hello guysss! miss me? hahaa acah2 the conjuring lak en. hmm sekarang ni budak2 diploma uitm tengah berada dlm mode final exam. final aku sem ni ada 5 paper and sekarang tgh menanti paper kedua, ahad ni iaitu subjek csc, the toughest subject for this semmm! csc tu stands for computer and information processing laa. dah la sampai 9 chapter, pastu semuanya fakta. kalau jwb ikut logik time exam nanti mmg alamatnya result pun ikut logik gak kahkah bagus sangat
paper bel dah lepas yehoo untuk yg tktau bel tu english language tapi lain sem lain kod dia. semakin senior semakin susahla cite dia. rumet aku yg lain semua sem ni last ambek bel. course aku ngan akaun kalau tak salah kena ambek sampai part akhir ayoyo ni kalau dah grad english tunggang langgang gak taktau ah aku. sem ni first time aku tak kua awai time exam bel haa 3 jam tau dok dlm hall tu sampai biru2 kuku aku tahan sejuk.
paper ctu lagi satu hal. aku lemah toi ah kalau subjek membaca ni -_- sem ni lain kos lain ctu nya. mcm om ctu nya islam dan pengurusan. dah nama om mesti ah ada kaitan ngn management kan. lau cm rumet aku dorang punya seni bina islam lah islam dan sains teknologi lah. ikut kos lah. tp aku rasa aku punya ctu lagi senang kot :3 rasa je.
lepas tu paper record haaa yg ni hampir saja aku give up lepas dah fail kuiz 1 haritu -_- tp puan zakiah yg comel cakap, "yg tak lulus tu jngn sedih2, cuba lagi tingkatkan. tengok balik mana yg tak kena tu" setepek kena kat muka ni sbb dia ckp tu betul2 lepas dia bagi paper aku -_- alhamdulillah kuiz 2 aku lulus :D yelah walaupun markah tak tinggi mcm dorang2 yang *cough* lain*cough* tu... last paper is ipc which stands for interpersonal communication. aku suka sangat subjek ni. nak jwb pun boleh ikut logik je. lecturer ajar paham, kalau baca nota pun senang je nak ingat. perhaps this is my fav subject for this sem selain note taking hehee
puas dah membebel pasal subject final. now iolss nak kongsi sikit dgn uolss tips atau cara nak menghadap final exam ni dgn relax tanpa gelabah dan resah gelisah ecewah bajet pakar motivasi lak en. cara aku simple je and tak seberapa pun kalau nak banding ngan tips2 yg kat blog lain yg lagi gempak and bombastik tuh.
ni betul2 cara aku stiap kali final exam. first of all, mestilah tengok jadual exam kahkah lepas tu check lah paper ni bila paper tu bila n balik bila -_- masa gap antara 2 paper tu plan lah nak study apa, dr chap apa sampai chap mana, kalau boleh buat jadual bagi sistematik sikit. mcm aku buat jadual dlm kepala je hahaa then mcm yg aku ckp, aku jenis yg suka study last minute. mula2 aku akan main game dulu, bosan tukar game lain sampai tido pukul 2-3 pagi lah jugak kdg2 tu. masa lecture week ke apa mmg aku jarang2 nak sentuh game ni, tgk movie pun sekerat je sbb aku slalu rasa ada je benda yg tak siap lagi padahal tetap je procrastinate -.- tapi lepas main game tu aku dptlah kesedaran, hidayah dan petunjuk untk study.
study ni lain orang lain cara. cara aku hampeh sikit. datang je mood study setebal-tebal buku aku boleh baca, rasa mcm seronok. kadang2 rasa tepu sangat aku baca handout atau slide je sbb simple kan tapi tak berapa complete lah. perlukan buku jugak. and jawab paper2 past sem adalah suatu kewajipan ye anak2. yg ni biasa kan semua orang buat. bila bosan buat past sem, aku baca buku balik, bosan lagi baca slide pulak haa cemtulah cara study mcm lalang hahaha mmg betul2 ikut mood. tp pastikan sebelum start study tu baca doa penerang hati, doa and niat baik2 dlm hati ye
malam sebelum exam ataupun aku slalu buat pagi nak exam tu, aku akan text mak aku. mak je, ayah tak. kenapa? ayah slalu dah call aku, slalu dah dengar suara ayah tp suara mak aku jarang2 sbb kadang2 dia busy masak kat dapur. so once ayah call time nak dekat final tu aku terus bagitau exam start bila, ada berapa paper, habis bila, paper senang ke susah. tapi kalau mak aku, setiap pagi atau beberapa minit nak masuk exam hall aku akan text "ma, harini akak ada exam dari pukul xx sampai xx. doakan tau" dan mak aku akan balas either "ok mama doakan" atau "ok goodluck. buat yg terbaik" bila baca tu hati anak mana yang tak tenang kan cuba cakap kat aku. gitulah dia kalau sem ni 5 paper, 5 kali setiap nak masuk exam hall lah aku text mak aku hehee apalah sangat kan kalau nak text or call mak ayah kita minta didoakan. better drpd hampa tergedik-gedik suruh bf/gf wish *no offence*
suruh mak doakan tapi takde usaha semua tu sia2 je. kenalah berusaha dulu kan baru tawakal. masa final exam week ni pun kena rajin2 buat solat sunat sekurang-kurangnya solat sunat hajat. masa nak spm n pmr dulu kan skolah slalu buat solat hajat rmai2. why not buat masa kita nak exam kat u pulak kan? bukan susah pun. kalau time lecture week tu bolehlah kata takde masa, banyak kerja, busy dan sbagainya. time exam week ni kau kata takde masa? aku hempuk kau ngan peti ais kang. otp dgn bf/gf berjam2 boleh, solat 5 minit pun berkira. marah ni hahaa hajatkanlah benda yg baik2. dilapangkan dada, dipermudahkan urusan, ditenangkan jiwa, dipermudahkan soalan exam tu, jangan lupa doakan mak ayah kita jugak. lepas solat tu insyaAllah hati rasa tenang je, nak study pun rasa mcm best je.
if this happens to you, ignore them for your sake |
waktu study aku tak tetap. kadang2 pukul 12tengahari tu pun aku boleh bukak buku. pukul 3 time orang tengah syok tido petang. nak dekat maghrib tu bergelap-gelap ngadap buku. tengok mood akulah. tp orang kata selalunya study antara 12 tgh malam ke atas lagi senang nak masuk. hmm betul lah jugak kot. sbb time tu sunyi, aman je nak study apa pun semua masuk. pandai2 lah pilih waktu study yg sesuai asalkan apa yg korang study tu tak masuk telinga kanan kua telinga kiri, eh?
time study biasa dengar lagu? most of the time kalau study mesti earphone lekat kat telinga aku walaupun kadang2 tak bukak lagu pun hahaa ntahlah maybe as a sign yg aku taknak communicate dgn org sekeliling masa tgh study. tp mmg betul pun, rumet aku akan tulis kat kertas kalau nak ckp ngan aku sbb dia ingat aku tak dgr kalau dia cakap. padahal aku dengar je -.- hmm kalau dgr lagu time study boleh masuk ke apa yg distudy tu? kalau korang layan lagu tu ikut nyanyi skali mmg sah2 la tak tumpu kat apa yg korang study tu kan. tp mungkin jugak lagu tu boleh mmbantu untuk ingat mende yg kita blaja tu. eh ntahlah
next isss, mindset. fikir positif je selalu walaupun korang tau dah kesudahannya. remember that miracles do happen. semua keputusan Allah yang tentukan. kalau dah sepanjang masa kata 'eh aku rasa fail lah subjek ni', 'hmm repeatlah kot next sem', 'susahlah subjek ni. kau pandai bolehlah' mmg jadi kenyataan lah ia dan padanlah muka kauorang. why not gantikan dgn 'hmm mmg susah, tp insyaAllah aku boleh buat', 'rasa mcm takleh buatlah tadi, takpa dah cuba yg terbaik', instead of saying 'mesti fail' says 'insyaAllah pass'. senang kan? again, semua tu takde pape tanpa usaha. prinsip aku, tak rasa fail, tak rasa lah nikmat berjaya. yg berjaya hasil meniru, menipu dan yg sewaktu dgnnya, semua tu tak menjamin apa2 -.- someday korang akan menyesal. yg slalu berusaha tp masih tak temu kejayaan, jgn risau. Allah simpan surprise untuk korang. doa banyak2 ok? (:
set target for each subject and jangan target terlampau rendah, jangan lak tinggi sangat. yg korang rasa mampu. sebab tu aku slalu ternanti-nanti carrymark aku. senang aku nak kira2, nak tau kena score banyak mana untk final barulah aku boleh study demi mencapai target aku tu. kalau takde target, takde goal, korang mcm takde matlamat tau. benda ni nmpk cam remeh, tp sebenarnya sgt membantu. ikut suka lu lah kan hahaa ps: orang yg taknak tau carrymark tu last2 dia sibuk gak nak tau carry mark orang lain :p oleh itu kalau xnak nmpk cm penyibuk sgt, kita kisah dulu psl carrymark kita pastu barulah syok nak tanya carrymark org lain hahaha
hmm apalagi eh alaa mcm dah panjang je malas lak nak sambung hahaa sampai sini je kot tipsnya kahkah kalau rasa cara korang lagi berkesan, sharing is caring. ni cara paling sempoi aku rasa. study serious sangat nak kemana kak? hahaa kadang2 orang kata, dah study betul2 dah doa banyak2 pun result tetap mcm tu jugak, ada yg lagi turun. hmm kalau yg tu, adalah tu yg silap kat mana2. mungkin kita ni ada berdendam dgn orang, musuh dgn orang ni orang tu, busuk hati, dengki. penyakit2 hati ni bahaya dooo cemburu yg positif takpa contoh, aku mmg tak puas hati gila dgn classmate aku 2 orang yg dekan kemain tinggi pointernya. dlm diam aku perhati kelemahan dorang, kat situ aku score. lain2 subject tu aku cuba beat. tak seronok bila belajar takde saingan. ada saingan barulah semangat nak blaja, nak potong dorang kan? hahaa lagi satu, blaja ni hmm tak perlu menunjuk kot. diam2 sudah. tak perlu canang kat smua orang yg ko tgh study ni study tu, takut hasilnya tak kemana ha kan sendiri yg malu? biar jadi ubi, diam2 berisi drpd tin kosong. bising tp takde isi. jngn jadi diam2 besi berkarat pulak hahaa oklah dah panjang sangat ni, takut bosan lak org baca. yg baca sampai habis tu tahniah ye anda berjaya sampai ke peringkat ni dan aku doakan korang berjaya dunia akhirat hahaha zaijian (jumpa lagi)!
fnmd
No comments:
Post a Comment