Showing posts with label 2020. Show all posts
Showing posts with label 2020. Show all posts

Sunday, 7 February 2021

Shopping barang baby

Shopping baby stuff can be exciting especially for first time mom-to-be like me. Hehe kitorang start beli barang baby masa aku dah masuk 7 bulan. mula-mula beli kat aeon je sebab itu je yg dekat dengan rumah. pastu terus register mummy's card aeon so every first weekend of the month dapat lah diskaun 5% if kita shopping barang baby/kids. walaupun 5% je tapi kalau shopping banyak jimat jugaklah kan. disebabkan aku first time and takde experience, aku follow je newborn & pantang checklist dekat blog Iman Abdul Rahim. cuma takdelah sebijik aku ikut.

macam baju-baju baby aku banyak beli kat aeon. ratusan ringgit jugakla habis kat pakaian baby saja hahaha tapi kitorang tutup mata aje sebabnya barang2 besar macam stroller, carseat, bath tub tu semua ada orang nak bagi. so dah jimat kat situ. barut baby pun banyak yg turun temurun punya so tambah sikit2 je. kain bedung pulak aku ada beli 3 helai kain bamboo muslin kat shopee. dah la murah pastu lembut pulak tu. design pun comel-comel je. size besar so boleh pakai lama, nak buat selimut pun boleh.

kalau tengok list atas ni memang semua barang maknya hahaha aku jenis yang kalau nak beli something tu memang akan survey habis-habisan baru beli. so lepas baca review and feedback orang, juga survey harga, pros and cons, maka selesailah sesi membeli belah barang baby dan half barang mummy heh 

sekian dari saya.


Friday, 29 January 2021

September to Remember

Pagi tu mama kejutkan aku dari tidur. kata dia “kak, bangun. uwan kau terkunci dalam bilik dia tu.” kelam kabut aku bangun dari tidur, tengok kat sebelah suami aku memang takde lah sebab dia jenis yang tak tidur lepas subuh. aku pun tak buang masa terus ke bilik uwan ikut mama. sampai depan bilik, mama tengah ketuk2 pintu bilik sambil panggil uwan dan atuk. atuk pulak ada masalah pendengaran jadi chances untuk dia dengar memang tipis. aku terpandang bilik sebelah, laki aku tengah panjat tangga sambil panggil nama uwan, atuk. bilik uwan dgn bilik sebelah hanya dipisahkan oleh dinding yang tak cecah ke siling. so kalau berborak pun memang orang kat bilik sebelah boleh dengar. yang buat aku tak sedap hati, bila laki aku panggil uwan tak menyahut. which means there was something wrong with her.

beberapa minit lepas tu, atuk bukak pintu sebab dia terpandang laki aku yg menjenguk dari atas dinding pemisah. masuk-masuk je bilik tu aku nampak uwan terbaring atas katil. matanya tertutup, cuma mulut terbukak bernafas dengan payah macam orang lelah. tengok keadaan uwan macam tu, aku terus call ambulans. bermacam-macam soalan ditanya pasal uwan sampai aku tergagap-gagap nak jawab sebab terlampau cemas. atuk masih lagi cool. sempat dia berborak dekat luar dengan kawan-kawan lama dia yang kebetulan datang melawat pagi tu.

aku dengan mama bergilir-gilir ajar mengucap di telinga uwan. sambil mengucap sambil mengalir air mata. sebelum tu kitorang call and whatsapp family yang lain untuk maklumkan keadaan uwan yang sedang nazak. aku sempat tengok uwan bukak mata sikit masa kitorang ajar dia mengucap tu. dia dengar, aku yakin. cuma dia tak dapat respon.

disebabkan ambulan tak sampai-sampai, mama suruh aku tunggu kat depan pagar. laki aku dah pecut naik motor tunggu kat simpang jalan masuk ke lorong rumah. aku tak sedap hati. aku nak jugak teman uwan walaupun ambulan tak sampai lagi. bila aku masuk bilik balik, jantung aku macam nak tercabut bila dengar mama kata, “kak, uwan kau dah diam je.” dan aku boleh nampak yang uwan dah tak gerak. takde lagi nafas dia. time tu jugak aku check nadi apa semua, bila tak dapat dengar lagi denyutan terus aku peluk uwan kejut dia sambil meraung kuat. nenek sedara call, aku hanya dapat jawab dengan sedu sedan tangis.

tak sangka hari tu sampai juga. hari dimana aku kehilangan seorang yang aku anggap sebagai ibu keduaku. nenek yang paling aku sayang lebih dari segalanya. akhirnya orang yang menjaga dan memanjakanku dari kecik sampai dewasa dijemput Allah. uwan dijemput Allah diwaktu usia kandungan aku 7 bulan. ada sikit rasa terkilan sebab hanya tinggal lagi 2 bulan untuk uwan berjumpa dengan cicitnya.

masih terngiang perbualan kami masa uwan masih hidup. aku borak dengan uwan pasal baby. nak jadi wan nyang dah uwan. balasnya “kalau panjang umur uwan pulak”. ibarat dia dah tahu dia tak sempat berjumpa cicitnya. dan tak lama lepas tu aku ada termimpi arwah. dalam mimpi tu aku tanya, uwan ke yang kunci pintu? arwah hanya mengangguk. kalau tidur malam, memang arwah suka kunci pintu bilik tidur untuk keselamatan. tapi tak sangka malam tu pun arwah akan kunci pintu memandangkan kami semua ada di rumah.

atuk pulak sampai sekarang masih teringat-ingat dekat uwan. kadang-kadang bila termenung sendiri, kitorang perasan air matanya mengalir. dan yang mengejutkan, tak pernah kitorang tengok atuk menangis teresak-esak. berulang-ulang dia kata dia ingatkan dia yang pergi dulu. atuk macam susah nak terima yang uwan dah takde. dan kami tak boleh nak salahkan atuk, siapa yang tak sedih kalau teman hidup yang hari-hari masakkan makanan kita, layan tengok wwe, bergaduh manja tiba-tiba pergi sekelip mata. sedangkan kitorang yang tak duduk sekali pun sedih teramat, inikan pula atuk yang duduk sebumbung.

wajah, suara, masakan, layanan manja yang uwan berikan akan sentiasa aku rindui. moga roh uwan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


dan hari ini ialah hari lahir arwah Ayah yang ke-63.
Al-Fatihah untuk arwah Ayah dan Uwan.

Monday, 18 January 2021

Pengalaman Bersalin sebagai Full Paying Patient (FPP) di Hospital Selayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. lama betul tak update blog ni. terniat di hati nak kongsi pengalaman bersalinkan anak sulung saya. Alhamdulillah genap sebulan umur anak saya harini hehe sebelum korang sambung baca, saya nak bagitahu siap-siap entry ni panjang berjela. sebab saya jenis suka cerita details untuk future reference hahaha

senang untuk semua faham, FPP ni satu scheme dimana korang dapat menikmati layanan/perkhidmatan macam kat hospital swasta tapi dengan kos yang lebih rendah dan berpatutan. korang jugak boleh pilih doctor/specialist yang akan mengendalikan kes korang dari awal sampai habis. tapi tak semua hospital ada FPP ni. boleh google hospital mana yg offer this scheme. macam saya, saya pilih hospital Selayang sebab hospital tu yg terdekat dgn rumah. kalau HKL ada FPP memang pergi situ je sebab lagi dekat dengan rumah hehe

saya sendiri pun tahu pasal FPP ni melalui pengalaman orang lain. yela, first time pregnant so memang zero knowledge. nasib baikla ada internet, segalanya di hujung jari hahaha tapi ditakdirkan pregnant time PKP dan bila search, takde satu pun yg share pengalaman bersalin FPP musim covid ni. jadinya tertanya-tanya macam mana procedure bersalin FPP musim PKP ni. mesti korang pun curious kan?

okay long story short, due saya 13/12/2020. saya mula booking FPP masa kandungan berusia belasan minggu. kalau tak silap 12 minggu kot? masa tu baru beberapa hari bukak buku pink kat KK. ye, bila fikir balik memang awal dan ada yg kata kalau awal sangat pihak hospital taknak terima. tapi kalau lambat booking pun takleh jugak sebab FPP ni cepat penuh. so nasihat saya, korang cuba je. macam saya, suami yg try call kaunter FPP. berhari-hari jugak call, line asek busy je. Alhamdulillah tak lama lepas tu dapat disambung ke kaunter FPP. nurse akan tanya details pasal kita; nama, no ic, berapa week kandungan etc. lepas tu dia tanya kita nak doctor mana. masa tu husband kata ada 2 orang doctor je available and both doktor lelaki; sorang chinese, sorang indian. suami saya pun mintak suggestion nurse tu. nurse kata dedua doktor okay tapi patient selalu pilih Dr Yu. so husband pun ikut ler suggestion nurse tu tanpa banyak cakap.

lepas tu, nurse terus bagi tarikh untuk first appointment. masa booking ni tak payah bayar apa2 pun lagi. first appointment saya dapat masa usia kandungan 32 minggu. untuk pertama kalinya saya jejak ke hospital selayang sebagai pesakit. pada hari first appointment tu suami drop saya kat lobi klinik pakar. time tu tak aware pulak procedure temujanji musim covid ni. kena datang sejam awal dari masa temujanji. appointment saya pukul 2, sampai hospital pukul 2. memang beratur panjang lah ceritanya. lepas je masuk dalam, terus ke kaunter FPP. bagi buku pink cakap ada appointment pukul 2 dengan Dr Yu. nanti nurse FPP tu akan bagi satu kad temujanji untuk pesakit FPP berwarna oren dan kad tu la yang kita akan bawa setiap kali datang temujanji. lepas settle semua, tunggu kat kaunter payment. untuk first appointment saya dicaj RM10 untuk registration fee, RM135 untuk ultrasound dan consultation. sepatutnya kena ambik urine test juga tapi disebabkan saya dah buat di KK beberapa hari sebelum appointment, nurse cakap tak perlu buat lagi. caj untuk urine test = RM20.

lepas settle payment, terus ke klinik O&G. selesai timbang berat dan check blood pressure, serahkan buku pink dekat nurse bertugas. make sure kita pegang nombor giliran yg tertera nama doctor FPP kita.




waktu menunggu bergantung kepada keadaan. contoh macam saya, masa first appointment dah lambat sampai. appointment pukul 2, tapi pukul 5 baru sampai giliran saya. yang ni memang silap sendiri lah. temujanji yang kedua pun pukul 2 jugak tapi pukul 3 lebih dah sampai giliran saya. saya perhati tak ramai patient yg jumpa Dr Yu. mungkin itu menyumbang untuk saya tak tunggu lama. macam mana saya tahu patient tak ramai? bilik Dr Yu bilik 18. dari pukul 2 saya boleh kira berapa patient yg masuk ke bilik 18. dari situ saya dapat agak bila sampai giliran saya. dan temujanji yg seterusnya pun takde la lama sangat menunggu.

pengalaman saya, saya diberi pilihan untuk pilih waktu temujanji. temujanji yang ketiga saya pilih pukul 12 tengahari. kaunter FPP dibuka mulai jam 12 tengahari. tapi pukul 1 hingga 2 petang semua kaunter ditutup - rehat. kalau korang pilih pukul 12 tengahari insyaAllah tak tunggu lama tapi make sure pukul 12 tu dah terpacak depan kaunter FPP lah. temujanji saya yang ketiga tak sampai sejam pun waktu menunggu dan consultation. suami pun terkejut sebab cepat sangat selesai urusan. lepas pada tu terus saya pilih waktu temujanji pukul 12 tengah hari. tapi ini depends on doctor jugak tau. jangan marah saya kalau awak pilih waktu yang sama tapi tetap kena menunggu lama.

temujanji kedua saya kena buat swab test untuk GBS. bukan geng bas sekolah eh. GBS ni Group B Streptococcus, sejenis bacteria yg boleh membahayakan baby masa bersalin nanti. so kena checklah samada kita ni pembawa atau tak. Alhamdulillah result GBS saya negative.

bila dah jumpa Dr Yu, barulah saya tahu rupanya dia Ketua Jabatan O&G. bukan kaleng2 doktor ya yg merawat patient FPP ni. lepas tu Dr Yu ni sangat lembut, peramah, sopan and a bit funny too haha terngiang kat telinga suara dia ketawa dan most importantly dia seorang yg sangat positif. pendek kata, Dr Yu punya aura tu buat saya terdetik untuk ambik dia juga for next baby xD

14/12/2020 (overdue sehari):

temujanji yg keempat baby masih belum keluar. sempat singgah selayang mall makan prosperity burger konon2 last lah makan sedap2 sebab berharap kena admit haritu. sekali bila jumpa doktor dia kata; "okay kita boleh bagi masa seminggu untuk baby. tapi kalau ada tanda-tanda terus ke dewan bersalin ya." ikutkan dia nak bagi sampai 20/12, tapi dia fikir2 balik better saya admit awal. jadinya dia keluarkan surat ward admission untuk saya admit 16/12.

16/12/2020 (overdue 3 hari):

malam tu pukul 8 saya terus ke dewan bersalin di tingkat 5 dengan suami. hospital bag semua saya bawak sekali tapi ditinggalkan dulu kat lobi belakang kaunter guard tu. kata makcik guard tu, nanti dah register and dapat wad baru bawak naik. suami bayar terus deposit RM3000 dan masa register nurse tanya, lepas bersalin nak bilik berapa orang? 1 bedded, 2 bedded atau 4 bedded room? bila fikir yg suami tak dapat teman dalam ward, saya terus mintak nak 2 bedded room. pukul 12 tgh malam baru dapat wad. sebelum bersalin saya ditempatkan di wad biasa di tingkat 5 tu — wad 5A. yang paling saya tak sangka, saya dapat bilik sorang. mungkin juga sebab saya FPP. bilik air pun disediakan dalam bilik tu so tak payah nak berebut dengan patient lain. alangkah bestnya kalau suami dapat teman :( saya call suami untuk bawa naik bag, tapi dia hanya boleh pass pada guard yg bertugas jaga wad tu. kalau dia hantar sendiri mungkin dia tak dapat masuk wad untuk azankan baby nanti.


ni bilik saya di wad 5A sebelum bersalin

17/12/2020 (overdue 4 hari):

nak dekat pukul 3 pagi nurse datang buat covid swab test. fuh, merasa jugak pedih kat hidung tu. pastu dia kata Dr Yu sibuk sikit so mungkin pagi nanti baru induce. sepatutnya tengah malam tadi. tapi bila fikir balik kalau dia induce tengah malam tadi mesti saya tak dapat tidur menahan sakit haha kira2 lepas subuh sorang doktor perempuan masuk check bukaan. baru 1 cm katanya. lebih kurang 7:30 pagi dia masukkan ubat untuk induce. ctg dipasangkan ke perut saya.


mesin CTG yang setia menemani

breakfast sebelum sakit contraction menyerang

lunch sebelum ditolak masuk ke labor room


tak lama lepas tu baru Dr Yu datang visit. saya dah mula rasa contraction sikit2 macam senggugut tu. pukul 2:30 ptg Dr Yu datang check bukaan. dah 5 cm katanya, prepare labor room. saya pun terus whatsapp suami yg di rumah untuk standby kat hospital. kira-kira pukul 3:30 petang saya ditolak masuk ke labor room. nurse pesan cuma bawa handphone untuk inform husband nanti dan pakai face mask. sampai di labor room maka bermulalah episod menahan sakit contraction.

berjam-jam menahan sakit sampai muntah-muntah, doktor decided untuk bedah sebab bukaan masih jugak 5 cm. dalam pada menahan sakit dalam labor room tu sempat jugak ye deme buat covid swab test buat kali kedua haha nurse suruh inform suami yg setia menunggu di lobi. saya minta suami naik ke depan labor room untuk doktor explain risiko caesarean. ingatkan bila dah decide kena czer tu terus masuk OT, rupanya nak dekat pukul 12 tengah malam baru saya ditolak masuk ke dewan bedah ye. so seharian jugakla saya menahan sakit contraction. alangkah bagus kalau suami dapat teman kan.

18/12/2020:

pukul 12:36 tengah malam keluarlah baby boy saya seberat 3.4kg. masa dengar dia nangis tu mengalir air mata saya. macam tak caya je dah jadi mak hahaha cliche angat. kira-kira pukul 2:30 pagi saya ditolak masuk ke wad FPP di level 11. whatsapp suami minta dia pergi ke wad 5A untuk ambik barang2 saya dan bawa ke wad 11B. dapatlah suami saya jenguk sekejap untuk ambik uri dan azankan baby. saya dapat 2 bedded room seperti yang saya request masa register. tapi katil sebelah kosong sampai hari yg saya discharge baru ada patient masuk -_- tapi bila dah ada baby tu tak sempat la nak rasa seram ke apa hahaha



mesin phototherapy - anak saya kuning sejak lahir so kena letak bawah lampu biru


post-surgery lunch.

dinner saya malam tu.

lunch before discharge - 19/12/2020

saya sempat whatsapp mak saya gambar lauk-lauk ni dan of course dia tak bagi saya makan sebab takut gatal. tapi saya bedal je dan Alhamdulillah takde apa pun. kata doktor, ikut ketahanan badan memasing lah. takde masalah pun kalau korang taknak makan lauk hospital ni tapi pastikan ada makanan sendiri lah sebab ibu yang breastfeed confirm lapar sentiasa hahaha yang pasti semua menu yang pihak hospital sediakan simple tapi sedap.

19/12/2020:

saya boleh discharge tapi baby saya ditahan di nicu sebab jaundice. kalau saya stay di wad sekali jaga dia lain pula kosnya nanti. jadi saya decide untuk balik rumah dengan berat hatinya tanpa baby. masa discharge suami yang settlekan semua benda termasuk balance payment.

total kos bersalin saya untuk 4 hari 3 malam ialah RM6.3k++. pada saya masih berbaloi dengan service dan rawatan yang saya dapat berbanding hospital swasta yang sudah tentu akan makan kos berbelas ribu untuk emergency caesarean. tapi kalau ada rezeki lebih nak juga merasa bersalin di hospital swasta hahaha


cenderahati dari pihak hospital


sekian dari saya, patient yang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan FPP hospital Selayang.

Tuesday, 6 October 2020

Pengalaman Buka Buku Pink

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Alhamdulillah lepas 9 bulan kahwin, Allah kurniakan rezeki untuk mengandung.

macam mana boleh tahu pregnant? firstly, missed period. and dlm pada tempoh tu, tekak rasa loya2. time tu mula la rasa, aku pregnant ke? tapi tak nak bagi harapan kat diri sendiri sebab sebelum ni pernah missed period 10 hari tp turned out bila buat upt, tak pregnant pun. hampa sikit tapi redha sebab tahu Allah dah rancang yg terbaik untuk kita.

okay, aku decide untuk buka buku pink pada hari raya kelima haritu, 28/5/2020. sebelum pergi buka buku, better set appointment dulu sama ada by call atau walk in. tapi sebab musim pkp, aku call je senang. mula2 aku call Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) yg dekat titiwangsa tu. sebab walaupun kk yg terdekat dgn rumah aku is KK Gombak setia, tp disebabkan alamat ic aku ialah KL, jadi aku tetap kena pergi ke titiwangsa untuk buka buku. bila dah call kk titiwangsa, dorang cakap aku kena pergi kkgs pulak. ah sudah.

long story short, esok pagi dlm pukul 8 lebih kitorang pergi kkgs. nak tahu tak nurse cakap apa? aku kena pergi kk titiwangsa sebab ic aku beralamat KL. panas betul aku time tu. tp apa boleh buat, nak taknak pergi jelah kk titiwangsa. sesampainya di sana, kena buat saringan dulu. husband tak boleh teman so laki aku duduk jela tunggu dlm kereta. nurse yg buat saringan tu tanya, dah set appointment ke nak buka buku ni? aku cakap la belum. dia pun minta details untuk set kan appointment. terkejut aku bila dia kata nanti nurse akan call bila dah ada tarikh. means dia suruh aku balik dulu. aku pun cakap la semalam dah call, nurse suruh naik je tingkat 2. then dia kata 'oh kenapa tak cakap da set appointment' ya ampunnn. apa salah gue ._.

tingkat 2 memang level untuk ibu dan anak so memang ramai ibu2 mengandung, yg bawa baby dan anak kecik kat situ. suara baby menangis di sana sini. aku nampak je ada kaunter terus cakap kat nurse tu, 'saya nak buka buku pink'. nurse pun suruh aku pergi ke satu hall ni, kat situ ada tulis 'pasar moden gombak' sumpah aku blur nak mampus time tu. nurse ramai tapi semua tengah occupied dgn ibu2 dan baby2 dorang. so bila aku nampak ada nurse yg free, terus tanya 'nak buka buku pink kat mana eh?' nurse tu suruh aku tanya kat nurse dlm bilik rawatan tu.

from nurse to nurse, akhirnya ada sorang nurse ni mendengar aku. dia suruh aku pergi turun bawah kat kaunter 14 or 15, cakap nurse Zulaiha suruh ambik nombor untuk buka buku. lalu aku pun turun la ke level 1 balik untuk cari kaunter yg dia cakap tu. Alhamdulillah, dapat jugak daftar buku pink kat kaunter tu. dia akan bagi dua copy buku pink. satu untuk kita, satu untuk simpanan dorang. penat je aku bawak sijil kahwin, bil api semua tapi nurse tak mintak pun haha 

nurse kat kaunter bawah tu bagi urine cup untuk buat urine test. dia suruh pergi ke tandas specimen dan lepas kencing tu letak urine cup kat ruang yg disediakan dlm tandas tu. disebabkan aku first time dengar tandas specimen, aku menonong ke tandas biasa kat level 2 tu. nasib baik ada sorang akak ni, maybe dia nampak aku pegang urine cup, dia tunjukkan aku arah untuk ke tandas specimen. cari punya cari, jumpa pun tandas specimen. sebenarnya ada je signboard tapi aku tak habis cari hahaa lepas kencing and letak urine cup kat tempat yg disediakan, aku bagi buku pink kat nurse dlm bilik makmal. makmal ni bilik untuk ibu2 ambik blood test dan ia bersebelahan je dgn tandas specimen tu. lepas dah check urine apa semua, nurse tu pulangkan buku pink dan suruh pula aku letak dlm bakul kat depan bilik rawatan masa mula2 aku sampai tadi. aku punya dia suruh letak dlm bakul kawasan A.

puas menunggu nama dipanggil, akhirnya turn aku sampai. nurse memang akan panggil nama kita so kena lah alert sentiasa. so nurse Zulaiha tadi lah yang attend aku haritu. Alhamdulillah untuk first time ni, dapat nurse yg peramah dan tak kekok nak berbual. since aku ni jenis pendiam, aku selesa dgn dia and cara dia communicate. nak tanya apa2 pun semua dia explain dgn terang. pendek kata, aku suka and lega la dapat dia hehe lepas timbang berat and ukur tinggi, check2 sikit, bersoal jawab dan sebagainya, nurse suruh aku ambik blood test lepas tu jumpa doctor untuk first scan. before that, dia akan bagitahu bila next appointment kita. macam aku, nurse tulis dalam buku pink tu siap2 so senang nak refer. so next month kena datang lagi untuk checkup.

maka kembalilah aku ke bilik makmal tadi. bagi buku dekat nurse and tunggu nama dipanggil sekali lagi. bila dah lama tak dicucuk memang terasa betul sakit dia ye hahaha selesai ambik darah, nurse pulangkan buku pink dan suruh pergi jumpa doctor pulak. nak cari bilik doctor pulak senang je sebab pintu bilik tu takde pemegang. tolak perlahan-lahan pastu cakap nak jumpa doctor. if doctor memang tgh free boleh terus jumpa, kalau tak maybe kena tunggu dulu. macam aku, doctor memang takde patient time tu so terus je dia check kita.

dgn doctor takde apa sangat, soal jawab biasa. pastu dia akan buat breast check-up untuk make sure breast kita sihat so segan sikitla bila doctor tu pegang kita punya 'gunung' huhu tapi takpe sebab ada tirai untuk cover kita masa doctor check tu. pastu doctor sapu gel kat perut untuk scan pula. inilah masa yg ditunggu-tunggu sebab ni first scan aku, untuk menentukan betul ke ada baby dlm rahim aku ni. masa scan tu doctor senyap, aku senyap, yela sebab skrin satu je so doctor je boleh tengok. habis je scan tu terus aku tanya, baby sihat ke? Alhamdulillah doctor kata, baby membesar sesuai dgn usia kandungan. masa tu ada satu perasaan datang, macam sebak campur gembira? ntah tapi aku rasa bahagia sebab selama ni aku antara percaya dgn tak je yg aku mengandung hmm drama je hahaha

selesai sesi dgn doctor, tunggu dekat luar kejap. bila nurse panggil untuk pulangkan buku pink, dia akan inform bila next appointment dgn doctor pulak. make sure buku pink yg kita bawak balik tu patient copy ye, bukan nurse punya copy. maka dgn itu, selesai lah first check up dan register buku pink. pukul 12 tengah hari jugak ye habis segala-galanya. klinik pun dah lengang time tu. pasni sila lah keluar rumah lepas subuh kalau nak habis cepat hahaha

result urine test aku tadi, kencing kotor sikit. gara2 aku mabuk teruk, setiap kali makan minum mesti akan keluar balik. so badan kekurangan air. bila cerita dekat nurse, dia bekalkan aku 2 pack obimin. dgn harapan obimin akan bagi zat2 untuk cover balik diet aku yg huru-hara tu. malangnya pil obimin tu bapak besar. menangis aku nak telan T_T so sekarang since mabuk dah kurang, aku usahakan minum air kosong banyak2 untuk cerahkan balik warna air kencing.

demikianlah pengalaman saya membuka buku pink. sekarang kandungan dah pun berusia 30 minggu, which means kena datang check up 2 minggu sekali. sekejap je masa berlalu, perut pun dah makin boyot. doakan mummy dan baby sihat ye!


hahaha selalu kena macam ni xD