Sunday 30 June 2013

Memang

hmm dekat sini kalau tanya kat budak2 kos lain "kos apa paling senang?" "OM" " budak kos apa yg rilek2 tu?" "OM" "kos apa yang tak banyak kerja, yg student dia mcm ilek2 je dlm bilik?" "OM"

office management, kos yang memerlukan student2 banyak pakai otak, berfikir luar kotak dan banyak subjek menghafal berbanding kos2 lain yg lebih bermain nombor, melukis, duduk lepak2 mengukur jalan,  main tanah liat dan mendesign serta menjahit baju. kos yang setiap sem mesti ada yg repeat subjek. ya memang SENANG kos OM ni.

fakulti OM, fakulti baru yg terletak jauh di hujung ceruk, student yg duduk di cemara/damar memang kena keluar awal kalau tanak lambat sampai kelas. berjalan dlm 15minit bagi yg jalan mcm itik pulang petang, yg ada kelas sampai tengahari, atau yg ada kelas pukul 2 ke atas, baju basah kuyup dek peluh adalah sesuatu yang normal. nasib baik kelas ada air-cond. hmm memang budak OM tak penat jalan jauh2. memang budak om SUKA dapat fakulti paling jauh.

dekat bilik, budak kos lain busy melukis itu ini, mengira itu ini, buat itu ini sampai ada yg tak tido manakala budak om menghadap runningman, main game atau paling best tido dengan lenanya. takde siapa yg paham betapa banyaknya assignment dan kerja yg budak om dapat, sampai taktau nak buat mana satu, nak start dari mana, stress dan tertekan, akhirnya end up dengan bermain game dan tidur. ya memang budak om lah yang paling RILEKS.

orang kata budak om pakai vogue2 mekap tebal2. hakikatnya budak om kena pakai mengikut sahsiah rupa diri yang dah ditetapkan, formal attire macam kat office tu, sluar slack dan kemeja, blouse labuh menutup punggung berbanding budak kos lain yang bebas pakai jeans pelangi bermacam-mcam warna, ketat sampai nampak segala bentuk, jegging n legging yg menonjolkan ketulan-ketulan, baju yang tak cukup kain sampai nampak pusat yg tak berapa nak cantik tu. memang budak om yang paling OVER pemakaiannya.

then kelab atau persatuan2 kos lain nak buat event, semua diluluskan. nak bas, lori, semua dapat while persatuan om, mohon sikit, kena tolak, kena tunggu berapa lama baru lulus. bas pun payah nak dapat. ya memang budak om lah yang paling DISAYANGI dekat sini.

so as a conclusion, jangan mengejudge kalau taktau kisahnya. bising mcm tin kosong, cakap takde isi. kbye




-pengakuan student om

No comments:

Post a Comment