Saturday, 31 January 2015

Keputusan Permohonan Penerapan UiTM

okay sebenarnya cuak jugak bila dapat tahu harini 30/01/2015 result penerapan degree keluar. aku rasa aku takkan tahu kalau bukan nad yang bagitahu hahaha aku mmg tak ambil kisah masa tu. then tadi kitorang keluar, sempat la jugak gelak sampai tak ingat dunia. takut je gelak2 kang menangis bila check result hahaha

aku bukak whatsapp, masing2 yg mana apply degree tu share dah dekat group kelas. ada yg dapat HR dekat kedah. ada dapat arau. ada dapat seremban. ada dapat palam. aku mula dah sejuk tangan tengok dorang punya tempat. aku nak sangat dapat kat palam atau nama penuhnya puncak alam. sebab dekat je sebenarnya. kalau tercampak ke utara ke pantai timur mmg tak balik rumahlah aku. pasal kos aku tak kisah sbb aku yakin aku akan dapat first choice aku iaitu HR hahaha yakin angattt.

pagi2 lagi aku dah bernasib malang so aku rasa mcm hmm adakah ini petanda tak baik? then hati aku rasa yang aku takkan dpt kat palam. dannnnn... setelah berpakat dgn nad untuk check sama2, akhirnyaaaaaaa.


maaf tidak bisa mendedahkan nama dan no ic hahaha

alhamdulillah. aku sangat tak sangka. Tuhan bagi aku peluang, bagi apa yang aku minta. kos yang aku dpt, first choice aku. and dapat kat tmpt yg aku nak, puncak alam. tak cukup dgn tu, dpt sama pulak dgn dua orang member baik dari diploma walaupun masing2 lain kos. alhamdulillah sangat2

nad pulak dpt kat puncak perdana. jugak dpt first choice dia. couldnt be happier lah harini. semua orang happy (:

Sunday, 18 January 2015

Oh Sehun!

okay aku pun rasa tak percaya sebenarnya. cerita dia macam ni. aku ada sorang kawan ni, nama dia naddyeol hahaha dia kpopper pastu kan dia suka cerita pasal kpop dekat aku terutama sekali pasal EXO. since im a good listener *cewah* aku dengar jela sebab kadang2 kelakar jugak ceritanya. masa dia cerita aku langsung tak kenal siapa ahli-ahli EXO tu. senang cerita aku tak minat kpop because im a directioner miahaha tapi aku respect minat orang lain so apa salahnya bila orang cerita kita mendengar?

-

segalanya bermula masa awal tahun baru hari tu. nad kan dia suka rt pasal exo dekat twitter. dia paling suka dekat park chanyeol yang capang dan bermata besar tu *nad jangan marah* tapi dia masih comel *aku puji balik ni* dlm banyak2 yang dia rt and quote tu ada satu gif ni chan tarik tangan sehun *maknae/youngest in exo* lepas tu aku yang berotak nakal lagi comel ni pun mention nad cakap chan jahat tarik2 sehun ntah nak pergi mana la tu cepat2 :> nad menyangkal tuduhan tak berasas tu dia kata chan baik sehun yang nakal, susah nak jaga.




lepas tengok gif tu aku kenal yang dua orang tu je drpd 12 orang dlm exo hahaha nad suka cerita pasal chan dlm whatsapp group, lepas beberapa hari dah kenal chanhun aku pegi google sehun sebab nak tahu full name dia. serious ni nak tahu pasal nama je, tiada niat lain. ada dua nama aku jumpa, satu O Sehun satu Oh Sehun. aku macam em O macam lagi sedap je so aku go with O Sehun. lepas tu aku pergi komen dekat ig nadh nama sehun. dia kata bukan O tapi Oh. walaupun ni macam tak penting je kan tapi aku nak tulis jugak hahahaha lepas tu dlm komen dia nad mention ig sehun pastu aku terus follow ig sehun eh??


ok ini first photo of sehun nad sent kat aku bila dia dah tahu aku minat sehun. sweet kan? tp aku lagi sweet kakakaka

pastu aku g sent screenshot aku google sehun kat dlm whatsapp group pastu nad ingat aku minat dekat sehunnn tapi masatu i was in denial so aku deny lah. aku kata jangan pengaruh aku sebab aku kan directioner sejati *lalalala* sampai ada satu masa ni aku nak send gambar chan kat nad nak suruh dia lupakan sesuatu yang aku cakap, so aku nak lari aku pergi search gmbr chan kat twitter. aku saved aku sent. pastu dia kata 'hahaha aku lupa lepas tengok gmbr sehun kat situ' and i was like 'sehun? eeeeehhhhh??' ok baru perasan aku nak search gmbr chan tapi jari automatically pergi taip nama sehun hahahhahaha lawaklahhhhh gelaklahhhhhh -.-


first2 kenal sehun dgn rambut yg mcm tu. belah tengah hahaha gmbr ni skrg jadi dp whatsapp group tak tukar2 😂😂😂

nad kan lepas2 tu banyak gila cerita pasal chan *kadang2 terselit hun sekali* lelama aku pun macam go with the flow ehhh tetiba ehhh terminat seh ehhhh un. kbye.


haa rambut mcm tu. sebelah sehun ni iaitu chan la yang bertanggungjwb. siapa suruh dia tarik sehun dlm gif tu? 😤😤😤

belum habis lagi. lepas tu kan aku dah tak deny perasaan aku lagi hahahaha cerita macam serious sangat je. orang selalu kata, the more you deny the feelings, the more it grows. seorang peminat 1D yang tak minat kpop tetiba tersuka dekat salah sorang ahli exo, cerita pasal kpop and tengok music video dorang 😂😂😂 <- emoji gelak sampai kua air mata


sehun in blue 😍

habis detail dah aku cerita ni. menarik tak? menarik kan tahu dah.



sehun and wiiiiinnnnd poweeeeeer ! 🌀


ok sebenarnya kat twitter je gif. bila save sebenarnya format mp4.
tapi hairstyle sehun yang lelain pun smart jugak. nak tengok tak? google lah sendiri.



Thursday, 15 January 2015

another shopping experience with ZALORA

okay, so... semalam check email, ZALORA sent ni;




masa aku baca tu mcm 'wahhh free shipping! that means jimat RM5'. no minimum spend pulak tu. aku pun dah lama tak online shopping sbb dlm purse tu ada duit syiling je kahhh. pastu lama2 aku lupa sampai la ke petang smlm aku bukak wechat and baca momen teman2, ternampak momen sorang member pasal ZALORA punya free shipping tu. terus aku teringat balik.

aku pun terus bukak app ZALORA kat phone aku and usha2 apa yang menarik hati. tapi sebelum tu aku filter dulu price dia, RM0-RM49 hahaha pastu ternampak beg ni;




dua-dua cantikkk! tapi aku lagi kenan yang bawah tu. pastu dah lama pikir2 nak pilih yang mana baru aku perasan yang bawah tu tinggal sebijik je lagi dlm stock. terus aku add to bag and checkout apa semua. cuak gak kalau2 dah order tapi barangnya habis. tak lama pastu dpt confirmation emel dari ZALORA. tadi dpt emel yang barang akan disend hari ni. HARI INI.

dalam pukul 3 sengah tadi orang ZALORA call bagitahu nak hantar barang. tak lama lepas tu dapatlah parcelku. muahaha puas hati. beg pun cantik. kira bertuah jugakla aku dapat barang yang last dlm stock kahkah kbye.

Friday, 2 January 2015

2/365; 2015

The last time aku post entri pasal tahun baru, hm tiga tahun yang lalu? tahun baru 2012. kenapa takde post tahun baru untuk 2013 and 2014? ahaha

masa aku post pasal tahun baru 2012, aku belum masuk belajar lagi. dan sekarang aku berpeluang untuk create post tahun baru 2015 sebab dah habis belajar. konon2 busy lah sepanjang belajar sampai tak sempat blogging. puihhh! padahal malasss

It's not too late kot nak wish happy new year? so, HAPPY NEW YEAR!!! walaupun blog ni krikk krikk krikk hahaha tahun baru kita is tahun baru Islam. so takyah beria sangat

These past 12 months have been kind of hard on me. Dalam setahun tu macam2 benda terjadi. I learned a lot of new things. I laughed, I cried, I smiled, I loved, I hated. semua tu menguatkan aku, mematangkan aku. dan alhamdulillah 2014 aku berakhir dgn baik. 2015 pun bermula dgn baik sebab dekat hbo masa tu ada tayang One Direction: This Is Us so aku khusyuk tengok sampai tak sedar dah masuk tahun baru lol




bila masuk tahun baru mesti cakap pasal azam. aku takde azam sebab sukati akulah. since aku dah belajar banyak benda masa diploma ni, aku rasa serik so masa degree nanti maybe takkan ulang benda sama. banyak pasal friendship sebenarnya. benda biasa




2014:
mereka yang datang padaku dan stay by my side sampai sekarang;
mereka yang terima aku apa adanya tanpa pernah rasa terbeban;
mereka yang datang padaku dan chose to walk away at the end;
mereka yang terima kehadiran aku dan sudi jadi teman setia;
mereka yang tahan berkongsi gelak tawa & air mata duka;
mereka yang tahu keburukan aku dan masih terima aku;
mereka yang ada waktu aku sedih, susah dan sakit;
dan mereka yang aku kenal sepanjang hidup ni,

terima kasih untuk semua kenangan.
buruk manis semua aku simpan.




degree oh degree 2.0

okay dulu aku pernah post entri ni degree oh degree and at that time i was still in my third semester. macam tak serius sangat la time tu bila cerita pasal benda ni. sekarang aku dah habis diploma, so hari tu aku ada apply penerapan untuk masuk ke peringkat sarjana muda. untuk sesiapa yang tak tahu, penerapan ni khas untuk pelajar semester akhir diploma uitm SAHAJA. i repeat, pelajar uitm sahaja. yang dari ipt lain atau lepasan stpm kena apply thru upu. dulu aku tak tahu pun kena apply penerapan ni. aku ingat kena apply upu je. tapi biasalah benda macam tu. mula2 kita cm tak ambik kisah sangat, dah lama2 baru banyak benda kita tahu and i was like




bila dah apply penerapan, aku rasa takyah la apply upu dah kot sebab aku taknak masuk u lain, nak stay uitm je *uitm dihatiku* mesti korang macam, eleh confirm dapat je dia ni. hahaha aku pun rasa mcm tu. tapi inshaa Allah dapat berbekalkan kelayakan, usaha dan doa. aduh taktau la cakap


yg ni masa mula2 apply. malangnya muet aku band 3 je. TESL nak muet band 4 sobsss terkuburlah hasrat aku nak jadi lecturer english lulz

dlm entri yang first dulu aku ada cakap, aku hanya pandang kos yg under fakulti pengurusan perniagaan je sbb aku pun dr fakulti yg sama so nak sibuk kat fakulti lain kenapa hahaha tapi hari tu, aku tak sangka lak yang aku telah pun usha kos2 dr fakulti lain and kebanyakan yg kaitan dgn management jelah, siap apply lagi kos corporate admin iaitu dari fakulti sains pentadbiran. mula2 aku nak apply sains pentadbiran, pastu mcm corporate admin ni lagi best, aku pun letaklah ia pada pilihan yg kedua.

first choice aku is human resource. third choice pulak customer service. mana perginya om yang dibangga-banggakan dulu tu? hahaha bila dah akhir2 rasa tak minat pulak nak sambung dr kos yang sama iaitu office system management (osm) sbb bila disurvey banyak belajar pasal software dan system. i tak minat ok. lagipun dulu aku nak ambek osm sbb boleh skip sem, nak cepat habis ko. setelah dibrainwashed oleh teech, aku akhirnya membuat keputusan yang lebih matang. belajar nak cepat mcm tak ikhlas je. so...

aku yakin 89.1% yang aku akan dapat kos human resources tu sebab ntahlah. maybe just my hunch tapi kalau dapat pun alhamdulillah first choice diterima. yg paling ditakuti ialah bila kos dah elok, dicampak pulak jauh ke utara sana. uishhh mohon dijauhkan. tapi bab kampus aku tak letak high hope. aku tak fikir banyak pun. takut mengharap dapat tempat lain, dicampak ke tempat lain. menangis tak berirama gua 

ok dah tu jela nak tulis.