Showing posts with label subjects. Show all posts
Showing posts with label subjects. Show all posts

Saturday, 28 September 2013

Final Exam datang lagi...

hello guysss! miss me? hahaa acah2 the conjuring lak en. hmm sekarang ni budak2 diploma uitm tengah berada dlm mode final exam. final aku sem ni ada 5 paper and sekarang tgh menanti paper kedua, ahad ni iaitu subjek csc, the toughest subject for this semmm! csc tu stands for computer and information processing laa. dah la sampai 9 chapter, pastu semuanya fakta. kalau jwb ikut logik time exam nanti mmg alamatnya result pun ikut logik gak kahkah bagus sangat




paper bel dah lepas yehoo untuk yg tktau bel tu english language tapi lain sem lain kod dia. semakin senior semakin susahla cite dia. rumet aku yg lain semua sem ni last ambek bel. course aku ngan akaun kalau tak salah kena ambek sampai part akhir ayoyo ni kalau dah grad english tunggang langgang gak taktau ah aku. sem ni first time aku tak kua awai time exam bel haa 3 jam tau dok dlm hall tu sampai biru2 kuku aku tahan sejuk.




paper ctu lagi satu hal. aku lemah toi ah kalau subjek membaca ni -_- sem ni lain kos lain ctu nya. mcm om ctu nya islam dan pengurusan. dah nama om mesti ah ada kaitan ngn management kan. lau cm rumet aku dorang punya seni bina islam lah islam dan sains teknologi lah. ikut kos lah. tp aku rasa aku punya ctu lagi senang kot :3 rasa je.




lepas tu paper record haaa yg ni hampir saja aku give up lepas dah fail kuiz 1 haritu -_- tp puan zakiah yg comel cakap, "yg tak lulus tu jngn sedih2, cuba lagi tingkatkan. tengok balik mana yg tak kena tu" setepek kena kat muka ni sbb dia ckp tu betul2 lepas dia bagi paper aku -_- alhamdulillah kuiz 2 aku lulus :D yelah walaupun markah tak tinggi mcm dorang2 yang *cough* lain*cough* tu... last paper is ipc which stands for interpersonal communication. aku suka sangat subjek ni. nak jwb pun boleh ikut logik je. lecturer ajar paham, kalau baca nota pun senang je nak ingat. perhaps this is my fav subject for this sem selain note taking hehee




puas dah membebel pasal subject final. now iolss nak kongsi sikit dgn uolss tips atau cara nak menghadap final exam ni dgn relax tanpa gelabah dan resah gelisah ecewah bajet pakar motivasi lak en. cara aku simple je and tak seberapa pun kalau nak banding ngan tips2 yg kat blog lain yg lagi gempak and bombastik tuh.




ni betul2 cara aku stiap kali final exam. first of all, mestilah tengok jadual exam kahkah lepas tu check lah paper ni bila paper tu bila n balik bila -_- masa gap antara 2 paper tu plan lah nak study apa, dr chap apa sampai chap mana, kalau boleh buat jadual bagi sistematik sikit. mcm aku buat jadual dlm kepala je hahaa then mcm yg aku ckp, aku jenis yg suka study last minute. mula2 aku akan main game dulu, bosan tukar game lain sampai tido pukul 2-3 pagi lah jugak kdg2 tu. masa lecture week ke apa mmg aku jarang2 nak sentuh game ni, tgk movie pun sekerat je sbb aku slalu rasa ada je benda yg tak siap lagi padahal tetap je procrastinate -.- tapi lepas main game tu aku dptlah kesedaran, hidayah dan petunjuk untk study.




study ni lain orang lain cara. cara aku hampeh sikit. datang je mood study setebal-tebal buku aku boleh baca, rasa mcm seronok. kadang2 rasa tepu sangat aku baca handout atau slide je sbb simple kan tapi tak berapa complete lah. perlukan buku jugak. and jawab paper2 past sem adalah suatu kewajipan ye anak2. yg ni biasa kan semua orang buat. bila bosan buat past sem, aku baca buku balik, bosan lagi baca slide pulak haa cemtulah cara study mcm lalang hahaha mmg betul2 ikut mood. tp pastikan sebelum start study tu baca doa penerang hati, doa and niat baik2 dlm hati ye




malam sebelum exam ataupun aku slalu buat pagi nak exam tu, aku akan text mak aku. mak je, ayah tak. kenapa? ayah slalu dah call aku, slalu dah dengar suara ayah tp suara mak aku jarang2 sbb kadang2 dia busy masak kat dapur. so once ayah call time nak dekat final tu aku terus bagitau exam start bila, ada berapa paper, habis bila, paper senang ke susah. tapi kalau mak aku, setiap pagi atau beberapa minit nak masuk exam hall aku akan text "ma, harini akak ada exam dari pukul xx sampai xx. doakan tau" dan mak aku akan balas either "ok mama doakan" atau "ok goodluck. buat yg terbaik" bila baca tu hati anak mana yang tak tenang kan cuba cakap kat aku. gitulah dia kalau sem ni 5 paper, 5 kali setiap nak masuk exam hall lah aku text mak aku hehee apalah sangat kan kalau nak text or call mak ayah kita minta didoakan. better drpd hampa tergedik-gedik suruh bf/gf wish *no offence*




suruh mak doakan tapi takde usaha semua tu sia2 je. kenalah berusaha dulu kan baru tawakal. masa final exam week ni pun kena rajin2 buat solat sunat sekurang-kurangnya solat sunat hajat. masa nak spm n pmr dulu kan skolah slalu buat solat hajat rmai2. why not buat masa kita nak exam kat u pulak kan? bukan susah pun. kalau time lecture week tu bolehlah kata takde masa, banyak kerja, busy dan sbagainya. time exam week ni kau kata takde masa? aku hempuk kau ngan peti ais kang. otp dgn bf/gf berjam2 boleh, solat 5 minit pun berkira. marah ni hahaa hajatkanlah benda yg baik2. dilapangkan dada, dipermudahkan urusan, ditenangkan jiwa, dipermudahkan soalan exam tu, jangan lupa doakan mak ayah kita jugak. lepas solat tu insyaAllah hati rasa tenang je, nak study pun rasa mcm best je.


if this happens to you, ignore them for your sake

waktu study aku tak tetap. kadang2 pukul 12tengahari tu pun aku boleh bukak buku. pukul 3 time orang tengah syok tido petang. nak dekat maghrib tu bergelap-gelap ngadap buku. tengok mood akulah. tp orang kata selalunya study antara 12 tgh malam ke atas lagi senang nak masuk. hmm betul lah jugak kot. sbb time tu sunyi, aman je nak study apa pun semua masuk. pandai2 lah pilih waktu study yg sesuai asalkan apa yg korang study tu tak masuk telinga kanan kua telinga kiri, eh?




time study biasa dengar lagu? most of the time kalau study mesti earphone lekat kat telinga aku walaupun kadang2 tak bukak lagu pun hahaa ntahlah maybe as a sign yg aku taknak communicate dgn org sekeliling masa tgh study. tp mmg betul pun, rumet aku akan tulis kat kertas kalau nak ckp ngan aku sbb dia ingat aku tak dgr kalau dia cakap. padahal aku dengar je -.- hmm kalau dgr lagu time study boleh masuk ke apa yg distudy tu? kalau korang layan lagu tu ikut nyanyi skali mmg sah2 la tak tumpu kat apa yg korang study tu kan. tp mungkin jugak lagu tu boleh mmbantu untuk ingat mende yg kita blaja tu. eh ntahlah




next isss, mindset. fikir positif je selalu walaupun korang tau dah kesudahannya. remember that miracles do happen. semua keputusan Allah yang tentukan. kalau dah sepanjang masa kata 'eh aku rasa fail lah subjek ni', 'hmm repeatlah kot next sem', 'susahlah subjek ni. kau pandai bolehlah' mmg jadi kenyataan lah ia dan padanlah muka kauorang. why not gantikan dgn 'hmm mmg susah, tp insyaAllah aku boleh buat', 'rasa mcm takleh buatlah tadi, takpa dah cuba yg terbaik', instead of saying 'mesti fail' says 'insyaAllah pass'. senang kan? again, semua tu takde pape tanpa usaha. prinsip aku, tak rasa fail, tak rasa lah nikmat berjaya. yg berjaya hasil meniru, menipu dan yg sewaktu dgnnya, semua tu tak menjamin apa2 -.- someday korang akan menyesal. yg slalu berusaha tp masih tak temu kejayaan, jgn risau. Allah simpan surprise untuk korang. doa banyak2 ok? (:




set target for each subject and jangan target terlampau rendah, jangan lak tinggi sangat. yg korang rasa mampu. sebab tu aku slalu ternanti-nanti carrymark aku. senang aku nak kira2, nak tau kena score banyak mana untk final barulah aku boleh study demi mencapai target aku tu. kalau takde target, takde goal, korang mcm takde matlamat tau. benda ni nmpk cam remeh, tp sebenarnya sgt membantu. ikut suka lu lah kan hahaa ps: orang yg taknak tau carrymark tu last2 dia sibuk gak nak tau carry mark orang lain :p oleh itu kalau xnak nmpk cm penyibuk sgt, kita kisah dulu psl carrymark kita pastu barulah syok nak tanya carrymark org lain hahaha




hmm apalagi eh alaa mcm dah panjang je malas lak nak sambung hahaa sampai sini je kot tipsnya kahkah kalau rasa cara korang lagi berkesan, sharing is caring. ni cara paling sempoi aku rasa. study serious sangat nak kemana kak? hahaa kadang2 orang kata, dah study betul2 dah doa banyak2 pun result tetap mcm tu jugak, ada yg lagi turun. hmm kalau yg tu, adalah tu yg silap kat mana2. mungkin kita ni ada berdendam dgn orang, musuh dgn orang ni orang tu, busuk hati, dengki. penyakit2 hati ni bahaya dooo cemburu yg positif takpa contoh, aku mmg tak puas hati gila dgn classmate aku 2 orang yg dekan kemain tinggi pointernya. dlm diam aku perhati kelemahan dorang, kat situ aku score. lain2 subject tu aku cuba beat. tak seronok bila belajar takde saingan. ada saingan barulah semangat nak blaja, nak potong dorang kan? hahaa lagi satu, blaja ni hmm tak perlu menunjuk kot. diam2 sudah. tak perlu canang kat smua orang yg ko tgh study ni study tu, takut hasilnya tak kemana ha kan sendiri yg malu? biar jadi ubi, diam2 berisi drpd tin kosong. bising tp takde isi. jngn jadi diam2 besi berkarat pulak hahaa oklah dah panjang sangat ni, takut bosan lak org baca. yg baca sampai habis tu tahniah ye anda berjaya sampai ke peringkat ni dan aku doakan korang berjaya dunia akhirat hahaha zaijian (jumpa lagi)!




fnmd

Saturday, 13 July 2013

:3

tengah godek2 folder dalam laptop ni tiba2 terjumpa beberapa gambar printscreen masa isi upu dulu hahaa tak sangka lak aku still simpan gambar2 tu. bila tengok balik kemain daebak kos aku pilih, tak sedor diri tu jahil sains hahah selalu orang kata apa guna ambek sains tapi tak apply so aku pun acah acah apply la kos sains. haa antara kos yang penah aku pilih. kemain tuh





alih2 pas dapat result spm, subjek sains sume hampeh so aku tukar lagi. haa ni yang terakhir. confident habis dah time ni and redha jelah walau apa jua keputusannya muahaha




last2 dapat pilihan ketiga, pengurusan dan teknologi pejabat. memang dah menepati citarasa aku dah tu nak lari dari sains mains ni. alhamdulillah aku bahagia dengan kos ni sekarang walaupun kadang2 mama ada omel sorang2 'kenapa la kau tak jadi cikgu ke dulu' 'kau lah taknak jadi doktor dulu' -_- mama ingat jadi doktor tu mcm petik jari je agaknya. sains aku dah la tunggang langgang hahaa tapi sedih la jugak kan bila teringat mak aku kata, dia tringin salah sorang anak dia jadi doktor sebab dia selalu pergi hospital then tengok muka doktor2 muda semua manis2 je. dia suka. pastu kalau ada family member yang sakit nanti senang, ada yg boleh check. amboih boleh lak gitu. nak harapkan adik aku jadi doktor memang tak ah cite dia kan. hmm dah takde rezeki kan nak buat cane. mama kena doakanlah dapat menantu doktor hahaha kbye

Thursday, 21 June 2012

My Course and the subjects

hey! its me again! hahaa disebabkan aku masih online, nak post lagi. wehehee ini jelah masanya. bila lagi kan? nak tido td dah tido. mmg syok tido time hujan. barulah turun hujan kat sini. klau tak berbahang bilik ni. so tngh sejuk2 ni eloklah kita minum sup untuk memnaskan badan. hahaha saja je nak cite :p




okay so aku ditawarkan diploma sepenuh masa kos Pengurusan dan Teknologi Pejabat atau dlm english Office Management and Technology atau kitorg kat sini sebut OM je. sblm aku masuk uitm ni, ramai kata budak2 om ni suka melaram, kena pakai lawa2, yelah nak keje office kann.. sampai sini tak nampak sangatla apa yg dorang perkatakan tu.. ada la dlm segelintir yg pakai vogue2 mcm nak g fashion show.. majoriti pkai baju kurung je.. simple and tayah susah2 nak pikir pkai sluar dgn bju apa n so on.. sepanjang aku kat sini baru 2x trmasuk harini aku pkai sluar hahaha susah meh kat sini. klau kena tahan dgn polis bantuan, habislah kau masuk lokap -,- hahaha joke :p




k nak cerita psl subjek yg aku ambek. ni untk sem ni. first sem lah.. so far tade kedengaran rumit lah.. business math mcm addmath. agama kena hafal surah yaasin dan tafsir.. lain2 subjek mcm biasa je.. bnyk kena buat presentation.. untk koko badan beruniform aku masuk red society.. haa lawak tak? sumpah sepanjang aku skolah tak pnah masuk klab ni -_- tp yg best xde kawad :D but kena stay smpai 3rd sem lah. personality development subjek dia mcm senang. end of sem lecturer nak check pnampilan diri, dr hujung rmbut smpai hujung kaki.. haa blaja table manner, cara speak, alaa mcm2 lah.. hee doc processing kena blaja typing.. so far aku da bleh sikit2 taip tanpa tgk keyboard.. smlm kitorg kena type dgn mata tertutup.. merapu2 je kuar kat screen tuh.. -_- so next week kena bwk handkerchief sndiri untk tutup mata.. tulah dia subjeknya..




ni untuk next sem muahaha dan 3rd sem.. kena blaja mandarin language -_-




ni forth sem.. dlm smua sem, principles of economics je kena capai pointer 4 huh




dan final sem means bila aku da masuk part 5 nanti.. kena blaja akaun.. wahaha da la takde basic langsung -_- so tak smpai 3 taon pun aku kat sini.. 2taon stengah JE.. hee kay aku dah lapar. roomate aku sorg ni pun dah balik. k k k dah dah dah bye bye bye~

Wednesday, 21 March 2012

Back to the Old Memories~

hey 94's ! da ready nak tau result? :| nak tau tak, time SPM aritu aku jawab kertas BM, BI, MATH, AGAMA, SEJARAH, PHYSICS, CHEMISTRY, BIOLOGY and ADD MATH. so smuanya ada 9 subjek, it means aku jawab 21 papers. bnyk tak banyak tak ? hahaa mcm aku sorg jelaa kan :P so mari kita flashback kisah dulu2. time kita still pegang buku and 'study' :D




so perkenalkan, ni subjek fav aku. Bahasa Melayu :D seriously, kalau aku dpt B, aku rasa down sgt. bkn la nak show off yg aku ni terer bm ke apa en, tp cuba korang pikir, kita org Melayu. hari2 speak in Malay, so suppose to be no problem lah kan? jngn amek hati, I'm just saying. pendapat kita lain2.. (: so untuk taon spm, puan Faridah yg ajar kami bm. eceh, 'kami'.. hahaa tbh, stiap kali kls dia, 25% je yg bg tumpuan. yg lain sume berborak, bgurau senda, yg tido pon ada.. termasuklah aku. tp slalunya aku je yg kena panggil.. "yg blkg tu, baca petikan.." , "yg baju biru tu, baca!" , "haa yg hujung tu, sila bangun" , "nabilla, baca nabilla" haih -__- yg bercakap tak kena panggil pulak.. aku yg cuba fokus ni jugak yg kena panggil.. hahaa klakar la bila ingt balik.. hee aku duduk blkg skali, so mkn dlm kls tu mmg habit la kan.. biskut, kacang, roti, smua ada.. xD ahh I really miss it.. ;') hope aku dpt A+ untuk bm.. hahaa xP




English subject.. hmm tak mnat sgt.. kls yg sgt mngntuk.. tak boleh buat apa2, sbb yg ajar pn Hardeep a.k.a cikgu disiplin.. kami hanya mampu tongkat mata je, n pay attention sbb takut kena panggil. LOL yg slalu kena panggil, anak dia lah, Amal hahaha xD untuk bi paling koman aku target A- lah.. aku speaking pon terbelit lidah :P




Mathematics.. wuu~ Puan Puspa.. dia sometimes serious tp bila dia try melawak, mmg lawak sbb kitorg tak brapa phm apa yg dia cuba sampaikan.. hahaa aku ingt lg buku pink tu.. dia soh siapkan sampai habis tp aku tak pnah mampu nak siapkan.. so kdg2 just copy je dr member terdekat.. t__t




Pendidikan Islam is the best among the best.. aku plg suka time agama, umi ajar mmg best.. hahaa walaupon kls ni plg ramai org tido.. hahaa siot je dorang ni.. tp kalau aku, stiap kali kls agama msti segar n fokus.. ecehhh~ semangat tu dtg kemain.. hahaa A+ for Agama ! LOL




then , sejarah. Puan Maziah.. dia ajar bkn tak best tp kengkadang ngntuk.. n dia slalu dpt tangkap apa yg kitorg buat dlm kls.. contohnya mkn, borak, tengok cermin, gentel jerawat xD etc ... bila dia soh siapkan modul, mmg kopi mengopi tu menjadi amalan laa.. hahaa last2 minute baru gelabah nak siapkan.. takut kena e-disiplin lah kan.. pastu dia suka ckp bnda ni "org sama jelaa yg buat keje.." then dia sebutla nama2 org yg tlibat.. hahaa Puan Maziah ni pon slalu buat org gelak gak dgn lawak spontan dia tu.. hahaa markah sejarah aku slalu tak sekata.. so tak dpt nak ramal laa~




now physics.. hmm ni pon boring jugak.. tataw apa yg aku blaja.. aku phm time tngh revision je, nak dkat2 exam ke apa en, barulah aku phm topik tu psl apa.. hahaa latihan lg hampeh. buku pon bnyk ruang kosong.. sbb slalunya kitorg kena isi modul je n buat experiment.. bila teacher tak dtg, smua horayyy.. hahaa tak payah nak kena turun pegi lab.. LOL remember Pn Lim ? aku pnah try lukis muka dia n selit kat buku teks fizik.. agaknya kat mana la gambar tu skrg ehh? hahaa




subjek chemistry ni pon agak kureng diminati oleh aku.. hahaa aku kalau cikgu cina yg ajar mmg susah nak catch up.. Pn Ong yg ajar.. dia suka ckp "heyyy class.. listen..." wah, rindu nak dengar suara dia ... hahaa subjek ni aku slalu fail.. mmg tak minat tp terpaksa minat demi spm.. huu~ last2 aku realized, best jugak subjek kimia ni sbnanya.. :D




okay, now we gonna talk bout Bio.. kls paling tak diminati ramai sbb cikgu ajar guna LCD.. da lah duduk dlm lab yg samar2 tu, panas plak tu, dngr pulak suara komputer bercerita.. mmg tak ah.. tp time buat experiment paling syok.. hahaa merata je kaki melangkah.. pegi table tu, table ni.. hahaa yg tak best time ada mini exam, da lah tak prepare apa, ttiba kena jwb soalan yg aku rasa mcm tak pnah blaja.. hahaa time tu barulah kantoi, dpt tau sape yg bukak buku sape yg tak.. :P latihan cikgu bg ada la dlm medium size tp dia tak pnah check sbb dia percaya kat kitorg.. hahaa padahal tngk buku.. kosong je.. xD so nak cite psl spm, aku rasa tak confident dgn bio sbb time jwb aritu mmg susah gila soalan dia.. -___- pasrah jelah




Add Math ! hahaa boleh kira brapa kali aku lulus.. takleh bla gila asek fail je.. -_- Pn Rossiati yg ajar subjek ni.. dia ajar da cukup phm, n dia suka duduk dgn student dlm kls.. hahaa kdg2 dia join begosip skali dgn kitorg.. thats y dia boleh tau sape kapel ngn dia tu, kapel ngn dia ni.. hahaa time Add Math mmg bebas gila especially bila dia soh siapkan keje.. kalau dia tngh ajar tu mmg satu kls kena fokus laa.. time buat latihan mmg bersepah.. bila cikgu dtg je, lari pindah tmpt lain.. tak siap keje punya psl.. hahaa harap aku pass Add Math (:

habis smua subjek aku rungkai satu persatu.. hahaa apa pon.. smua benda yg da lpas.. just rewind and flash back to the old memories.. so last but not least, all the best for ya and for myself too ! Allah sentiasa bersama kita (: