Friday, 22 November 2013

Kawan.

kawan, teman, sahabat, member, friend, bestfriend, semuanya sama je bagi aku. cuma lain ejaan, lain sebutan. kawan; yg membezakan, cara aku layan dorang n cara dorang layan aku. eh mesti ada yg pelik pahal la minah ni tetiba je tulis pasal kawan pulak ni hahaha nanti lah aku cite kenapa aku terpanggil nak tulis pasal 'kawan' ni. sepanjang hidup aku mmg macam2 pengalaman aku rasa sendiri dari kecik sampai besar mmg dikelilingi dgn kawan. cuma jarang2 dapat kawan yg gelak sama2 nangis pun sama2. bukan takda, jarang2.




dr aku lahir sampai la ke form 3, nenek aku jaga aku. malam je aku jumpa parents aku lepas dorang dah balik kerja. so disebabkan tulah nenek aku ni kenal sangat dgn aku. kata dia dulu aku ni jenis yg lembut. susah nak menolak sampai kadang2 nenek aku pun tension dgn aku. kat tadika aku slalu kena buli. aku ingat lagi aku hanya mampu nangis bila kawan sekelas aku curah air milo kat kepala aku. habis coklat jadinya tudung putih aku tu. sampai nenek aku datang skolah report kat cikgu. masa tu aku rasa masing2 belum paham erti 'kawan', sebab masa aku kena buli, takde siapa yg tolong atau backup aku. sedih.




naik skolah rendah, masih sama. aku tak pandai nak melawan, masih suka berlembut dan ikut je apa orang kata. dulu aku ni mcm jakun sikit bila jumpa 'kawan'. nenek aku penah cerita, dulu aku pernah mengendeng dekat sorang budak ni walaupun time tu kitorang tgh bergaduh. dia masam muka dgn aku tp aku still nak kawan dgn dia. how desperate i was ! pastu aku penah bawak balik kawan and mandi sama2 sbb dia kata kalau tak mandi nanti hidung dia berdarah. mmg kena marah dgn mak aku bila dia tau aku pandai2 bawak balik kawan ke rumah. kawan suruh menipu aku pun menipu. sebab takut hilang kawan punya pasal. betapa lurusnya aku waktu tu.




sampai la aku jumpa kawan yg aku senang sangat berkawan dgn dia sebab dia tak pernah sakitkan hati aku, dia selalu buat aku gelak dan dia jugak jadi salah satu sebab aku suka pergi sekolah. Alhamdulillah sampai skrg kitorang still kawan walaupun tak slalu jumpa. zaman sekolah menengah mmg banyak sangat masalah. banyak benda aku belajar masa tu. kelakar bila ingat balik waktu2 aku bergaduh. aku rasa semuanya punca dr aku kot. aku sensitif sangat. cepat terasa.




so... sampai sekarang pun mmg masalah berkaitan kawan takkan penah lari dr kita kan. yelah, nama pun manusia mesti buat silap. aku mengaku jugaklah, kawan ni banyak buat aku sakit hati, buat aku menangis. disebabkan dah banyak kali aku sakit hati, skrg aku dah takde hati untuk sakit hati. heartless lebih tepat. aku pun penat dah jaga hati orang. mak dgn nenek aku tu, cara dorang ajar aku tegas. tapi bila dgn orang lain, dorang lembut pulak. even dgn orang yg dorang tak suka, still dorang bermanis muka. aku yg dr jauh pulak geram je nengok. lalu aku tanya kenapa. kata mak aku, biarlah apa orang nak kata kat kita. jangan balas. nenek dgn mak aku suka sangat jaga hati orang even dorang sendiri penah kena marah, depan aku. sakitnya hati aku ni, apalah daya aku kan, aku masih ada adab pada org tua. skrg aku tahu dah dr siapa aku dapat sifat tu. suka jaga hati orang padahal hati sendiri sakit.




aku sendiri tak perfect. mungkin jugak aku dah sakitkan hati orang, tanpa aku sedar. mungkin ada yg pendam rasa marah kat aku tapi aku taktau. mungkin jugak ada yg bermanis muka depan aku, tapi belakang... apa2 pun.. ada aku kisah? hahaha kau tak suka aku meh la cakap depan2. setakat main belakang eh tak suka betul lah. mcm mana nak tau apa salah aku kalau tak bagitau? walaupun agak sakit, tp its for the best. aku tak kisah asalkan aku boleh improve diri aku. ada sesetengah orang tu tak boleh langsung kalau kita tegur dia. u know, akan melenting tak tentu pasal (contohnya adik aku). kita niat nak tolong dia ubah perangai dia, tp kita yg kena balik. orang mcm ni aku sendiri pun taktau nak tolong mcm mana. at the end aku hanya mampu dgr je org2 mengata pasal keburukan dia.




penah tak rasa dipulaukan? ahhh aku penah rasa banyak kali. sakit tak? ya sangat pedih. apa aku buat? diam dan memendam rasa. kenapa? sebab taknak lah pasal benda remeh mcm tu pun nak gaduh, nak masam muka. nanti kawan lari kan dah takde kawan. rasa dipulaukan mmg perit tp at least aku belajar sesuatu. masa aku sunyi tulah aku perhati, siapa yg datang kat aku time susah, siapa yg kongsi senang dgn aku. senang je nak bezakan tp aku tak kisah pun semua tu. lagi satu 'kawan susah senang'. aku tak pegang benda tu. kita taktau kawan yg ada time susah tu ikhlas atau tak nak tolong kita dan boleh je dia gunakan kelemahan kita untuk kepentingan dia sendiri. but maybe dia ikhlas, just be careful je. dan kawan yg takde masa kita susah, kita tak boleh judge dia sesuka hati. who knows dia ada hal yg lebih penting dr kita, atau dia dekat oversea, study. takkan dia nak balik semata-mata nak ada dgn kita waktu kita susah? think logically.




and the most important thing dlm friendship ni, minta maaf dan memaafkan. sometimes aku rasa eh asal pulak aku yg kena mintak maaf. dia yg buat aku sakit hati dulu. but then aku fikir balik, its not that hard pun nak cakap 'sorry' tu. dan mmg susah untuk memaafkan. ada org mulut je cakap dah maafkan tp dlm hati still ada perasaan sakit hati tu. i know, aku penah rasa. mmg payah but at least maafkan je org tu. sedangkan Nabi ampunkan umat, kita ni siapa je? kalau dia buat lagi why bother nak terasa dgn dia? buat je mcm takde apa2 and lama2 bila dah biasa, u will feel nothing. u know sakit hati lama2 pun takda guna, orang yg buat kita sakit hati tu bukannya kisah pun. thats my way untuk elakkan perasaan terasa hati tu. aku dah puas dah terasa2 bagai ni masa sekolah dulu. apa yg aku dapat? absolutely nothing. so elakkan touching selalu. no good pun




so kesimpulannya, kawan bawak pengaruh besar dlm hidup aku *mcm karangan bm dah kuikui* kawan buat aku berubah. kawan buat aku belajar banyak benda. orang kata kalau nak kawan ni kena pilih dulu mana yg baik mana yg buruk. aku rasa tak perlu kot. aku kawan je dgn semua orang. yg penting tak terpengaruh dgn kawan yg tak sihat. kawan dr side ni buat aku blaja banyak benda dr kekurangan dorang and kawan dr side tu pulak buat aku perbaiki kelemahan aku. semua yg aku tulis ni based on pengalaman aku sendiri. mungkin ada yg terasa kat mana2 idk im sorry. biasalah dlm friendship tak sah kalau tak bergaduh. aku tak menyesal pun berkawan dgn sapa2 even kitorang banyak kali bergaduh bc u know, benda tu semua buat aku muhasabah sendiri, cuba improve diri aku dan cuba untuk tak repeat salah yg kitorang masing2 buat. indahnya sesuatu friendship tu kalau masing2 saling memahami kan? tp tulah, tak semua suka dekat kita dan kita pun tak boleh nak puaskan hati semua orang. kalau ikhlas kawan ngan aku, insyaAllah kita kawan lama walau banyak manapun kita bertengkar. so, thats my point of view tentang kawan.


i want a friendship like this

p/s: haaa sebenarnya ni semua pengaruh encik mimpi laa hahaa lepas baca entri dia yg pasal bestfriend dia tu terus aku rasa nak menulis pasal kawan. btw sedih ah cerita dia tu

Tuesday, 19 November 2013

why???

smlm aku mimpi indah. sangat indah that i know it wont happen in real life. panjang mimpi tu and aku tak ingat sangat. it was about 1D haaa taknak dgr sudah. tak suruh ngko baca pun. ok aku taktau nak start dr mana sbb aku pun taktau mana hujung mana pangkal. tiba2 je aku rasa mcm aku ada kat satu tmpt hmm aku rasa airport kot pastu aku berdiri blkg palang tmpt menunggu tu dgn yg lain2. yg lain2 tu i guess directioners sbb dorang menjerit-jerit. then when the boys arrived haaa amek kau bergasak-gasak tolak menolak tp excited punya pasal semua tu mmg tak peduli dah. aku pun fangirl gila punya hardcore yelah bukan sng nak jumpa world famous depan mata kan. disebabkan yg lain2 jerit2 nama dorang takan aku nak membatu je kat situ kan so aku pun jerit ah skali and aku ada say something masa dorang lalu depan aku tu tp tak perlulah korang tau sbb aku ingat2 lupa je heheh :p and guess what masa hulur tangan nak capai dorang tu liam dengar aku panggil, dia dengar apa yg aku jerit so dia pun sambut tangan akuuuu he shook my hand omg rasa mcm tanak lepas je tp dorang semua nak cepat, jalan pun laju. rasa mcm aku ada salam dgn lagi sorang tp aku tak ingat sape. liam punya part je clear. tamat cerita di airport.




yg ni aku taktau lah bersambung ke tak dgn cerita kat airport sbb tiba2 je aku rasa ada kat tmpt asing. mcm kat oversea, london perhaps. and aku tak ingat start dia cemana. tiba2 je dah ada kat satu bilik ni, hmm tak sure bilik apa. and ada part kejar mengejar antara 1D dgn directioners. kesian dorang kena lari menyorok. and ntah mcm mana liam (liam lagi?) lari masuk ke bilik tmpt aku duduk tu. aku terkejut nak mamp and instead of terkesima aku tolong tutup pintu tu skali tak kasi org kat luar masuk. at the same time jantung mcm nak gugur bc i was in a room with world famous Liam James Payne, alone ! muka liam nmpk resah gila so aku pun diam je, tak fangirling, not even asking for a picture ! part dlm bilik tu aku tak ingat apalagi so skip to the part yg mana tiba2 je the rest of the boys muncul and masuk dlm bilik tu skali. time tu girls still kejar dorang and we were struggling so hard tahan pintu tu. skali lagi rasa mcm nak pengsan sbb aku satu bilik dgn ONE DIRECTION !!! tp aku buat cool je mcm takde apa en, and sbnrnya kitorang tak bercakap pun dlm tu -_- semuanya mcm tgh lega sbb terselamat drpd girls yg kejar dorang tu. and then goes the part louis tiba2 nak kua ke apa tah n masa dia dah kua tu aku jerit 'harry will be upset' and louis thumbs up kat aku sambil angguk2 pastu dia pegi omg lawak gila ah but aku rasa aku jerit tu bersebab tp tak sure pasaipa. bila masuk balik aku tgk dlm bilik tu muka harry paling sedih hahahaha while dorang ckp2 sesama dorang aku buat kerja aku, aku masukkan brg2 yg aku lambakkan ke dlm bag (?) dorang pun buat aku mcm tak wujud je pfttt tp last2 tu aku ada cakap2 ngan dorang and that was the last part before aku terbukak mata aiseymannn aku lelap balik tp tak tersambung pulak mimpi tu. aku syak aku terbukak mata sbb aku pegi peluk bantal and senyum melebihi had. mmg rasa nak nangis time bangun tu mengenangkan semua tu hanya mimpi, MIMPI 




asek mimpi je kan ntah bila la nak jumpa depan2. and dont laugh at me if i say im saving for them, in case they are coming at least aku still ada chance nak pegi fan meeting or even their concert. takleh imagine ah semua tu jadi betul lol btw siapa encik mimpi? aku suka sangat dengar suara dia *-* he is full of mystery. i wanna know him more. now u can call me cik mimpi hahahaha kbye


ni kerja niall -.-
p/s: saya doakan penulis entri ni dpt phone baru dlm masa terdekat. Amin. *terima kasih krn mendoakan :*

Wednesday, 13 November 2013

kenduri & kahwin

last weekend aku pegi 2 kenduri. sebenarnya aku paling malas nak pegi kenduri sbb kena pakai baju kurung, pastu orang kat kenduri tu bukan aku kenal pun, nak cari tempat untuk duduk lagi haih leceh. tp mak aku marah kalau aku tak pegi. kata dia 'pegilah. esok kau kawen orang tak datang' 'alaa adik tu tak pegi boleh' 'dia lelaki. kenduri buat kat umah perempuan je pun takpe' haih akhirnya gua terpaksa akur.




haaa ni nak start cite ni. hari sabtu tu kenduri dia kat taman melati je. dekat2 masjid salehudin. aku taktau lah sape yg kawen tp mak aku pegi sbb org yg undang tu kawan nenek aku n anak dia pulak kwn ngan mak aku. tp yg kawen tu tak kawan ngan aku tp adik orang yg kawen tu kawan ngan kawan aku and sama sekolah dgn aku dulu. senang cite, sebenarnya yg kawen tu kakak syafiq al-farisi. cmtu eh eja nama dia? hahaa kebetulan gila kan aku pun terkejut kejap masa mula2 sampai ternampak dia kat pintu masuk dewan tu. aku ingat dia tetamu gak. rupa2nya dia tuan rumah. ingat nak tegur dia tp malu pulak sbb takut dia tak kenal aku hahaha pastu dah makan2 time datang time nak balik kenalah salam tuan rumah. aku rasa mcm penah tgk muka mak syafiq tu tp tak ingat kat mana hahaa mak nenek aku panggil mak dia along. pastu yg angah pun ada jugak. next month anak yg angah pulak kawen tp aku xdpt pegi sbb dah balik perak. pastu mak aku cakap, nenek si syafiq nilah yg lepaskan adik aku masa kecik. masa tu dekwan baru brapa bulan tp badan dia besar so nenek ni ingat dia dah boleh jalan, dia lepaskan. tersungkur dekwan jatuh nasib baik jatuh atas kaki dia je hahaha lawak ah. tak sangka kecik betul dunia ni kan.

-

yg ahad pulak kenduri kawen kat umah lama aku kat greenwood. aku sempat duduk situ sampai adik aku yg last tu lahir. means adik aku tu tak merasa lah duduk situ. yg kawen tu pulak anak jiran lama aku. dia still duduk situ hahaa punyalah lama dah. dulu aku pegi kenduri anak lelaki dia. yg kawen haritu anak perempuan dia yg bongsu. mak aku kata kakak tu dululah yg selalu mengintai-ngintai kerumah aku, tengok aku. selalu dtg umah aku nak main ngan aku. tp aku mana lah nak ingat weh umur setahun jagung -.- 


ni masa birthday aku yg first hahaa


haaa ada iras tak dgn gmbr yg atas tu? hahaa

dah kawen dah dia. aku bila nak kawen? kahkah umur pun tak cecah 20 lagi. calon pun takdak. belajar pun tak habis lagi sobs sobs haritu mak aku tetiba je tanya, 'kak, kawan kau semua dah ada boyfriend eh?' asal tetiba je mak gua tanya soalan cenggitu. aku pun selamba je jawab 'ramai ada dah. dah ada yg bertunang dah pun' pastu dia pun tanya sorang2. aku pun jawab jelah ngan jujur kenn. dia ni dulu ada pakwe tp skrg single. yg dia ni penah ada tp masa skolah rendah dulu la. yg ni tak penah kapel. pastu mak aku tambah, 'oh mcm kau lah' hmm yelah hahaha pastu beberapa hari kemudian, mak aku bacakan bab yg orang cari jodoh pakai agensi ke apa tah. tp dia kata orang2 tu dpt jodoh dr situ lepas tgk gambar, kelulusan apa semua. majoriti yg belajar tinggi2 lah manada masa nak cari jodoh kan. pastu kalau berkenan terus kahwin aduiii senangnya. pastu aku pun cakap kat mak aku, 'nanti akak suruh mama carikan jelah ye' mak aku cakap kalau suruh dia cari dia pakai agensi tu jelah hahaha lawak ah mak aku ni. tp aku serious mmg aku suruh mak aku carikan je kalau aku tak jumpa.


tp sebenarnya dah jumpa

aku tak dapat bayangkan mcm mana aku kalau ada boyfriend. kena keluar bila dia ajak keluar. kena text dia, kena otp. kena makan sama2. kalau salah paham sikit gaduh. tak boleh pandang lelaki lain ya Allah lecehnyaaa ! so sementara single nilah masa untuk enjoy sepuas2nya. tak payah nak sibuk2 cari boyfriend. buang masa buang duit buang tenaga ! sampai masa nanti kita merasa jugak insyaAllah. time tu nak keluar p mana pun org tak mengata dah. baru lah best nak pegang tangan sbb dah halal. aku ada ramai crush pun org dah kata aku gatal. aku usha crush aku dr jauh pun org kata aku merenyam. aku buat apa pun semua salah. yg keluar dating tu org kata untung. yg pegang tangan main suap2 org kata sweet. sweet apanya mcm tu lainlah kalau dah kawen -.- mentaliti org zaman sekarang ni mmg dah lain. aku yg mampu pandang dr jauh ni org kata gatal, yg duduk dekat2 berdua-duaan tu org kata sweet. sekurang2nya aku terhindar dr buat dosa. buka mata, tanya hati, fikir balik.




Sunday, 10 November 2013

family outing !

asek kua dgn kawan je pun takleh jugak kalau tak lepak ngan family member ngahaha tp adik bradik aku 3 orang je so nak kua pun ngan adik aku yg lepasan pmr tu. yg spm belum lepas lagi. haritu dah nengok escape plan sesama, pastu p nengok thor pulak. nasib baik rate p13 lepas lah adik aku tu masuk. tp kalau rate 18 ke atas pun dia tak kena tahan hahaha selamba je dia masuk. pastu masa nak beli tiket thor tu boleh pulak org tu tanya, 'nak ambek twin seat tak?' i was like, err ni mesti ingat aku ngan adik aku ni pasangan kekasih yg bahagia. aiyooo yg aku pulak g layan, 'hmm kena cas lebih ke?' kena rm3 sorang tak salah. lepas beli popcorn terus masuk panggung duduk kat couple seat kitorang tu dgn bahagianya sbb line kitorang tu takde orang lain dah. kitorang JE ! agaknya couple2 lain p nengok balada pencinta lettew. mana nak minat cite2 aksi ceni hahaha mcm biasa kalau movie by marvel ni lepas dah habis tu dia belum habis lagi senanyer. kan masa akhir2 tu ada tunjuk nama pelakon apa semua haa lepas tu ada scene lagi. kalau rajin tunggu la beberapa minit. ala takdenya pekerja cinema tu nak halau korang. tp time tu mmg org ramai yg dah kua. yg tinggal dlm cinema tu cuma org yg tau movie tu tak habis lagi. peminat tegar movie marvel agaknya.




sabtu masa deepavali tu ayah cuti so berpeluang lah berjalan-jalan sampai ke shah alam. asalnya nak pegi mid valley dulu sbb ada pc fair so nak usha2 lah manatau dpt beli phone baru time tu jugak tp ada technical prob so tak jadi. pastu tukar plan, mak gua nak p bukit cerakah dulu, nak berekreasi katanya. konon ah hahaa tp belum sampai sana hujan dah turun. jalan pulak kemain jammed woi semua pakat nak p mid valley. haih dah lepas jalan nak ke mid tu barulah lega sikit jalanraya tu. akhirnya sampai lah kami di i-city wohooo ni first time aku pegi sana. hmm jangan ah gelakkan aku -.- lepas ayah park kereta teroih menuju ke snowalk. mmg tak menyabar nak masuk sbb nak rasa sendiri sejuk dia mcm mana kan. dapat je tiket terus masuk ambek jaket tebal wuuu jangan risau jaket mmg disediakan. aku pakai tshirt lengan panjang dan jeans, flat. satu je aku menyesal, aku pakai kasut flat. i would prefer sneakers kalau aku tau aku nak jatuh -_- memula nak sewa boot, tp beratur punya panjang so disebabkan dah tak sabar haa terus jerkah je masuk. memula masuk tu ok la sejuk dia biasa2 je. masuk level 2 hah adik aku 'rasa mcm kat dlm peti ais lah' eh eh gaya dia mcm penah tinggal dlm peti ais pulak -.- tapi mmg sejuk gila baq ang ! ada igloo comel, ada lampu colorful, ada la memacam kan. baru beberapa minit kaki aku dah kebas padahal pakai stoking dua lapis. haaa tu dia sapa suruh pakai kasut flat. habis salji masuk dlm kasut cewah 'salji' :p pastu boleh pulak aku terjatuh sampai 2x haih memalukan -_- adik aku pulak kwang aja ah gelakkan aku. tp bukan aku sorang je yg jatuh. ada jugak org lain yg jatuh. aku hanya mampu gelak je hahaha jahatnyaaa :x




actually no camera is allowed tp tgk semua dok pegang camera hahaa disebabkan kesejukan yg melampau, kitorang pun keluar lah dr dunia sejuk tu kejap. p beli nescafe panas, panaskan badan balik. mak aku dah taknak masuk dah tangan dia dah kebas2 merah2 kehkeh adik aku tak puas so dia ajak masuk balik. aku memula malas gak tp bila pikir balik bila lagi nak dtg sini kan, nak p rasa salji betul kat luar negara tu hmm niall asek busy ngan tour je so aku pun join dia masuk balik. 2nd trip dlm snowalk. cepat pulak rasa sejuk dia sampai aku menggigil. kali ni aku jalan paut lengan dekwan sbb dia tinggi dr aku kehkeh mungkin sbb nampak kitorang ni mcm pasangan kekasih yg sdg diulit bahagia, ada sorang photographer ni maybe pekerja kat snowalk tu, mintak ambek gambar kitorang berdua. just the two of us! eceh nyanyi lak. 'haa akak, boleh tak nak ambek gambar berdua. duduk kat kuda tu' amboi dah la panggil aku akak. mood aku baik, feeling2 retis je kan so aku pun posing lah ala2 kapel bahagia ngan dekwan kahkah lawaklah bongok. agak2 dah 5 kali snap, photographer tu ucap terima kasih, then dia mintak nak amek gambar chinese couple yg lalu kat kuda tu. nampak sgt lah dia ingat kitorang ni kapel kan -_- adodoi dlm snowalk tu snanyer ramai gak mamat2 hensem muehehe :3 tp bila dorang usha aku ngan dekwan, muka dorang mcm hampa je haih kenapa perasan sgt kau ni pawah? hahaha pastu adik2 aku p main gelongsor panjang tu adoi lawak ah. puas round2 dlm snowalk tu barulah kitorang kua. kesimpulannya kalau nak pegi snowalk ni pakai la tebal2 ye, bawak glove siap2 n kalau taknak sewa boot pua chu kang tu pakai la kasut yg bersesuaian yew. surface kat dlm snowalk tu licin nak meninggal. nak p rasa salji betul ntah bila kan so takat ni pun jadilah muahaha sedih je ayat. ok wa pun malas nak taip lagi so bagi ngkorang nengok gmbr jew lah yew









-pengembaraan tamat-




Saturday, 9 November 2013

meet up !

hi uolss. heh nak dekat 2 minggu dah aku simpan draft ni baru sekarang semangat untuk menulis tu datang hahaha ni semua sbb rindu nak menaip alolo ngengadanya ayat. so... how is everyone? mesti conok2 je kan semua ahaha takde benda pun nak cite disebabkan aku tak kua umah sangat. dok umah celik je mata terus makan pastu buat kerja rumah sikit then online. itu jelah kerjanya. weekend kalau ayah rajin nak berjalan barulah merasa hidup udara segar kat luar tu hahaa sadis je ayat. duit pt semua habis dah aku joli awal2 cuti haritu. oh ya sempat jugak aku lepak dgn mereka2 yg dah lama gila tak jumpa ni hiks moh aku cite




last month sempat lepak ngan nad, fifah n tasha. wargh lama gila tak jumpa dorang ni lagi2 nad tgh stpm haa lagi ah payah nak jumpa. kitorang p klfc ja maleh nak jalan jauh. pastu si nad lapar so pegi makan jap kat little wok. pes time woo aku masuk situ tp order air je hahaa aku dah kenyang ok bukan takde duit -.- habis makan terus naik atas lepak kat hot n roll pulak. ingat nak tgk movie tp dah petang so mcm tak sempat. haaa aku ngan nad terus order chicken n cheese savoury crispy amboi org tu tadi dah melantak mee pastu layan hotnroll lak :p sementara tunggu tu kitorang p beli each a cup waaa peppermint oreo as usual cedap tau :B pastu masuk kaison; tmpt aku paling tak suka masuk. round2 dlm tu ntah bape lama -_- dah nak dekat maghrib baru la teringat nak pulang ke pangkal jalan hahaha balik ah.

-

pastu outing dgn aniqah & izzah ! berkurun lamanya menanti saat2 ini cewah dorang ni pun tgh cuti sem cm aku lagi2 si izzah tu dah la study kat perak pastu amek account so subjek kitorang ada lew beberapa yg sama contoh cm bel kos kitorang mmg kena amek smpai sem akhir that means ada ler jugak gang untk sama2 pecah kepala hahaa kitorang p klcc sbb si anigah kata lama dah dia tak jejak situ kahkah sian. aktivitinya cm biasa lah. klcc apa ja ada so disebabkan aku dah nengok escape plan dan insidious, kitorang beli tiket cite Prisoners. tak penah dgr pulak cite ni trailer pun tak penah nampak kat tv. taram jelah kan dah masing2 takmo nengok balada pencinta tu lol sementara tunggu pukul 2 tu kitorang lunch dulu kat kfc setelah hampa tgk mcD and food court penuh. yelah weekday punya lunch time mmg penuh la dgn orang office. kfc pun penuh gak tp berkat kesabaran dpt jugak makan tu pun lepas ngadap pekerja kfc yg aku rasa pekerja baru kot haih memacam lah. lepas mkn terus naik tgv eh boleh pulak kitorang bertiga dgn sorang pakcik je kat dlm panggung tu -_- dah lama sikit barulah mcm ramai sikit tu pun tak penuh. cite tu dah la nak dekat 3 jam sampaikan anigah kat sebelah aku boleh sedap tido -..- habis je cite tu terus kitorang bergegas p train takut sesak waktu puncak. tp nasib baik tak sesak sangat hahaa