Friday 27 December 2013

homework?

to-do list:

1. create flyers, brochure and newsletter
2. find a topic to talk about for public speaking
3. complete the aksara cina *which i hate the most -_-*
4. prepare slide presentation for bel

and i havent touched one. assignments ugh -_-

Saturday 21 December 2013

midterm break

yay now im in my mid sem breakkk ! dah la 2 minggu wuuu sangat bahagia. seminggu before startnya cuti, mcm2 jadi. biasalah kalau duduk uitm ni sebelum nak balik umah mmg akan stress. dgn assignment ob, assignment eco yg tak paham nak buat cane, kuiz eco lagi dgn buku aku tak beli, hafal speech untuk public speaking oh sangatlah stress tp not really bc i know how to handle it my way. so takdelah sampai nak nangis ke apa. tahap tenang dia tu sampai aku still boleh main game mlm sblm kuiz eco, hafal speech sehari sblm present, buat assignment last minute bc group assignments kan so it's not that hard la. group assignment plg aku suka sbb apa? tak perlu nak susah payah ingatkan group member untk buat sbb dorang yg slalu ingatkan aku hahaha dan ada jugak yg terlebih rajin ehem sampai aku kdg2 jadi silence member kat dlm group tu. dan bila yg lelain panik sbb assignment tak siap lagi tp esok nak kena submit, jangan ikut panik sama. cool je mcm takda apa dan teruskan kerja. kalau semua panik kerja pun tak jalan nanti, dui?

nak share sikit pengalaman bg speech kat depan. padahal bercakap kat dlm kelas je hahaa yelah dulu choral speaking je ckp reramai. public speaking ni bezanya kita kena cakap sorang2. sama mcm masa buat oral kat skolah dulu. so kitorang kena bagi 3 speech. to introduce, to inform n to persuade. to persuade kena buat ngan partner and lambat lagi pun. to inform kena buat individually dlm masa 7min. masih mencari lagi nak buat pasaipa. and haritu aku dah buat to introduce. dia kena buat pasal orang and we have to introduce lah. dilema lah jugak aku nak buat pasal sapa. takleh sama ngan orang lain means dlm kelas aku ada 31 orang, 31 orang lah yg akan diintroducekan. classmates aku tau dah awal2 aku akan buat pasal sapa. kalau tak greyson, niall. sangat tak surprise dah sooo aku cari orang lain, and lecturer kata kalau kita minat kat orang tu, lagi senang nak cite even terlupa pun boleh tambah sendiri sbb dah kata minat kan. cuba teka aku buat pasal sapa? hehehe




ye, aku cakap pasal harry. sebabnya masa last2 aku nak tunjuk vid yg ada malaysian terserempak ngan dia kat london tu untuk tarik perhatian audience. attention getter mula2 mendpt sambutan tp sbnrnya agak gugup jugak eiii tak suka. aku rasa aku boleh buat lagi baik. next speech ni moga2 aku dapat buat lagi baik.

so cuti ni nak buat apa? tidur jom.

Wednesday 18 December 2013

#10

Guess what? I've never expected that we will meet again. And today is the day i will never forget.

Tengah hati aku tenang duduk sorang2, tiba2 kepala terangkat dan memandang ke depan. Satu susuk tubuh yg membelakangkan aku, sangatlah familiar. No, it couldnt be, kata hati. Kelip2 mata, kepala tunduk sambung pandang hp tp hati tak setenang tadi. Dan kemudian

Orang itu datang menghadap aku, 'oyyy!' That familiar voice. Aku angkat kepala, pura2 tenang dan buat muka innocent. Lama aku scan muka dia then barulah otak aku berfungsi dan serta merta muka aku terasa pijar dan panas.

Kenapa sekarang? Kenapa mesti hari ni masa aku bertugas? Kenapa bukan semalam? Kenapa mesti waktu shift aku dan kenapa bukan waktu pagi? Kenapa?

Hati dah rasa mcm apa je kat dalam tp muka still cover cool lagi. Lepas ajk yg tengah layan dia berborak tu pergi, tinggallah kitorang berdua. Berdua. Ber- hmm kerusi kosong sebelah aku jadi mangsa. Mulalah bicara kami. Mana hilangnya rasa janggal yg dulu? Kenapa tak boleh borak mcm ni masa kau ada kat sini dulu? Kenapa?

Mcm kawan lama. Dia tanya itu ini. Sembang mcm2 hal sampailah ada sorang mamat mencelah perbualan kami dan dia pun terus bangun dr kerusi, minta diri masuk ke dlm dewan pulak. Lelaki kat depan aku ni, ada la jugak rasa nak tembak bertubi-tubi -.-

Tak lama lepas tu lepas dia keluar dr dewan, dia datang lagi kat tempat aku tp berdua. Means there were three of us. Aku senyap dan hanya pasang telinga. Sesekali terdengar dia ketawa, rindu rasa. Perfume yg dia pakai masih terbau-bau harumnya.

Ahhh ! Past is past. There is no more hard feeling towards him. Berbulan aku ambil masa nak lupuskan semua pasal dia. Alih2 dia muncul tiba2 harini. This is it. Tuhan yg tentukan segalanya. Mungkin ada hikmah.

But still, our memories will always fresh in my mind.


Entri #11? Idk.

Saturday 7 December 2013

Over protective parent grows the biggest liar

Tajuk mcm nak gempak je kan k skrg siapa yg rasa dia akan terasa dgn apa yg aku nak tulis ni sila jangan teruskan membaca sebab aku tulis apa yg aku rasa, based on my experience dan takde nak selindung2 ok siapa yg cepat sentap tu p tidur ke apa kalau nak baca gak read at your own risk sakit hati jangan salahkan aku -.-

so... Masing2 ada pendapat sendiri dan aku agak bersetuju dgn statement tu sebab aku sendiri ada beberapa kawan yg mcm tu muahaha bila parents dah tak bagi buat itu buat ini, pegi sana pegi sini, what would you do? Of course as a youngster kita akan memberontak, darah muda org kata. tak payah nak bg contoh la, sendiri pun boleh bayangkan kan, kat dlm drama pun banyak. Org tak bg keluar malam, dia curi2 keluar masa parents tgh tidur. Org tak bg pegi situ sini, dia menipu, tetap berdegil pegi jugak. Org tak bg menggatal, tup tup dah 10x clash. Depan parents pijak semut tak mati, parents expect anak dia baik, patuh etc how could u lie to your parents?

Takdelah nak kata aku baik pun. This is a self reminder jugak. Aku pun penah bohong kat parents, but most to my nenek la hahaa tp semuanya kantoi -_- and my parents pun takdelah over protective. Apa aku nak buat, mana aku nak pergi semua ayah aku approve. So tak perlu nak tipu2 bagai. Thanks to my father bc he taught me to be berdikari. Ayah selalu support aku nak buat apa2 pun lebih drpd support yg aku dpt dr kwn2 walaupun dia tak penah cakap apa2. it's like belum tanya lagi aku dah tau dia akan bagi. aku tahu dia nak aku cari pengalaman sendiri supaya aku rasa apa yg dia rasa. Betapa payahnya bekerja cari duit, betapa penatnya driving, betapa letihnya travel sana sini. Biar aku tau bersyukur, tau appreciate apa yg aku ada. But some parents tak bagi anak2 dia bekerja. Why? You ask them. Maybe they have their own reason kan kita tak tahu.

so, back to the topic, parents takleh la over protective sangat. bagi at least sikit kebebasan untuk anak2 especially dlm membuat keputusan. mana boleh parents nak control semua. child have their right too and it should be considered. bila anak buat salah barulah tegur and dr situ baru dorang belajar cara nak hidup. bukannya asek kena duduk bawah ketiak mak ayah je. mcm tu sampai bila2 pun anak tu takkan belajar apa2 dan tak mampu berdikari sebab dah biasa kena suap. but im not saying parents yg over protective tu are bad parents sbb everything in this world ada pros and cons. saya akhiri karangan saya dgn renung-renungkanlah.

Thursday 5 December 2013

Maturity

"I dont know the actual meaning of maturity but for me, maturity is when a person hurts you and you try to understand their situation rather than hurting them back"



But some people just dont understand...

Sunday 1 December 2013

semester 4

it's been a week ! ahh finally ada masa nak update blog. now im in semester 4 which is my second last semester. so far takde masalah and i look forward to midterm break muahaha still dapat bilik kat floor 2 but different wing from last sem. bilik dah okay tp tingkap and pintu problem so kluar pegi kelas or memana mmg kitorang tak lock pintu, kunci locker je haih and roommate aku lagi sorang tak masuk2 that means kami bertiga dlm bilik 4org how cool is that hahaha kelas pulak banyak dekat om and acc je stakat ni and student degree pls cuti cepat2 k supaya jadual kami boleh dirombak balik. every sem mesti ada killer subject and this sem is quite tough sbb kena handle event lagi for sure masing2 busy nanti dan mesti akan ada perbalahan beserta salah paham bercampur dgn tak puas hati dlm kalangan classmates aku nanti. bukan sng nak conduct event reramai ni thats y semua suara harus didengar dan ckp2 belakang kalau boleh dielakkan lah even tetap akan ada jugak nanti. tak lupa jugak aku still ahli omsa yg setia, tak penah miss meeting cewah position aku masih samar2 sbb jumaat haritu baru dorang nak rombak jawatan baru. aku tak kisah under biro apa pun asalkan jangan suruh aku jd emcee dan baca doa udah ler ye tak ready lagi hahaa event terdekat dlm pertengahan bulan ni iaitu expo kerjaya wah sangat tak sabar untuk first event for this semester. so far lecturer semua okay guess what one of my lecturers kata muka aku familiar hahaa mmg lah dah kata follow each other kat ig lululul and there is this sub yg akan menguji confidence level aku ; public speaking ! waaa dulu time skolah masuk choral speaking je tau tetiba kena public speaking lak anyway walaupun agak nervous perasaan tak sabar tu wujud gak sbb nak tgk orang lain present and perhati siapa yg paling pandai introduce, inform and persuade dlm kls tu hehehe and i hope this semester is better than the previous one. Oh ok. Semester 4 has just begun.