Monday 15 April 2013

semester break

hey kawan2 yg tercinta :D




tamat sudah semester 2 di seri iskandar. sekarang masa untuk bersuka ria tanpa buku2 ilmiah. ada banyak benda nak buat masa cuti sem ni heee mak gua tak bagi kerja. duduk rumah lipat kain katanya. haa baguslah sbb aku pun mmg malas nak cari kerja dan kerja. tapi nak duit pulak. dlm akaun aku betul2 tinggal 250. sekali keluar je 50. maknanya boleh 4x outing je, yg lagi 50 tu biar je dlm akaun tu kasi dia beranak pinak. hahaha and bilik aku skarang ni jadi sempit sangat sampai aku rasa nak muntah setiap kali masuk dlm bilik tu -_- almari baju aku pun tak cukup besar untuk baju2 aku yg melimpah ruah tu. aih rasa menyampah pulak. banyak baju yg tak pakai sbb kecik dan tak cukup labuh. sape nak meh la datang umah aku.




pejam celik pejam celik celik celik celik haa sebab apa banyak celik? sebab aku kan burung hantu, berjaga malam2 hahaha dah nak masuk hari ketiga dah pun aku kat umah. stakat ni belum boring lagi la dok umah. minggu ni aku nak puasa. engkorang dah ganti puasa? haaaa mesti belum en? keh3 tadi aku start baca novel yg aku beli masa raya cina haritu. tajuk dia




and synopsis dia. kalau nampaklah. kalau tak nampak pegi popular cari.




muahaha tajuk macam gempak je. sehari suntuk ni aku habiskan masa baca novel tu je and dah habis baca pun. ni barulah aku bukak laptop. hmm kalau baca sinopsis dia agak biasa2 lah. lebih kurang sama je cerita2 novel lain. tak habis2 dgn kahwin paksa. tapi aku suka novel ni sebab style penulis dia karang cerita, memang betul2 mcm org tulis blog. ntah2 penulis novel tu pon blogger jugak hahaha yelah dah watak utama dia blogger terkenal. watak lelaki pulak dia letak yg betul2 sweet and handsome pulak tu haihhh aku mmg terbayang terus crush aku yg comel tu hahaha bezanya watak dlm novel tu muka dia iras2 henry golding. aku dah la ingat2 ikan je muka henry golding tu so aku pon google lah. guess what? muka si henry ni buat aku tringat dekat crush aku sebab muka dorang nak dekat SAMAAAAAAA!!!!!! lagi2 gambar yg kat bawah ni, sebijik macam cover photo crush aku kat fb woiiiiii





like seriously weh muka dorang looks alike. so nanti bila orang tanya aku ckplah muka crush aku tu mcm henry golding ececeh kalau dorang ckp tak kenal siapa itu henry golding aku SEPUK dorang kat situ jugak. sampai hati tak kenal pakwe aku (sejak bila?) dah la hensem okay ni dah lari tajuk. hmm watak Ash dlm novel tu mula2 agak annoying, lepas kahwin memang romantik melebihi segala2nyaaa! and novel ni tunjuk betapa sweet dan indahnya bercinta selepas kahwin tu. aih lagilah menguatkan prinsip aku untuk taknak kapel. mmg perfect lah Ash ni; handsome, romantic, pandai, caring, kaya, alim lagi. most people akan cakap 'alaa standard ah watak dlm novel mmg slalu mcm tu' hmm memang pon. kenapa lah tak smua lelaki dlm dunia mcm tu?? kan bahagia semua pompuan dlm dunia ni :') dan yg aku tak suka pasal novel ni, banyak benor typonya -_- kalau sikit2 tu takpelah jugak ni kalau da sampai 'main-main' jadi 'mian-mian', kau jadi aku, aku jadi kau, nama watak pon boleh tertukar tu mesti si penulis ni brangan sambil menulis ni hahaha apa2pun aku dah habis pun baca novel tu, boleh tahan lah. bye ok.

p/s: its been a year since Greyson punya autograph session kat one utama last year :')

No comments:

Post a Comment