Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Tuesday, 7 May 2013

ketidakadaan kerjaan

hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!




sebenarnya aku boring, so haritu aku godek2 lah entry2 lama yg dah berkurun dalam blog aku ni. tiba2 entah mende aku tekan, terpublishlah salah satu entri yang aku taknak orang baca dah. aiseymannn -,- aku dah delete dah tapi still kluar kat dashboard korang macam kat bawah ni kan?




sila abaikan ok. bila baca balik post2 lama aku, boleh tahan rempitz gak bahasa aku hahaha rasa cam tak caya je aku yang tulis semua tu. menyampah pun ada -_-


aku rasa kalau aku dah kahwin pun takkan macam ni -_-

oh semalam aku mimpi something. gigi aku tercabut. bukan sebatang je pulak tu. habis rongak aku tau. masa bangun tidur tadi, aku cuba refresh balik mimpi tu. lepas tu time mandi aku teringat pulak maksud mimpi tu. habis mandi terus cepat2 aku google pasal mimpi tu. sentap hati mak nak bila baca pasal maksud mimpi tu. taknak lah cerita kat sini apa maksudnya sebab kalau dibaca banyak kali boleh jadi doa pulak. kalau korang nak tau sangat pilah google sendiri. tapi korang sendiri pun mesti dah tau kan apa maksud dia. duhhh seram sejuk aku. terus teringat kat parents aku, atuk nenek aku. mohon dijauhkan la benda2 tak elok daripada family aku. Amin.




bila ingat2 balik, petang semalam aku ada cerita pasal braces dengan mak aku. aku tanya kalau orang pakai braces boleh kena sambar petir ke sebab most braces kan besi. lepas tu mak aku cakap taktau. dia tanya pulak, siapa yang nak pakai braces? cara dia tanya tu macam nak kata aku pulak yang nak pakai braces hahaa aku cakap la member aku ramai yang pakai braces. then tanya pulak berapa kalau pasang braces tu bagai aih mak aku ni berkenan nak pasang braces ke apa -_- ok sebenarnya aku nak cakap, maybe sebab perbualan aku dengan mak aku tu lah kot yang buat aku mimpi pasal gigi patah tu. nak sedapkan hati. tapi ada jugaklah rasa takut tu sikit. malam nanti aku nak bagitau mak aku pasal mimpi ni. tengok apa dia kata pulak. haih macam2.

Monday, 22 April 2013

read and absorb

hiiiiiii. tadi aku terjumpa satu blog ni. pink semuanya. tapi cute, kemas and sangat attractive. yang buat aku terkejut sangat, pemilik blog tu rupa2nya baru nak ambil upsr tahun ni, tahun ni! bayangkan aku sendiri pun buat blog masa form 5. budak tu start blogging masa hujung tahun 2011 which means dia masih berumur 10 tahun. cara dia menulis dalam blog tu, cerita dia, sangat menggambarkan yang dia sebenarnya sorang budak yg cerdik, tak macam budak sekolah rendah pun. alahai budak2 sekarang ni kadang2 buat aku rasa jealous. yalah, dulu aku takde blog2 ni, fb twitter apa semua. skrang ni budak 7 tahun pun dah pandai pakai ipad bagai, sedangkan aku dulu dapat handset masa darjah 6 gitu, tu pun lepas dah merayu-rayu kat ayah, dapatlah seketul samsung yg akhirnya tak sampai 2 tahun dikebas pencuri yg pecah masuk rumah aku beberapa tahun dulu. oh lupakan yg tu, aku baca jugak satu cerpen kat blog budak ni, taktau dia yg karang atau ambil dari mana2 tapi sangat sweet ceritanya. harap cerita aku pun macam tu hehehe ni link dia -> click cepat!




tadi check nama aku, alhamdulillah masih berpeluang stay kat kolej. payah kalau duduk luar weh. nak ulang-alik dr uitm ke rumah sewa. uih tak sanggup. tu pun ada jugak yg dengan rela hati nak duduk luar. tak paham aku. and sekarang sangat tak sabar menanti result final exam. jangan salah paham, bukan nak kata yg aku ni pandai sangat sampai tak sabar nak tau result padahal orang lain tengah cuak takut dan sebagainya nak tengok result. aku pun cuak jugak macam korang semua. aku tak confident, tak sure kalau aku dapat kekalkan pointer aku yg lepas sebab aku rasa exam kali ni lagi teruk dan susah kalau nak banding dengan exam sem lepas. lagi2 lepas aku dapat mimpi buruk, aku mimpi pointer aku jatuh gila2 sampai aku rasa down, menangis sebab aku rasa aku dah kecewakan parents aku walaupun aku tau dorang tak kisah sebab dorang tau aku dah cuba yg terbaik. bangun dari tidur aku mengucap syukur gila2 sebab tu semua just mimpi. dah la masa aku mimpi tu, aku bangun pada hari aku nak exam subjek yg terakhir, maksudnya aku sorang2 je dalam bilik tu, takde orang untuk aku kongsikan cerita sampailah aku cerita kat sini. sejak dari hari tu otak aku tak dapat henti dari asyik fikirkan pasal result exam yg dengar2nya keluar 10hb depan. aku dah bagitau mak aku awal2 yg aku tak yakin aku dapat kekalkan pointer macam sem lepas. aku tersentuh sangat bila mak aku cakap; takpelah. buat setakat yg mampu jelah. tak kisahlah dapat berapa pun kak. tak dekan pun takpe. dia taktau hanya tu je cara aku nak buat dia bangga, buat dia rasa dia ada anak yang boleh diharap.




so dah terang benderang alasan aku nak tau result exam secepat mungkin kan? kalau borak dengan member sekarang ni mesti semuanya akan kata 'takut result exam teruk', 'taknak tengok result exam'. dulu aku pun mcm tu tapi sampai bila nak pegang pemikiran yg macam tu? sampai bila nak kata 'taknak' kat sesuatu benda yg dah pasti2nya akan terjadi jugak? haa dah2 la tu. yang penting kita dah cuba. seteruk mana pun nanti tu semua ujian Allah kat kita, Dia nak uji kita punya usaha ni tinggi tahap mana. tak ada gagal, tak ada lah kejayaan. pasrah je okay? memang kadang2 kebenaran tu menyakitkan, tapi penantian tu juga sangat menyeksakan. but




p/s: taktau lah sejak bila aku pandai main dengan kata2 motivasi ni tapi harap dapat kurangkan rasa down dlm diri korang tu. hee 

Saturday, 6 August 2011

Mimpi mainan tidur

okay smbung post yg td.. bbrpe hari lpas aku ade mmpi gak.. ade baby dlm mmpi tu.. tp aku x ingt pnoh la mmpi tu.. pelik2 je.. n ptg td lg dahsyattt... muncul plak ank singa dlm mmpi aku.. pe kejadah la plak mmpi singa.. bkn aku ade bela singa pon.. n muke binatang tu cm pelik sikit.. ntah la.. dah la ade nad skali.. kitorg siap maen2 ngn ank singa tu.. hushh ganas btol

pandai pulak dia posing ayu


then bkn singa je yg ade.. ade satu situation ni, kitorg iaitu aku, afifah, mas n yunie *hahaa afifah selit* bru blik dr satu tmpt (x ingt kat mne) pastu tiba2 tnmpk org rmai lari ke arah kitorg.. ingatkan dorg tngh joging ke ape.. rupe2nye dorg kene kejar ngn polis (klau x salah).. time tu kira mcm rusuhan la.. dah tu kitorg pon lari skali join dorg.. last2 tpisah, aku ngn fifah, yunie ngn mas.. hahaa lawak2..


tu jela keje ko


pastu aku ngn fifah lari nk carik tmpt nyorok.. smpai kat satu tmpt betembok kitorg pon tunduk.. tp polis tu jmpa kitorg n aku still ingt lg dialog dia, "dah xyah la nk nyorok2. da tlambat" n yg plg xley blah, polis tu muka cm cg sudin.. dah mmg cg sudin pon... perghhh sumpah lawak.. ntah mcm mana cg sudin pon bleh sesat dlm mmpi aku.. hahaa nk tak nk kitorg pon surrender lah (pdhal xde kaitan) dah tu bleh plak sume pengejar td pkai bju merah.. yg aku plak cuak giler sbb time tu aku ade handkerchief wrna merah cop patriot.. hahaa mrapu giler



dahdah mau tido.mmpi baru~ assalamualaikum <3