Tuesday, 26 February 2013

OMSA

hey u olls ahaha menyampah. k rasa mcm nak update blog.




hmm tanpa disangka-sangka, aku terpilih jadi seki omsa. terkejut mak nak. masa mula2 dapat tau tu taktau lah nak rasa apa. mmg lah sepatutnya happy sebab berjaya dapatkan jawatan yg bukan senang nak dapat, kena interview bagai tapi masalahnya antara aku ngan lagi dua orang classmates yg apply, kenapa dorang pilih aku? -_- kesian kat dorang sbb aku isi borang bukan sebab aku nak sangat jawatan tu, just main2 je saja2 cuba. tengok2 orang lain yg beriya nak, aku yg dapat. rasa mcm hmm




apapun kena bersyukurlah sebab ni namanya rezeki. tak baik tolak rezeki (: biarlah apapun rintangannya, Allah tak duga hamba-Nya dengan ujian yg diluar kemampuan kita. setakat takde kawan, mula2 je kot. bila dah lama sikit dlm omsa maybe boleh ngam dgn AJK yg lain2. sebenarnya aku pun nak cuba jadi orang yg senang biasakan diri dgn tmpt baru, boleh interact dgn smua orang tanpa segan2 yg tak bertempat tu. malu tak bertempat tu menunjukkan betapa rendahnya keyakinan diri aku. taknak dah mcm tu.




so kata president omsa, kelebihan berada dlm organisasi omsa ni, bila nak create apa2 event nanti senang. bila dah ada pengalaman dalam omsa, at least nanti masa part 4, nak create event takdelah blur sangat. sekurangnya dah tau nak kena berurusan dgn siapa n step by step untk handle event tu. buat masa ni belum nampak lagi kepayahan jadi seki ni. tadi first meeting pun baru bahagi2 tugas ikut biro. aku under biro protokol. tapi protocol tak menonjol sangat kalau dlm informal event ni.




ramai (termasuk aku) yg kata omsa ni boring, tak banyak buat event, tak mcm fakulti2 lain yg buat mcm2 aktiviti. lpas meeting petang tadi, baru aku tau masalah sbnrnya. bukannya omsa taknak buat event, ada je event dlm perancangan tapi nak dpt kelulusan dr orang atas tu bukan senang. lepas proposal untk induksi sem lepas kena tolak, event2 lain semua tergendala. omsa tak dapat buat event lain selagi proposal tu tak diluluskan. kesian jugaklah especially dekat president. nampak dah usaha dia tu tapi nak buat mcm mana sbb org atas lagi berkuasa. nak taknak kena tunggu dengan penuh sabar. lagi satu kalau pasal nak buat trip. masalah bas. bas uitm mmg bersepah tp belum tentu lagi dia nak sponsor budak2 om ni. fakulti lain dia boleh pulak, setakat om ni apalah sangat. tringat lagi sem lepas, makan kat hotel tapi naik bas sekolah. whadde?




kesimpulannya, orang suka mengata tapi taktau apa masalah sbnrnya. seriously rasa bersalah la jugak dok mengata persatuan sendiri hahaa mcm2 problem dorang kita senang2 je complain itu ini. sabtu ni ada event, taktau lah menarik minat orang ke tak. n sebagai student jugak, aku paham, mesti ada yg complain lagi kalau buat event tp nak masuk kena bayar. teringat president cakap 'aku ni president pun, president jelah. bukan dapat gaji' hahaha mula2 gelaklah jugak dgr tp paham maksud dia tu. dia pun student jugak mcm kita2 kat bawah ni. buat event pun sikit banyak kena pakai duit. fikir logik sikit lah kan?




panjang lebar jugak aku cerita pasal omsa ni, mcm la orang2 yg sepatutnya tu akan baca benda ni and terus ubah fikiran dorang. ahh takpelah janji aku puas hahaa harapan aku, semoga sem depan ain dgn nasyitah cuba lagi apply jadi seki omsa. teman aku woi hahaha

-FIN-

Saturday, 23 February 2013

makan

hangpa kalau makan nasi pakai tangan ka pakai sudu garpu? kalau dah dok terkial-kial tu pakai tangan jelah tak payah nak eksen sangat makan cm omputih.

okay. sebenarnya tak paham dgn sesetengah orang. makan pakai tangan dia kata kita kampung. jilat jari-jemari yg berbulu dek nasi tu dia kata kita selekeh, tak senonoh dan sbgnya. makan sampai pinggan licin dia kata kita kebulur sampai tak tinggal sebutir pun nasi dlm pinggan. dorang tak tau ke tu semua sunnah Rasulullah? teringin nak kena tegur dengan org2 yg mcm ni. tahu la apa jawapan nak bagi kat dorang. kita tengok apa jawab dia (:



merapu

hey guys! long time no blogging. malas sebenarnya hahaa ni pun saja2 sebab takde benda nak buat *k yg ni tipu* BANYAK benda sebenarnya yg tak siap lagi.. stress jugak.. akhir2 ni dapat banyak assignments, luckily group assignment je so kurang sikit beban tu.. tapi tetap payah sbb bukan satu je assignmentnya -_- rasa nak balik rumah tapi duduk rumah lagi serabut.. so perhaps balik time cuti sem jelewww nampaknya. tak sabar nak balik :/ 13/4 hmm pejam celik pejam celik, balik. cuti sem nak buat apa? k belum start final dah pikir pasal cuti -_- hmm boring. dan lapar juga. kbye