Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

Tuesday, 23 July 2013

10 Ramadhan

im homeeeeee ! hahaha sebenarnya tak plan pun nak balik last weekend sebab this week pun nak balik jugak. ni semua roommate aku punya pengaruh la ni. aku jerit dalam bilik 'nak balikkkkk!' pastu dia cakap 'jom turun kl minggu ni' then aku pun jom jelah. pastu dia kata 'aku serious ni' haa lepas tu barulah aku fikir betul2 nak balik ke tak. kalau ikutkan taknak balik sebab macam membazir je kan, ala time nuzul quran balik kl, raya balik lagi. dah lama2 fikir akhirnya tewas juga. ikut kata hati. petang jumaat baru beli tiket. mula2 mak aku mcm geram jugak dengar, lama2 ok. kehkeh aku balik ni pun bukan saja2 buang duit gitu ja. sampai je kl central terus aku beli token ke sri rampai. singgah wwm jap sebab nak beli kasut. dah beli kasut barulah balik rumah dgn puas hatinya sbb niat utama dah tertunai acewah then aku balik ni sebab nak basuh baju korporat omsa jugak, takut kalau basuh pakai mesin sana, rosak habis -.- lepas tu nak ambil seluar slack, nak ambek pedal ayam, nak pakai printer, nak itu nak ini hahaha memacam




last month tak dapat balik so kira yang ni ganti yang last month punya lah hehee :p pastu yg minggu ni untuk bulan ni, yang raya untuk ogos. eleh aku kan kena balik at least sebulan sekali. kalau tak nanti aku... homesick. ahad aku ajak mak aku pegi mydin, nak jumpa ida hehee dia taktau pun aku balik :p sampai je sana terus nampak dia kat tempat cashier. aku ingatkan dia perasan lah aku tau tapi kemain fokus dia buat kerja sampai aku dah betul2 berdiri kat depan mesin duit tu pun dia tak perasan lagi -.- pastu bila aku bukak mulut terus terkejut beruk dia kat situ hahahahaha xD malamnya balik ke perak balik and sampai dlm pukul 12 lebih. memang penat habis -.-


hmm


Tuesday, 7 May 2013

ketidakadaan kerjaan

hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!




sebenarnya aku boring, so haritu aku godek2 lah entry2 lama yg dah berkurun dalam blog aku ni. tiba2 entah mende aku tekan, terpublishlah salah satu entri yang aku taknak orang baca dah. aiseymannn -,- aku dah delete dah tapi still kluar kat dashboard korang macam kat bawah ni kan?




sila abaikan ok. bila baca balik post2 lama aku, boleh tahan rempitz gak bahasa aku hahaha rasa cam tak caya je aku yang tulis semua tu. menyampah pun ada -_-


aku rasa kalau aku dah kahwin pun takkan macam ni -_-

oh semalam aku mimpi something. gigi aku tercabut. bukan sebatang je pulak tu. habis rongak aku tau. masa bangun tidur tadi, aku cuba refresh balik mimpi tu. lepas tu time mandi aku teringat pulak maksud mimpi tu. habis mandi terus cepat2 aku google pasal mimpi tu. sentap hati mak nak bila baca pasal maksud mimpi tu. taknak lah cerita kat sini apa maksudnya sebab kalau dibaca banyak kali boleh jadi doa pulak. kalau korang nak tau sangat pilah google sendiri. tapi korang sendiri pun mesti dah tau kan apa maksud dia. duhhh seram sejuk aku. terus teringat kat parents aku, atuk nenek aku. mohon dijauhkan la benda2 tak elok daripada family aku. Amin.




bila ingat2 balik, petang semalam aku ada cerita pasal braces dengan mak aku. aku tanya kalau orang pakai braces boleh kena sambar petir ke sebab most braces kan besi. lepas tu mak aku cakap taktau. dia tanya pulak, siapa yang nak pakai braces? cara dia tanya tu macam nak kata aku pulak yang nak pakai braces hahaa aku cakap la member aku ramai yang pakai braces. then tanya pulak berapa kalau pasang braces tu bagai aih mak aku ni berkenan nak pasang braces ke apa -_- ok sebenarnya aku nak cakap, maybe sebab perbualan aku dengan mak aku tu lah kot yang buat aku mimpi pasal gigi patah tu. nak sedapkan hati. tapi ada jugaklah rasa takut tu sikit. malam nanti aku nak bagitau mak aku pasal mimpi ni. tengok apa dia kata pulak. haih macam2.

Thursday, 26 July 2012

Awal Ramadhan di rumah (:

holla! waduh lama dah x update blog. rindu kita tak? wahaha gedik -,- okay bnyk gila benda nak cerita tp serious tade masa nak update. kelas pack! menyampah. pnat tauu.. lg2 puasa ni.. mulut rasa berat je nak bcakap. hahaa aku tgk rmai yg update psl awal ramadhan, aku je tade post lg :'( so post kali ni sangatlah berbeza dgn post last year. yelah environment pon da lain :|




k last weekend aku sempat balik umah. wahhh! bahagia. walaupun sekejap. rmai yg balik, yelah nak sambut awal ramadan kat umah dgn family.. bas btolak jam 7:10pm gitu, sampai pudu dlm kol 11.. time slm mama ayah airmata aku senyap2 je turun.. hish sensitif betul -,- sampai umh dlm 11:30pm.. mama kata uwan tak jd balik kmpung mlm tu sbb tau aku nak balik kl.. terharu gila dgr weh.. mlm tu jugak ayah soh aku g mah wan, jumpa terus sbb esoknya tu blom tau pulak aku bngn tido kol brapa kan :p then aku g mah wan ngan mama. time smpai je, uwan tgh tido. paklang aku kejutkan. pastu bila uwan dah bngn, aku terus salam, dia pun cium pipi aku mcm dah lama gila x jumpa.. ya Allah blinang lagi airmata.. serius terharu gila time tu t___t lpas smua duduk aku terus je g beranda lap airmata.. hampeh betul la -.-




balik umah ingat nak mkn nasi ayam n bihun putih mama. lupa plak esoknya dah start puasa -_- x memasal je kena marah ngan mama.. klau sahur kat umh nak tanak kena gak makan nasi.. so breakfast mkn nasi goreng.. stiap kali puasa, kitorg mesti tak lupa g bazar.. hee kat tmpt aku ada 3 bazar yg bleh pegi.. gombak, danau kota n wangsa maju.. tp yg plg dekat gombak laa.. hahaa kalau nak cuci mata bleh lah pegi danau.. tp aku prefer gombak sbb dekat n ada roti john yg paling sedap pnah aku rasa.. wahahaa wajib beli weh klau dah g sana.. so plan haritu, lpas afifah, nad n the gang balik dr bazar danau, aku ngan fifah g bazar gombak lak.. fifah tu mmg kaki jln.. -_- so aku ajak dekwan skali.. saja.. dulu slalu g ngan dia :') nak tau tak, kitorg g dah la kol 7.. skali azan time kitorg kat tngh jln.. masuk kedai ler bli air kotak.. hahaa brbuka la kitorg 3org kat tngh jalan tu.. mmg first time la mcm tu -_- menu berbuka paling best! nasi ayam mama :D




mlm tu tak g trawih.. nak sangat pegi tp kije banyak.. hahaa kecek klate pulok :p slalu g trawih ngan nad.. surau pilihan- surau sakinah.. bkn surau roommate aku tu ea ;p so disebabkan xdpt g, kol 8:30pm tu kitorg jumpa.. nak bg dia haiwan peliharaan sempena beday dia 20/06 haritu.. korg wish tak? ahahaha aku bg rabbit warna kuning xD serious taktau nak beli apa doo last2 minit nak balik tu :o dpt jumpa sekejap tu pung kira okay, dpt lpas rindu, kan nad? ;D oh ya. lupa nak cite. omy nak g bazar tu, tsrempak ngan bucu. excited gila plus tkejut jugak sbb tatau dia balik hahaa :D seronok cangat dpt jumpa sorg dr 7 ahli GGM yg study kat kmpp sana tu.. :') hey klau aku terima dulu, aku pun jd warga penang tau ahahaha :D




mlm sabtu tu aku buat apa je. ntah --" buang masa agaknya.. best gila dpt tido kat katil aku.. wuhuu mmg penuh la bilik aku time tu.. dgn luggage besarnya, dgn buku2, konon bwk balik nak siapkan hw la en ;p yg paling x best bila sampai masa nak balik perak balik.. isk isk sekejap je kat umah :'( yg takleh bla beg btambah besar -_-" bapak berat doo.. mak aku bekalkan bihun dgn nasi, target bbuka dlm bas la.. ayah ngan mama anta g stesen pudu.. time tu sakinah dah sampai lama.. tkejar2 la jgk sbb bas btolak 3:30pm.. time nak bpisah tu meleleh lg airmata aku.. cuba tahan tp btambah laju mngalirnya lg2 bila ayah kluarkan duit dr poket dia.. smlm da bg, harini bg lg.. bsyukur sgt lah kan.. aku pun mmg mls nak g cucuk :p dlm bas smntara tggu driver bas tu naik, tak henti2 airmata aku turun.. ya Allah dah knapa? malu tak malu blkg cite.. bknnya org dlm bas tu knal aku -.- alhamdulillah sampai uitm dgn cepat dan slmt, bas tu laju bergerak. 6:30pm sampai dah.. berbuka dgn roommate dan juga jiran CG24 (: sedar tak sedar, lg 24hari je nak raya.. hahahaha xD




p/s: uwan tu nenek dlm loghat negeri 9 ;D

Saturday, 7 April 2012

So today~

apa je yg aku buat harini ? bangun tido terus buat kerja umah, mkn then terus amek lappy, online. wowowo. before tu, aku kemas almari2 buku aku. sbb dah bersawang. punggah punggah, belek belek, susun balik. kali ni aku cuba untuk buang prasaan "sayang" tu sbb tanak simpan dah bnda2 yg tak pakai lg n tiada gunanya. kalau tak, buku darjah 6 pon still nak simpan lg, buat knangan lah konon. -..- so bila da selongkar sana sini mestila jumpa benda2 lama yg da lama tak jumpa , ceh ayat.. mcm haremm.. -.- disini disertakan gambar2 yg sempat aku snap time tngh punggah2 tu


yeah, ni dia. kad koko time form 2. -_-

buku cerita mengarut >_<

borang salah laku pss -.-

sangat bersepah kay

zaman bila punya barbie ntah

jadual waktu kls time form 2

ingat aku tak reti mnganyam ke ? hahaa

ole2 dr London. lol

once upon a time...

buat pnat je print bnyk2, last2 tak pkai pon -_-

my first Galaxie mag :D

lenguhlah tangan.