Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Saturday, 21 December 2013

midterm break

yay now im in my mid sem breakkk ! dah la 2 minggu wuuu sangat bahagia. seminggu before startnya cuti, mcm2 jadi. biasalah kalau duduk uitm ni sebelum nak balik umah mmg akan stress. dgn assignment ob, assignment eco yg tak paham nak buat cane, kuiz eco lagi dgn buku aku tak beli, hafal speech untuk public speaking oh sangatlah stress tp not really bc i know how to handle it my way. so takdelah sampai nak nangis ke apa. tahap tenang dia tu sampai aku still boleh main game mlm sblm kuiz eco, hafal speech sehari sblm present, buat assignment last minute bc group assignments kan so it's not that hard la. group assignment plg aku suka sbb apa? tak perlu nak susah payah ingatkan group member untk buat sbb dorang yg slalu ingatkan aku hahaha dan ada jugak yg terlebih rajin ehem sampai aku kdg2 jadi silence member kat dlm group tu. dan bila yg lelain panik sbb assignment tak siap lagi tp esok nak kena submit, jangan ikut panik sama. cool je mcm takda apa dan teruskan kerja. kalau semua panik kerja pun tak jalan nanti, dui?

nak share sikit pengalaman bg speech kat depan. padahal bercakap kat dlm kelas je hahaa yelah dulu choral speaking je ckp reramai. public speaking ni bezanya kita kena cakap sorang2. sama mcm masa buat oral kat skolah dulu. so kitorang kena bagi 3 speech. to introduce, to inform n to persuade. to persuade kena buat ngan partner and lambat lagi pun. to inform kena buat individually dlm masa 7min. masih mencari lagi nak buat pasaipa. and haritu aku dah buat to introduce. dia kena buat pasal orang and we have to introduce lah. dilema lah jugak aku nak buat pasal sapa. takleh sama ngan orang lain means dlm kelas aku ada 31 orang, 31 orang lah yg akan diintroducekan. classmates aku tau dah awal2 aku akan buat pasal sapa. kalau tak greyson, niall. sangat tak surprise dah sooo aku cari orang lain, and lecturer kata kalau kita minat kat orang tu, lagi senang nak cite even terlupa pun boleh tambah sendiri sbb dah kata minat kan. cuba teka aku buat pasal sapa? hehehe




ye, aku cakap pasal harry. sebabnya masa last2 aku nak tunjuk vid yg ada malaysian terserempak ngan dia kat london tu untuk tarik perhatian audience. attention getter mula2 mendpt sambutan tp sbnrnya agak gugup jugak eiii tak suka. aku rasa aku boleh buat lagi baik. next speech ni moga2 aku dapat buat lagi baik.

so cuti ni nak buat apa? tidur jom.

Saturday, 9 November 2013

meet up !

hi uolss. heh nak dekat 2 minggu dah aku simpan draft ni baru sekarang semangat untuk menulis tu datang hahaha ni semua sbb rindu nak menaip alolo ngengadanya ayat. so... how is everyone? mesti conok2 je kan semua ahaha takde benda pun nak cite disebabkan aku tak kua umah sangat. dok umah celik je mata terus makan pastu buat kerja rumah sikit then online. itu jelah kerjanya. weekend kalau ayah rajin nak berjalan barulah merasa hidup udara segar kat luar tu hahaa sadis je ayat. duit pt semua habis dah aku joli awal2 cuti haritu. oh ya sempat jugak aku lepak dgn mereka2 yg dah lama gila tak jumpa ni hiks moh aku cite




last month sempat lepak ngan nad, fifah n tasha. wargh lama gila tak jumpa dorang ni lagi2 nad tgh stpm haa lagi ah payah nak jumpa. kitorang p klfc ja maleh nak jalan jauh. pastu si nad lapar so pegi makan jap kat little wok. pes time woo aku masuk situ tp order air je hahaa aku dah kenyang ok bukan takde duit -.- habis makan terus naik atas lepak kat hot n roll pulak. ingat nak tgk movie tp dah petang so mcm tak sempat. haaa aku ngan nad terus order chicken n cheese savoury crispy amboi org tu tadi dah melantak mee pastu layan hotnroll lak :p sementara tunggu tu kitorang p beli each a cup waaa peppermint oreo as usual cedap tau :B pastu masuk kaison; tmpt aku paling tak suka masuk. round2 dlm tu ntah bape lama -_- dah nak dekat maghrib baru la teringat nak pulang ke pangkal jalan hahaha balik ah.

-

pastu outing dgn aniqah & izzah ! berkurun lamanya menanti saat2 ini cewah dorang ni pun tgh cuti sem cm aku lagi2 si izzah tu dah la study kat perak pastu amek account so subjek kitorang ada lew beberapa yg sama contoh cm bel kos kitorang mmg kena amek smpai sem akhir that means ada ler jugak gang untk sama2 pecah kepala hahaa kitorang p klcc sbb si anigah kata lama dah dia tak jejak situ kahkah sian. aktivitinya cm biasa lah. klcc apa ja ada so disebabkan aku dah nengok escape plan dan insidious, kitorang beli tiket cite Prisoners. tak penah dgr pulak cite ni trailer pun tak penah nampak kat tv. taram jelah kan dah masing2 takmo nengok balada pencinta tu lol sementara tunggu pukul 2 tu kitorang lunch dulu kat kfc setelah hampa tgk mcD and food court penuh. yelah weekday punya lunch time mmg penuh la dgn orang office. kfc pun penuh gak tp berkat kesabaran dpt jugak makan tu pun lepas ngadap pekerja kfc yg aku rasa pekerja baru kot haih memacam lah. lepas mkn terus naik tgv eh boleh pulak kitorang bertiga dgn sorang pakcik je kat dlm panggung tu -_- dah lama sikit barulah mcm ramai sikit tu pun tak penuh. cite tu dah la nak dekat 3 jam sampaikan anigah kat sebelah aku boleh sedap tido -..- habis je cite tu terus kitorang bergegas p train takut sesak waktu puncak. tp nasib baik tak sesak sangat hahaa




Saturday, 19 October 2013

outing

hiiiiiiiiiiiii ! wah rindunya kat blog. nak update tp taktau nak cite apa. so dah lebih seminggu jugaklah aku berada dlm mode cuti sem ni. masa kat kampus, masa tengah exam week, kemain dlm kepala mcm2 benda nak buat. baca fanfics, keyboard, baca novel yg beli masa cny haritu, kerja, tengok movie, hafal lirik lagu, fangirling, bla bla bla kalau nak senaraikan sampai besok tak habis. jejak je kaki kat umah, aku terus ajak adik aku p tgk wayang sbb dia pun baru merdeka gak. dia pulak on je pastu terus survey nak tgk cerita apa. last2 esoknya... dia dah siap mandi apa semua, kejut aku bangun, aku kata "ala malaslaaa. penat. pegi ahad jelah suruh ayah hantar" pastu dia kata aku sakai hahaha aku mls nak menapak ke lrt tu sbnrnya. aku dgr sayup2 je dia kata nak g tgk sorang. aku pun sambung tidur balik. bangun2 je aku sorang je dlm umah. dia pegi tgk betul2 ! gila betul -_- petang tu dia balik dia kata tgk cite gravity. org kata bosan je cite tu, aku tgk trailer pun cm tak best je hahaa nasib baik takgi :p




#Oct 16th-Rabu
adik aku kejut aku bangun sbb smlm dah janji nak g tgk escape plan. tgk trailer pun cm best je lagi2 bila ada arnold schwarzenegger tu ken, aku dr kecik dah start tgk cite dia yg terminator tu dr yg first sampai yg terminator 3 tu so rindu pulak nak tgk muka dia berlakon hahaha xD cite start pukul 11:30, dia kejut aku kol 10:15 cenggitu mana sempat ! aku siap2 secepat mungkin pastu gerak lrt dlm pukul 11 pegi sri rampai. sampai2 wwm terus pegi tgv. mmg dah lambat time tu so next tiket pukul 2 pulak, rasa mcm lambat so aku cadang tgk insidious jelah sbb cite tu pukul 11:50. dah sampai kat kaunter kitorang cakap ah, pastu org kat kaunter tu kata 'hmm insidious ni mlm je ada ye. pukul 11:50mlm' aku pun macam , ya Allah 11:50pm terang2 tulis kat situ pahal aku bengong sangat pegi ingat pukul 11:50 pagi -_____- malu gila k so aku kata kat dia tgk escape plan je ah pukul 2 pun 2 lah nak cover malu punya pasal. dia kata lagi 'hmm escape plan untuk 18 tahun ke atas je eh' aku pun mcm, hmmm dia ni tau ke adik aku bwh 18? dia dah print tiket pa semua baru aku lega sikit so terus bayar cepat2 sblm dia suruh adik aku tunjuk ic hahaha baru pukul 12, lagi 2 jam nak tunggu ! puas jalan2 kitorang duduk je kat satu kusi tgk orang lalu-lalang. pastu lepak hot n roll pulak, aih terasa lambat masa berlalu sampailah pukul 2 baru kitorang masuk panggung. nasib baik cerita dia best so sape yg belum tgk tu pegi tengok cepat !




#Oct 17th-Khamis
yg ni boleh dikatakan last minute plan lah jugak sbb tetiba je mas ajak kua sesama hahaa so dorang decide nak p klcc ja, tgk insidious ! ahak ahak so sementara tunggu tiket pukul 3, p lunch dulu kat foodcourt. sizzling dia tak sedap sangat weks! biasa2 je cite insidious ni, ada lah scene terkejut2 tu tp aku lagi terkejut bila orang sebelah aku menjerit kot rasanya -.- and josh dlm cite tu hensem k, org sama yg jd ed warren dlm the conjuring ahaha habis movie kitorang lepak2 kejap. masa tgh borak2 ngan ida tiba2 ternampak someone familiar. dia perasan aku pandang dia time tu kahkah aku tanya ida 'tu one forteen kan' dia mcm blur2 je -.- masa dia lalu dpn kitorang terus aku tegur dia. k malu gak sbnrnya sbb ntahlah hahaa tp aku buat muka tembok je sbb bila lagi nak jumpa ceni kan? aku pun tanya 'hmm abg one forteen kan?' dia pun senyum, 'haah' terpaksa panggil abg, tunjuk respect sikit sbb aku belasan tahun lagi :p pastu aku ajak ambek gambar sama. nak tau tak muka ida time tu annoying gila rasa nak tumbuk je -.- dah la tak kenal pastu nak ambek gambar sama2 pulak tu ahahahah bongok punya ida. then aku tanya dia, 'sorang je ke? (mana ariz? sobs sobs)' dia kata dgn kawan, nk p tgk wayang. pastu dia tanya balik kitorang ramai2 ni jalan2 sini, tgk wayang eh? aku cakap, haah tgk wayang. pastu dia tau pulak kitorang tgk cite insidious hahaha dia tanya best tak? aku buat thumbs up, best! then dia pegi ahahaha friendly ok. first time aku tgk forteen ni dulu aku minat kat one ni je sbb muka dia comey2 gitu hahaha pastu dah lama2 aku minat kat ariz lak kahkah kbye




#Oct 18th-Jumaat
aku ke times square dan lowyat bersama udang. dia kata nak beli kasut, pastu aku pun hmm bolehlah sbb aku pun nak hantar laptop kat lowyat. lepas beli kasut terus kita ke lowyat pegi asus service centre hantar repair laptop aku. lepas makan je terus round2 survey hp and for the first time aku pegang iphone 5c yg colorful tu wooo compact gila tp tp muehehe dia kena ada ayah sekali baru best hahaha :3 lepas tu balik dah tu je.




Saturday, 15 June 2013

Singapore.

...then tanpa membuang masa, terus kitorang gerak pergi tempat merlion. ala yg patung singa besar tu. ada yang sampai naik ke atas, pastu keluar ikut mulut singa tu. ngeri woi kalau tengok, lagi2 yang gayat macam aku haih terima kasih jelah.




ingat nak naik menara yg tinggi tu, apatah nama dia ah lupa. hmm tiger tower kot? hahaa sekati aku je. tapi under maintenance pulok so jalan2 jelah sekitar situ before melantak di kay epp cee.




kitorang memang kejar masa sangat2 so terus gerak ke marina bay sands wooo kalau pewdiepie ke carly rae jepsen or jessica alba still ada kat singapore time tu mesti ada chance nak terserempak ngan dorang hahaa k brangan. from sentosa balik ke vivocity kitorang naik sentosa express since tak ramai orang, k ramai jugak tapi tak seramai masa kitorang mula2 sampai. and naik tu takyah bayar pun. tak sure lah kalau hari lain kena bayar pulaks.


kitorang memang comel miahahaha

once we arrived mbs, kitorang sangat dekat dengan bangunan yang bentuk dia mcm kapal tu. kalau tengok dari dekat memang tak nampak and sakit tengkuk dok mendongak sebab terlampaulah tinggi.






dah jalan2 sikit barulah ternampak patung singa yg pancutkan air dari mulut tu. haaa that is the real merlion!




tapi untuk sampai situ dr tempat kitorang berada kena menyeberang tasik ke laut ke aku pun taktau nak panggil apa, maybe sungai kot? hahaa sooo, beli tiket untuk naik cruise which is 3$ satu hanya untuk ke merlion park.





dekat sini banyak sangat bangunan yg cantik2, mewah and nampak gah lah. memang teruja habis tapi buat biasa je hahaa sampai kat merlion park, takyah citelah. penuh dengan tourist je merlion tu, matsaleh minah saleh pakcik saleh semua ada. so kitorang hanya ambek gambar dari jauh asalkan nampak singa tu. tak sah pegi singapore kalau tak bergambar dengan merlion ni hahaha k dah cukup bukti



haa yg ni dengan anak dia hahaha

sayang tak naik flyer wheel tu. jauh sikitlah dr tempat merlion tu. disebabkan time tu nak dekat maghrib, kenalah beransur pulang. tapi ayah gua bawak kitorang pi jalan2 sampailah ke gardens by the bay. haaa kat sinilah ada benda yg mcm pokok luruh daun tu. kalau waktu malam benda tu berlampu so cantik sangat.











lepas dah puas, kaki pun dah lenguh2 mcm nak tercabut pun ada, kitorang balik ke hotel. haaa penat tapi bahagia. esoknya sementara tunggu bas pukul 3, kitorang singgah geylang pasar. mak gua nak sangat pi tempat ni, ada jual barang murah2 katanya. sampai je sana terus breakfast dulu. kalau tengok lah kan memang tak ubah mcm pasar besar gombak hahaha serious. kat atas foodcourt, kat bawah ada jual macam2 but mostly kerepek kerapak lah, beli buat buah tangan untk orang yg kat malaysia. pukul 3 bas sampai dan kitorang pun bergerak keluar dr singapore, pulang ke tempat asal balik hahaha ayat








cabs mcm2 warna ada hahaa flat kat singapore ni tak serupa flat. macam baru je aku tengok. takde pun bangunan yg lusuh2, semua nampak baru. tu yang macam wahhh woww woooo hahaha






so whats next? ajak ayah pegi indonesia pulak mwehehe aku tak demand ok pls dont judge. i considered this as a reward for me. ok sampai sini je.


BYE

Tuesday, 4 June 2013

Universal Studios Singapore

...so disebabkan ada beberapa halangan, kitorang masuk singapore dlm pukul 7 lebih, which means mmg dah agak gelap la langit time tu. mata aku mmg dah segar sejak kitorang kat sempadan johor-singapura lagi. heheh bila bas tu masuk je s'pore, semua yg dalam bas tu tegak je kepala. i mean semua tengok keluar tingkap. seriously bagi sesiapa yg tak pernah pergi s'pore mcm aku, agak terujalah tengok view kiri kanan penuh dengan bangunan yg tinggi2, yg paling best, tak ada langsung jalan yg takde pokok. walaupun memang berlambak gila bangunan tinggi yg cantik2, pokok pun tinggi2 menghijau elok je kat tepi jalan. penghadang jalan pun dorang pakai pokok2 kecik. k yg ni aku puji sebab dorang jaga alam sekitar. negara ni banyak oxygen and takde asap kenderaan cewah





orang kata view waktu malam memang cantik kat s'pore ni. yes memang betul. masa lalu kat marina bay sands (mbs) memang teruja gilaaa *-* tak dapat nak terangkan cemana cantiknya hahaha lepas dah letak barang apa semua kat hotel, siap2 nak g makan lak. disebabkan chinese berlambak gila sampai aku rasa aku macam bercuti kat China -_- agak payahlah nak cari kedai makan yg halal. merata pergi mesti ada chinese, mmg penuh ngan dorang like seriously. finally jumpa jugak satu kedai ni, diyakini halal. lepas makan kitorang jalan2 masuk mall dekat Bugis Junction, Capital mall kot tak salah nama mall tu hahaa jalan2 sampailah terjumpa Bugis Street. kalau nak beli souvenir ke apa sila datang sini sebab banyak yg murah2 dan berpatutan harganya ya. kitorang 2x pergi sini sebab dari hotel kitorang kesini just jalan kaki je.


time ni tengah lintas jalan sebab tu goyang xD

balik ke hotel, bukak tv. semua yg cakap pakai bahasa baku hahaha kelakar pulak. pastu tiba2 ada siaran indonesia, so kitorang pun tengoklah x-factor indonesia hahaha malam tu taktau nak buat apa. nak text orang tp takde kredit, kalau ada pun kena cas mahal woo. pagi esoknya kitorang breakfast kat kedai mamak, yg ni sangat diyakini halal. lepas breakfast, terus tunggu bas nak ke Sentosa. kenapa bas? kitorang berlima, satu cab boleh 4 orang je so kena amek 2cab which means menyusahkan dan leceh. naik bas je senang, boleh jimat lagi hehee so kitorang amek bas no 80, berhenti kat vivocity mall. disebabkan aku dah usha cara nak ke universal studios singapore (USS) ni masa kat umah, so takde masalah sangat sbb aku tau jalan sikit2 cewah bangga





sepatutnya kena naik Sentosa Express tapiii penuh gilaaaaa! kena beratur panjang. time tu mcm dah putus harapan so jalan3 sampailah jumpa cara nak kesana tanpa naik sentosa express tu. kitorang lalu kat Sentosa Broadwalk. hmm jauh tak jauh la jalan and sepanjang jalan tu ada benda kat bawah ni xD




so takdelah penat sangat walaupun benda tu tak panjang mana. USS tu kat dlm Resort World Sentosa (rws) so kena bayar 1$ (anggap jelah tu simbol s'pore dollar k? :p) untk setiap satu admission ticket. lepas je masuk kitorang jalan3 cari USS tu sampai terjumpa tempat Greyson buat MTV session last year sobs sobs




finally sampaiii! beratur beli tiket. memang agak panjang sbb tengah musim cuti kan. better beli online, kalau bernasib baik dapat discount. sayangnya ayah saya tiada mastercard. tapi nasib kitorang baik sbb tiket belum sold out. tiket masuk hanya 74$ untk sorang adult, kitorang hanya masuk 3orang sebab parents gua nak dating dua kat luar fiwittt hahaha masa beratur tu ada sorang chinese guy ni, muka mcm familiar. lepas dekwan pun kata mcm tu, rupa2nya barulah teringat. lelaki tu ada dlm vid Only in Malaysia hahaha *yang ada Greyson speaks Malay tu :>* adik aku bongok gak, ada ke dia g hala camera sampai orang tu perasan bahhahah




akhirnya saya berada di alam fantasi bahahhaha ada 7 part dalam hollywood ni. belum papehal kitorang g terjah store dulu padahal masuk tak beli pape hahaa lepas tu jalan sikit ada simpang, kitorang pilih kanan sebab lebih afdhal mwahaha dekat New York kitorang masuk Lights,Camera,Action sebab orang kata best. hmm boleh tahan lah. teruja kejap lepas keluar dr situ hahaha korang pergilah cari kat youtube, ada vid dia. tapi u better be there in person and rasa sendiri wooo






then kitorang gerak ke Sci-Fi City. orang kata transformer ride best sampai ada yg masuk 2x hahaha ok adik aku pun mcm excited je so on jelah. beratur sampai sejam T.T but actually it's worth it. masa beratur tu barulah nampak kewujudan orang melayu hahaha budak yg beratur depan aku bisik2 kat adik dia, pastu dorang usha baju aku. k nampak sangat dorang kenal greyson chance bahahha ok seriously memang best gila transformer ride ni memang tak nyesal pun bratur lama hahaha keluar2 je baju ada bintik2 sebab terkena air masa ride tu -_-





lepas tu kitorang masuk Egypt. time ni je dapat rasa matahari tu atas kepala. memang macam betul2 kat egypt hahah padahal sebab takde bumbung. yg new york ngan sci-fi city tu kitorang jalan bawah bumbung heheh ingat nak masuk mummy ride tu tapi kena simpan bag kat locker. locker pulak mcm leceh je so tak jadi hahaha disebabkan kitorang rasa mcm tengah jalan kat padang pasir, tekak pun rasa kering. nasib baik ada jual air mineral. kalau sesiapa nak masuk sini better bawak makanan sendiri. dlm uss tu ada jual tp biasalah, mahal dan payah nak cari yg halal.






dah puas berpanas kat mesir, masuk the Lost World. yang ni ada jurassic park. jalan3 amek gambar pastu jalan3 balik. ramai orang, masa pulak terhad so tak sempat nak cuba apa2 :/





yg ni paling aku suka. Far Far Away. rasa mcm ada dalam disney world hahaha xD tapi takde apa sangat cuma istana besar yg cantik. tengah2 berdiri kat depan istana tu, tiba2 ada kucing lalu. bukan kucing tuuu, ni Puss in Boots bahhaaha comel gilaaa xD aku tengok je dia pergi mana. k rupa2nya cari tempat nak bergambar. sebelum ramai beratur, kitorang cepat2 masuk line. masa nak amek gambar tu, tangan kucing tu mcm nak raba2 aku, aku blur kejap. oh rupa2nya dia nak capai tangan aku suruh peluk dia xD dia lak g peluk dekwan bahahahh lembutnya bulu diaaa. so jadilah ceni






dekwan dah kepanasan dan ajak keluar dari situ. apalah -_- adik aku yg sorang lagi tu bengang je sbb dia tak puas jalan lagi hahaha tapi aku paksa gak dekwan jalan :B hmm Waterworld macam takde apa, maybe under maintenance *i guess so* and Madagascar pun kitorang masuk jalan3 amek gambar jalan3 patah balik dan akhirnya masuk balik ke universal studios store untuk beli something yg menandakan kitorang penah pegi uss bahahah ayat takleh nak bombastik lagi






seriously tak puas kalau pergi sehari je. nak fully explore uss tu kena pergi 2 hari  (maybe) sebab tempat dia tersangatlah besar. memang keluar2 dari situ terus cari parents aku, pergi 7e beli sandwich hahaha dah jelajah satu Hollywood mana tak laparnya. nasib baik dlm rws tu ada 7e. diyakini halal.




to be continued...