Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Saturday, 21 November 2015

bad things do happen.

oh wow. it's been months since i last updated. last entry aku tulis masa sebelum masuk sem 3. lama bapak weyyy! banyak benda dah jadi sepanjang 2 bulan lebih dlm sem iniii. okay lah nak cerita sikit2.

The Hardship Is Real.

cabaran dan dugaan sem ni lebih dahsyat drpd sem yg lepas. kalau sem lepas aku depressed bcs i lost my father, sem ni lain pulak citenya. aku dan beberapa lagi kawan yg sekelas dulu bersetuju untuk tukar kelas. reason dia takyah la tahu. so...i thought it was as easy as it sounds. no, i was totally wrong. first, dapat classmates baru aka budak2 penerapan yg agak skema dan lain drpd yg lain. dorang mcm...it's hard to explain tp attitude dorang mmg semacam lah and agak nyebelin *pada awalnya* next, disebabkan hanya masuk kelas 10 minit lambat, aku dan kwn2 dimalukan di hdpn kelas. itulah permulaannya. aku dan kwn2 yg dimalukan tu terus drop that course. tak pernah dlm hidup aku, sepanjang sekolah atau diploma bertahun-tahun, ada masalah dengan pensyarah sampai drop course bagai. this is serious matter so aku agak kecut jugaklah time tu. bila jumpa koordinator program, he suggested us to just drop the course and extend the sem. ya Allah...the word extend tu sendiri dah menggerunkan. of course la we were not giving up. so kitorang tarik satu subjek sem dpn ke sem ni. ingatkan boleh settle gitu je. no. kena cari kelas yg tak clash dgn jadual dlm sistem supaya boleh daftar course yg ditarik tu. Allah...masih terasa peritnya semua tu bila diingat balik. pendek cerita, sampai tak boleh rasa senang langsung lah. sebabnya bila dah senang dan lega tu sebenarnya masih ada benda buruk yg menanti untuk terjah. lesson learned.




Rumah Sewa.

i never agreed to the fact that staying together with your classmates is fun. never ever. sebabnya dah merasa. bukan nak cakap aku baik tapi AT LEAST im better than them. meh sini nak share some rules yang simple tp mungkin setengah orang anggap remeh.

1. bila dah serumah, jangan berkira. unless kalau kau sewa bilik sahaja.
2. tolong jangan guna air dan elektrik sesuka hati mcm kau sorang je yg bayar bil.
3. basuh pinggan mangkuk cawan dll bila dah guna. jangan ingat ada org lain yg nak basuhkan.
4. take turn cuci toilet. guna tahu, cuci malas. please jangan selfish.
5. kalau ada housemate yg bawa kereta/motor, jangan la take advantage. tumpang bayar la duit minyak. jangan buat dia mcm driver tak berbayar kau, call bila diperlukan, just don't.
6. jangan makan/habiskan makanan orang sesuka hati kau lagi2 tanpa izin. tahu hukum kan?
7. peti sejuk bukan kau sorang je guna so please limitkan mknn yang nak disejukkan tu.
8. sampah jangan biar sampai berulat. agak2 dah penuh tu ganti la. jangan tunggu orang lain buat.
9. kain baju di ampaian kalau dah kering pandai2 la angkat. you're not the only one doing the laundry.
10. saling menegur mana yg salah. jangan sikit2 nak tarik muka. boleh cari rumah lain la kalau gitu.

mungkin tu semua nampak kecik je tapi benda2 kecik nilah yang boleh menimbulkan masalah kat orang lain dlm rumah tu. all you need is consideration.




Family Loss

okay this one is unexpected. ajal maut Allah je yang tahu. my mum's cousin aka my uncle has passed away on friday, 23/10/15. sakitnya lebih kurang sama dgn arwah ayah. also was submitted to the same hospital, same icu. friday tu patutnya aku kena join program wajib yang aku dah skip sem lepas. couldn't help it, last semester tak pergi bcs beberapa hari sebelum tu ayah pergi. this time my uncle pulak. takkan la aku nak bercamping while my family tengah berkabung. so my reason is accepted by the lecturer. but still kena pergilah kem tu sem depan. adoyai




Jerebu & Banjir

as we all know, masa jerebu haritu Shah Alam punya bacaan ipu paling tinggi. and of course it affected puncak alam jugak. banyak jugaklah kelas cancel and kelas ganti. and sekarang datang musim tengkujuh, who would know PUNCAK alam boleh banjir teruk sampai masuk berita. aku duduk fasa 3 so tak affect sangat, alhamdulillah. tapi yang paling teruk ialah fasa 2 sebab air naik sampai paras paha. kesian rumah sewa student yang kena tu. ada jugak yang tak dapat balik ke rumah sewa memasing sbb jalan ditutup, kete takleh lalu. even bus pun takleh gerak. dalam situation mcm tu nampaklah warga puncak alam saling membantu dan sangat prihatin. hari isnin banyak kelas cancel sebab depan mcd near uitm air masih tak surut so takleh lalu. bahagia betul aku tidur haritu hahaha sistem perparitan dekat puncak alam memang zero. gambar jerebu dan banjir boleh pergi cari sendiri ya.




itulah sedikit sebanyak yang berlaku sepanjang sem ni hahaa semoga berjumpa lagi dlm next entry.

Friday, 4 September 2015

New semester is going to begin soon!

annyeong September. tak lambat sangat kan nak welcome favourite month aku ni hahaha why fav month? of course lew bcs it is my birthday month. eleh birthday month je fav month. ehhh sukati aku ah. tell me siapa yg tak suka bulan kelahiran sendiri? tell me tell me pls dont tell ahaks. okay la bulan2 lain pun suka jugak, kalau takde january february march april may june july and august, tak sampai la september. and kalau takde october november dan december, tak sampai lah ke januari yg memulakan segalanya. jap skang ni nak cite pasal bulan ke apa ni?

so, semester break is gonna end, very soon. isnin depan insyaAllah dah start kelas. Tuhan je tahu betapa malas dan tak semangatnya aku nak balik palam. i dont belong there. i dont want to. starting from this semester, aku duduk rumah sewa dekat luar kampus. semakin liatlah nak ke kelas. semakin bnyk lah ponteng kelas. well, cannot blame me lah, im only human. lol

and of course, aku.. i mean kami (me and my classmate) masih tak baik dgn pompuan2 tu. aigoo malasnya nak hadap dorang. dah la sekelas. aku fikir pegi kelas balik kelas je. tolong lah jangan ada apa2 benda yang memerlukan aku dgn dorang berkomunikasi. i still cannot accept the fact that dia mengata blakang kitorang without actually telling what we did wrong. at least bagitahu lah apa salah kitorang. coward, attention seeker. that's it. do and say what you want, jangan kacau hidup aku.



oh semester 3, please habis cepat.


oh tengoklah dia ni. baru mintak tolong packing sikit -_- ok gtg nak kejutkan diaa!


Thursday, 27 August 2015

Disaster!

helluuuuuu! my semester 2's result is a total disaster!!!!! hwaaaaaaaaaaaa! sepanjang aku belajar aku rasa this time aku paling frustrated dgn diri sendiri. to be honest, aku rasa life is unfair, to me. because aku baru masuk degree, then ayah meninggal. aku depressed gila2 sampai ada satu masa aku rasa takde guna aku teruskan semua yg aku tengah buat sekarang. aku rasa kosong sangat2 even though family and kawan2 rapat semua ada dgn aku, bagi kata2 semangat but still deep down no one knows how i exactly feel. dan sebab aku depressed tulah aku tak belajar, aku pergi kelas sekadar nak penuhkan attendance. selalunya kalau ada test or quiz aku akan revise, sampai aku puas hati. tapi haritu aku revise, bila tak masuk aku terus tutup buku. aku tidur. aku jadi cepat give up. boleh dikatakan most of the time aku tidur je kat sana. i failed some tests, thats why carry marks aku rendah, dan hasilnya result exam pun tak gempak lah. dulu hanya A dan B, sekarang hanya B dan C. how disappointing kan. paling sedih, bila aku bagitahu mak aku, dia diam tak cakap banyak. i even showed her my result, tak smpai berapa saat dia tengok. oh Allah kecewa sangat ke dia kat aku? lepas tu aku diam terus tak cakap pasal result. sensitif bila dgr orang sebut pasal result. i dont care anymore. i was depressed and stressed. i wish i was strong enough.


gambar masa part 1 diploma haha masa koko

but then, Allah takkan uji kalau hambaNya tak mampu kan? thats what i thought to myself bila aku rasa hidup ni tak adil. mungkin ada hikmah yg tersorok, we never know. yg gagal jadi berjaya, yg pergi Allah gantikan dgn rezeki lain. yg sedih Allah berikan berita gembira. cuma kita tak tahu bila. we just have to believe in Allah SWT.

Monday, 3 August 2015

Degree life.

hello. sebulan lebih jugaklah kan tak update blog ni. blogging ni requires time and effort. kadang2 tu dah ada isi tapi malas. kadang2 tengah rajin nak update tapi taktau nak cerita apa. ha tengok belum apa2 mukadimah dah merapu.


black | Tumblr


okay since aku ni boleh dikatakan freshie dekat uitm tu, nak cerita sikitlah life aku sebagai degree student. dulu lecturer aku masa diploma pernah cakap, antara diploma, degree, master and phd, degree lah yang paling susah dlm level of study tu. dan memang betul. separuh nyawa jugaklah aku nak menghabiskan satu sem ni *hiperbola*




since aku student penerapan, aku terus masuk ke sem 2. jujur aku malas nak cerita, tapi berniat nak kongsi kesengsaraan yg aku hadapi sem ni T.T aku ambek kos human resource (hr) patutnya 3 tahun tp aku student penerapan yg masuk dari diploma and daripada kos under fakulti yg sama so dptlah buat credit transfer. masa sblm apply kos ni aku cuak jugak sbb orang kata kos ni meluas so macam2 benda akan dipelajari. tapi ramai kata kos ni banyak peluang kerja so aku pun terpengaruh dgn bisikan2 mereka *salahkan orang pulak*

setelah buat credit transfer masa awal2 sem, dapatlah aku drop beberapa subjek yg dah belajar masa diploma dulu termasuklah koko. bila tengok balik, takdelah banyak mana pun subjek yg kena drop tu. patutnya sem 2 aku ambek lima subjek je. tapi sebab ada dua subjek sem 1 yg tak dpt drop, kena la bawak subjek2 tu ke sem 2 making it 7 subjects for semester 2. 7 subjects for a sem sounds normal but 7 tough papers for a final exam is insane. mungkin itulah yg paling membunuh aku sem ni.

let me tell you, kalau diploma dulu semua benda lecturer suap, tidak lagi masa degree. for example, dulu assignment, lecturer bagi guideline and dia akan terangkan apa kena buat, mcm mana nak buat. degree ni, dia senyap for some quite time, suddenly dia tanya, okay mcm mana dgn progress assignment awak? how is the group project so far? and student pun huh? hah? apa dia? assignment apa? thats normal i guess untuk typical student. untuk student yg concern benda mcm ni takkan terjadi because they have initiative untuk ambil tahu segala benda. mcm aku, my group members semua tahu ada group assignment tp biasa lah, buat last minute. but i was kinda shock jugak sbnrnya bila lecturer tu sergah tanya pasal assignment. not used to it, just yet. tp tak semua lecturer begitu ya.


kalau hujan kat palam mmg sedap la tidur Zzz

bila dah tahu ada banyak subjek dan nak kena cover banyak chapters, pandai2 lah rajinkan diri untuk study and buat revision. sila jangan jadi macam aku yang balik2 kelas terus landing atas katil, main hp dan tidur. thats so not good for a degree student. aku banyak buang masa. i thought aku akan survive mcm mana masa diploma aku buang masa tp still boleh catch up. no, not for degree life, don't do it.




hujung2 sem adalah masa yang paling sesak, rumit, kelam kabut dan serabut untuk student sebab time tu lah nak kena submit assignments, group projects, time tulah lecturer kau nak buat test, quiz dan sebagainya. jenis yang suka tangguh and buat last minit tu mohon pandai mengendalikan stress sebab berani buat berani tanggung lah kan. kalau taknak jadi gila, buatlah assignment anda awal2 sebab tak kira lah kau kos apa, hujung sem adalah waktu paling serabut. macam aku haritu ntah berapa assignment and take home tests aku buat serentak sbb kesuntukan masa. padan mukalah siapa suruh tangguh kerja kan. aku sampai nak menangis nak menjerit nak semuanya lah.


baby dont cry :(
lebih kurang ceni lah aku time tu

final lagi seronok, orang lain dah nak habis paper kitorang baru nak mula :') last paper aku, 5 hari sebelum raya. memang balik kl tak rasa mcm nak raya sebab lama terperuk kat palam tu mereput. habis je sem memang aku lupa terus pasal segala penderitaan dan kesengsaraan aku sepanjang menempuh sem 2 ni. taknak ingat dah. heaven is all mine bila sampai rumah.


-

Tuesday, 26 February 2013

OMSA

hey u olls ahaha menyampah. k rasa mcm nak update blog.




hmm tanpa disangka-sangka, aku terpilih jadi seki omsa. terkejut mak nak. masa mula2 dapat tau tu taktau lah nak rasa apa. mmg lah sepatutnya happy sebab berjaya dapatkan jawatan yg bukan senang nak dapat, kena interview bagai tapi masalahnya antara aku ngan lagi dua orang classmates yg apply, kenapa dorang pilih aku? -_- kesian kat dorang sbb aku isi borang bukan sebab aku nak sangat jawatan tu, just main2 je saja2 cuba. tengok2 orang lain yg beriya nak, aku yg dapat. rasa mcm hmm




apapun kena bersyukurlah sebab ni namanya rezeki. tak baik tolak rezeki (: biarlah apapun rintangannya, Allah tak duga hamba-Nya dengan ujian yg diluar kemampuan kita. setakat takde kawan, mula2 je kot. bila dah lama sikit dlm omsa maybe boleh ngam dgn AJK yg lain2. sebenarnya aku pun nak cuba jadi orang yg senang biasakan diri dgn tmpt baru, boleh interact dgn smua orang tanpa segan2 yg tak bertempat tu. malu tak bertempat tu menunjukkan betapa rendahnya keyakinan diri aku. taknak dah mcm tu.




so kata president omsa, kelebihan berada dlm organisasi omsa ni, bila nak create apa2 event nanti senang. bila dah ada pengalaman dalam omsa, at least nanti masa part 4, nak create event takdelah blur sangat. sekurangnya dah tau nak kena berurusan dgn siapa n step by step untk handle event tu. buat masa ni belum nampak lagi kepayahan jadi seki ni. tadi first meeting pun baru bahagi2 tugas ikut biro. aku under biro protokol. tapi protocol tak menonjol sangat kalau dlm informal event ni.




ramai (termasuk aku) yg kata omsa ni boring, tak banyak buat event, tak mcm fakulti2 lain yg buat mcm2 aktiviti. lpas meeting petang tadi, baru aku tau masalah sbnrnya. bukannya omsa taknak buat event, ada je event dlm perancangan tapi nak dpt kelulusan dr orang atas tu bukan senang. lepas proposal untk induksi sem lepas kena tolak, event2 lain semua tergendala. omsa tak dapat buat event lain selagi proposal tu tak diluluskan. kesian jugaklah especially dekat president. nampak dah usaha dia tu tapi nak buat mcm mana sbb org atas lagi berkuasa. nak taknak kena tunggu dengan penuh sabar. lagi satu kalau pasal nak buat trip. masalah bas. bas uitm mmg bersepah tp belum tentu lagi dia nak sponsor budak2 om ni. fakulti lain dia boleh pulak, setakat om ni apalah sangat. tringat lagi sem lepas, makan kat hotel tapi naik bas sekolah. whadde?




kesimpulannya, orang suka mengata tapi taktau apa masalah sbnrnya. seriously rasa bersalah la jugak dok mengata persatuan sendiri hahaa mcm2 problem dorang kita senang2 je complain itu ini. sabtu ni ada event, taktau lah menarik minat orang ke tak. n sebagai student jugak, aku paham, mesti ada yg complain lagi kalau buat event tp nak masuk kena bayar. teringat president cakap 'aku ni president pun, president jelah. bukan dapat gaji' hahaha mula2 gelaklah jugak dgr tp paham maksud dia tu. dia pun student jugak mcm kita2 kat bawah ni. buat event pun sikit banyak kena pakai duit. fikir logik sikit lah kan?




panjang lebar jugak aku cerita pasal omsa ni, mcm la orang2 yg sepatutnya tu akan baca benda ni and terus ubah fikiran dorang. ahh takpelah janji aku puas hahaa harapan aku, semoga sem depan ain dgn nasyitah cuba lagi apply jadi seki omsa. teman aku woi hahaha

-FIN-

Saturday, 23 February 2013

merapu

hey guys! long time no blogging. malas sebenarnya hahaa ni pun saja2 sebab takde benda nak buat *k yg ni tipu* BANYAK benda sebenarnya yg tak siap lagi.. stress jugak.. akhir2 ni dapat banyak assignments, luckily group assignment je so kurang sikit beban tu.. tapi tetap payah sbb bukan satu je assignmentnya -_- rasa nak balik rumah tapi duduk rumah lagi serabut.. so perhaps balik time cuti sem jelewww nampaknya. tak sabar nak balik :/ 13/4 hmm pejam celik pejam celik, balik. cuti sem nak buat apa? k belum start final dah pikir pasal cuti -_- hmm boring. dan lapar juga. kbye

Friday, 9 December 2011

*Sigh

okay.. rasa nak luah prasaan kat sini... bkn psl love or what.. neh pasal kebosanan hidup n ke'blank'an otak aku time cuti neh.. (bm dah terbang) I mean, bila dah tamat SPM..




dulu before spm, mcm2 lah plan kan.. nak keje lah, nak lepak sana sini, nak duduk kat umh je tido.. but now.. x mcm apa yg aku bayangkan dulu.. rasa free tu mmg ada, tak tipu weh.. bila da abes spm, rasa bebas gila, buku2 n kertas2 yg btimbun dlm bilik aku tu mmg dah x pndg dah.. bila da mcm tu, bnda ptama nak buat dlm kpala mestilah online.. bila da online, mulalah mak aku panggil suruh buat tu, buat ni.. yelah, before spm pon, klau dia nmpk aku x pegang buku, "kak, kau xde keje kan? nah, sidai kain neh." nmpk mcm simple je keje tu.. mmg lah weh.. ssape pon bleh sidai kain, lipat kain.. aku barula nak rehatkan otak jap en, kdg2 tu, time tngh baca newspaper pon mak aku panggil.. see? jd anak perempuan tunggal ni bkn senang okayyy.. bkn tak bsyukur, mmg rasa bahagia sangat, cuma kdg2 tu stress sbb smua org harapkan kita.. paham2 la kay..




then cite pasal keje plak.. mula2 dulu mmg xnak keje, ingat nak mkn tido mkn tido je kat umh kan.. yelah nak balas dendam, time skolah dulu tak cukup mkn, tak cukup tido (yeke?) .. last2 duduk rumah mcm apa jee.. bosan tahap cipan.. lama2 teringin lak nak keje + dorang sume nak keje en, lgpon duduk umh bkn buat apa.. tp mak aku mcm x suke je aku keje bila tengok muka dia time aku bgtw yg aku da apply.. bila da bnyk kali pikir n renung, mmg mcm pnat je nak keje2 neh.. slagi ada cuti ni duduk umh jela kan.. lg2 aku x settle abes ngn driving class.. nmpk mcm x bnyk sngt bnda nak kene buat tp buku KPP tu aku x sentuh lgsung sejak blik dr kls dia aritu.. ada 500 soalan nk kene jwb dlm bku tu.. da la slasa ni nak g test... aiseyyy.. main2 je aku ni.. =_= x pass ujian tu, kene bayar rm30 ler nk buat balik.. mmg aku la yg nak buang2 duit mcm tu.. haihhh lpas tu kls dia ntah bila, yg pasti mesti pnat.. cuba klau aku dpt kerja pulak? kan lg pnat.. haiyaaa... xmo lah pnat2 neh.. cuti ni untuk begembira... tp nak duit, xde duit xjd la gembira tu =.=




abes spm ni pon bkn bleh bebas sngt, control tetap kene control.. pegi sana pegi sini, balik kene brainwash.. "kau ni asek kuar je.. kat umah ni bnyk keje nak kene buat.." +_+ hari2 aku dngr bnda yg sama, nak muntah dah weh.. klau aku keje nnti sape nak buat keje umh..? (mcm pikir mslh negara je =_=) tp aku rasa mlslah nak keje2 neh.. tp klau dpt mcm mana? duhhh peninglahhh! knapa nak buat kputusan ni mmg susah ehh? salu je bebelah bg.. pastu mak aku tmbh lg, "klau kau dpt keje sok, mana nak pegi kls mmndu, mana nak pegi keje?" haihhh aku hnya mmpu jwb "ntah" the easier word =,=




so hidup lpas spm ni xdelah snang sngt, but depends lah kan.. certain org bhagia jee.. certain org x rasa mcm dah habes spm pon.. life aku skrg pon xdelah fun sngt.. nak spend time ngn bestfriends pon x ksmpaian.. masing2 ada hal yg x dpt elak.. dia ni kene keje.. mesti busy n pnat.. xde masa lah nak text aku ke apa, aku pon tanak kcau dia lah.. takut bg pressure lak kat dia.. so hrap dia kuat n kuat n bnda ni takkan mnjejaskan friendship kitorg.. yg dia tu kene balik kmpung n stay kat sana smpai result spm kuar.. ntah bila la dpt jumpa, lepak sama.. text pon jarang2 disebabkan mslh2 tertentu.. haihhh dia ni xleh, dia tu xleh, mmg tak jd ah apa yg dah diplan before spm.. xpelah.. mybe da takdir jd mcm ni.. terima jelah.. ;|




p/s : *redha tu ikhlas, pasrah tu mnyerah*