Wednesday, 9 May 2012

Keputusan UPU

so kali ni kita nak cite psl upu.. disebabkan skrg topik ni tngh hangat, kita nak share jugaklah cite kita.. tp kalau awak tanak baca, awak BOLEH BLAH! okay lets start.




okay, aku dapat offer diploma pengurusan teknologi pejabat. muahaha pilihan ketiga aku :D






then tghari td check, aku dapat kat kampus Seri Iskandar yg bertempat d Perak Darul Ridzuan.




setelah lebih kurang sehari nak masuk 2hari pening kepala, stress, tak tidur dan sewaktu dgnnya, akhirnya pada pukul 10:33pm tadi aku klik butang 'setuju terima' -__- tu pun lepas makteh aku dah explain kat aku pasal benda ni semua.. yeah, dia kata course aku dah okay dah tu, berapa tahun aku kurang pasti sbb 14hb ni baru boleh check.. tp rasanya 2tahun.. lepas diploma nak terus kerja pun boleh, tp pangkat diploma jelah.. makteh aku ckp kalau nak sambung degree or master , tukarlah course pegi business management ke or lain2 dr course diploma sbb susah nak compete dgn org kalau ada sijil dlm course yg sama.. ahh phm2 jelah.. ayat aku pun mcm dah merapu..

-MALAS NAK POST GAMBAR-

hmm terpaksalah tolak matriks.. actually mak aku dah warning awal2, matriks ni kalau fail mmg kena tendang terus, pergilah mana2 uni kat sabah sarawak tu ke.. sbb ada anak kawan dia, amek matriks dlm course science jugak n lastly result x memberansangkan lalu kena tendang pegi uni kat sabah.. agak ngeri la aku dengar.. time tu tak dpt matriks lg, aku pun ckp kat mak aku 'alaa, takkan dptnya matriks tuu.. tu untk budak2 pandai jelaa.. ramai lg yg dpt straight A..' hahaha sekali... 'BOOM' !!




first2 bgtau mak aku, mmg terkejut habis dia.. time tu subuh, suara dia jela yg memecah kesunyian pagi tu.. hahaa then dapat tau geng aku smua dpt penang gak.. hahaa time tu dah excited.. dah plan nak beli barang2 nak g shopping semua.. ayah aku dah siap google map kmpp, dah hampir nak call adik dia kat penang nun, nak inform psl benda ni.. hahaa upu keluar je sume pening.. hati aku terdorong nak amek diploma, kepala aku ligat pikir nak masuk matriks.. haih mmg stress gilaa.. mlm tu jugak aku pening gila2.. rasa nak demam sume ada..




tp taktau nape hati aku mmg nak pegi uitm.. maybe sbb tak payah blaja hardcore sgt mcm kat matriks.. lg2 aku ada baca kat satu website ni.. ahh malas nak explain, korg baca sendiri kat sini --> antara matriks, asasi dan diploma .. aku kat sekolah pun main2 mcm hampeh je.. nak masuk matriks ?? pergh waa tak jamin bro.. mak aku pun mcm x berapa yakin sbb kat skolah pun aku selalu kantoi .. wahahaha




masa mula2 dpt matriks tu mata aku dah bsinar2, kalau aku amek matriks still ada peluang nak amek courses meds tu sume.. yelaa dulu aku nak jd pharmacist, tak kesampaian sbb subjek sains sume c -_- tp bila dpt offer diploma, haih pening nak pilih.. plus mak aku asek suruh aku pilih upu.. alasan sbb dekat, dpt course yg aku mintak n takut aku tak mampu bwk matriks.. mak aku mmg dah betul tp mcm berat je nak lepaskan matriks plus kwn2 sume kat sana.. apa2 pun tu sume cerita sblm aku tekan butang setuju.. now aku dah yakin dgn kputusan aku.. aceyy ayat :p




disebabkan masa setahun je, hidup kat matriks ni agak mencabar.. so kalau masuk u, takde lah ketat sgt rules dia, matriks kan mcm sekolah sikit :p hee yelah aku tau diploma tu amek masa btahun2, n maybe ada org rasa mcm buang masa.. depends on diri masing2 lah kan.. blaja kat mana2 pun sama, pandai x pandai, tengok rezeki masing2 jugak.. kalau ada rezeki insyaAllah peluang kerja tu dah mmg ada.. org x pandai pon, kalau dia tak henti usaha, n kalau dah mmg tertulis kat situ rezeki dia, boleh jd jutawan jugak kan ?




yg pastinya kahwin tak pernah ada dlm list aku.. opsss! hahaha saja nak sentuh psl ni sikit.. semua org pun tau jodoh tu Allah tetapkan.. sooner or later, kalau dah sampai jodoh, kau akan kahwin jugak ! hahaa so pada aku, biarlah jodoh tu dtg sendiri.. tanak susah2 cari.. tp mak aku pernah kata 'time blaja kat u nantilah baru nak cari boyfriend ke apa.. time kerja susah..' huihhh rasa mcm baru smlm je mak aku ckp kat telinga aku.. hahaa tu dia punya warning time aku skolah dulu.. :D time hati tngh berbunga-bunga dgn crush.. hahaha puppy love lah katakan.. hee skrg hati saya dah penat untuk jatuh lagi.. hehee




kesimpulannya, blaja kat mana2 pun sama (ulang ayat td :p) sekali lagi ditegaskan, orang kata, depends on rezeki masing2, yg penting usaha dan niat.. so disebabkan aku pergi membawa diri sorg2 ke perak nun, doakanlah aku dapat survive n jumpa kawan baru yay ! hahaa ntah kenapa rasa excited lain macam lol itu sahaja buat kali ini. Sekian terima kasih.



1 comment:

  1. Bella saya rasa lebih baik awk ambil dip dri matrik... ini hanya pendapat saya saja...

    ReplyDelete