Showing posts with label dekwan. Show all posts
Showing posts with label dekwan. Show all posts

Sunday, 10 November 2013

family outing !

asek kua dgn kawan je pun takleh jugak kalau tak lepak ngan family member ngahaha tp adik bradik aku 3 orang je so nak kua pun ngan adik aku yg lepasan pmr tu. yg spm belum lepas lagi. haritu dah nengok escape plan sesama, pastu p nengok thor pulak. nasib baik rate p13 lepas lah adik aku tu masuk. tp kalau rate 18 ke atas pun dia tak kena tahan hahaha selamba je dia masuk. pastu masa nak beli tiket thor tu boleh pulak org tu tanya, 'nak ambek twin seat tak?' i was like, err ni mesti ingat aku ngan adik aku ni pasangan kekasih yg bahagia. aiyooo yg aku pulak g layan, 'hmm kena cas lebih ke?' kena rm3 sorang tak salah. lepas beli popcorn terus masuk panggung duduk kat couple seat kitorang tu dgn bahagianya sbb line kitorang tu takde orang lain dah. kitorang JE ! agaknya couple2 lain p nengok balada pencinta lettew. mana nak minat cite2 aksi ceni hahaha mcm biasa kalau movie by marvel ni lepas dah habis tu dia belum habis lagi senanyer. kan masa akhir2 tu ada tunjuk nama pelakon apa semua haa lepas tu ada scene lagi. kalau rajin tunggu la beberapa minit. ala takdenya pekerja cinema tu nak halau korang. tp time tu mmg org ramai yg dah kua. yg tinggal dlm cinema tu cuma org yg tau movie tu tak habis lagi. peminat tegar movie marvel agaknya.




sabtu masa deepavali tu ayah cuti so berpeluang lah berjalan-jalan sampai ke shah alam. asalnya nak pegi mid valley dulu sbb ada pc fair so nak usha2 lah manatau dpt beli phone baru time tu jugak tp ada technical prob so tak jadi. pastu tukar plan, mak gua nak p bukit cerakah dulu, nak berekreasi katanya. konon ah hahaa tp belum sampai sana hujan dah turun. jalan pulak kemain jammed woi semua pakat nak p mid valley. haih dah lepas jalan nak ke mid tu barulah lega sikit jalanraya tu. akhirnya sampai lah kami di i-city wohooo ni first time aku pegi sana. hmm jangan ah gelakkan aku -.- lepas ayah park kereta teroih menuju ke snowalk. mmg tak menyabar nak masuk sbb nak rasa sendiri sejuk dia mcm mana kan. dapat je tiket terus masuk ambek jaket tebal wuuu jangan risau jaket mmg disediakan. aku pakai tshirt lengan panjang dan jeans, flat. satu je aku menyesal, aku pakai kasut flat. i would prefer sneakers kalau aku tau aku nak jatuh -_- memula nak sewa boot, tp beratur punya panjang so disebabkan dah tak sabar haa terus jerkah je masuk. memula masuk tu ok la sejuk dia biasa2 je. masuk level 2 hah adik aku 'rasa mcm kat dlm peti ais lah' eh eh gaya dia mcm penah tinggal dlm peti ais pulak -.- tapi mmg sejuk gila baq ang ! ada igloo comel, ada lampu colorful, ada la memacam kan. baru beberapa minit kaki aku dah kebas padahal pakai stoking dua lapis. haaa tu dia sapa suruh pakai kasut flat. habis salji masuk dlm kasut cewah 'salji' :p pastu boleh pulak aku terjatuh sampai 2x haih memalukan -_- adik aku pulak kwang aja ah gelakkan aku. tp bukan aku sorang je yg jatuh. ada jugak org lain yg jatuh. aku hanya mampu gelak je hahaha jahatnyaaa :x




actually no camera is allowed tp tgk semua dok pegang camera hahaa disebabkan kesejukan yg melampau, kitorang pun keluar lah dr dunia sejuk tu kejap. p beli nescafe panas, panaskan badan balik. mak aku dah taknak masuk dah tangan dia dah kebas2 merah2 kehkeh adik aku tak puas so dia ajak masuk balik. aku memula malas gak tp bila pikir balik bila lagi nak dtg sini kan, nak p rasa salji betul kat luar negara tu hmm niall asek busy ngan tour je so aku pun join dia masuk balik. 2nd trip dlm snowalk. cepat pulak rasa sejuk dia sampai aku menggigil. kali ni aku jalan paut lengan dekwan sbb dia tinggi dr aku kehkeh mungkin sbb nampak kitorang ni mcm pasangan kekasih yg sdg diulit bahagia, ada sorang photographer ni maybe pekerja kat snowalk tu, mintak ambek gambar kitorang berdua. just the two of us! eceh nyanyi lak. 'haa akak, boleh tak nak ambek gambar berdua. duduk kat kuda tu' amboi dah la panggil aku akak. mood aku baik, feeling2 retis je kan so aku pun posing lah ala2 kapel bahagia ngan dekwan kahkah lawaklah bongok. agak2 dah 5 kali snap, photographer tu ucap terima kasih, then dia mintak nak amek gambar chinese couple yg lalu kat kuda tu. nampak sgt lah dia ingat kitorang ni kapel kan -_- adodoi dlm snowalk tu snanyer ramai gak mamat2 hensem muehehe :3 tp bila dorang usha aku ngan dekwan, muka dorang mcm hampa je haih kenapa perasan sgt kau ni pawah? hahaha pastu adik2 aku p main gelongsor panjang tu adoi lawak ah. puas round2 dlm snowalk tu barulah kitorang kua. kesimpulannya kalau nak pegi snowalk ni pakai la tebal2 ye, bawak glove siap2 n kalau taknak sewa boot pua chu kang tu pakai la kasut yg bersesuaian yew. surface kat dlm snowalk tu licin nak meninggal. nak p rasa salji betul ntah bila kan so takat ni pun jadilah muahaha sedih je ayat. ok wa pun malas nak taip lagi so bagi ngkorang nengok gmbr jew lah yew









-pengembaraan tamat-




Monday, 12 August 2013

Raya 2013.

hai hai hai. basically tiap2 tahun aku akan post pasal malam raya dan raya. untuk tahun ni aku nak sekalikan je sebab cerita raya aku tak panjang. so here we go.




sepatutnya kalau ikut cuti uitm bagi, 5/8 baru start cutinya. tapi jumaat tu aku ada satu kelas sahaja dan telah pun diganti pada khamis tu. pack gilo nak mampus khamis tu. kelas dari 8pagi sampai 3 lebih. tension betul semua orang. and bas aku pukul 5, masa dah duduk dekat seat aku tiba2 ada arep hahaha dah la seat depan aku je. kebetulan sangat. then sampai kl central lepaking dulu dengan ida dekat mcD. lepas tu terserempak hafiz kenny kat lrt taman melati :o *teruja jap* kol 9 lebih baru sampai rumah.




disebabkan hari selasa baru balik kampung, mcm2 benda aku buat kat kl dalam masa 4 hari tu. jumaat pegi skolah ambek sijil spm di pejabat. sempat jugak lepak dgn ggm and iftar sama2 sabtu tu. last minute punya plan tuuu dan akhirnya berjalan dengan jayanya hahaha sanggup aku korbankan masa untk bersama-sama dekwan masa birthday dia. family makteh and uwan pun ada kat umah buka puasa sama2. but i keep in mind, ini jelah masa nak jumpa ggm. dah la tak dapat raya sama2. lepas ni ntah bila lagi nak jumpa since semua nak masuk degree dah. and sementara kat rumah tu sempat jugak sambung practice lagu irresistible. payah kalau practice kejap2 pastu benti. cepat lupa. and since i was craving for a pizza, suruh ppj buat delivery. lambat gila dia sampai wei tp kitorang tak kisah asalkan sampai dah la. rider yg hantar tu asek tunduk2 takut kena marah hahaha lawak gila




so pagi selasa balik kampung. uwan balik sekali dgn kitorang yay (: petang tu pergi bazar rembau memacam benda nak beli hahaha malamnya makteh and family pulak sampai. nasib baik family dia raya rembau tahun ni. at least ada anak2 dia yg 5 orang tu riuhlah sikit rumah tu hahaa and esoknya hari last puasa ntah kenapa penatnya lain macam padahal tak buat pape pun. mak and nenek aku busy masak for berbuka and untuk orang2 yg akan datang bertakbir. malam raya kan. malam raya, halaman rumah kitorang gelap gelita, lampu jalan tkde. nasib baik pasang pelita. dlm pukul 11 orang2 datang bertakbir raya while aku ngan cousin aku melantak laksa kat dapur. aku tak record pun masa dorang bertakbir hmm pastu paksu aku balik and dia bawak balik kucing2 dia sekali. comel gila wei macam kucing siam padahal mak dia dikutip kat tepi jalan je. aku tak brani tangkap gambar dorang banyak2. takut mati :B


yang ada rantai ni mak dia


yang ni semua anak2 dia :3

raya pertama aku mandi dlm nak dekat pukul 11 tu pun bila terdengar ada kereta masuk kat halaman umah. oh mcm biasa lah family paksu H :> guess what dia pakai kaler turquoise gak mcm akuuu arghhh kenapa samaaa?? bezanya aku cair, dia pekat. wargh malunya. tp raya ni rambut dia tak smart mcm last year. rambut ala ala izzue islam sebelum famous. mcm serabai kan hahaa lepas asar barulah kitorang gerak beraya. mcm tahun2 sebelumnya jugak, raya umah adik atuk, pastu ke rumah sebelah sekolah mak aku dulu and rumah toklang. ramai betul sedara kat kampung, mmg tak sempat nak pergi semua.


with le cousins

raya kedua lepas mandi je terus pakai tshirt biasa dulu. dah nak beraya baru tukar baju. lepas dah raya dua buah rumah barulah ke rumah paksu H :> sebab kat umah dia selalunya lama so kena pergi last hahaa this year ada laksa sarawak and aku makan walaupun rasa santan je lebih -.- sempat jugak tengok wedding album mak N a.k.a kakak paksu H and paklang D a.k.a abang dia. yelah aku kan tak dapat tengok dorang kawen. dorang kalau kawen mmg grand habis. jeles aku tengok >.< and sekarang maklang baru tu tengah pregnant (: perut dia bulat macam bola :o nenek aku kata kalau kanan kosong, maknanya perempuan. ntahlah ahaha




raya ketiga balik kl. sedih tak dapat lama2 dgn nenek aku masa birthday dia :'( sebab aku jugak mak aku kena balik kl and tinggalkan nenek aku masak sorang2 :/ then singgah nilai 3 kejap baru terus ke kl. sampai je kl terus rasa mcm kisah raya aku tamat sampai situ je. orang tengah seronok2 raya, aku packing barang nak balik kampus. sedih tak sedih terpaksalah kan. once ayah penah kata, 'pontenglah' but then dia kata balik, 'jangan. pelajaran tu penting' bila ayah dah kata mcm tu rasa mcm sebaklah kan. kalau ikut hati ni mmglah nak ponteng tp pikir balik rugi je rasa kalau ponteng. skolah pun aku tak ponteng tanpa sebab.




so raya keempat while everybody is sleeping aku bangun untuk kejar bas balik perak. while everyone tengah siap2 nak pergi raya, aku dalam bas balik kampus. petang syawal keempat, while everyone seronok2 beraya and bergelak ketawa, aku kat sini sorang2 iron baju untuk kelas esok. while semua orang berjaga malam tengok rancangan2 raya kat tv, aku pulak kena follow up balik assignment2 and kerja2 yg tak siap.




mengeluh punya mengeluh. ada orang yg tak dapat beraya langsung dengan family. ada yg tak dapat cuti raya langsung and terpaksa beraya kat tempat orang. jauh dari family. tu pun aku tak reti bersyukur lagi. uitm baik hati lagi bagi cuti. bukannya takde lagi raya tahun depan. mungkin raya tahun ni paling sedih. raya yg sangat singkat. so aku takkan biarkan sem ni jadi sedih mcm tu je. takpelah biar sedih sekarang, jangan sedih masa dapat result nanti. sem ni kalau tak dekan memang sia-sia aku sedih time raya. mmg sia-sia aku balik kampus awal. walaupun dah ada kuiz yg aku fail -_- sebab tak study -_- tp tak mustahil kan untuk naik balik? oh guys please pray for me. now teach me how to smile.




Tuesday, 4 June 2013

Universal Studios Singapore

...so disebabkan ada beberapa halangan, kitorang masuk singapore dlm pukul 7 lebih, which means mmg dah agak gelap la langit time tu. mata aku mmg dah segar sejak kitorang kat sempadan johor-singapura lagi. heheh bila bas tu masuk je s'pore, semua yg dalam bas tu tegak je kepala. i mean semua tengok keluar tingkap. seriously bagi sesiapa yg tak pernah pergi s'pore mcm aku, agak terujalah tengok view kiri kanan penuh dengan bangunan yg tinggi2, yg paling best, tak ada langsung jalan yg takde pokok. walaupun memang berlambak gila bangunan tinggi yg cantik2, pokok pun tinggi2 menghijau elok je kat tepi jalan. penghadang jalan pun dorang pakai pokok2 kecik. k yg ni aku puji sebab dorang jaga alam sekitar. negara ni banyak oxygen and takde asap kenderaan cewah





orang kata view waktu malam memang cantik kat s'pore ni. yes memang betul. masa lalu kat marina bay sands (mbs) memang teruja gilaaa *-* tak dapat nak terangkan cemana cantiknya hahaha lepas dah letak barang apa semua kat hotel, siap2 nak g makan lak. disebabkan chinese berlambak gila sampai aku rasa aku macam bercuti kat China -_- agak payahlah nak cari kedai makan yg halal. merata pergi mesti ada chinese, mmg penuh ngan dorang like seriously. finally jumpa jugak satu kedai ni, diyakini halal. lepas makan kitorang jalan2 masuk mall dekat Bugis Junction, Capital mall kot tak salah nama mall tu hahaa jalan2 sampailah terjumpa Bugis Street. kalau nak beli souvenir ke apa sila datang sini sebab banyak yg murah2 dan berpatutan harganya ya. kitorang 2x pergi sini sebab dari hotel kitorang kesini just jalan kaki je.


time ni tengah lintas jalan sebab tu goyang xD

balik ke hotel, bukak tv. semua yg cakap pakai bahasa baku hahaha kelakar pulak. pastu tiba2 ada siaran indonesia, so kitorang pun tengoklah x-factor indonesia hahaha malam tu taktau nak buat apa. nak text orang tp takde kredit, kalau ada pun kena cas mahal woo. pagi esoknya kitorang breakfast kat kedai mamak, yg ni sangat diyakini halal. lepas breakfast, terus tunggu bas nak ke Sentosa. kenapa bas? kitorang berlima, satu cab boleh 4 orang je so kena amek 2cab which means menyusahkan dan leceh. naik bas je senang, boleh jimat lagi hehee so kitorang amek bas no 80, berhenti kat vivocity mall. disebabkan aku dah usha cara nak ke universal studios singapore (USS) ni masa kat umah, so takde masalah sangat sbb aku tau jalan sikit2 cewah bangga





sepatutnya kena naik Sentosa Express tapiii penuh gilaaaaa! kena beratur panjang. time tu mcm dah putus harapan so jalan3 sampailah jumpa cara nak kesana tanpa naik sentosa express tu. kitorang lalu kat Sentosa Broadwalk. hmm jauh tak jauh la jalan and sepanjang jalan tu ada benda kat bawah ni xD




so takdelah penat sangat walaupun benda tu tak panjang mana. USS tu kat dlm Resort World Sentosa (rws) so kena bayar 1$ (anggap jelah tu simbol s'pore dollar k? :p) untk setiap satu admission ticket. lepas je masuk kitorang jalan3 cari USS tu sampai terjumpa tempat Greyson buat MTV session last year sobs sobs




finally sampaiii! beratur beli tiket. memang agak panjang sbb tengah musim cuti kan. better beli online, kalau bernasib baik dapat discount. sayangnya ayah saya tiada mastercard. tapi nasib kitorang baik sbb tiket belum sold out. tiket masuk hanya 74$ untk sorang adult, kitorang hanya masuk 3orang sebab parents gua nak dating dua kat luar fiwittt hahaha masa beratur tu ada sorang chinese guy ni, muka mcm familiar. lepas dekwan pun kata mcm tu, rupa2nya barulah teringat. lelaki tu ada dlm vid Only in Malaysia hahaha *yang ada Greyson speaks Malay tu :>* adik aku bongok gak, ada ke dia g hala camera sampai orang tu perasan bahhahah




akhirnya saya berada di alam fantasi bahahhaha ada 7 part dalam hollywood ni. belum papehal kitorang g terjah store dulu padahal masuk tak beli pape hahaa lepas tu jalan sikit ada simpang, kitorang pilih kanan sebab lebih afdhal mwahaha dekat New York kitorang masuk Lights,Camera,Action sebab orang kata best. hmm boleh tahan lah. teruja kejap lepas keluar dr situ hahaha korang pergilah cari kat youtube, ada vid dia. tapi u better be there in person and rasa sendiri wooo






then kitorang gerak ke Sci-Fi City. orang kata transformer ride best sampai ada yg masuk 2x hahaha ok adik aku pun mcm excited je so on jelah. beratur sampai sejam T.T but actually it's worth it. masa beratur tu barulah nampak kewujudan orang melayu hahaha budak yg beratur depan aku bisik2 kat adik dia, pastu dorang usha baju aku. k nampak sangat dorang kenal greyson chance bahahha ok seriously memang best gila transformer ride ni memang tak nyesal pun bratur lama hahaha keluar2 je baju ada bintik2 sebab terkena air masa ride tu -_-





lepas tu kitorang masuk Egypt. time ni je dapat rasa matahari tu atas kepala. memang macam betul2 kat egypt hahah padahal sebab takde bumbung. yg new york ngan sci-fi city tu kitorang jalan bawah bumbung heheh ingat nak masuk mummy ride tu tapi kena simpan bag kat locker. locker pulak mcm leceh je so tak jadi hahaha disebabkan kitorang rasa mcm tengah jalan kat padang pasir, tekak pun rasa kering. nasib baik ada jual air mineral. kalau sesiapa nak masuk sini better bawak makanan sendiri. dlm uss tu ada jual tp biasalah, mahal dan payah nak cari yg halal.






dah puas berpanas kat mesir, masuk the Lost World. yang ni ada jurassic park. jalan3 amek gambar pastu jalan3 balik. ramai orang, masa pulak terhad so tak sempat nak cuba apa2 :/





yg ni paling aku suka. Far Far Away. rasa mcm ada dalam disney world hahaha xD tapi takde apa sangat cuma istana besar yg cantik. tengah2 berdiri kat depan istana tu, tiba2 ada kucing lalu. bukan kucing tuuu, ni Puss in Boots bahhaaha comel gilaaa xD aku tengok je dia pergi mana. k rupa2nya cari tempat nak bergambar. sebelum ramai beratur, kitorang cepat2 masuk line. masa nak amek gambar tu, tangan kucing tu mcm nak raba2 aku, aku blur kejap. oh rupa2nya dia nak capai tangan aku suruh peluk dia xD dia lak g peluk dekwan bahahahh lembutnya bulu diaaa. so jadilah ceni






dekwan dah kepanasan dan ajak keluar dari situ. apalah -_- adik aku yg sorang lagi tu bengang je sbb dia tak puas jalan lagi hahaha tapi aku paksa gak dekwan jalan :B hmm Waterworld macam takde apa, maybe under maintenance *i guess so* and Madagascar pun kitorang masuk jalan3 amek gambar jalan3 patah balik dan akhirnya masuk balik ke universal studios store untuk beli something yg menandakan kitorang penah pegi uss bahahah ayat takleh nak bombastik lagi






seriously tak puas kalau pergi sehari je. nak fully explore uss tu kena pergi 2 hari  (maybe) sebab tempat dia tersangatlah besar. memang keluar2 dari situ terus cari parents aku, pergi 7e beli sandwich hahaha dah jelajah satu Hollywood mana tak laparnya. nasib baik dlm rws tu ada 7e. diyakini halal.




to be continued...

Saturday, 7 January 2012

Meet My Dekwan LOL

hey... ingat lagi tak post aku psl dekwan..? hahaa mestilah tak ingat sebab aku da bekurun post.. -_- so kalau korang tak ingat, dia kena marah teruk sebab pegi main bola.. bukan x boleh main tp dia ada problem time tu.. n disebabkan aku da boleh upload gambar yg berada dlm kamera aku setelah sekian lamanya, -___- so aku tunjuk ler gambar dekwan ni.. hee menarik dong~




kisah sebnanya, masa tadika ada kawan dia pegi cucuk telinga dia guna pensel.. cuba kau bayangkan mcm mana telinga kau kena cucuk ngn sebatang pensel? ngilu tak? hahaa so sampaila da besar, melarat2 benda tu, thats y ah stiap bulan kena pegi check up.. tonsil dia bengkak.. eh ntahlah, aku pon x sure pebenda yg mnyebabkan dia kena bedah.. hoo~




kalau tengok real lagi ngeri weh.. mandi takleh kena air.. sebab doktor tak jahit, dia guna gam je.. adakepatut? -,- sampai gam tu kering baru bleh bukak pelekat2 tu.. and kapas tu kena letak situ sebab darah selalu kuar.. n sebab tu la dia kena marah ngan mak aku, mana boleh baru lpas bedah terus pegi main bola.. amek, balik2 je terus kena bedal ngan mak aku.. tp aku gak yg bgtaw psl dia maen bola tu.. rasa bersalah lak.. hee


time otw ke PD aritu dah lah aku selamber je g tarik telinga dia yg tu.. separuh mnjerit aku terkejut.. sumpah x prasan.. nasib baik xde pape n dia pon tak sakit.. so lpas ni boleh tarik lagi.. hee~

Tuesday, 27 December 2011

Semalam~

hollaa.. hee this is the first time aku update blog waktu siang, rasanyalah.. slalunya da gelap baru aku bukak acc blogger.. smlm pon pukul 4pagi baru aku tido.. hee k nak cer apa ehh kat entry kali ni? emm.. hah! nak cite pasal smlm.. hehehe




k yesterday my family and I kuar g jenjalan. okay x jalan mana pon. main purpose, cari kedai jahit, nak tempah seluar sekolah dekwan. terkejut? x payah.. dia tu kan gergasi.. opsss.. hahaa dia tu kan terover panjang, xde size dia kat kedai.. so kena tempah lah.. seluar lama klau nak pkai pon boleh, tp senteng.. kasut pon gila susah nak cari. ke sana ke sini, naik fed up mak aku, aku lg laa.. dok tngok je dorang beli barang skolah.. beg, kasut, uniform.. yelah.. orang da abes skolah.. saja gatal nak ikut, boring kot dok umah.. pastu pegi gudang perabot lak.. mcm2.. then singgah beli durian.. masa ayah nk cari parking tuh, aku t'pandang la 7e kat situ, then teka sape yg aku nmpk? haa.. aku nmpk dyandie, dia pkai baju 7e tu.. mula2 ingt nak pndg dia, nak cam, tp dia pon mcm tngh pndg aku.. mcm knl2 je aq enn.. mls lah nk pandang.. then aq buat2 x nmpk.. aq masuk la 7e tu ngn adek2 aq, then dia da xde.. yg ade pekerja2 yg b'badan gempal.. hahaa dia kan kering je.. so lpas da amek air, aku pegi tngok magazine plak.. wah! ada Klik! cover depan dia GREYSON CHANCE! oh yeah! mestila aku beli kan.. hehee comel bangat deh!





cari galaxie tp x jumpa2.. december punya banyak pasal GC kot... huu~ ssape tjumpa inform aku cepat ehh.. hahaa time da kuar dr 7e tu, nak gerak balik dah en, aku pandang balik 7e tu, then org yg srupa dyandie tu ada. aku soh dekwan usha skali.. dia pon kata org tu maybe dyandie.. hee x sah lagi.. nape nak lari2 lak? malu ke? hohoo mcm2 org zaman skrg ni.. hahaa so balik, makan durian.. nasib baik rasa durian tu seindah rupa.. boleh tahan.. rugi je dekwan x suka makan.. tapi GC pon x suka makan durian.. hee nak cite gak en.. dia kata bau durian tu busuk.. hahaa ni gambar dia masa kat KK time Asia Tour dia.. hee








hahaa lawak je muka dia time tu.. deh dah lah. nanti aku post lagi. k taa~