Showing posts with label sayang uwan. Show all posts
Showing posts with label sayang uwan. Show all posts

Friday, 29 January 2021

September to Remember

Pagi tu mama kejutkan aku dari tidur. kata dia “kak, bangun. uwan kau terkunci dalam bilik dia tu.” kelam kabut aku bangun dari tidur, tengok kat sebelah suami aku memang takde lah sebab dia jenis yang tak tidur lepas subuh. aku pun tak buang masa terus ke bilik uwan ikut mama. sampai depan bilik, mama tengah ketuk2 pintu bilik sambil panggil uwan dan atuk. atuk pulak ada masalah pendengaran jadi chances untuk dia dengar memang tipis. aku terpandang bilik sebelah, laki aku tengah panjat tangga sambil panggil nama uwan, atuk. bilik uwan dgn bilik sebelah hanya dipisahkan oleh dinding yang tak cecah ke siling. so kalau berborak pun memang orang kat bilik sebelah boleh dengar. yang buat aku tak sedap hati, bila laki aku panggil uwan tak menyahut. which means there was something wrong with her.

beberapa minit lepas tu, atuk bukak pintu sebab dia terpandang laki aku yg menjenguk dari atas dinding pemisah. masuk-masuk je bilik tu aku nampak uwan terbaring atas katil. matanya tertutup, cuma mulut terbukak bernafas dengan payah macam orang lelah. tengok keadaan uwan macam tu, aku terus call ambulans. bermacam-macam soalan ditanya pasal uwan sampai aku tergagap-gagap nak jawab sebab terlampau cemas. atuk masih lagi cool. sempat dia berborak dekat luar dengan kawan-kawan lama dia yang kebetulan datang melawat pagi tu.

aku dengan mama bergilir-gilir ajar mengucap di telinga uwan. sambil mengucap sambil mengalir air mata. sebelum tu kitorang call and whatsapp family yang lain untuk maklumkan keadaan uwan yang sedang nazak. aku sempat tengok uwan bukak mata sikit masa kitorang ajar dia mengucap tu. dia dengar, aku yakin. cuma dia tak dapat respon.

disebabkan ambulan tak sampai-sampai, mama suruh aku tunggu kat depan pagar. laki aku dah pecut naik motor tunggu kat simpang jalan masuk ke lorong rumah. aku tak sedap hati. aku nak jugak teman uwan walaupun ambulan tak sampai lagi. bila aku masuk bilik balik, jantung aku macam nak tercabut bila dengar mama kata, “kak, uwan kau dah diam je.” dan aku boleh nampak yang uwan dah tak gerak. takde lagi nafas dia. time tu jugak aku check nadi apa semua, bila tak dapat dengar lagi denyutan terus aku peluk uwan kejut dia sambil meraung kuat. nenek sedara call, aku hanya dapat jawab dengan sedu sedan tangis.

tak sangka hari tu sampai juga. hari dimana aku kehilangan seorang yang aku anggap sebagai ibu keduaku. nenek yang paling aku sayang lebih dari segalanya. akhirnya orang yang menjaga dan memanjakanku dari kecik sampai dewasa dijemput Allah. uwan dijemput Allah diwaktu usia kandungan aku 7 bulan. ada sikit rasa terkilan sebab hanya tinggal lagi 2 bulan untuk uwan berjumpa dengan cicitnya.

masih terngiang perbualan kami masa uwan masih hidup. aku borak dengan uwan pasal baby. nak jadi wan nyang dah uwan. balasnya “kalau panjang umur uwan pulak”. ibarat dia dah tahu dia tak sempat berjumpa cicitnya. dan tak lama lepas tu aku ada termimpi arwah. dalam mimpi tu aku tanya, uwan ke yang kunci pintu? arwah hanya mengangguk. kalau tidur malam, memang arwah suka kunci pintu bilik tidur untuk keselamatan. tapi tak sangka malam tu pun arwah akan kunci pintu memandangkan kami semua ada di rumah.

atuk pulak sampai sekarang masih teringat-ingat dekat uwan. kadang-kadang bila termenung sendiri, kitorang perasan air matanya mengalir. dan yang mengejutkan, tak pernah kitorang tengok atuk menangis teresak-esak. berulang-ulang dia kata dia ingatkan dia yang pergi dulu. atuk macam susah nak terima yang uwan dah takde. dan kami tak boleh nak salahkan atuk, siapa yang tak sedih kalau teman hidup yang hari-hari masakkan makanan kita, layan tengok wwe, bergaduh manja tiba-tiba pergi sekelip mata. sedangkan kitorang yang tak duduk sekali pun sedih teramat, inikan pula atuk yang duduk sebumbung.

wajah, suara, masakan, layanan manja yang uwan berikan akan sentiasa aku rindui. moga roh uwan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


dan hari ini ialah hari lahir arwah Ayah yang ke-63.
Al-Fatihah untuk arwah Ayah dan Uwan.

Sunday, 31 May 2015

Convocation Day!

Last two weeks on Wednesday was my convocation day dekat uitm seri iskandar. it was my first time, yelah dulu time graduasi sekolah kejap je sarung jubah and topi pastu kena pass kat orang lain lak pakai. this time, me and my roommate gigih naik ets ke peghak untuk ambil jubah but not on that day la, dua hari sebelum convo day tu. let the pictures tell lah ^^


masa tengah dengar taklimat




saranghae~ some pics from pre-convo

masa dlm diak tu, yaya pandang aku n buat muka sayu. then suddenly she said, 'bebe, kita sama'... i was blur at first but then i got it. both of our fathers werent there to watch us. walaupun we have diff story pasai ayah kami, but yes aku pasti kitorang rasa benda yg sama waktu tu. most of our friends datang dgn mak ayah. terus yaya peluk aku dgn mata berlinang, aku pun jadi sebak lah. aku sebenarnya takmau fikir pasal ayah time tu *not that i forgot abt him* it's just aku taknak rosakkan mood nak konvo tu. tapi tengok yaya mcm nak nangis tu aku pun berlinang la air mata. then we hugged each other, sharing the feels. :')


dalam diak

masa beratur nak ke dewan besar, sempat mata aku mencari kelibat adik2 and makteh. nampak pun! then kitorang pun saling melambai lah dari jauh. knowing that they were there to watch me, baru semangat tu naik sikit hihi masuk ja dewan kami semua jalan atas red carpet wuuu perasaan tu lain mcm, tak dinafikan ada sedikit rasa bangga dengan diri sendiri kerana berjaya sampai ke tahap ni. masa jalan atas red carpet tu para ibu bapa dan tetamu pun masing2 angkat phone dan camera untuk ambil gambar anak masing2. mata aku pun meliar lah cari mama and uwan. since satu kad jemputan hanya membenarkan dua orang tetamu saja masuk, so mama dengan uwan lah yg akan tengok aku naik stage dlm dewan tu. sayang ayah pergi dua bulan awal sebelum aku konvo :') kalau tak mesti ayah yg akan belikan akak bunga kan ayah?




i was a little bit nervous, not that i've never been on stage, also not that im trying to brag here, tapi sebab suasana dia. i mean, this is istiadat konvokesyen. nak nak pulak time tu tengah hot cerita pasal selfie atas stage tu. takut la jugak kot2 aku tersadung ke, kain terselak ke, topi jatuh ke, mcm2 lah fikir time tu.



but alhamdulillah, everything went well. after the ceremony, kami sempat juga la bergambar sekelas. lepas tu masing2 dah dgn family masing2. apa-apa pun, congratulations lah kepada teman2 seperjuangan, and thanks juga to all my lecturers untuk semua ilmu yg dicurahkan kat kami. terima kasih kpd semua yang terlibat sepanjang dua tahun setengah aku kat seri iskandar tu.




dan paling takkan dilupakan kepada mama and family especially kepada arwah ayah yg susah payah hantar belajar ke perak naik van, sampai la van tu rosak dan dah dijual pun. truth to be told, ayahlah yg paling banyak berkorban sepanjang aku diploma. bertemankan mama hantar aku tiap2 sem baru, angkutkan barang2 aku naik kolej, jemput aku tiap kali habis semester. topupkan aku, bayarkan bill broadband. how i wish you were there next to mama, tengok akak naik pentas. tapi Allah lagi sayangkan ayah. akak tahu ayah tengok dari atas kan? kakak tahu ayah bangga dgn kakak walaupun ayah tak pernah cakap. kakak rindu ayah sangat2. gambar konvo tak complete takde ayah. tak complete gambar mama cium pipi akak sebab ayah takde nak cium pipi kanan akak. apa pun akak redha, Allah has greater plans untuk kita semua ;') Al-Fatihah.


impian nak anc tak kesampaian so ambek berkat drpd selempang orang hahaha inshaaAllah for degree!


I'm officially an alumni of UiTM Seri Iskandar!

Sunday, 25 August 2013

wo he shouji

mesti tak paham en tajuk post aku ni muehehe :p maksud dia 'saya dan telefon bimbit' fuyohhh pandainya aku berbahasa mandarin. acah acah je ntah betul ntah tak ayat aku -.- tanpa membuang masa lagi, moh kita terus ke topik asal. asal tetiba aku nak cerita pasal henpon ni?? sebab... hehehe




aku start guna telefon bimbit ni masa darjah 6. tu pun aku mintak tuh. kalau tak mintak tak merasa ler alamatnya. disebabkan cemburu buta dengan kengkawan lain yg pakai henpon, aku pun merengek-rengek ah kat ayah, 'ayahhh. nak henpon... kawan2 akak sume ada henpon dah...' ayah aku terus bagi aku seketul samsung yg aku pun taktau model apa. takdak camera, warna hitam, saiz ala ala nokia 3310 tu, takdak pemain lagu. memang boleh call and mesej saja cuma skrin dia ada warna. tu pun aku dah berbangga lol aku ingat lagi phone tu ada recorder and boleh record selama 30saat. lawak sangat hahaa aku slalu main dengan adik2 aku. malangnya tak lama aku guna, phone tu dicuri masa rumah aku kena pecah masuk tahun 2007.


aku rasa yang nilah kot hahaa

but masa tu aku dah pakai phone lain sebab one day ayah bawak balik satu phone nokia ni model 6101 which is henpon idaman aku waktu tu hahaha seronok gila walaupun phone tu dah calar2 (obviously 2nd hand tp kanak2 jahil mcm aku waktu tu tahu apa?) and phone ni kira upgrade lah sikit sebab boleh main lagu and ada camera juga. aku teringat lagi masa first time nenek aku tengok henpon aku tu. dia kata 'bestnya henpon ada camera. uwan teringin jugak nak pakai henpon ada kamera' sebak hati aku waktu tu takleh tahan gila. rasa nak menangis dengar nenek aku cakap mcm tu. aku pun cakap balik 'nanti akak belikan uwan henpon yg ada kamera' pastu dia gelak je. aku harap sangat aku sempat belikan dia. and air mata aku pun jatuh masa tulis benda ni...




tahun sama yakni masa aku pom 1, sekali lagi ayah bawak balik phone nokia, 5200 yang aku still guna sampai sekarang hehee tiap kali ayah bawak balik phone aku kebas, pastu yg aku guna sebelum tu aku pass kat mak aku kehkeh aku mmg kejam :3 sampai mak aku ada kata 'ayah kau bawak balik henpon je kau ambek. mama pakai yg lama je ye' lebih kurang cemtu ah hehee sorry ma :3 pastu time tu mmg kira phone aku lah yg paling canggih di abad itu ecewah ayat takleh nak riak lagi. nak ambek gambar semua pakai phone gemuk aku tu. sampai ke form 3 aku pakai phone tu. banyak kenangan :')




form 4 makteh aku bagi satu henpon nokia e7i ke apa tak silap tp china punya so pepaham jelah kennn. boleh masuk 2 sim. memula ok pastu lama2 mcm pfttt then makteh aku bagi iphone 3g wooo iphone woooo hahaa sila diam. juga china punya -_- semua yg boss dia bagi, yg klon semua dia bagi kat aku -.-  tp pakai jelah kan. dapat gak merasa pakai ipong walaupun klon punya hahah pun boleh masuk 2 sim jugaks. sampai satu tahap bila ipong tu betul2 bermasalah, aku stop pakai. teruskan dengan nokia e7i tu. phone ni pun masalah jugak sebnarnya tp sabar jelah sbb tu je yg aku ada.





masa pom five lak aku berangan nak pakai bb. aku mmg nak sangat pakai tak kiralah lambat atau cepat aku tetap nak dapatkan bb tu. prinsip aku kalau aku nak, aku mesti percaya aku dapat n aku mesti dapatkan walau apa cara sekalipun wahahaha ayah cakap tengok result spm aku cane. keluar je result spm terus tanya ayah, bila nak beli bb? ayah aku pulak dgn tak disangka-sangka malam tu jugak dia bagi kad atm dia suruh aku pegi beli sendiri esok harinya -__- ternganga mulut aku time tu hahaha ayah aku tanya nak beli yg torch ke apa ke aku ckp yg biasa2 dah ler. kesian pulak kat ayah aku, dah la aku meminta-minta pastu nak lelebih pulak :3 so sehari pas result spm kua aku dapat pegang BlackBerry 9780 yg sampai skrg aku pake hehee




tapi sekarang... bb kesayangan aku ni menyakitkan hati. selain asek jam tak memasal, bis susah nak mati. last aku subscribe yg weekly punya ni ntah bila ntah. sebelum raya aku rasa. haa bayangkan brapa lama... aku malas ah nak matikan sbb yela manatau celcom nak sedekah ke apa. and baru2 ni aku topup la 30 nak renew bis yg monthly punya pulak. aku try matikan yg weekly punya ni. tak boleh ! dah call celcom centre dia kata cuba send bb off ke 28882. pun tak boleh erghhh geram. so aku biar dulu. malam tu aku check balance aku guess what? tinggal RM0.01 SAHAJAAAAA!!! mmg menjerit aku time tu. 30 melayang begitu sahaja. terus aku takut nak topup. dah la aku tengah pokai ni. dan dengan itu saya sudah tawar hati dgn bb ini. rasa nak tukar phone lain. lagi2 bila dapat tau adik aku beli phone baru. tp dia pakai duit dia sendiri :3 and rumet aku juga dah tukar dari bb ke s3 skang -.- haih


awwhhh liam stahp!

bb ni yg aku puas hati, nak subscribe internet tu dialah yg paling murah antara phone2 yg lain. and walaupun dia bagi limit penggunaan, sepanjang setahun 5 bulan dan 3hari aku pakai bb ni tak penah lagi overused. mcm sesetengah phone kan selalu je terlebih guna pastu kena cas. bb tak, kau gunalah banyak mana pun, kau bukaklah apa pun dia takkan pernah overlimit. tu jelah. yg aku nyampah, bila nak ada instagram? so im thinking of changing my bb to... rahsia. tp kena pohon restu ayah dahulu. baru semua jalan hehehe kbye uolss.

Thursday, 26 July 2012

Awal Ramadhan di rumah (:

holla! waduh lama dah x update blog. rindu kita tak? wahaha gedik -,- okay bnyk gila benda nak cerita tp serious tade masa nak update. kelas pack! menyampah. pnat tauu.. lg2 puasa ni.. mulut rasa berat je nak bcakap. hahaa aku tgk rmai yg update psl awal ramadhan, aku je tade post lg :'( so post kali ni sangatlah berbeza dgn post last year. yelah environment pon da lain :|




k last weekend aku sempat balik umah. wahhh! bahagia. walaupun sekejap. rmai yg balik, yelah nak sambut awal ramadan kat umah dgn family.. bas btolak jam 7:10pm gitu, sampai pudu dlm kol 11.. time slm mama ayah airmata aku senyap2 je turun.. hish sensitif betul -,- sampai umh dlm 11:30pm.. mama kata uwan tak jd balik kmpung mlm tu sbb tau aku nak balik kl.. terharu gila dgr weh.. mlm tu jugak ayah soh aku g mah wan, jumpa terus sbb esoknya tu blom tau pulak aku bngn tido kol brapa kan :p then aku g mah wan ngan mama. time smpai je, uwan tgh tido. paklang aku kejutkan. pastu bila uwan dah bngn, aku terus salam, dia pun cium pipi aku mcm dah lama gila x jumpa.. ya Allah blinang lagi airmata.. serius terharu gila time tu t___t lpas smua duduk aku terus je g beranda lap airmata.. hampeh betul la -.-




balik umah ingat nak mkn nasi ayam n bihun putih mama. lupa plak esoknya dah start puasa -_- x memasal je kena marah ngan mama.. klau sahur kat umh nak tanak kena gak makan nasi.. so breakfast mkn nasi goreng.. stiap kali puasa, kitorg mesti tak lupa g bazar.. hee kat tmpt aku ada 3 bazar yg bleh pegi.. gombak, danau kota n wangsa maju.. tp yg plg dekat gombak laa.. hahaa kalau nak cuci mata bleh lah pegi danau.. tp aku prefer gombak sbb dekat n ada roti john yg paling sedap pnah aku rasa.. wahahaa wajib beli weh klau dah g sana.. so plan haritu, lpas afifah, nad n the gang balik dr bazar danau, aku ngan fifah g bazar gombak lak.. fifah tu mmg kaki jln.. -_- so aku ajak dekwan skali.. saja.. dulu slalu g ngan dia :') nak tau tak, kitorg g dah la kol 7.. skali azan time kitorg kat tngh jln.. masuk kedai ler bli air kotak.. hahaa brbuka la kitorg 3org kat tngh jalan tu.. mmg first time la mcm tu -_- menu berbuka paling best! nasi ayam mama :D




mlm tu tak g trawih.. nak sangat pegi tp kije banyak.. hahaa kecek klate pulok :p slalu g trawih ngan nad.. surau pilihan- surau sakinah.. bkn surau roommate aku tu ea ;p so disebabkan xdpt g, kol 8:30pm tu kitorg jumpa.. nak bg dia haiwan peliharaan sempena beday dia 20/06 haritu.. korg wish tak? ahahaha aku bg rabbit warna kuning xD serious taktau nak beli apa doo last2 minit nak balik tu :o dpt jumpa sekejap tu pung kira okay, dpt lpas rindu, kan nad? ;D oh ya. lupa nak cite. omy nak g bazar tu, tsrempak ngan bucu. excited gila plus tkejut jugak sbb tatau dia balik hahaa :D seronok cangat dpt jumpa sorg dr 7 ahli GGM yg study kat kmpp sana tu.. :') hey klau aku terima dulu, aku pun jd warga penang tau ahahaha :D




mlm sabtu tu aku buat apa je. ntah --" buang masa agaknya.. best gila dpt tido kat katil aku.. wuhuu mmg penuh la bilik aku time tu.. dgn luggage besarnya, dgn buku2, konon bwk balik nak siapkan hw la en ;p yg paling x best bila sampai masa nak balik perak balik.. isk isk sekejap je kat umah :'( yg takleh bla beg btambah besar -_-" bapak berat doo.. mak aku bekalkan bihun dgn nasi, target bbuka dlm bas la.. ayah ngan mama anta g stesen pudu.. time tu sakinah dah sampai lama.. tkejar2 la jgk sbb bas btolak 3:30pm.. time nak bpisah tu meleleh lg airmata aku.. cuba tahan tp btambah laju mngalirnya lg2 bila ayah kluarkan duit dr poket dia.. smlm da bg, harini bg lg.. bsyukur sgt lah kan.. aku pun mmg mls nak g cucuk :p dlm bas smntara tggu driver bas tu naik, tak henti2 airmata aku turun.. ya Allah dah knapa? malu tak malu blkg cite.. bknnya org dlm bas tu knal aku -.- alhamdulillah sampai uitm dgn cepat dan slmt, bas tu laju bergerak. 6:30pm sampai dah.. berbuka dgn roommate dan juga jiran CG24 (: sedar tak sedar, lg 24hari je nak raya.. hahahaha xD




p/s: uwan tu nenek dlm loghat negeri 9 ;D

Monday, 27 June 2011

Tak Payah Nak Lupa Diri La Weyh !

mase aku tngh tulis post ni, aku bru je smpai umh dr umh nenek aku. arini aku xtahan stay lme2 kat sana. lg2 kene mghadap muke org kuang ajar yg xtaw dosa tu. Wondering ??? nk taw sape yg aku mksudkan ? nak cite la ni..

Okay..da jd rutin tiap2 ptg aku kene jemput cousin aku kat skola rndh then sent her to my grandma's house..n arini aku suppose dpt 'gaji' aku sbb makteh aku da tinggalkn kat nenek aku..tibe2 nenek aku xde duit pecah..dia ade rm50 n she suppose bg aku 20 je..dia pon tnye la kat paklang aku yg tngh membuta babi kat atas sofa tu,, "ade x duit pecah10-10?" ..then dia jwb x jwb soalan nenek aku tu..dah lme2 tu nenek aku check la kat purse hitam ,ntah laki tu pnye kot.. then tngh membuta tu tibe2 dia bngon marah2 nenek aku ..dia tengking ar, dia ckp sjak ble dia ltak duit dia kat situ..spe soh nenek aku carik kat situ laa..kang i/c dia hilang la, ape la..okay..aku taw tu mmg x patot jd..dan yg paling aku x tahan, dia tmbh lg tu,, "haihh,bangang betol.." lebeh kurg cemtu ar ayat dia..time tu..huhh hanya Allah je taw ape aku rase..klau bkn sbb aku hormat dia...dah lme pnumbuk aku ni hinggap kat muka dia yg x hensem tu..yg aku terharu giler,,nenek aku boleh sabar je..slow je dia bcakap..pnoh sabar..tp dlm hati sape yg taw..time tu aku rase nk nitik je airmata ni tngok nenek aku cmtu..

pas da bpe minit n da dpt 'gaji', aku pon blah dr situ n g amek lg sorg cousin aku yg 7 bln plak..x sanggup aku kat situ lme2..sedeh...aku xphm mcm mne nenek aku bleh sabar giler..dia mmg kuat..even ank2 dia marah2 dia, dia ttap tc mkn minum dorg..smpai mcm tu syg nenek aku kat ank2 dia..cuma ank2 dia yg certain tu..x sedar diri..mkn minum dah la org jaga..kain baju org basuh , iron..tido pon tumpg umh nenek aku..itu pon maseh x reti bsyukur dan berterima kasih kat nenek aku.. bodoh..xtw la ank jenis ape yg sanggup buat mcm tu kat mak dorg..haihh Ya Allah ..Kau kuatkanlah hati nenek aku..tabahkanlah dirinya selagi nafasnya masih terhembus.. Amin...