Showing posts with label OMSA. Show all posts
Showing posts with label OMSA. Show all posts

Friday, 13 September 2013

OMSA Team Building

ni sebenarnya lebih kepada ice breaking dgn seki2 omsa yg baru. ramai pulak lelaki-lelaki omsa ni hahaa nasib baik semua sporting. so buat kali pertama sepanjang aku belajar kat perak ni, aku menjejakkan kaki di Teluk Batik hahaha roommate aku berkali-kali pergi, semua tak caya bila aku ckp aku tak penah pegi heheh kat tmpt orang aku jadi malas nak jalan. kalau kat kl ko ajak je p mana aku on hahaha tp memang cantik gila view kat pantai teluk batik tu


curi dr fb ain hehee :p tp aku yg snap. bnyk lagi gmbr sebenarnya tp dia tak upload pulak -.-

kitorang p naik bas uitm yg cantik tu. nasib baik la dapat bas. sampai2 je terus start dgn game yg dah diplan oleh akak2 part 4 untuk mengenakan seki2 baru dan jugak senior2 part 5 yg bakal meninggalkan kitorg acehh sedih lak. sambil2 game berjalan tu adalah yg tukang handle bbq. aku bawak baju lebih tp disebabkan aku yakin aku tak basah, so aku tak basah lah hahaha dorang siap naik banana boat berulang-ulang ergh aku nak try skali pun tak berani -.-

habis semua game barulah bebas nak buat apa nak pergi mana pun. sayang kat aku takde langsung gambar :/ yelah time2 cmtu lah hp rosak kan -.- dalam pukul 4 cmtu kitorang naik bas balik ke uitm. dlm bas mula2 riuh rendah, dah lama2 tu senyap, semua tidur hahaa dlm pukul 6 mcm tu smpai bilik. memang aku tak buat apa2 tapi penatnya tu terasa gak la. apa2 pun best sangat dapat spend time dgn geng omsa hehee :*




p/s: sepanjang hari tu asek jaga iphone orang je. bila nak ada iphone sendiri?

Majlis Anugerah Dekan OM114/BM118 Dis-Apr 2013

setelah beberapa kali tangguh, akhirnya pada september 5th bersamaan hari khamis bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, FPP, berlangsungnya majlis anugerah dekan untk peperiksaan sesi disember-april 2013. alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk naik pentas sekali lagi walaupun pointer tak tinggi mana. majlis tu takde tema so aku pakailah baju kurung yang mak aku beli untuk raya tapi tak sempat nak pakai sebab cuti raya sekejap je -,-




pukul 8pg aku gerak dr kolej, tapi tak terus pergi ke dewan tu. singgah pusat bahasa sebab kawan2 yg lain kena buat speaking test bel dulu. takkan aku nak pergi sorang plak kan. kelas aku 5 orang je yg dekan. dlm pukul 9 cmtu kitorang sampai fpp. daftar dulu and dapat cenderahati berbentuk pen and pensil tekan tp sarung dia ada tulis majlis anugerah dekan hehee masuk je dewan al-khawarizmi, kerusi dah penuh. dia tak susun, duduk ikut suka je. aku lagi suka kalau dia buat kat dsi mcm sem lepas. ikut abjad nama, ikut no giliran. tapi dengar cite dia buat selang seli. so sem depan maybe kat dsi balik. tak lama lepas majlis start, kitorang kena turun bawah, beratur kat luar dewan. nervous tu tak sangatlah kot sebab kalau ikutkan sem lepas lagi nervous. dah la first time pastu nama aku kedua lak tu yg kena naik pentas --" so sem ni kitorang main beratur je n sampai je giliran aku, emcee sebut nama aku, aku pun naik pentas. guguplah jugak. kali ni Dr Ramnah yg sampaikan skrol. lepas bergambar, aku salam tangan Dr and cium hehee sem lepas tak cium pun. dia cakap tahniah :3 aku nak gambar aku pegang skrol tu !


Sir Shefek dan Dr Ramnah
persembahan
tayangan media yg sangat deep and inspiring

lepas dah habis semua naik pentas, ada persembahan and tayangan media. then sesi bergambar lak. part 4 sem lepas ramai gila yg dekan ! sampai masa nak ambek gambar tu kena asingkan kepada 2 group. lepas dah habis sesi bergambar barulah masa untuk lunch yay ! kalau sem lepas dia bagi nasi dlm bekas, sem ni dia bagi kita ambek nasi sendiri. sedap sangat menu dia mcm orang buat kenduri kawen tu hehee mmg berbaloi-baloi


dengan kak wani, omsa president to be hehee
gambar dicuri dr sir shefek hehee
classmates; akmal, nisa, azleena, bella and fizi
credit goes to Puan Rohana Ehsan for this picture
ahli-ahli omsa (:

aku ada terbaca kat twitter, cara-cara nak dekan; meniru masa test n kuiz, carrymark tinggi then time final takyah risau. aku rasa tak perlu kot buat mcm tu. dah la menipu diri sendiri, menipu lecturer lagi, berdosa n tak berkat ! oklah aku mengaku aku pun pernah buat tapi stakat jenguk2 member sebelah punya jelah. tu pun aku dah rasa bersalah sangat2 even lecturer aku taktau. ada tu selamba je bukak buku, curi2 tengok nota, scroll slide dlm phone, ntah mana korang dapat keberanian buat semua tu, ajar aku boleh? orang tanya cara belajar aku, kdg2 segan nak jwb. aku bukan jenis orang yg belajar ikut jadual, habis lecture balik tu bukak buku revise balik apa yg belajar tadi, study sminggu before test or kuiz. seriously im not that type of person. tbh aku ni jenis yg suka study last minute, malam sblm nak kuiz tu barulah aku bsungguh bukak buku. kalau study awal2 nnti aku lupa. tapi time final aku struggle lah. gila kau carrymark rendah takkan time final nak main2. so tu cara akulah. tp ntahlah. sem ni aku tak yakin sangat boleh kekalkan pointer. subject semua mcm nak bunuh aku je T__T tlong doakan aku ye kawan2. aku nak anc. oh ya kalau boleh sem ni aku nak c/mate aku yg dekan bertambah (: ramai2 la baru best kan? hihihi




Tuesday, 12 March 2013

Crush tak jadi.

hey guys! hahaa idk whats got into me. there's a guy, this guy who always caught my eyes. tapi tak slalu. time ada perjumpaan omsa je sbb dia salah sorg ajk tertinggi omsa. tu pun kalau dia datang. jarang2 dpt tgk bayang dia sbb dia slalu tak datang. n i called him, my Mr Crush.




so, masa first meeting, i mean the first time aku datang meeting omsa, kitorang dibahagikan kpd biro2 tertentu. aku masuk biro protokol. sbnrnya aku dah fikir awal2 taknak amek biro protokol sbb terfikir psl kena jadi emcee apa bagai. last2, member yg aku paling ngam kat situ pilih biro tu -_- nak taknak terpaksa lah aku angkat tangan join jugak. so ajk2 yg pegang biro ni 2org. kak ain and...him. but masa tu aku tak kenal dia lagi. wonder siapa dia, cuma tau nama and nama gelaran.




next meeting, there was a guy which i've never seen in the last meeting. lpas terdengar ada org panggil nama dia, oh k. that was him. first impression masa tgk dia, innocentnya muka abang ni. dia mcm diam je pastu buat muka blur. but idk, i was interested to know more about him. bbrapa hari lpas tu, kitorg berjumpa lagi. bkn dekat meeting omsa, tp masa kls kitorg nak amek test. time masuk dlm dwan kuliah tu, kls dorg rupanya yg punya lecture. dorg tak habis kluar lagi tp kitorg dah serbu masuk. so ternampaklah dia. dia pun nmpk aku. dia pakai baju putih time tu hehee aku pndg je dia sampaila dia kluar dr dwn tu..




dlm minggu yg sama, minggu lpas lah, hari jumaat kitorg kena berkumpul lagi untuk discuss psl event ahad. and dia datang. mula2 dia duduk seblah sana, aku dr awal dtg sampai habis duduk menyandar kat dinding. and seblah aku ain, gang protokol, sblah ain pulak kak ain, ajk tertinggi untk biro protokol. guess what? dia tiba2 tarik kerusi duduk dpn kak ain, but dia menghadap depan. jadi segan aku sbb dia boleh nmpk muka aku. so aku pun kerap la buat2 pandang depan sampai sakit tengkuk aku -_-"





dia nmpk mcm bnyk cakap dgn kak ain. maybe sbb dorang dlm biro yg sama, and classmate pulak. kerja last minute kitorg pun dia yg settlekan.  ntah mcm mana aku pun taktau. k tak lama lepas dia duduk agak dekat dgn aku tu, aku jadi uncomfortable. yelah kalau crush duduk dekat ngan kita mesti mcm gelabah semacam je tak senang duduk en hehee




that day aku pakai plaster kat jari kaki aku, melecet. so aku tunduk betulkan plaster tu. that time aku just silang je tudung aku n letak pin seposen dekat hujung tudung tu, alaa tau2 jelah. untk beratkan hujung tudung tu kan. masa aku tunduk tu, guess what? dia tiba2 kata, "eh duit!" aku bangun dr tunduk tu then pandang dia. dlm hati aku "OMGOMGOMGOMG DIA CAKAP NGAN AKU OMGGGG!" over en? tp tulah yg aku rasa time tu. aku gelak jelah. dia tanya lagi "beli kat mana?" aku pun dgn innocentnya dgn senyum kambingnya jawab "kat KL" ya Allah time dia cakap tu dia betul2 pandang tepat ke muka aku, face to face, eyes to eyes! aku rasa mcm nak pengsan kat situ sbb muka aku dah rasa panas.. dia tak stop plak tu.. "tu mmg duit betul ke?" aku ntah merapu apa time tu "haa yela kot. tp ada pin kat blkg ni" dia sambung "oo yeke.. cuba beli air ke" dia gelak2, senyum2 omggg cair aku! nasib baik kwn aku kat seblah tu mnyampuk skali.. kalau tak awkward kot! n aku paling muka aku ke dpn sbb time tu muka aku da pns gila kot.. takut dia prasan muka aku merah.. tp dia tak habis ckp lagi, aku terpaksa jawab.. tergagap-gagap aku huh -_- spanjang kitorg sembang pasal pin seposen tu, dia buat muka teruja je hahaha comel :">





keesokan malamnya (sabtu mlm ahad) kitorg ada perjumpaan lagi. pun bincang psl event ahad. aku tunggu je dia muncul. aku pikir dia takan datang sbb malam. tak lama pastu dia muncul! :D stiap masa klau bleh aku curi2 pndg dia. bkn sng nak tgk dia, dia dah la slalu tak dtg meeting. dia kluar masuk kls. kejap ada kejap hilang. luckily masa aku terangkan psl checkpoint aku kat dpn, dia xde. kalau dia ada sumpah malu kot -_- mlm tu jersi yg ditempah khas untk kitorg pakai smlm sampai. so masing2 dpt. dia sarung jersi tu. nampak fit kat badan dia wooo abang tough! hahaa tp lawak sbb still ada tanda harga -_- mlm tu, blm sempat perjumpaan habis, dia dah hilang..




and event ahad, OMRF. pagi tak nampak dia. dlm pukul 10 lebih tu baru nmpk kelibat dia. sumpah hot gila dia smlm. dgn jersi fit tu, jeans n ray ban woah! rasa nak tampar je muka ni. spanjang perasmian event tu dia tak duduk sangat. dia berdiri kat blkg. kejap diri sana, kejap diri sini. last2 dia diri kat bwh khemah vip, tmpt vip, lecturer, ajk and seki duduk. of course la kitorg duduk blkg kan. n dia berdiri berhampiran ngn kitorg uuuu u,u smlm, baru aku prasan dia ni friendly. dia tegur je ssape dia nak tegur. aaaaa mcm mana la aku tak jatuh hati weh. n bau perfume dia kuat. uuu tp tak sakit hidung :p part dia tolong ambekkan gmbr2 peserta dgn dslr aiman tu lagilah tk berkelip mata aku hahaha apa pun yg dia buat semua menarik.


k actually, thats him.


masa kitorg berkumpul dlm kls 015, nak dgr presiden cakap, dia duduk hujung skali bsandar kat dinding sana, aku kat hujung sini dkat ngan pintu. k dia bukak spec hitam dia tu so aku tak takut nak curi2 pandang dia hahaha gatalnya omg. n stiap kali dia gelak aduhhhh menikam. mmg menikam. masa nak dkat kluar dr kls tu, dia berdiri kat pintu, baru aku prasan dia ada dimples kat pipi. stiap kali gelak teserlahlah aiyoooo comel >.<


so true


last moment of the day ialah masa amek makanan n makan kat kafe lecturer. ntah apa kena ngan aku, slalunya aku makan kat bilik, ni aku pegi join dorg makan kat situ skali. mula2 kat meja tu ada aku, 2 budak lelaki part 1 but dorg sama umur so aku tak kisah sangat lah, n 2 org akak senior part 5. dah makan2 tu dtg lagi sorg senior part 5,lelaki. so jadi 5 org lah yg mkn kat meja tu. Tiba2, dia datang, ke meja tmpt aku makan pulak tu ya Allah kenapa la jadi mcm ni. selera aku dah mcm terus hilang time tu. nak telan rasa susah je. dah la dia kat depan aku pulak tu -_- dia pandang semua org yg tgh mkn kat meja tu. then dia tanya abg part 5 tu "weh ada sudu tak?" but then takde sudu so dia tak makan situ. ngengada -_- ingatkan tak makan dia blah la dr meja tu. dia boleh stay kat situ -_- sumpah nasi aku tak habis time tu. malu wey maluuu




and ptg smlm time kat kelas, time tgh belajar, tiba2 dia lalu dpn kelas. terperanjat gua. terus sambar lengan ezza n kebetulan time tu aku tgh stalk twitter dia, tiba2 dia muncul pulak hahaha nmpk sgt tak fokus kat kls :P aku rasa lecturer aku prasan aku senyum2 cm org gila -_- berharap dia lalu lagi, tp tulah kali trakhir aku nmpk dia. meeting omsa smlm pun dia takde.. dah la td dorg buat sayonara part 5 :/ dear mr crush, how could u?!




since kenal dia, fb yg boring tu jadi tak boring, sbb tu jela satu2 cara aku dpt tengok dia (walaupun dia private semuanya -_-) tgk dp pun jadi lah. twitter pun private ah sakai -,- hmm so, harap2 dia tak leave group omsa tu.. kalau tak emmm :/


i hope it'll happen someday but too bad its impossible even just in a dream


he's tall, quite good looking one, fair and clean skin, tough body, and got a sense of humor plus other characteristic yg aku belum tau. he's my crush. but he's someone's. idk, i just thought. i found a female's name on his twitter profile. his girlfriend's, perhaps. so maybe this is the end. i should get rid of him from my mind. but i'm happy every time i see him. i'm confused. somebody pls tell me what should i do?




p/s: saja buat post panjang2 biar nmpk x mnarik untuk org baca. sape yg baca tu nampak sgt takde keje :P

Monday, 11 March 2013

OM Running Fiesta

hey guys! I had so much fun yesterday with omsa crews, and smlm berlangsungnya first event buat seki2 omsa yg baru, which known as Office Management Running Fiesta, ala-ala running man. aku gerak dr bilik kol 7:30pg. sampai kat roundabout tiba2 ada kereta saga kluar dr angsana, reverse slow2. k rupa2nya kereta abg fizzy. dia pun hantar kitorg pegi om.  uhh agak nervous sbb tiba2 akak yg kena jaga ngan aku tu tak datang. mula2 mmg aku jaga sorang, lpas tu ada seki lain dtg ganti. lelaki, part 4. but then nasib baik dia peramah, so aku pun boleh masuk, hilanglah awkward. kitorg borak mcm dah kenal lama ahaha




aku jaga checkpoint 2, dekat blakang fakulti akaun and clue dia 'tempat ilmu hisab'. yg penah follow de 'ace race last sem untung ah sbb dah tau. yg taktau tu dorang pergi sampai ke fakulti sains komputer n maths hahaa kesian. n game kat CP 2 namanya 'lari dlm plastik'. spatutnya dlm guni en tp ni dlm plastik sampah hahahaha n dorg kena lari dlm plastik tu sambil kepit 2 biji bola kat bawah lengan dorg. kalau plastik tu koyak atau bola jatuh, tolak markah n dorg akan kena denda. tergelak-gelak aku tgk dorg main xD




n lepas perasmian, penyampaian hadiah. then sesi bergambar para peserta, ngan crew omsa. n dorang ada bberapa pistol air, aku taktau dorang letak air apa tp mmg busuk gila pastu dok tembak kat orang. nasib baik aku kena tempias je so tak lekat ah bau tu. hampeh toi. pastu main baling serbuk kunyit. habis kuning baju org yg kena tu hahaa kalau tengok ada kuning2 kat om tu kerja dorang lah tu hahaa


bola tulah yg dorang kena kepit masa kat cp 2 hee


lepas kitorang berkumpul, dengar abg fizzy selaku presiden cakap apa smua, pergi ambek makan kat kafe lecturer. lpas lecturer2 balik kitorg plak yg makan kat situ. aku semeja ngan 2 org akak senior, dua orang junior lelaki n sorg abg senior. mula2 malu gak tp tgk dorg sempoi ja cuba ah tepis rasa segan tu. sepanjang haritu mmg asek gelak jelah. tk dpt byg mcm mana omsa next sem, bila senior2 part 5 dah blah :/




gambar banyak gak dorang tangkap. later on aku upload (kalau rajin)

-sekian-

Tuesday, 26 February 2013

OMSA

hey u olls ahaha menyampah. k rasa mcm nak update blog.




hmm tanpa disangka-sangka, aku terpilih jadi seki omsa. terkejut mak nak. masa mula2 dapat tau tu taktau lah nak rasa apa. mmg lah sepatutnya happy sebab berjaya dapatkan jawatan yg bukan senang nak dapat, kena interview bagai tapi masalahnya antara aku ngan lagi dua orang classmates yg apply, kenapa dorang pilih aku? -_- kesian kat dorang sbb aku isi borang bukan sebab aku nak sangat jawatan tu, just main2 je saja2 cuba. tengok2 orang lain yg beriya nak, aku yg dapat. rasa mcm hmm




apapun kena bersyukurlah sebab ni namanya rezeki. tak baik tolak rezeki (: biarlah apapun rintangannya, Allah tak duga hamba-Nya dengan ujian yg diluar kemampuan kita. setakat takde kawan, mula2 je kot. bila dah lama sikit dlm omsa maybe boleh ngam dgn AJK yg lain2. sebenarnya aku pun nak cuba jadi orang yg senang biasakan diri dgn tmpt baru, boleh interact dgn smua orang tanpa segan2 yg tak bertempat tu. malu tak bertempat tu menunjukkan betapa rendahnya keyakinan diri aku. taknak dah mcm tu.




so kata president omsa, kelebihan berada dlm organisasi omsa ni, bila nak create apa2 event nanti senang. bila dah ada pengalaman dalam omsa, at least nanti masa part 4, nak create event takdelah blur sangat. sekurangnya dah tau nak kena berurusan dgn siapa n step by step untk handle event tu. buat masa ni belum nampak lagi kepayahan jadi seki ni. tadi first meeting pun baru bahagi2 tugas ikut biro. aku under biro protokol. tapi protocol tak menonjol sangat kalau dlm informal event ni.




ramai (termasuk aku) yg kata omsa ni boring, tak banyak buat event, tak mcm fakulti2 lain yg buat mcm2 aktiviti. lpas meeting petang tadi, baru aku tau masalah sbnrnya. bukannya omsa taknak buat event, ada je event dlm perancangan tapi nak dpt kelulusan dr orang atas tu bukan senang. lepas proposal untk induksi sem lepas kena tolak, event2 lain semua tergendala. omsa tak dapat buat event lain selagi proposal tu tak diluluskan. kesian jugaklah especially dekat president. nampak dah usaha dia tu tapi nak buat mcm mana sbb org atas lagi berkuasa. nak taknak kena tunggu dengan penuh sabar. lagi satu kalau pasal nak buat trip. masalah bas. bas uitm mmg bersepah tp belum tentu lagi dia nak sponsor budak2 om ni. fakulti lain dia boleh pulak, setakat om ni apalah sangat. tringat lagi sem lepas, makan kat hotel tapi naik bas sekolah. whadde?




kesimpulannya, orang suka mengata tapi taktau apa masalah sbnrnya. seriously rasa bersalah la jugak dok mengata persatuan sendiri hahaa mcm2 problem dorang kita senang2 je complain itu ini. sabtu ni ada event, taktau lah menarik minat orang ke tak. n sebagai student jugak, aku paham, mesti ada yg complain lagi kalau buat event tp nak masuk kena bayar. teringat president cakap 'aku ni president pun, president jelah. bukan dapat gaji' hahaha mula2 gelaklah jugak dgr tp paham maksud dia tu. dia pun student jugak mcm kita2 kat bawah ni. buat event pun sikit banyak kena pakai duit. fikir logik sikit lah kan?




panjang lebar jugak aku cerita pasal omsa ni, mcm la orang2 yg sepatutnya tu akan baca benda ni and terus ubah fikiran dorang. ahh takpelah janji aku puas hahaa harapan aku, semoga sem depan ain dgn nasyitah cuba lagi apply jadi seki omsa. teman aku woi hahaha

-FIN-