Saturday, 21 November 2015

bad things do happen.

oh wow. it's been months since i last updated. last entry aku tulis masa sebelum masuk sem 3. lama bapak weyyy! banyak benda dah jadi sepanjang 2 bulan lebih dlm sem iniii. okay lah nak cerita sikit2.

The Hardship Is Real.

cabaran dan dugaan sem ni lebih dahsyat drpd sem yg lepas. kalau sem lepas aku depressed bcs i lost my father, sem ni lain pulak citenya. aku dan beberapa lagi kawan yg sekelas dulu bersetuju untuk tukar kelas. reason dia takyah la tahu. so...i thought it was as easy as it sounds. no, i was totally wrong. first, dapat classmates baru aka budak2 penerapan yg agak skema dan lain drpd yg lain. dorang mcm...it's hard to explain tp attitude dorang mmg semacam lah and agak nyebelin *pada awalnya* next, disebabkan hanya masuk kelas 10 minit lambat, aku dan kwn2 dimalukan di hdpn kelas. itulah permulaannya. aku dan kwn2 yg dimalukan tu terus drop that course. tak pernah dlm hidup aku, sepanjang sekolah atau diploma bertahun-tahun, ada masalah dengan pensyarah sampai drop course bagai. this is serious matter so aku agak kecut jugaklah time tu. bila jumpa koordinator program, he suggested us to just drop the course and extend the sem. ya Allah...the word extend tu sendiri dah menggerunkan. of course la we were not giving up. so kitorang tarik satu subjek sem dpn ke sem ni. ingatkan boleh settle gitu je. no. kena cari kelas yg tak clash dgn jadual dlm sistem supaya boleh daftar course yg ditarik tu. Allah...masih terasa peritnya semua tu bila diingat balik. pendek cerita, sampai tak boleh rasa senang langsung lah. sebabnya bila dah senang dan lega tu sebenarnya masih ada benda buruk yg menanti untuk terjah. lesson learned.




Rumah Sewa.

i never agreed to the fact that staying together with your classmates is fun. never ever. sebabnya dah merasa. bukan nak cakap aku baik tapi AT LEAST im better than them. meh sini nak share some rules yang simple tp mungkin setengah orang anggap remeh.

1. bila dah serumah, jangan berkira. unless kalau kau sewa bilik sahaja.
2. tolong jangan guna air dan elektrik sesuka hati mcm kau sorang je yg bayar bil.
3. basuh pinggan mangkuk cawan dll bila dah guna. jangan ingat ada org lain yg nak basuhkan.
4. take turn cuci toilet. guna tahu, cuci malas. please jangan selfish.
5. kalau ada housemate yg bawa kereta/motor, jangan la take advantage. tumpang bayar la duit minyak. jangan buat dia mcm driver tak berbayar kau, call bila diperlukan, just don't.
6. jangan makan/habiskan makanan orang sesuka hati kau lagi2 tanpa izin. tahu hukum kan?
7. peti sejuk bukan kau sorang je guna so please limitkan mknn yang nak disejukkan tu.
8. sampah jangan biar sampai berulat. agak2 dah penuh tu ganti la. jangan tunggu orang lain buat.
9. kain baju di ampaian kalau dah kering pandai2 la angkat. you're not the only one doing the laundry.
10. saling menegur mana yg salah. jangan sikit2 nak tarik muka. boleh cari rumah lain la kalau gitu.

mungkin tu semua nampak kecik je tapi benda2 kecik nilah yang boleh menimbulkan masalah kat orang lain dlm rumah tu. all you need is consideration.




Family Loss

okay this one is unexpected. ajal maut Allah je yang tahu. my mum's cousin aka my uncle has passed away on friday, 23/10/15. sakitnya lebih kurang sama dgn arwah ayah. also was submitted to the same hospital, same icu. friday tu patutnya aku kena join program wajib yang aku dah skip sem lepas. couldn't help it, last semester tak pergi bcs beberapa hari sebelum tu ayah pergi. this time my uncle pulak. takkan la aku nak bercamping while my family tengah berkabung. so my reason is accepted by the lecturer. but still kena pergilah kem tu sem depan. adoyai




Jerebu & Banjir

as we all know, masa jerebu haritu Shah Alam punya bacaan ipu paling tinggi. and of course it affected puncak alam jugak. banyak jugaklah kelas cancel and kelas ganti. and sekarang datang musim tengkujuh, who would know PUNCAK alam boleh banjir teruk sampai masuk berita. aku duduk fasa 3 so tak affect sangat, alhamdulillah. tapi yang paling teruk ialah fasa 2 sebab air naik sampai paras paha. kesian rumah sewa student yang kena tu. ada jugak yang tak dapat balik ke rumah sewa memasing sbb jalan ditutup, kete takleh lalu. even bus pun takleh gerak. dalam situation mcm tu nampaklah warga puncak alam saling membantu dan sangat prihatin. hari isnin banyak kelas cancel sebab depan mcd near uitm air masih tak surut so takleh lalu. bahagia betul aku tidur haritu hahaha sistem perparitan dekat puncak alam memang zero. gambar jerebu dan banjir boleh pergi cari sendiri ya.




itulah sedikit sebanyak yang berlaku sepanjang sem ni hahaa semoga berjumpa lagi dlm next entry.