikut mood. tp pastikan sebelum start study tu baca doa penerang hati, doa and niat baik2 dlm hati ye




malam sebelum exam ataupun aku slalu buat pagi nak exam tu, aku akan text mak aku. mak je, ayah tak. kenapa? ayah slalu dah call aku, slalu dah dengar suara ayah tp suara mak aku jarang2 sbb kadang2 dia busy masak kat dapur. so once ayah call time nak dekat final tu aku terus bagitau exam start bila, ada berapa paper, habis bila, paper senang ke susah. tapi kalau mak aku, setiap pagi atau beberapa minit nak masuk exam hall aku akan text "ma, harini akak ada exam dari pukul xx sampai xx. doakan tau" dan mak aku akan balas either "ok mama doakan" atau "ok goodluck. buat yg terbaik" bila baca tu hati anak mana yang tak tenang kan cuba cakap kat aku. gitulah dia kalau sem ni 5 paper, 5 kali setiap nak masuk exam hall lah aku text mak aku hehee apalah sangat kan kalau nak text or call mak ayah kita minta didoakan. better drpd hampa tergedik-gedik suruh bf/gf wish *no offence*




suruh mak doakan tapi takde usaha semua tu sia2 je. kenalah berusaha dulu kan baru tawakal. masa final exam week ni pun kena rajin2 buat solat sunat sekurang-kurangnya solat sunat hajat. masa nak spm n pmr dulu kan skolah slalu buat solat hajat rmai2. why not buat masa kita nak exam kat u pulak kan? bukan susah pun. kalau time lecture week tu bolehlah kata takde masa, banyak kerja, busy dan sbagainya. time exam week ni kau kata takde masa? aku hempuk kau ngan peti ais kang. otp dgn bf/gf berjam2 boleh, solat 5 minit pun berkira. marah ni hahaa hajatkanlah benda yg baik2. dilapangkan dada, dipermudahkan urusan, ditenangkan jiwa, dipermudahkan soalan exam tu, jangan lupa doakan mak ayah kita jugak. lepas solat tu insyaAllah hati rasa tenang je, nak study pun rasa mcm best je.


if this happens to you, ignore them for your sake

waktu study aku tak tetap. kadang2 pukul 12tengahari tu pun aku boleh bukak buku. pukul 3 time orang tengah syok tido petang. nak dekat maghrib tu bergelap-gelap ngadap buku. tengok mood akulah. tp orang kata selalunya study antara 12 tgh malam ke atas lagi senang nak masuk. hmm betul lah jugak kot. sbb time tu sunyi, aman je nak study apa pun semua masuk. pandai2 lah pilih waktu study yg sesuai asalkan apa yg korang study tu tak masuk telinga kanan kua telinga kiri, eh?




time study biasa dengar lagu? most of the time kalau study mesti earphone lekat kat telinga aku walaupun kadang2 tak bukak lagu pun hahaa ntahlah maybe as a sign yg aku taknak communicate dgn org sekeliling masa tgh study. tp mmg betul pun, rumet aku akan tulis kat kertas kalau nak ckp ngan aku sbb dia ingat aku tak dgr kalau dia cakap. padahal aku dengar je -.- hmm kalau dgr lagu time study boleh masuk ke apa yg distudy tu? kalau korang layan lagu tu ikut nyanyi skali mmg sah2 la tak tumpu kat apa yg korang study tu kan. tp mungkin jugak lagu tu boleh mmbantu untuk ingat mende yg kita blaja tu. eh ntahlah




next isss, mindset. fikir positif je selalu walaupun korang tau dah kesudahannya. remember that miracles do happen. semua keputusan Allah yang tentukan. kalau dah sepanjang masa kata 'eh aku rasa fail lah subjek ni', 'hmm repeatlah kot next sem', 'susahlah subjek ni. kau pandai bolehlah' mmg jadi kenyataan lah ia dan padanlah muka kauorang. why not gantikan dgn 'hmm mmg susah, tp insyaAllah aku boleh buat', 'rasa mcm takleh buatlah tadi, takpa dah cuba yg terbaik', instead of saying 'mesti fail' says 'insyaAllah pass'. senang kan? again, semua tu takde pape tanpa usaha. prinsip aku, tak rasa fail, tak rasa lah nikmat berjaya. yg berjaya hasil meniru, menipu dan yg sewaktu dgnnya, semua tu tak menjamin apa2 -.- someday korang akan menyesal. yg slalu berusaha tp masih tak temu kejayaan, jgn risau. Allah simpan surprise untuk korang. doa banyak2 ok? (:




set target for each subject and jangan target terlampau rendah, jangan lak tinggi sangat. yg korang rasa mampu. sebab tu aku slalu ternanti-nanti carrymark aku. senang aku nak kira2, nak tau kena score banyak mana untk final barulah aku boleh study demi mencapai target aku tu. kalau takde target, takde goal, korang mcm takde matlamat tau. benda ni nmpk cam remeh, tp sebenarnya sgt membantu. ikut suka lu lah kan hahaa ps: orang yg taknak tau carrymark tu last2 dia sibuk gak nak tau carry mark orang lain :p oleh itu kalau xnak nmpk cm penyibuk sgt, kita kisah dulu psl carrymark kita pastu barulah syok nak tanya carrymark org lain hahaha




hmm apalagi eh alaa mcm dah panjang je malas lak nak sambung hahaa sampai sini je kot tipsnya kahkah kalau rasa cara korang lagi berkesan, sharing is caring. ni cara paling sempoi aku rasa. study serious sangat nak kemana kak? hahaa kadang2 orang kata, dah study betul2 dah doa banyak2 pun result tetap mcm tu jugak, ada yg lagi turun. hmm kalau yg tu, adalah tu yg silap kat mana2. mungkin kita ni ada berdendam dgn orang, musuh dgn orang ni orang tu, busuk hati, dengki. penyakit2 hati ni bahaya dooo cemburu yg positif takpa contoh, aku mmg tak puas hati gila dgn classmate aku 2 orang yg dekan kemain tinggi pointernya. dlm diam aku perhati kelemahan dorang, kat situ aku score. lain2 subject tu aku cuba beat. tak seronok bila belajar takde saingan. ada saingan barulah semangat nak blaja, nak potong dorang kan? hahaa lagi satu, blaja ni hmm tak perlu menunjuk kot. diam2 sudah. tak perlu canang kat smua orang yg ko tgh study ni study tu, takut hasilnya tak kemana ha kan sendiri yg malu? biar jadi ubi, diam2 berisi drpd tin kosong. bising tp takde isi. jngn jadi diam2 besi berkarat pulak hahaa oklah dah panjang sangat ni, takut bosan lak org baca. yg baca sampai habis tu tahniah ye anda berjaya sampai ke peringkat ni dan aku doakan korang berjaya dunia akhirat hahaha zaijian (jumpa lagi)!




fnmd

Monday 16 September 2013

lepas baca benda ni, baru aku sedar banyak dah masa aku bazirkan macam tu je. luangkan 5 minit untuk baca ni, mana tahu boleh membangkitkan kesedaran :) --> klik sini

Sunday 15 September 2013

sedih.

ya Allah. aku taktau apa yg tengah jadi sekarang ni. kenapa la tak boleh nak berbaik sesama sendiri? kenapa mesti nak hancurkan silaturrahim hanya sebab benda kecik? terus teranglah aku dah tak tahan sangat duduk dlm kelas tu. kalau boleh pindah kelas memang aku pindah. sebab sayang je aku stay. alih2 semakin teruk jadinya. aku diam tak bermakna aku taktau. aku perhati. cuma tak berani je nak masuk campur. dari dulu lagi sejak aku first masuk, makhluk2 dlm kelas tu berpuak-puak. dah la tu, mulut yg main cakap belakang tu punyalah banyak. kutuk orang sana, mengata orang sini. sakit telinga ni dengar. padahal satu kelas tu. bergenang jugaklah air mata ni baca debat2 hebat korang tu. kenapa mesti bergaduh sampai macam tu sekali? aku ingat dah masuk sem 3 ni elok sikit lah perangai tu. sumpah perangai korang tak ubah mcm BUDAK2 YANG TAK MATANG. sememangnya korang tak matang lagi. PENDEK AKAL. tak reti nak mengalah. tahu nak menang je. nak kata BODOH kang kasar sangat tp sorry memang korang bodoh. bodoh sebab sanggup bergaduh sesama sendiri semata-mata tak dapat terima teguran orang lain. disebabkan benda kecik tu je jadi isu besar. ya Allah kalau aku ada kuasa, ada berani, dah lama aku sound korang. bukan nak kata aku baik tp perangai korang tu dah melampau-lampau. eh memang aku lagi baiklah kalau nak banding. aku sakit hati pun pendam sendiri. tolonglah belajar terima teguran orang lain. korang dah 19, bukan budak 9 tahun lagi yg melenting bila orang tegur sikit, marah sikit terus nak ngamuk tak tentu pasal. yg kaki sibuk pun satu gak, tolonglah jangan suka masuk campur hal orang lain. biarlah dia dengan hidup dia, kau buat hal kau je, boleh kan? aku tak paham kenapa perlu berperang mulut bagai. cara bercakap dah fasih mengalahkan menteri besar berucap malangnya isi macam budak tadika. tolonglah bercakap tu fikir dulu. sebelum bash orang tu cermin diri sendiri dulu. kalau orang buat kita, kita diam sudahlah. takyah lah nak panjang2 cerita. tengok sekarang akibat melawan dgn orang pendek akal, kau pun nampak bodoh sama. act lah mcm orang educated sikit. sia2 kau dapat masuk u tapi tak reti guna akal tu betul2. ramai lagi yang berderet tunggu nak masuk u tapi kau yg dah dapat ni tak reti nak bersyukur langsung. tak reti nak beza mana baik mana buruk. mak bapak korang hantar masuk u ni untuk korang bergaduh ke? untuk berdebat sesama sendiri? untuk cari musuh ke? eh serious lah aku menyirap tol ngan korang ni. bila nak sedar agaknya tah. tak sabarnya aku nak habis diploma ni, nak blah dr neraka dunia. ya, memang kelas tu neraka dunia bagi aku. like seriously korang kena belajar bersabar, mengalah dan terima teguran orang lain. orang bash kita diam. orang mengata kita diam. orang mengutuk kita diam jelah. takyah nak terasa bagai kang kau jugak yang sakit hati kan. tak kisahlah sapa yg mula dulu, jangan teruskan benda bodoh tu. biar orang yg start tu syok sendiri. diam2 sudah. kalau rasa tak salah kenapa nak bising2 mcm orang salah? Allah lagi tahu siapa betul siapa salah. biar Allah je yg tentukan semuanya. kita ni duduk diam2 bawak bersabar banyak2. layan orang yg buat dosa kat kita, kita pun terjebak dlm dosa sama, ntah2 lagi besar. haih taktaulah nak cakap cemana lagi. mcm ni nak buat event sem depan? dengan kelas berpecah-belah, macam ni?? eh pergi mampos lah dengan plan2 haritu kalau korang taknak ubah perangai setan korang tu.

Friday 13 September 2013

OMSA Team Building

ni sebenarnya lebih kepada ice breaking dgn seki2 omsa yg baru. ramai pulak lelaki-lelaki omsa ni hahaa nasib baik semua sporting. so buat kali pertama sepanjang aku belajar kat perak ni, aku menjejakkan kaki di Teluk Batik hahaha roommate aku berkali-kali pergi, semua tak caya bila aku ckp aku tak penah pegi heheh kat tmpt orang aku jadi malas nak jalan. kalau kat kl ko ajak je p mana aku on hahaha tp memang cantik gila view kat pantai teluk batik tu


curi dr fb ain hehee :p tp aku yg snap. bnyk lagi gmbr sebenarnya tp dia tak upload pulak -.-

kitorang p naik bas uitm yg cantik tu. nasib baik la dapat bas. sampai2 je terus start dgn game yg dah diplan oleh akak2 part 4 untuk mengenakan seki2 baru dan jugak senior2 part 5 yg bakal meninggalkan kitorg acehh sedih lak. sambil2 game berjalan tu adalah yg tukang handle bbq. aku bawak baju lebih tp disebabkan aku yakin aku tak basah, so aku tak basah lah hahaha dorang siap naik banana boat berulang-ulang ergh aku nak try skali pun tak berani -.-

habis semua game barulah bebas nak buat apa nak pergi mana pun. sayang kat aku takde langsung gambar :/ yelah time2 cmtu lah hp rosak kan -.- dalam pukul 4 cmtu kitorang naik bas balik ke uitm. dlm bas mula2 riuh rendah, dah lama2 tu senyap, semua tidur hahaa dlm pukul 6 mcm tu smpai bilik. memang aku tak buat apa2 tapi penatnya tu terasa gak la. apa2 pun best sangat dapat spend time dgn geng omsa hehee :*




p/s: sepanjang hari tu asek jaga iphone orang je. bila nak ada iphone sendiri?

Majlis Anugerah Dekan OM114/BM118 Dis-Apr 2013

setelah beberapa kali tangguh, akhirnya pada september 5th bersamaan hari khamis bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, FPP, berlangsungnya majlis anugerah dekan untk peperiksaan sesi disember-april 2013. alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk naik pentas sekali lagi walaupun pointer tak tinggi mana. majlis tu takde tema so aku pakailah baju kurung yang mak aku beli untuk raya tapi tak sempat nak pakai sebab cuti raya sekejap je -,-




pukul 8pg aku gerak dr kolej, tapi tak terus pergi ke dewan tu. singgah pusat bahasa sebab kawan2 yg lain kena buat speaking test bel dulu. takkan aku nak pergi sorang plak kan. kelas aku 5 orang je yg dekan. dlm pukul 9 cmtu kitorang sampai fpp. daftar dulu and dapat cenderahati berbentuk pen and pensil tekan tp sarung dia ada tulis majlis anugerah dekan hehee masuk je dewan al-khawarizmi, kerusi dah penuh. dia tak susun, duduk ikut suka je. aku lagi suka kalau dia buat kat dsi mcm sem lepas. ikut abjad nama, ikut no giliran. tapi dengar cite dia buat selang seli. so sem depan maybe kat dsi balik. tak lama lepas majlis start, kitorang kena turun bawah, beratur kat luar dewan. nervous tu tak sangatlah kot sebab kalau ikutkan sem lepas lagi nervous. dah la first time pastu nama aku kedua lak tu yg kena naik pentas --" so sem ni kitorang main beratur je n sampai je giliran aku, emcee sebut nama aku, aku pun naik pentas. guguplah jugak. kali ni Dr Ramnah yg sampaikan skrol. lepas bergambar, aku salam tangan Dr and cium hehee sem lepas tak cium pun. dia cakap tahniah :3 aku nak gambar aku pegang skrol tu !


Sir Shefek dan Dr Ramnah
persembahan
tayangan media yg sangat deep and inspiring

lepas dah habis semua naik pentas, ada persembahan and tayangan media. then sesi bergambar lak. part 4 sem lepas ramai gila yg dekan ! sampai masa nak ambek gambar tu kena asingkan kepada 2 group. lepas dah habis sesi bergambar barulah masa untuk lunch yay ! kalau sem lepas dia bagi nasi dlm bekas, sem ni dia bagi kita ambek nasi sendiri. sedap sangat menu dia mcm orang buat kenduri kawen tu hehee mmg berbaloi-baloi


dengan kak wani, omsa president to be hehee
gambar dicuri dr sir shefek hehee
classmates; akmal, nisa, azleena, bella and fizi
credit goes to Puan Rohana Ehsan for this picture
ahli-ahli omsa (:

aku ada terbaca kat twitter, cara-cara nak dekan; meniru masa test n kuiz, carrymark tinggi then time final takyah risau. aku rasa tak perlu kot buat mcm tu. dah la menipu diri sendiri, menipu lecturer lagi, berdosa n tak berkat ! oklah aku mengaku aku pun pernah buat tapi stakat jenguk2 member sebelah punya jelah. tu pun aku dah rasa bersalah sangat2 even lecturer aku taktau. ada tu selamba je bukak buku, curi2 tengok nota, scroll slide dlm phone, ntah mana korang dapat keberanian buat semua tu, ajar aku boleh? orang tanya cara belajar aku, kdg2 segan nak jwb. aku bukan jenis orang yg belajar ikut jadual, habis lecture balik tu bukak buku revise balik apa yg belajar tadi, study sminggu before test or kuiz. seriously im not that type of person. tbh aku ni jenis yg suka study last minute, malam sblm nak kuiz tu barulah aku bsungguh bukak buku. kalau study awal2 nnti aku lupa. tapi time final aku struggle lah. gila kau carrymark rendah takkan time final nak main2. so tu cara akulah. tp ntahlah. sem ni aku tak yakin sangat boleh kekalkan pointer. subject semua mcm nak bunuh aku je T__T tlong doakan aku ye kawan2. aku nak anc. oh ya kalau boleh sem ni aku nak c/mate aku yg dekan bertambah (: ramai2 la baru best kan? hihihi




sudahlah.

kan betul apa yang aku jangka akan berlaku, berlaku jugak. bodohnya orang macam aku ni. terhegeh-hegeh pada yang tak sudi. bertepuk sebelah tangan. menunggu orang yang tak ingat kat aku. menjengkelkan agaknya aku ni. letihlah nak ada perasaan sakit hati ni. bila nak belajar dari pengalaman ni eh? patut ke aku menangis lagi? dengan mata bengkak pergi kelas pagi. tak. aku takkan.

Thursday 12 September 2013

#7

tak sangka lak dia pun datang sama. amboi segak berbaju melayu. tapi aku tak nak jumpa kau tau tak? apa kaitan dia dengan event tadi hmm kbye.

Tuesday 10 September 2013

#6

pertama kali kita berjumpa
padaku kau biasa-biasa
langsung tidak terdetik dihati untuk memandang kau lebih

padaku kau bukanlah jenis yang aku suka
kau jauh berbeza daripada mereka yang pernah aku damba
mereka yang punya rupa

namun hanya disebabkan satu kelemahan diri ini
aku jatuh
tewas dengan perasaan sendiri
semakin aku menafikan
semakin kuat perasaan itu tertanam

masih segar diingatan memori itu
kita berjumpa dan kau menyapaku
bertanya dan kita berbual seperti teman lama
alangkah indah saat itu
namun tidak kuhargai kerana
pada ketika itu hatiku
masih keliru

saban hari aku menanti kelibat
wajah, senyum dan tawa
kau buat aku bahagia walau hati ini sedang berduka
andai kau tahu itu

entah di mana khilafnya
kau dan aku
tidak lagi seperti dulu

tiada lagi kemesraan
yang tinggal hanyalah kejanggalan

jika dulu aku berani memandang ke wajah itu
sekarang aku hanya tunduk
jika dulu aku berani bersuara
sekarang aku jadi malu

kau perlakukan seperti aku tidak wujud
kenapa?
apa salahku?

andai aku adalah punca semua ini bermula
bodohlah aku kerana mempersia
segala peluang yang ada

andai masa boleh diputar kembali

hati ini semakin tawar
tidak ada manisnya lagi apabila kita berjumpa
sedih aku sedih

sekarang aku
hanya menghitung hari
saat kau akan pergi
hilang jauh dari pandangan
hapus terus dari hati

tolong bawa bersama cebisan-cebisan kenangan yang kau cipta
kenangan yang sementara

apa yang pasti
kau bukan untuk aku
dan aku yakin itu.



Sunday 8 September 2013

#5

that moment when your crush drinks from the same straw you used... what if he knows that he's sucking from the same straw you sucked before? that means you're sharing a drink with him... obviously i was... oh nooo why he did that just why........

Monday 2 September 2013

aku dah gemuk !

hmm ntah apa2 tah. masa aku kurus cengkung, family aku cakap aku diet. takyah nak diet2 katanya. kau sakit ke, tanyanya. makan banyak sikit, suruhnya. tak pernah ada istilah diet dalam kamus hidup aku cewah ayat bm hahaa tapi betul lah. setakat gurau2 ngan kawan tu bese ah. aku kalau bab makan mmg tak penah sekat. berminyak ke berlemak ke berkalori ke apa semua aku bedal asal kena dengan tekak aku. mak aku nenek aku memang marah kalau sekat2 makan ni. nak makan tu makan je. takpelah duit habis banyak pun asal habis dekat makan. berat aku masa skolah dulu 60kg je. JE lah sangat kan. bagi orang lain 60 tu kira dah berat sangat dah tu. tapi aku tak kisah sbb aku still normal.




masuk u je terus naik berat aku. mana taknya dah kerja asek makan tidur je. last timbang, berat aku 67 point something haa terkesima jap kat mesin penimbang tu. nampak sangat effect duduk kat sini -,- setengah orang sensitif nak mention bab2 berat ni. tapi aku biasa je less weight ke normal ke obese ke aku tak kisah. so far sekarang bmi aku normal heheh tinggi 177, berat 67 hewhew :3 tapi dah alang2 tu apa kata aku genapkan jadi 70? hahaha xD ramai tegur kata aku dah berisi. pipi naik. hmm memang pun hahaa tak kisahlah asal aku bahagia. orang kata orang gemuk ni happy and bahagia je muahaha no offence pada yang kurus ye :p


niall i'm here :>


Sunday 1 September 2013

degree oh degree

orang kata, awal lagilah nak pikir pasal degree. sem 3 ni pun tak habis lagi. tu dia kata orang yang takde wawasan *amboi kasarnya bahasa* dulu aku pun macam tu. malas ah nak pikir semua tu lagi, biar masa yang tentukan. lama2 orang dok tanya, weh kau plan nak buat apa pas diploma? kalau dulu masih boleh jawab, of course lah sambung belajar. sekarang orang akan tanya lebih jauh. nak ambil kos apa time degree nanti? penah jugak aku kata aku malas nak sambung degree, nak kerja terus. malas nak perah otak dah ngadap buku. orang kata hmm sayanglah. sekarang orang tak pandang sangatlah setakat diploma ni. teringatkan dekat ayah aku lagi yang selalu je bagi apa aku nak. hmm okaylah. sambung degree. lepas tu aku tengok2 lah kos apa yang ada.


click to enlarge

kenapa aku highlight merah kat kotak yang tengah2 tu? sebab tu adalah untuk student lepasan diploma uitm. tiga kotak pertama tu untuk lepasan stpm, matriks/asasi uitm and diploma ipt lain. 3 kotak ke belakang tu fast trek pebenda tah abaikan hahaa disebabkan aku ni student office management and technology under fakulti pengurusan perniagaan, aku tengok fakulti aku punya kos jelah. nak sebok kat kos fakulti lain macam takde kaitan ngan aku pun hahaha course under fpp paling banyak kalau nak tau, ada 15 course haa tapi tak semua course ditawarkan untuk lepasan diploma uitm mcm aku ni ecewah sem 3 belum habis dah berangan jadi lepasan hahah kira yang dia pangkah2 tu tak ditawarkan lah. so yang tinggal untuk aku cuma office system management, marketing, finance, HR dan perniagaan2 bagai tuh yang memang bukan minat aku. finance pun aku tak berapa minat sbb nombor2. upu nanti boleh pilih empat je eh? and kos2 di atas ni uitm punya. dah nampak kan aku taknak masuk ipt lain selain uitm sebab uitm dihatiku hahaha hmmm... nanti2 jelah pikir :p