Tuesday, 10 September 2013

#6

pertama kali kita berjumpa
padaku kau biasa-biasa
langsung tidak terdetik dihati untuk memandang kau lebih

padaku kau bukanlah jenis yang aku suka
kau jauh berbeza daripada mereka yang pernah aku damba
mereka yang punya rupa

namun hanya disebabkan satu kelemahan diri ini
aku jatuh
tewas dengan perasaan sendiri
semakin aku menafikan
semakin kuat perasaan itu tertanam

masih segar diingatan memori itu
kita berjumpa dan kau menyapaku
bertanya dan kita berbual seperti teman lama
alangkah indah saat itu
namun tidak kuhargai kerana
pada ketika itu hatiku
masih keliru

saban hari aku menanti kelibat
wajah, senyum dan tawa
kau buat aku bahagia walau hati ini sedang berduka
andai kau tahu itu

entah di mana khilafnya
kau dan aku
tidak lagi seperti dulu

tiada lagi kemesraan
yang tinggal hanyalah kejanggalan

jika dulu aku berani memandang ke wajah itu
sekarang aku hanya tunduk
jika dulu aku berani bersuara
sekarang aku jadi malu

kau perlakukan seperti aku tidak wujud
kenapa?
apa salahku?

andai aku adalah punca semua ini bermula
bodohlah aku kerana mempersia
segala peluang yang ada

andai masa boleh diputar kembali

hati ini semakin tawar
tidak ada manisnya lagi apabila kita berjumpa
sedih aku sedih

sekarang aku
hanya menghitung hari
saat kau akan pergi
hilang jauh dari pandangan
hapus terus dari hati

tolong bawa bersama cebisan-cebisan kenangan yang kau cipta
kenangan yang sementara

apa yang pasti
kau bukan untuk aku
dan aku yakin itu.



No comments:

Post a Comment