Friday 22 November 2013

Kawan.

kawan, teman, sahabat, member, friend, bestfriend, semuanya sama je bagi aku. cuma lain ejaan, lain sebutan. kawan; yg membezakan, cara aku layan dorang n cara dorang layan aku. eh mesti ada yg pelik pahal la minah ni tetiba je tulis pasal kawan pulak ni hahaha nanti lah aku cite kenapa aku terpanggil nak tulis pasal 'kawan' ni. sepanjang hidup aku mmg macam2 pengalaman aku rasa sendiri dari kecik sampai besar mmg dikelilingi dgn kawan. cuma jarang2 dapat kawan yg gelak sama2 nangis pun sama2. bukan takda, jarang2.




dr aku lahir sampai la ke form 3, nenek aku jaga aku. malam je aku jumpa parents aku lepas dorang dah balik kerja. so disebabkan tulah nenek aku ni kenal sangat dgn aku. kata dia dulu aku ni jenis yg lembut. susah nak menolak sampai kadang2 nenek aku pun tension dgn aku. kat tadika aku slalu kena buli. aku ingat lagi aku hanya mampu nangis bila kawan sekelas aku curah air milo kat kepala aku. habis coklat jadinya tudung putih aku tu. sampai nenek aku datang skolah report kat cikgu. masa tu aku rasa masing2 belum paham erti 'kawan', sebab masa aku kena buli, takde siapa yg tolong atau backup aku. sedih.




naik skolah rendah, masih sama. aku tak pandai nak melawan, masih suka berlembut dan ikut je apa orang kata. dulu aku ni mcm jakun sikit bila jumpa 'kawan'. nenek aku penah cerita, dulu aku pernah mengendeng dekat sorang budak ni walaupun time tu kitorang tgh bergaduh. dia masam muka dgn aku tp aku still nak kawan dgn dia. how desperate i was ! pastu aku penah bawak balik kawan and mandi sama2 sbb dia kata kalau tak mandi nanti hidung dia berdarah. mmg kena marah dgn mak aku bila dia tau aku pandai2 bawak balik kawan ke rumah. kawan suruh menipu aku pun menipu. sebab takut hilang kawan punya pasal. betapa lurusnya aku waktu tu.




sampai la aku jumpa kawan yg aku senang sangat berkawan dgn dia sebab dia tak pernah sakitkan hati aku, dia selalu buat aku gelak dan dia jugak jadi salah satu sebab aku suka pergi sekolah. Alhamdulillah sampai skrg kitorang still kawan walaupun tak slalu jumpa. zaman sekolah menengah mmg banyak sangat masalah. banyak benda aku belajar masa tu. kelakar bila ingat balik waktu2 aku bergaduh. aku rasa semuanya punca dr aku kot. aku sensitif sangat. cepat terasa.




so... sampai sekarang pun mmg masalah berkaitan kawan takkan penah lari dr kita kan. yelah, nama pun manusia mesti buat silap. aku mengaku jugaklah, kawan ni banyak buat aku sakit hati, buat aku menangis. disebabkan dah banyak kali aku sakit hati, skrg aku dah takde hati untuk sakit hati. heartless lebih tepat. aku pun penat dah jaga hati orang. mak dgn nenek aku tu, cara dorang ajar aku tegas. tapi bila dgn orang lain, dorang lembut pulak. even dgn orang yg dorang tak suka, still dorang bermanis muka. aku yg dr jauh pulak geram je nengok. lalu aku tanya kenapa. kata mak aku, biarlah apa orang nak kata kat kita. jangan balas. nenek dgn mak aku suka sangat jaga hati orang even dorang sendiri penah kena marah, depan aku. sakitnya hati aku ni, apalah daya aku kan, aku masih ada adab pada org tua. skrg aku tahu dah dr siapa aku dapat sifat tu. suka jaga hati orang padahal hati sendiri sakit.




aku sendiri tak perfect. mungkin jugak aku dah sakitkan hati orang, tanpa aku sedar. mungkin ada yg pendam rasa marah kat aku tapi aku taktau. mungkin jugak ada yg bermanis muka depan aku, tapi belakang... apa2 pun.. ada aku kisah? hahaha kau tak suka aku meh la cakap depan2. setakat main belakang eh tak suka betul lah. mcm mana nak tau apa salah aku kalau tak bagitau? walaupun agak sakit, tp its for the best. aku tak kisah asalkan aku boleh improve diri aku. ada sesetengah orang tu tak boleh langsung kalau kita tegur dia. u know, akan melenting tak tentu pasal (contohnya adik aku). kita niat nak tolong dia ubah perangai dia, tp kita yg kena balik. orang mcm ni aku sendiri pun taktau nak tolong mcm mana. at the end aku hanya mampu dgr je org2 mengata pasal keburukan dia.




penah tak rasa dipulaukan? ahhh aku penah rasa banyak kali. sakit tak? ya sangat pedih. apa aku buat? diam dan memendam rasa. kenapa? sebab taknak lah pasal benda remeh mcm tu pun nak gaduh, nak masam muka. nanti kawan lari kan dah takde kawan. rasa dipulaukan mmg perit tp at least aku belajar sesuatu. masa aku sunyi tulah aku perhati, siapa yg datang kat aku time susah, siapa yg kongsi senang dgn aku. senang je nak bezakan tp aku tak kisah pun semua tu. lagi satu 'kawan susah senang'. aku tak pegang benda tu. kita taktau kawan yg ada time susah tu ikhlas atau tak nak tolong kita dan boleh je dia gunakan kelemahan kita untuk kepentingan dia sendiri. but maybe dia ikhlas, just be careful je. dan kawan yg takde masa kita susah, kita tak boleh judge dia sesuka hati. who knows dia ada hal yg lebih penting dr kita, atau dia dekat oversea, study. takkan dia nak balik semata-mata nak ada dgn kita waktu kita susah? think logically.




and the most important thing dlm friendship ni, minta maaf dan memaafkan. sometimes aku rasa eh asal pulak aku yg kena mintak maaf. dia yg buat aku sakit hati dulu. but then aku fikir balik, its not that hard pun nak cakap 'sorry' tu. dan mmg susah untuk memaafkan. ada org mulut je cakap dah maafkan tp dlm hati still ada perasaan sakit hati tu. i know, aku penah rasa. mmg payah but at least maafkan je org tu. sedangkan Nabi ampunkan umat, kita ni siapa je? kalau dia buat lagi why bother nak terasa dgn dia? buat je mcm takde apa2 and lama2 bila dah biasa, u will feel nothing. u know sakit hati lama2 pun takda guna, orang yg buat kita sakit hati tu bukannya kisah pun. thats my way untuk elakkan perasaan terasa hati tu. aku dah puas dah terasa2 bagai ni masa sekolah dulu. apa yg aku dapat? absolutely nothing. so elakkan touching selalu. no good pun




so kesimpulannya, kawan bawak pengaruh besar dlm hidup aku *mcm karangan bm dah kuikui* kawan buat aku berubah. kawan buat aku belajar banyak benda. orang kata kalau nak kawan ni kena pilih dulu mana yg baik mana yg buruk. aku rasa tak perlu kot. aku kawan je dgn semua orang. yg penting tak terpengaruh dgn kawan yg tak sihat. kawan dr side ni buat aku blaja banyak benda dr kekurangan dorang and kawan dr side tu pulak buat aku perbaiki kelemahan aku. semua yg aku tulis ni based on pengalaman aku sendiri. mungkin ada yg terasa kat mana2 idk im sorry. biasalah dlm friendship tak sah kalau tak bergaduh. aku tak menyesal pun berkawan dgn sapa2 even kitorang banyak kali bergaduh bc u know, benda tu semua buat aku muhasabah sendiri, cuba improve diri aku dan cuba untuk tak repeat salah yg kitorang masing2 buat. indahnya sesuatu friendship tu kalau masing2 saling memahami kan? tp tulah, tak semua suka dekat kita dan kita pun tak boleh nak puaskan hati semua orang. kalau ikhlas kawan ngan aku, insyaAllah kita kawan lama walau banyak manapun kita bertengkar. so, thats my point of view tentang kawan.


i want a friendship like this

p/s: haaa sebenarnya ni semua pengaruh encik mimpi laa hahaa lepas baca entri dia yg pasal bestfriend dia tu terus aku rasa nak menulis pasal kawan. btw sedih ah cerita dia tu

No comments:

Post a Comment