hiiiiiii. tadi aku terjumpa satu blog ni. pink semuanya. tapi cute, kemas and sangat attractive. yang buat aku terkejut sangat, pemilik blog tu rupa2nya baru nak ambil upsr tahun ni, tahun ni! bayangkan aku sendiri pun buat blog masa form 5. budak tu start blogging masa hujung tahun 2011 which means dia masih berumur 10 tahun. cara dia menulis dalam blog tu, cerita dia, sangat menggambarkan yang dia sebenarnya sorang budak yg cerdik, tak macam budak sekolah rendah pun. alahai budak2 sekarang ni kadang2 buat aku rasa jealous. yalah, dulu aku takde blog2 ni, fb twitter apa semua. skrang ni budak 7 tahun pun dah pandai pakai ipad bagai, sedangkan aku dulu dapat handset masa darjah 6 gitu, tu pun lepas dah merayu-rayu kat ayah, dapatlah seketul samsung yg akhirnya tak sampai 2 tahun dikebas pencuri yg pecah masuk rumah aku beberapa tahun dulu. oh lupakan yg tu, aku baca jugak satu cerpen kat blog budak ni, taktau dia yg karang atau ambil dari mana2 tapi sangat sweet ceritanya. harap cerita aku pun macam tu hehehe ni link dia -> click cepat!
tadi check nama aku, alhamdulillah masih berpeluang stay kat kolej. payah kalau duduk luar weh. nak ulang-alik dr uitm ke rumah sewa. uih tak sanggup. tu pun ada jugak yg dengan rela hati nak duduk luar. tak paham aku. and sekarang sangat tak sabar menanti result final exam. jangan salah paham, bukan nak kata yg aku ni pandai sangat sampai tak sabar nak tau result padahal orang lain tengah cuak takut dan sebagainya nak tengok result. aku pun cuak jugak macam korang semua. aku tak confident, tak sure kalau aku dapat kekalkan pointer aku yg lepas sebab aku rasa exam kali ni lagi teruk dan susah kalau nak banding dengan exam sem lepas. lagi2 lepas aku dapat mimpi buruk, aku mimpi pointer aku jatuh gila2 sampai aku rasa down, menangis sebab aku rasa aku dah kecewakan parents aku walaupun aku tau dorang tak kisah sebab dorang tau aku dah cuba yg terbaik. bangun dari tidur aku mengucap syukur gila2 sebab tu semua just mimpi. dah la masa aku mimpi tu, aku bangun pada hari aku nak exam subjek yg terakhir, maksudnya aku sorang2 je dalam bilik tu, takde orang untuk aku kongsikan cerita sampailah aku cerita kat sini. sejak dari hari tu otak aku tak dapat henti dari asyik fikirkan pasal result exam yg dengar2nya keluar 10hb depan. aku dah bagitau mak aku awal2 yg aku tak yakin aku dapat kekalkan pointer macam sem lepas. aku tersentuh sangat bila mak aku cakap; takpelah. buat setakat yg mampu jelah. tak kisahlah dapat berapa pun kak. tak dekan pun takpe. dia taktau hanya tu je cara aku nak buat dia bangga, buat dia rasa dia ada anak yang boleh diharap.
so dah terang benderang alasan aku nak tau result exam secepat mungkin kan? kalau borak dengan member sekarang ni mesti semuanya akan kata 'takut result exam teruk', 'taknak tengok result exam'. dulu aku pun mcm tu tapi sampai bila nak pegang pemikiran yg macam tu? sampai bila nak kata 'taknak' kat sesuatu benda yg dah pasti2nya akan terjadi jugak? haa dah2 la tu. yang penting kita dah cuba. seteruk mana pun nanti tu semua ujian Allah kat kita, Dia nak uji kita punya usaha ni tinggi tahap mana. tak ada gagal, tak ada lah kejayaan. pasrah je okay? memang kadang2 kebenaran tu menyakitkan, tapi penantian tu juga sangat menyeksakan. but
p/s: taktau lah sejak bila aku pandai main dengan kata2 motivasi ni tapi harap dapat kurangkan rasa down dlm diri korang tu. hee
No comments:
Post a Comment