Thursday 17 January 2019

ShopBack


Hi, korang tahu tak shopback tu apa?




okay sekarang mcm dah dapat la sikit kan apa benda shopback tu. so sambil kita keluar duit, kita dapat duit. earning while shopping gitu. cashback tak banyak lah yg dia bagi tapi okay lah dari takde langsung en. aku pun tahu natang ni dari twitter. pastu mestilah nak cuba kan nak tengok betul ke tak kita boleh dapat cashback. lalu aku pun cubalah masa 12.12 haritu.


so pilih je memana online app yg kita nak shopping tu. dia akan direct bawa ke website derang

mula2 aku install app shopback ni kat phone then create shopback account. pastu aku blur camne nak bagi shopback ni track transaction kat phone. jadi aku pun bukak acc shopback kat laptop. bila login tu terus dia suggest kita untuk add button shopback ni kat chrome supaya nanti bila kita nak shopping senang dia track transaction kita.




bila dah masuk website tu, contoh haritu aku pilih hermo, click logo shopback kat bar atas tu untuk activate shopback cashback. so bila dah activate tu dia automatically akan trace kita punya transaction.


bila logo dah jadi hijau means dia dah activated
dia akan bagitahu yg transaction kita direkod

then startlah shopping. shopback akan email kita the latest transaction beberapa jam kemudian. so dari situ lah kita tahu yg dia dah track transaction kita. juga dia akan send notification kat phone kalau ada install app shopback.



sekarang aku dah reti pakai app dekat phone so lagi senang. rasa menyesal jugaklah baru tahu pasal shopback ni. kalau tak mesti dah banyak cashback aku sebabnya aku tiap bulan beli topup kat 11street. okay kalau lagi senang memang pakai mobile app lah sebab kita senang nak check history, bebila dan dimana sahaja anda berada cewah.



jumlah cashback setiap kali transaction tu taklah banyak mcm yg aku cakap. kalau korang beli barang rm50 kebawah baru berapa sen cashback. kalau korang tengok ada orang yg sampai beribu cashback tu means dia dah lama guna shopback and kerap shopping. macam aku ni baru berjinak-jinak so total cashback pun tak sampai 5 ringgit. tapi rugi kan kalau tak buat shopback ni sebab walaupun jumlah tak banyak, siapa yang nak bagi kita duit free2 gitu jaa? kepada yg nak mencuba, aku ucapkan selamat mencuba dan happy shopping!


Image result for online shopping tumblr gif
gif ni from a movie tajuk Confessions of a Shopaholic. kalau korang belum tengok, better tengok lagi2 korang yg kaki shopping tu sebab memang best sangattt!

-

Disclaimer:
ni bukan paid review ye. all information is based on my experience. niat untuk sharing saja. thanks


No comments:

Post a Comment