Monday, 12 August 2013

Raya 2013.

hai hai hai. basically tiap2 tahun aku akan post pasal malam raya dan raya. untuk tahun ni aku nak sekalikan je sebab cerita raya aku tak panjang. so here we go.




sepatutnya kalau ikut cuti uitm bagi, 5/8 baru start cutinya. tapi jumaat tu aku ada satu kelas sahaja dan telah pun diganti pada khamis tu. pack gilo nak mampus khamis tu. kelas dari 8pagi sampai 3 lebih. tension betul semua orang. and bas aku pukul 5, masa dah duduk dekat seat aku tiba2 ada arep hahaha dah la seat depan aku je. kebetulan sangat. then sampai kl central lepaking dulu dengan ida dekat mcD. lepas tu terserempak hafiz kenny kat lrt taman melati :o *teruja jap* kol 9 lebih baru sampai rumah.




disebabkan hari selasa baru balik kampung, mcm2 benda aku buat kat kl dalam masa 4 hari tu. jumaat pegi skolah ambek sijil spm di pejabat. sempat jugak lepak dgn ggm and iftar sama2 sabtu tu. last minute punya plan tuuu dan akhirnya berjalan dengan jayanya hahaha sanggup aku korbankan masa untk bersama-sama dekwan masa birthday dia. family makteh and uwan pun ada kat umah buka puasa sama2. but i keep in mind, ini jelah masa nak jumpa ggm. dah la tak dapat raya sama2. lepas ni ntah bila lagi nak jumpa since semua nak masuk degree dah. and sementara kat rumah tu sempat jugak sambung practice lagu irresistible. payah kalau practice kejap2 pastu benti. cepat lupa. and since i was craving for a pizza, suruh ppj buat delivery. lambat gila dia sampai wei tp kitorang tak kisah asalkan sampai dah la. rider yg hantar tu asek tunduk2 takut kena marah hahaha lawak gila




so pagi selasa balik kampung. uwan balik sekali dgn kitorang yay (: petang tu pergi bazar rembau memacam benda nak beli hahaha malamnya makteh and family pulak sampai. nasib baik family dia raya rembau tahun ni. at least ada anak2 dia yg 5 orang tu riuhlah sikit rumah tu hahaa and esoknya hari last puasa ntah kenapa penatnya lain macam padahal tak buat pape pun. mak and nenek aku busy masak for berbuka and untuk orang2 yg akan datang bertakbir. malam raya kan. malam raya, halaman rumah kitorang gelap gelita, lampu jalan tkde. nasib baik pasang pelita. dlm pukul 11 orang2 datang bertakbir raya while aku ngan cousin aku melantak laksa kat dapur. aku tak record pun masa dorang bertakbir hmm pastu paksu aku balik and dia bawak balik kucing2 dia sekali. comel gila wei macam kucing siam padahal mak dia dikutip kat tepi jalan je. aku tak brani tangkap gambar dorang banyak2. takut mati :B


yang ada rantai ni mak dia


yang ni semua anak2 dia :3

raya pertama aku mandi dlm nak dekat pukul 11 tu pun bila terdengar ada kereta masuk kat halaman umah. oh mcm biasa lah family paksu H :> guess what dia pakai kaler turquoise gak mcm akuuu arghhh kenapa samaaa?? bezanya aku cair, dia pekat. wargh malunya. tp raya ni rambut dia tak smart mcm last year. rambut ala ala izzue islam sebelum famous. mcm serabai kan hahaa lepas asar barulah kitorang gerak beraya. mcm tahun2 sebelumnya jugak, raya umah adik atuk, pastu ke rumah sebelah sekolah mak aku dulu and rumah toklang. ramai betul sedara kat kampung, mmg tak sempat nak pergi semua.


with le cousins

raya kedua lepas mandi je terus pakai tshirt biasa dulu. dah nak beraya baru tukar baju. lepas dah raya dua buah rumah barulah ke rumah paksu H :> sebab kat umah dia selalunya lama so kena pergi last hahaa this year ada laksa sarawak and aku makan walaupun rasa santan je lebih -.- sempat jugak tengok wedding album mak N a.k.a kakak paksu H and paklang D a.k.a abang dia. yelah aku kan tak dapat tengok dorang kawen. dorang kalau kawen mmg grand habis. jeles aku tengok >.< and sekarang maklang baru tu tengah pregnant (: perut dia bulat macam bola :o nenek aku kata kalau kanan kosong, maknanya perempuan. ntahlah ahaha




raya ketiga balik kl. sedih tak dapat lama2 dgn nenek aku masa birthday dia :'( sebab aku jugak mak aku kena balik kl and tinggalkan nenek aku masak sorang2 :/ then singgah nilai 3 kejap baru terus ke kl. sampai je kl terus rasa mcm kisah raya aku tamat sampai situ je. orang tengah seronok2 raya, aku packing barang nak balik kampus. sedih tak sedih terpaksalah kan. once ayah penah kata, 'pontenglah' but then dia kata balik, 'jangan. pelajaran tu penting' bila ayah dah kata mcm tu rasa mcm sebaklah kan. kalau ikut hati ni mmglah nak ponteng tp pikir balik rugi je rasa kalau ponteng. skolah pun aku tak ponteng tanpa sebab.




so raya keempat while everybody is sleeping aku bangun untuk kejar bas balik perak. while everyone tengah siap2 nak pergi raya, aku dalam bas balik kampus. petang syawal keempat, while everyone seronok2 beraya and bergelak ketawa, aku kat sini sorang2 iron baju untuk kelas esok. while semua orang berjaga malam tengok rancangan2 raya kat tv, aku pulak kena follow up balik assignment2 and kerja2 yg tak siap.




mengeluh punya mengeluh. ada orang yg tak dapat beraya langsung dengan family. ada yg tak dapat cuti raya langsung and terpaksa beraya kat tempat orang. jauh dari family. tu pun aku tak reti bersyukur lagi. uitm baik hati lagi bagi cuti. bukannya takde lagi raya tahun depan. mungkin raya tahun ni paling sedih. raya yg sangat singkat. so aku takkan biarkan sem ni jadi sedih mcm tu je. takpelah biar sedih sekarang, jangan sedih masa dapat result nanti. sem ni kalau tak dekan memang sia-sia aku sedih time raya. mmg sia-sia aku balik kampus awal. walaupun dah ada kuiz yg aku fail -_- sebab tak study -_- tp tak mustahil kan untuk naik balik? oh guys please pray for me. now teach me how to smile.




No comments:

Post a Comment