Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Monday, 3 August 2015

Degree life.

hello. sebulan lebih jugaklah kan tak update blog ni. blogging ni requires time and effort. kadang2 tu dah ada isi tapi malas. kadang2 tengah rajin nak update tapi taktau nak cerita apa. ha tengok belum apa2 mukadimah dah merapu.


black | Tumblr


okay since aku ni boleh dikatakan freshie dekat uitm tu, nak cerita sikitlah life aku sebagai degree student. dulu lecturer aku masa diploma pernah cakap, antara diploma, degree, master and phd, degree lah yang paling susah dlm level of study tu. dan memang betul. separuh nyawa jugaklah aku nak menghabiskan satu sem ni *hiperbola*




since aku student penerapan, aku terus masuk ke sem 2. jujur aku malas nak cerita, tapi berniat nak kongsi kesengsaraan yg aku hadapi sem ni T.T aku ambek kos human resource (hr) patutnya 3 tahun tp aku student penerapan yg masuk dari diploma and daripada kos under fakulti yg sama so dptlah buat credit transfer. masa sblm apply kos ni aku cuak jugak sbb orang kata kos ni meluas so macam2 benda akan dipelajari. tapi ramai kata kos ni banyak peluang kerja so aku pun terpengaruh dgn bisikan2 mereka *salahkan orang pulak*

setelah buat credit transfer masa awal2 sem, dapatlah aku drop beberapa subjek yg dah belajar masa diploma dulu termasuklah koko. bila tengok balik, takdelah banyak mana pun subjek yg kena drop tu. patutnya sem 2 aku ambek lima subjek je. tapi sebab ada dua subjek sem 1 yg tak dpt drop, kena la bawak subjek2 tu ke sem 2 making it 7 subjects for semester 2. 7 subjects for a sem sounds normal but 7 tough papers for a final exam is insane. mungkin itulah yg paling membunuh aku sem ni.

let me tell you, kalau diploma dulu semua benda lecturer suap, tidak lagi masa degree. for example, dulu assignment, lecturer bagi guideline and dia akan terangkan apa kena buat, mcm mana nak buat. degree ni, dia senyap for some quite time, suddenly dia tanya, okay mcm mana dgn progress assignment awak? how is the group project so far? and student pun huh? hah? apa dia? assignment apa? thats normal i guess untuk typical student. untuk student yg concern benda mcm ni takkan terjadi because they have initiative untuk ambil tahu segala benda. mcm aku, my group members semua tahu ada group assignment tp biasa lah, buat last minute. but i was kinda shock jugak sbnrnya bila lecturer tu sergah tanya pasal assignment. not used to it, just yet. tp tak semua lecturer begitu ya.


kalau hujan kat palam mmg sedap la tidur Zzz

bila dah tahu ada banyak subjek dan nak kena cover banyak chapters, pandai2 lah rajinkan diri untuk study and buat revision. sila jangan jadi macam aku yang balik2 kelas terus landing atas katil, main hp dan tidur. thats so not good for a degree student. aku banyak buang masa. i thought aku akan survive mcm mana masa diploma aku buang masa tp still boleh catch up. no, not for degree life, don't do it.




hujung2 sem adalah masa yang paling sesak, rumit, kelam kabut dan serabut untuk student sebab time tu lah nak kena submit assignments, group projects, time tulah lecturer kau nak buat test, quiz dan sebagainya. jenis yang suka tangguh and buat last minit tu mohon pandai mengendalikan stress sebab berani buat berani tanggung lah kan. kalau taknak jadi gila, buatlah assignment anda awal2 sebab tak kira lah kau kos apa, hujung sem adalah waktu paling serabut. macam aku haritu ntah berapa assignment and take home tests aku buat serentak sbb kesuntukan masa. padan mukalah siapa suruh tangguh kerja kan. aku sampai nak menangis nak menjerit nak semuanya lah.


baby dont cry :(
lebih kurang ceni lah aku time tu

final lagi seronok, orang lain dah nak habis paper kitorang baru nak mula :') last paper aku, 5 hari sebelum raya. memang balik kl tak rasa mcm nak raya sebab lama terperuk kat palam tu mereput. habis je sem memang aku lupa terus pasal segala penderitaan dan kesengsaraan aku sepanjang menempuh sem 2 ni. taknak ingat dah. heaven is all mine bila sampai rumah.


-

Friday, 9 May 2014

lessons learned.

after a month and a week menghilangkan diri dari dunia blogger, terpanggil jugak aku untuk menulis. rindu. jari2 aku rindu nak main dgn keyboard hahaa sekarang ni dak2 diploma tgh sem break. sebelum cuti kemain plan nak buat itu ini, dah cuti? mcm biasalah. lifeless, nak kerja malas. it's May 9th, hari keluarnya result final exam. semua orang dapat via email but this time aku tunggu punya tunggu, tak muncul2 result kat yahoo aku. aihhh nak kata tak buat exit survey, dah complete semua. rupanya bkn aku sorang je yg tak dapat2. ada yg lagi lambat dr aku. let's recall to the final exam week.




sem 4 kitorang diuji dgn gap yg lama gila bapak. orang lain dah jawab 2-3 paper, kitorang baru nak start first paper. tp semua tu we took positively sbb walaupun dua paper je, hardcore woi subjectnya. long story short, 2 minggu jugak la aku kat umah sementara tunggu paper eco. lepas paper eco sempat berjoli kat tambun. then whilst waiting for last paper tu, boleh demam pulak. mula2 ingat sakit tekak biasa je. lama2 perit je rasa sampai aku stop study. dah nak give up dah sbb apa aku study semua tak masuk. nasib baik ada rumet tersayang yg caring sgt3, dia yg belikan ubat selsema sbb hidung aku tak henti2 berair sampai nak solat pun terfikir-fikir nak sumbat tisu dlm lubang hidung. ob mmg study last minute gila, dah la banyak nak kena baca aduh.




habis semua paper, aku dah pasrah je dgn apa pun keputusan nanti. aku banyak main2 sem ni, lagi2 untuk subjek eco. masa balik dr tambun siap dapat call dr ketua koordinator, dia kata lecturer eco cakap yg aku tak submit assignment lagi. that was the first time ever in my life, dapat call dr ketua koordinator. serious rasa mcm budak jahat time tu hahaha mmg betul aku buat 1/5 je assignment and i didnt care at all sbb dah malas sgt. last2 buat jugak sbb carrymark mcm nokharom betei tak lepas separuh pun. time tu baru la gelabah kan. firasat aku kuat sangat kata yg sem ni takde peluang nak dekan lagi mcm previous sems. cubalah jugak nak pk positive tp selalunya firasat aku betul.




so...that's it. tak dapat deans list sem 4. sayang je weh lagi dua sem, tak merasa la aku anc. takpelah, kata mak aku, janji lulus semua. aku ingat aku nangis, tapi tak pun, ntah. rasa kosong. maybe sbb eco aku lulus, lebih dr target. mmg inilah yg selayaknya untuk aku. lain kali take it serious when it comes to your studies. lessons learned.

Saturday, 28 September 2013

Final Exam datang lagi...

hello guysss! miss me? hahaa acah2 the conjuring lak en. hmm sekarang ni budak2 diploma uitm tengah berada dlm mode final exam. final aku sem ni ada 5 paper and sekarang tgh menanti paper kedua, ahad ni iaitu subjek csc, the toughest subject for this semmm! csc tu stands for computer and information processing laa. dah la sampai 9 chapter, pastu semuanya fakta. kalau jwb ikut logik time exam nanti mmg alamatnya result pun ikut logik gak kahkah bagus sangat




paper bel dah lepas yehoo untuk yg tktau bel tu english language tapi lain sem lain kod dia. semakin senior semakin susahla cite dia. rumet aku yg lain semua sem ni last ambek bel. course aku ngan akaun kalau tak salah kena ambek sampai part akhir ayoyo ni kalau dah grad english tunggang langgang gak taktau ah aku. sem ni first time aku tak kua awai time exam bel haa 3 jam tau dok dlm hall tu sampai biru2 kuku aku tahan sejuk.




paper ctu lagi satu hal. aku lemah toi ah kalau subjek membaca ni -_- sem ni lain kos lain ctu nya. mcm om ctu nya islam dan pengurusan. dah nama om mesti ah ada kaitan ngn management kan. lau cm rumet aku dorang punya seni bina islam lah islam dan sains teknologi lah. ikut kos lah. tp aku rasa aku punya ctu lagi senang kot :3 rasa je.




lepas tu paper record haaa yg ni hampir saja aku give up lepas dah fail kuiz 1 haritu -_- tp puan zakiah yg comel cakap, "yg tak lulus tu jngn sedih2, cuba lagi tingkatkan. tengok balik mana yg tak kena tu" setepek kena kat muka ni sbb dia ckp tu betul2 lepas dia bagi paper aku -_- alhamdulillah kuiz 2 aku lulus :D yelah walaupun markah tak tinggi mcm dorang2 yang *cough* lain*cough* tu... last paper is ipc which stands for interpersonal communication. aku suka sangat subjek ni. nak jwb pun boleh ikut logik je. lecturer ajar paham, kalau baca nota pun senang je nak ingat. perhaps this is my fav subject for this sem selain note taking hehee




puas dah membebel pasal subject final. now iolss nak kongsi sikit dgn uolss tips atau cara nak menghadap final exam ni dgn relax tanpa gelabah dan resah gelisah ecewah bajet pakar motivasi lak en. cara aku simple je and tak seberapa pun kalau nak banding ngan tips2 yg kat blog lain yg lagi gempak and bombastik tuh.




ni betul2 cara aku stiap kali final exam. first of all, mestilah tengok jadual exam kahkah lepas tu check lah paper ni bila paper tu bila n balik bila -_- masa gap antara 2 paper tu plan lah nak study apa, dr chap apa sampai chap mana, kalau boleh buat jadual bagi sistematik sikit. mcm aku buat jadual dlm kepala je hahaa then mcm yg aku ckp, aku jenis yg suka study last minute. mula2 aku akan main game dulu, bosan tukar game lain sampai tido pukul 2-3 pagi lah jugak kdg2 tu. masa lecture week ke apa mmg aku jarang2 nak sentuh game ni, tgk movie pun sekerat je sbb aku slalu rasa ada je benda yg tak siap lagi padahal tetap je procrastinate -.- tapi lepas main game tu aku dptlah kesedaran, hidayah dan petunjuk untk study.




study ni lain orang lain cara. cara aku hampeh sikit. datang je mood study setebal-tebal buku aku boleh baca, rasa mcm seronok. kadang2 rasa tepu sangat aku baca handout atau slide je sbb simple kan tapi tak berapa complete lah. perlukan buku jugak. and jawab paper2 past sem adalah suatu kewajipan ye anak2. yg ni biasa kan semua orang buat. bila bosan buat past sem, aku baca buku balik, bosan lagi baca slide pulak haa cemtulah cara study mcm lalang hahaha mmg betul2 ikut mood. tp pastikan sebelum start study tu baca doa penerang hati, doa and niat baik2 dlm hati ye




malam sebelum exam ataupun aku slalu buat pagi nak exam tu, aku akan text mak aku. mak je, ayah tak. kenapa? ayah slalu dah call aku, slalu dah dengar suara ayah tp suara mak aku jarang2 sbb kadang2 dia busy masak kat dapur. so once ayah call time nak dekat final tu aku terus bagitau exam start bila, ada berapa paper, habis bila, paper senang ke susah. tapi kalau mak aku, setiap pagi atau beberapa minit nak masuk exam hall aku akan text "ma, harini akak ada exam dari pukul xx sampai xx. doakan tau" dan mak aku akan balas either "ok mama doakan" atau "ok goodluck. buat yg terbaik" bila baca tu hati anak mana yang tak tenang kan cuba cakap kat aku. gitulah dia kalau sem ni 5 paper, 5 kali setiap nak masuk exam hall lah aku text mak aku hehee apalah sangat kan kalau nak text or call mak ayah kita minta didoakan. better drpd hampa tergedik-gedik suruh bf/gf wish *no offence*




suruh mak doakan tapi takde usaha semua tu sia2 je. kenalah berusaha dulu kan baru tawakal. masa final exam week ni pun kena rajin2 buat solat sunat sekurang-kurangnya solat sunat hajat. masa nak spm n pmr dulu kan skolah slalu buat solat hajat rmai2. why not buat masa kita nak exam kat u pulak kan? bukan susah pun. kalau time lecture week tu bolehlah kata takde masa, banyak kerja, busy dan sbagainya. time exam week ni kau kata takde masa? aku hempuk kau ngan peti ais kang. otp dgn bf/gf berjam2 boleh, solat 5 minit pun berkira. marah ni hahaa hajatkanlah benda yg baik2. dilapangkan dada, dipermudahkan urusan, ditenangkan jiwa, dipermudahkan soalan exam tu, jangan lupa doakan mak ayah kita jugak. lepas solat tu insyaAllah hati rasa tenang je, nak study pun rasa mcm best je.


if this happens to you, ignore them for your sake

waktu study aku tak tetap. kadang2 pukul 12tengahari tu pun aku boleh bukak buku. pukul 3 time orang tengah syok tido petang. nak dekat maghrib tu bergelap-gelap ngadap buku. tengok mood akulah. tp orang kata selalunya study antara 12 tgh malam ke atas lagi senang nak masuk. hmm betul lah jugak kot. sbb time tu sunyi, aman je nak study apa pun semua masuk. pandai2 lah pilih waktu study yg sesuai asalkan apa yg korang study tu tak masuk telinga kanan kua telinga kiri, eh?




time study biasa dengar lagu? most of the time kalau study mesti earphone lekat kat telinga aku walaupun kadang2 tak bukak lagu pun hahaa ntahlah maybe as a sign yg aku taknak communicate dgn org sekeliling masa tgh study. tp mmg betul pun, rumet aku akan tulis kat kertas kalau nak ckp ngan aku sbb dia ingat aku tak dgr kalau dia cakap. padahal aku dengar je -.- hmm kalau dgr lagu time study boleh masuk ke apa yg distudy tu? kalau korang layan lagu tu ikut nyanyi skali mmg sah2 la tak tumpu kat apa yg korang study tu kan. tp mungkin jugak lagu tu boleh mmbantu untuk ingat mende yg kita blaja tu. eh ntahlah




next isss, mindset. fikir positif je selalu walaupun korang tau dah kesudahannya. remember that miracles do happen. semua keputusan Allah yang tentukan. kalau dah sepanjang masa kata 'eh aku rasa fail lah subjek ni', 'hmm repeatlah kot next sem', 'susahlah subjek ni. kau pandai bolehlah' mmg jadi kenyataan lah ia dan padanlah muka kauorang. why not gantikan dgn 'hmm mmg susah, tp insyaAllah aku boleh buat', 'rasa mcm takleh buatlah tadi, takpa dah cuba yg terbaik', instead of saying 'mesti fail' says 'insyaAllah pass'. senang kan? again, semua tu takde pape tanpa usaha. prinsip aku, tak rasa fail, tak rasa lah nikmat berjaya. yg berjaya hasil meniru, menipu dan yg sewaktu dgnnya, semua tu tak menjamin apa2 -.- someday korang akan menyesal. yg slalu berusaha tp masih tak temu kejayaan, jgn risau. Allah simpan surprise untuk korang. doa banyak2 ok? (:




set target for each subject and jangan target terlampau rendah, jangan lak tinggi sangat. yg korang rasa mampu. sebab tu aku slalu ternanti-nanti carrymark aku. senang aku nak kira2, nak tau kena score banyak mana untk final barulah aku boleh study demi mencapai target aku tu. kalau takde target, takde goal, korang mcm takde matlamat tau. benda ni nmpk cam remeh, tp sebenarnya sgt membantu. ikut suka lu lah kan hahaa ps: orang yg taknak tau carrymark tu last2 dia sibuk gak nak tau carry mark orang lain :p oleh itu kalau xnak nmpk cm penyibuk sgt, kita kisah dulu psl carrymark kita pastu barulah syok nak tanya carrymark org lain hahaha




hmm apalagi eh alaa mcm dah panjang je malas lak nak sambung hahaa sampai sini je kot tipsnya kahkah kalau rasa cara korang lagi berkesan, sharing is caring. ni cara paling sempoi aku rasa. study serious sangat nak kemana kak? hahaa kadang2 orang kata, dah study betul2 dah doa banyak2 pun result tetap mcm tu jugak, ada yg lagi turun. hmm kalau yg tu, adalah tu yg silap kat mana2. mungkin kita ni ada berdendam dgn orang, musuh dgn orang ni orang tu, busuk hati, dengki. penyakit2 hati ni bahaya dooo cemburu yg positif takpa contoh, aku mmg tak puas hati gila dgn classmate aku 2 orang yg dekan kemain tinggi pointernya. dlm diam aku perhati kelemahan dorang, kat situ aku score. lain2 subject tu aku cuba beat. tak seronok bila belajar takde saingan. ada saingan barulah semangat nak blaja, nak potong dorang kan? hahaa lagi satu, blaja ni hmm tak perlu menunjuk kot. diam2 sudah. tak perlu canang kat smua orang yg ko tgh study ni study tu, takut hasilnya tak kemana ha kan sendiri yg malu? biar jadi ubi, diam2 berisi drpd tin kosong. bising tp takde isi. jngn jadi diam2 besi berkarat pulak hahaa oklah dah panjang sangat ni, takut bosan lak org baca. yg baca sampai habis tu tahniah ye anda berjaya sampai ke peringkat ni dan aku doakan korang berjaya dunia akhirat hahaha zaijian (jumpa lagi)!




fnmd

Monday, 22 April 2013

read and absorb

hiiiiiii. tadi aku terjumpa satu blog ni. pink semuanya. tapi cute, kemas and sangat attractive. yang buat aku terkejut sangat, pemilik blog tu rupa2nya baru nak ambil upsr tahun ni, tahun ni! bayangkan aku sendiri pun buat blog masa form 5. budak tu start blogging masa hujung tahun 2011 which means dia masih berumur 10 tahun. cara dia menulis dalam blog tu, cerita dia, sangat menggambarkan yang dia sebenarnya sorang budak yg cerdik, tak macam budak sekolah rendah pun. alahai budak2 sekarang ni kadang2 buat aku rasa jealous. yalah, dulu aku takde blog2 ni, fb twitter apa semua. skrang ni budak 7 tahun pun dah pandai pakai ipad bagai, sedangkan aku dulu dapat handset masa darjah 6 gitu, tu pun lepas dah merayu-rayu kat ayah, dapatlah seketul samsung yg akhirnya tak sampai 2 tahun dikebas pencuri yg pecah masuk rumah aku beberapa tahun dulu. oh lupakan yg tu, aku baca jugak satu cerpen kat blog budak ni, taktau dia yg karang atau ambil dari mana2 tapi sangat sweet ceritanya. harap cerita aku pun macam tu hehehe ni link dia -> click cepat!




tadi check nama aku, alhamdulillah masih berpeluang stay kat kolej. payah kalau duduk luar weh. nak ulang-alik dr uitm ke rumah sewa. uih tak sanggup. tu pun ada jugak yg dengan rela hati nak duduk luar. tak paham aku. and sekarang sangat tak sabar menanti result final exam. jangan salah paham, bukan nak kata yg aku ni pandai sangat sampai tak sabar nak tau result padahal orang lain tengah cuak takut dan sebagainya nak tengok result. aku pun cuak jugak macam korang semua. aku tak confident, tak sure kalau aku dapat kekalkan pointer aku yg lepas sebab aku rasa exam kali ni lagi teruk dan susah kalau nak banding dengan exam sem lepas. lagi2 lepas aku dapat mimpi buruk, aku mimpi pointer aku jatuh gila2 sampai aku rasa down, menangis sebab aku rasa aku dah kecewakan parents aku walaupun aku tau dorang tak kisah sebab dorang tau aku dah cuba yg terbaik. bangun dari tidur aku mengucap syukur gila2 sebab tu semua just mimpi. dah la masa aku mimpi tu, aku bangun pada hari aku nak exam subjek yg terakhir, maksudnya aku sorang2 je dalam bilik tu, takde orang untuk aku kongsikan cerita sampailah aku cerita kat sini. sejak dari hari tu otak aku tak dapat henti dari asyik fikirkan pasal result exam yg dengar2nya keluar 10hb depan. aku dah bagitau mak aku awal2 yg aku tak yakin aku dapat kekalkan pointer macam sem lepas. aku tersentuh sangat bila mak aku cakap; takpelah. buat setakat yg mampu jelah. tak kisahlah dapat berapa pun kak. tak dekan pun takpe. dia taktau hanya tu je cara aku nak buat dia bangga, buat dia rasa dia ada anak yang boleh diharap.




so dah terang benderang alasan aku nak tau result exam secepat mungkin kan? kalau borak dengan member sekarang ni mesti semuanya akan kata 'takut result exam teruk', 'taknak tengok result exam'. dulu aku pun mcm tu tapi sampai bila nak pegang pemikiran yg macam tu? sampai bila nak kata 'taknak' kat sesuatu benda yg dah pasti2nya akan terjadi jugak? haa dah2 la tu. yang penting kita dah cuba. seteruk mana pun nanti tu semua ujian Allah kat kita, Dia nak uji kita punya usaha ni tinggi tahap mana. tak ada gagal, tak ada lah kejayaan. pasrah je okay? memang kadang2 kebenaran tu menyakitkan, tapi penantian tu juga sangat menyeksakan. but




p/s: taktau lah sejak bila aku pandai main dengan kata2 motivasi ni tapi harap dapat kurangkan rasa down dlm diri korang tu. hee 

Sunday, 24 March 2013

Final Exam is Around the Corner

hello pretty ladies and gentlemen.




next week i'm gonna sit for my final exams. first paper is BBM110 which stands for Bahasa Melayu Pengurusan Pejabat. bunyi macam senang tapi membunuh wooo. teks ucapan sahaja dah 60 markah haaa.  dah la haritu aku siap mimpi dapat B untuk subjek ni. belum start exam dah dapat result ikut mimpi. dah la B, cuba lah bagi A ke A+ ke haih -_- next subject is CTU151 (agama lah) ni lagi lah buku pun aku tak beli, tumpang2 orang punya. last sem aku tak beli gak, hafazan n bacaan pun tak buat so dapat lah B sejibik tepat ke muka. this sem aku buat bacaan n hafazan so maybe ada harapan nak naik B ke B+ mungkin?




oh sem ni banyak subjek membaca yg sangat mentepukan kepala hotak aku. aku lagi rela main kira2 kot walaupun tak lah genius macam adi putra tu. 1+3 pun aku kira pakai kalkulator tau haaa kau hade? and sem ni aku nak dekan so tolong lah doakan aku, semoga Allah berikan kejayaan kat korang jugak, Amin. dan aku akan cuba pekakkan telinga kat suara2 sumbang yg menghasut aku supaya takyah study. semua tu syaitonnn. tp kadang2 aku pun jadi setan gak bila tengok orang belajar kah3 :P




sekarang aku kat rumah aku. tak start study lagi, baru habis download nota ctu dari scribd mwahaha walaupun tak beli buku at least aku ada effort jugak lah nak study drpd yg beli buku tebal2 tp simpan buat kenangan terindah. cakap orang tp aku pun sama je 2x6=sedozen.




kelas aku skrg mcm da berantakan. orang sana mengata orang sini, orang sini mengata orang sinun. siap nak pindah kelas bagai next sem. tak paham aku. kita masuk u nak belajar, bukan nak berperang. kalau mulut dijaga, attitude dipelihara confirm tak jadi masalah. aku malas nak terlibat dengan perang dunia keempat ni so aku buat je hal aku, aku kwan ngan smua orang, senyum dgn semua orang walaupun ada tu kadang2 dengki, mulut sedap memerli tanpa menghiraukan perasaan dan hati aku yg comel ni. tapi disebabkan taknak cari musuh, kita tahan jelah, senyum sokmo k? (:




kadang2 aku rasa akulah orang yg paling matang dlm kelas tu (ceh perasan pulak dah) kesimpulannya, lebih baik diam 1k bahasa drpd berkata-kata tp taktau apa yg ko kata tu lagi2 kalau benda tu buat orang tersinggung haaa mmg cari musuh la kau. belajar la jadi matang, umur semakin meningkat, perangai tu jangan mcm budak2 sekolah. aku pun tak perfect, takde manusia yg perfect dlm dunia ni. eiii geli pulak aku tiba2 bagi ceramah kat sini -,- k apa2 hal sama2 lah kita ubah diri jadi yg terbaik.


Friday, 31 August 2012

Eidulfitri 2012 (:

mcm biasa, kalau da tido lambat, bangun lambat. biasanya slagi tak kena teriak ngan mak aku, tak kena tepuk tampar kat kaki mmg aku takan bangun.. so pagi tuh bangun terus mandi sbb for sure akan ada org dtg raya.. da mandi pakai baju raya, eii gelinya baju raya.. bahasa mcm budak2 plak en hahaa pastu isi perut, mcm2 ada pagi tu, lemang, ketupat palas, nasi impit, rendang apa smua tp mi goreng jugak yg aku mkn hahaha tak brapa minat ah benda tu smua unless kalau mak aku buat kuah kacang, hmm nyumnyum :I




dlm kol 12pm cmtu kan, family paksu H dtg hihihi <"; raya kali ni dia hensem gilahhh weh! dia pakai spec kayak zayn pakai mcm kat background blog aku ni wehee! pastu benda aku plg tak suka, kena salam smua org.. da expect da apa yg dorg akan tanya.. 'mcm mana blaja kat U? okay?' 'mcm mana belaja?' 'best blaja u?' wah mcm2! tp seronok and ada la a bit prasaan bangga tuu.. yg plg penting duit raya! muehehe dlm sehari pndptn aku ada laa dlm rm***.. hee rahsia :p pastu sgt kebetulan, ada yg dtg beraya tu satu kampus plak ngan aku.. bezanya dia part 2, aku part 1, dia kolej cempaka sari, aku pasir salak.. wow kebtulan sangat.. fakulti pon dkat2 sbb dia amek account.. time tu jugak tros amek num dia, yelah manatau bleh balik sama nanti *bak kata mak ngan nenek aku -.-




da ptg2 sikit bila dah takde org dtg baru lah family kitorg plak yg kua beraya.. mula2 pegi rumah adik atuk aku.. this year dia buat tomyam hahaa :I




n tiap2 taon mesti pegi mlawat satu tmpt ni, dipanggil cabin sbb tmpt tu mcm untk lepak2 je, bkn untk mnginap. ntah lah aku pon taktau detail. n kat situ ada satu kolam, eh dua kolam, ada ikan! hahaa ikan keli, ikan merah, lampam, puyu, talapia haa banyak betul.. so paklang, pakcik, paksu, adik2 n cousins aku smua smangat mmancing. aku sorg je pompuan yg join dorg tahu? t__t







dlm sehari tu ada la dlm 3buah rumah kitorg pegi.. pegi braya ni mmg tak sah klau tak ngantuk sbb org tua je yg borak lebih lg2 kalau kita takde geng en, lagi laa -_- esoknya plak baru lah pegi raya umah paksu H hewhew :> dia pakai baju hitam ngan sluar hawaii o__o k this year takde lg laksa sarawak.. huh nasib baik, klau x mmg aku x mkn laa -_- then bleh plak kakak paksu H, hihi dia soh panggil dia mak nina tp aku da tbiasa panggil cik nina dr kecik, haa dia confused, dia ingt aku still keje lg yelaa sbb kat fb kan ada lg ppj dlm profile aku hahah lawak je


mak paksu H bagi :>

and and, cousin mak aku, kita panggil dia paklang Aboy haa dia kannn mcm abg Awiii hahaha da lah tinggi, lembut2 je orangnya hahaha klakar tau org mcm tuu :D n time nak balik, lpas salam paklang D (also my mum's cousin a.k.a abg paksu H :>) dia ckp 'tingginyo kau Farah! takyah la pakai kasut tinggi2' hahaa again buat aku gelak.. kasut aku satu inci je kot lol tp setinggi-tinggi aku, adik aku yg form four, dekwan lg dpt phatian ramai.. smpai ada chinese yg ingt dia da kawen! hahahaha xD padan muka xp lpas blah dr umah tokngah, we moves to rumah makngah.. haa kat situ ada yg sebaya tp dia terperap kat dlm bilik je plak -_- and kitorg dpt lah mlawat mak makngah yg half-stroke akibat jatuh kat bilik air.. kesian sgt tengok /: pakcik aku plak jalan bertongkat sbb accident.. haih mcm2




smpai ke mlm still ada org dtg rumah.. masuk raya ketiga je da kureng.. duduk rumah je takgi memana.. mmg sgt boring laa.. sampai la rabu which the day kitorg balik kl.. khamis tak g memana, bngn pun kol 4ptg -,-" jumaat tu baru lah kua ngan GGM, beraya sakan :D sonok sangat! hahaa kitorg g 5buah rumah n end our day kat klfc..




kesimpulannya, raya taon ni agak hambar, tp tetap bsyukur sbb still dpt sambut raya.. and and and the most important, duit raya aku plg bnyk hahaha *evil laugh tp tak syok jugak sbb duit tu bkn untk g shopping ke beli benda ngarut2 -,- awal2 lg aku da save kat akaun asb tetap sbb takut habis je karang kalau aku pegang smua muahaha :p so istilah raya tu benti takat tu je buat siswa siswi sbb kena balik kampus n study for upcoming test and final exams woo menyampah!




p/s: mum's birthday on 24/08 . . the number '24' automatically reminded me to AJ :/

Wednesday, 24 August 2011

LoLoLo

emm today aku rasa nak update blog wlaupon xtaw nak cite apa.. hahaa ttibe rasa rindu kat blog... oh myyy 'Bella Boleh Blah' .. miss u so much.. do you feel the same way too? hahaa sewel dah aku ni.. hari ni sngt mngantuk disebabkan asek mngadap kertas putih yg mngandungi soalan2 yg memeningkan kpala aku yg mmg sedia pening nih.. (ayat keling) bio,addmath dan juga psk+pjk yg xde kaitan dgn spm.. =,= buang masa je.. however, hrap xde yg fail psk lg kali ni.. even td ade org tu, tido smpai habis masa dan satu soalan pon dia x jwb lg.. apaponxblehlahkau

alahai~ puasa nak habis dahhh.. sedihnye.. rasa hambar je ramadhan kali ni.. lg2 ngn nak spm.. raya mmg tak ahh.. kalau beraya sakan nnti takut buat naya plak.. naik cuti je tros trial.. perghhh aku cite psl ni lg.. kecut perut dah.. soalan td pon tekial2 jwb.. inikan lg trial, syllabus 2taon pnye.. huh nak xnak hidup perlu diteruskan..

korang balik kmpung tak raya ni? aku taw ade yg balik, ade yg x.. nak spm punye psl kan.. takut terover plak bila balik kmpng.. so decide nak raya kat KL n study situ diam2.. aku nk xnk mmg dah wajib balik.. amboi xkan aku nk tinggal sorg kat KL nih.. sminggu weh.. so sabtu ni btolak, bkn jaoh pon.. negeri9.. lau nak raya, dijemputlah.. lg2 yg dah mmg dekat tu.. tp aku ase xyah ar susah2 dtg.. bek korg study je.. kirim2 slm suda ye..

n now, tanah aku x cukup untuk tmbh bngunn baru.. korg mesti xphm mnde aku cite ni.. hahaa cityville la.. gila btol aku ngn mnde tu.. terok enn? tp skrg aku dah kurg2kan jenguk city aku tu.. huhuu tp aku tngok dyandie tu asek on je city dia.. taw ar pandai en... =_= apapondiableh

okay,kol 4 nnti aku nak g tusyen.. mlm xde teman deh.. lgpon bleh g trawih mlm2 trakhir ni.. huhuu bpe hari je aku dpt kot.. okay lah.. semoga bjumpa.. assalamualaikum

Monday, 9 May 2011

Examination with Last Minute Preparation

haiyoo... nilah akibat study last minute. hancur! sejarah yg paling syok..baca lain kuar lain..apa yg pasti, redha jea ngn result nanti..bi td pon sama gak..ntah hape aku ngarut..grammar dah memang serabut..harap2 teacher x pening baca essay aku..hahaa..ni pon sempat lagi nak on9 padahal masa yg ada ni boleh diisi dgn study..cehh..macam la aku akan buat cemtu..btw aku harap result aku nanti meningkat even 1 markah sekalipon..janji menaik ..k la, nak g study..hahaa bajet je..kbye

Wednesday, 4 May 2011

Diagnostik buat aku gila!

haluuu...aku tengah cuak ni..sedar tak sedar dah masuk May..ayoyoo..sumpah aku cakap aku memang tak start study lagi..entah kenapa la rasa malas sesaje..wake up fara! wake up! tinggal lagi berapa hari je untuk aku buat revision..boleh masuk ke? hmm..tp aku memang suka study last minit punn..ini la perangai aku yg tak bagus..bila dah mula exam, memang mampu pasrah jela dgn result nanti..ni baru Diagnostik..belum lagi SPM ..huhh ! kenapa la aku mention benda ni...kan da gelabah memasal..dah la exam start hari sabtu yo..nak tak nak terpaksa la melangkahkan kaki ke sekolah untuk menjawab paper sejarah yg menjadi favourite ramai..heh
btw, lupa lak nak cite pasal date sabtu ni..emm,,ada apa ngan 7 May ni ekk ? Is there something special? hanya org tu je yg tahu..hehee kbye.