...so disebabkan ada beberapa halangan, kitorang masuk singapore dlm pukul 7 lebih, which means mmg dah agak gelap la langit time tu. mata aku mmg dah segar sejak kitorang kat sempadan johor-singapura lagi. heheh bila bas tu masuk je s'pore, semua yg dalam bas tu tegak je kepala. i mean semua tengok keluar tingkap. seriously bagi sesiapa yg tak pernah pergi s'pore mcm aku, agak terujalah tengok view kiri kanan penuh dengan bangunan yg tinggi2, yg paling best, tak ada langsung jalan yg takde pokok. walaupun memang berlambak gila bangunan tinggi yg cantik2, pokok pun tinggi2 menghijau elok je kat tepi jalan. penghadang jalan pun dorang pakai pokok2 kecik. k yg ni aku puji sebab dorang jaga alam sekitar. negara ni banyak oxygen and takde asap kenderaan cewah
orang kata view waktu malam memang cantik kat s'pore ni. yes memang betul. masa lalu kat marina bay sands (mbs) memang teruja gilaaa *-* tak dapat nak terangkan cemana cantiknya hahaha lepas dah letak barang apa semua kat hotel, siap2 nak g makan lak. disebabkan chinese berlambak gila sampai aku rasa aku macam bercuti kat China -_- agak payahlah nak cari kedai makan yg halal. merata pergi mesti ada chinese, mmg penuh ngan dorang like seriously. finally jumpa jugak satu kedai ni, diyakini halal. lepas makan kitorang jalan2 masuk mall dekat Bugis Junction, Capital mall kot tak salah nama mall tu hahaa jalan2 sampailah terjumpa Bugis Street. kalau nak beli souvenir ke apa sila datang sini sebab banyak yg murah2 dan berpatutan harganya ya. kitorang 2x pergi sini sebab dari hotel kitorang kesini just jalan kaki je.
|
time ni tengah lintas jalan sebab tu goyang xD |
balik ke hotel, bukak tv. semua yg cakap pakai bahasa baku hahaha kelakar pulak. pastu tiba2 ada siaran indonesia, so kitorang pun tengoklah x-factor indonesia hahaha malam tu taktau nak buat apa. nak text orang tp takde kredit, kalau ada pun kena cas mahal woo. pagi esoknya kitorang breakfast kat kedai mamak, yg ni sangat diyakini halal. lepas breakfast, terus tunggu bas nak ke Sentosa. kenapa bas? kitorang berlima, satu cab boleh 4 orang je so kena amek 2cab which means menyusahkan dan leceh. naik bas je senang, boleh jimat lagi hehee so kitorang amek bas no 80, berhenti kat vivocity mall. disebabkan aku dah usha cara nak ke universal studios singapore (USS) ni masa kat umah, so takde masalah sangat sbb aku tau jalan sikit2 cewah bangga
sepatutnya kena naik Sentosa Express tapiii penuh gilaaaaa! kena beratur panjang. time tu mcm dah putus harapan so jalan3 sampailah jumpa cara nak kesana tanpa naik sentosa express tu. kitorang lalu kat Sentosa Broadwalk. hmm jauh tak jauh la jalan and sepanjang jalan tu ada benda kat bawah ni xD
so takdelah penat sangat walaupun benda tu tak panjang mana. USS tu kat dlm Resort World Sentosa (rws) so kena bayar 1$ (anggap jelah tu simbol s'pore dollar k? :p) untk setiap satu admission ticket. lepas je masuk kitorang jalan3 cari USS tu sampai terjumpa tempat Greyson buat MTV session last year sobs sobs
finally sampaiii! beratur beli tiket. memang agak panjang sbb tengah musim cuti kan. better beli online, kalau bernasib baik dapat discount. sayangnya ayah saya tiada mastercard. tapi nasib kitorang baik sbb tiket belum sold out. tiket masuk hanya 74$ untk sorang adult, kitorang hanya masuk 3orang sebab parents gua nak dating dua kat luar fiwittt hahaha masa beratur tu ada sorang chinese guy ni, muka mcm familiar. lepas dekwan pun kata mcm tu, rupa2nya barulah teringat. lelaki tu ada dlm vid Only in Malaysia hahaha *yang ada Greyson speaks Malay tu :>* adik aku bongok gak, ada ke dia g hala camera sampai orang tu perasan bahhahah
akhirnya saya berada di alam fantasi bahahhaha ada 7 part dalam hollywood ni. belum papehal kitorang g terjah store dulu padahal masuk tak beli pape hahaa lepas tu jalan sikit ada simpang, kitorang pilih kanan sebab lebih afdhal mwahaha dekat New York kitorang masuk Lights,Camera,Action sebab orang kata best. hmm boleh tahan lah. teruja kejap lepas keluar dr situ hahaha korang pergilah cari kat youtube, ada vid dia. tapi u better be there in person and rasa sendiri wooo
then kitorang gerak ke Sci-Fi City. orang kata transformer ride best sampai ada yg masuk 2x hahaha ok adik aku pun mcm excited je so on jelah. beratur sampai sejam T.T but actually it's worth it. masa beratur tu barulah nampak kewujudan orang melayu hahaha budak yg beratur depan aku bisik2 kat adik dia, pastu dorang usha baju aku. k nampak sangat dorang kenal greyson chance bahahha ok seriously memang best gila transformer ride ni memang tak nyesal pun bratur lama hahaha keluar2 je baju ada bintik2 sebab terkena air masa ride tu -_-
lepas tu kitorang masuk Egypt. time ni je dapat rasa matahari tu atas kepala. memang macam betul2 kat egypt hahah padahal sebab takde bumbung. yg new york ngan sci-fi city tu kitorang jalan bawah bumbung heheh ingat nak masuk mummy ride tu tapi kena simpan bag kat locker. locker pulak mcm leceh je so tak jadi hahaha disebabkan kitorang rasa mcm tengah jalan kat padang pasir, tekak pun rasa kering. nasib baik ada jual air mineral. kalau sesiapa nak masuk sini better bawak makanan sendiri. dlm uss tu ada jual tp biasalah, mahal dan payah nak cari yg halal.
dah puas berpanas kat mesir, masuk the Lost World. yang ni ada jurassic park. jalan3 amek gambar pastu jalan3 balik. ramai orang, masa pulak terhad so tak sempat nak cuba apa2 :/
yg ni paling aku suka. Far Far Away. rasa mcm ada dalam disney world hahaha xD tapi takde apa sangat cuma istana besar yg cantik. tengah2 berdiri kat depan istana tu, tiba2 ada kucing lalu. bukan kucing tuuu, ni Puss in Boots bahhaaha comel gilaaa xD aku tengok je dia pergi mana. k rupa2nya cari tempat nak bergambar. sebelum ramai beratur, kitorang cepat2 masuk line. masa nak amek gambar tu, tangan kucing tu mcm nak raba2 aku, aku blur kejap. oh rupa2nya dia nak capai tangan aku suruh peluk dia xD dia lak g peluk dekwan bahahahh lembutnya bulu diaaa. so jadilah ceni
dekwan dah kepanasan dan ajak keluar dari situ. apalah -_- adik aku yg sorang lagi tu bengang je sbb dia tak puas jalan lagi hahaha tapi aku paksa gak dekwan jalan :B hmm Waterworld macam takde apa, maybe under maintenance *i guess so* and Madagascar pun kitorang masuk jalan3 amek gambar jalan3 patah balik dan akhirnya masuk balik ke universal studios store untuk beli something yg menandakan kitorang penah pegi uss bahahah ayat takleh nak bombastik lagi
seriously tak puas kalau pergi sehari je. nak fully explore uss tu kena pergi 2 hari (maybe) sebab tempat dia tersangatlah besar. memang keluar2 dari situ terus cari parents aku, pergi 7e beli sandwich hahaha dah jelajah satu Hollywood mana tak laparnya. nasib baik dlm rws tu ada 7e. diyakini halal.