Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Friday, 2 January 2015

2/365; 2015

The last time aku post entri pasal tahun baru, hm tiga tahun yang lalu? tahun baru 2012. kenapa takde post tahun baru untuk 2013 and 2014? ahaha

masa aku post pasal tahun baru 2012, aku belum masuk belajar lagi. dan sekarang aku berpeluang untuk create post tahun baru 2015 sebab dah habis belajar. konon2 busy lah sepanjang belajar sampai tak sempat blogging. puihhh! padahal malasss

It's not too late kot nak wish happy new year? so, HAPPY NEW YEAR!!! walaupun blog ni krikk krikk krikk hahaha tahun baru kita is tahun baru Islam. so takyah beria sangat

These past 12 months have been kind of hard on me. Dalam setahun tu macam2 benda terjadi. I learned a lot of new things. I laughed, I cried, I smiled, I loved, I hated. semua tu menguatkan aku, mematangkan aku. dan alhamdulillah 2014 aku berakhir dgn baik. 2015 pun bermula dgn baik sebab dekat hbo masa tu ada tayang One Direction: This Is Us so aku khusyuk tengok sampai tak sedar dah masuk tahun baru lol




bila masuk tahun baru mesti cakap pasal azam. aku takde azam sebab sukati akulah. since aku dah belajar banyak benda masa diploma ni, aku rasa serik so masa degree nanti maybe takkan ulang benda sama. banyak pasal friendship sebenarnya. benda biasa




2014:
mereka yang datang padaku dan stay by my side sampai sekarang;
mereka yang terima aku apa adanya tanpa pernah rasa terbeban;
mereka yang datang padaku dan chose to walk away at the end;
mereka yang terima kehadiran aku dan sudi jadi teman setia;
mereka yang tahan berkongsi gelak tawa & air mata duka;
mereka yang tahu keburukan aku dan masih terima aku;
mereka yang ada waktu aku sedih, susah dan sakit;
dan mereka yang aku kenal sepanjang hidup ni,

terima kasih untuk semua kenangan.
buruk manis semua aku simpan.




Wednesday, 5 November 2014

First ZALORA shopping experience

aku baca banyak sangat blog2 cerita pasal pengalaman dorang dgn zalora and most of them are BAD experiences. dah la masa tu aku dah order -_- i was like, hmm pasrah jelah. disebabkan aku sekarang ni tengah menganggur dan kawan2 aku memasing belum cuti sem lagi, aku takde teman nak g jalan2 memana. kalau dah 24/7 terperap je kat umah boleh jadi gila jugak la. so memang hobi aku la cuci mata dengan meng'usha' online shop. yela nak kua umah malas, tengok kat tenet jelew. zalora ni iklan dia memang berlambak, tu yang buat aku terpanggil nak mencuba cewah pendapat aku, baju2 dia bukan taste aku sangat, cantik2 tp aku tak minat. ada la sehelai dua yg terkenan kat mata aku. kasut pulak cantik2 jugak tapi kaki aku ni sizenya dua kali tapak kaki kau so.. heh tapi bag dia waaa menarik! nak cerita dlm banyak2 benda yg aku tengok, aku decide nak beli belt dia yg berharga rm15.00 hahaha mesti mcm lawak je en. belt aku kebetulan dah nazak dan hati ni niat nak mencuba service zalora so apa salahnya?




aku baru tahu yg zalora boleh buat COD, cash on delivery which means bayar bila barang sampai. terus hati ni tertarik kat situ sbb selalunya kena kua umah pergi cari cash deposit machine. dah jimat masa dan tenaga dah kat situ. masa checkout tu, aku enter code MYNEWS20 so dapatlah potongan diskaun sebanyak 20%. daripada rm15 + postage fee rm5 - diskaun rm3 = rm17 je kena bayar. dalam menanti barang sampai tu risau jugak la kot2 aku akan menghadap masalah sama mcm blogger2 yg cerita psl bad experience dorang tu. tp ala nak risau apa, bukannya aku dah bayar pun hahaha


aku order petang, then zalora sent this email malam tu jugak. how fast kan?

maybe because ada stock. kalau tak kena la tunggu lama sikit, well that's normal la kan. lepas tu semalam barang aku sampai. harini order, esok dia post, lusa sampai. yg bestnya orang zalora call aku tanya ada kat rumah ke tak sbb dorang nak hantar barang. selalunya kalau beli online memang barang akan diambil kat post office sebab masa posmen datang orang takde kat rumah/tak dengar sebab syok tidur dlm bilik ahaha dengan zalora, tak perlu risau kerana mereka akan contact anda terlebih dahulu sebelum datang hantar barang. dah macam promoter zalora tak berbayar lak rasa :3


tadaaa !

punya dia secure barang dlm kotak sampai letak air cushion ni hahaa


invoice note dan juga post slip. kalau tak puas hati dgn barang ke apa boleh pos balik kat zalora

ini dia belt sayaaa hiks!


overall aku puas hati dgn service zalora ni. tu je nak cakap.

Saturday, 1 November 2014

It's November.

2:42 a.m.

lot of things have happened in the past few months. nak cerita semua memang banyak. cuma nak bagitahu, i am now officially finish my study as a diploma student. goyang kaki dekat rumah. makan tidur ulang benda sama. and i deleted some photos on my instagram, not knowing my actual motive. bukannya aku nak lupakan segala kenangan yg ada, i will never forget. it's just that i want to start everything all over again.

berharap Novemberku bermula dgn baik.

Friday, 9 May 2014

lessons learned.

after a month and a week menghilangkan diri dari dunia blogger, terpanggil jugak aku untuk menulis. rindu. jari2 aku rindu nak main dgn keyboard hahaa sekarang ni dak2 diploma tgh sem break. sebelum cuti kemain plan nak buat itu ini, dah cuti? mcm biasalah. lifeless, nak kerja malas. it's May 9th, hari keluarnya result final exam. semua orang dapat via email but this time aku tunggu punya tunggu, tak muncul2 result kat yahoo aku. aihhh nak kata tak buat exit survey, dah complete semua. rupanya bkn aku sorang je yg tak dapat2. ada yg lagi lambat dr aku. let's recall to the final exam week.




sem 4 kitorang diuji dgn gap yg lama gila bapak. orang lain dah jawab 2-3 paper, kitorang baru nak start first paper. tp semua tu we took positively sbb walaupun dua paper je, hardcore woi subjectnya. long story short, 2 minggu jugak la aku kat umah sementara tunggu paper eco. lepas paper eco sempat berjoli kat tambun. then whilst waiting for last paper tu, boleh demam pulak. mula2 ingat sakit tekak biasa je. lama2 perit je rasa sampai aku stop study. dah nak give up dah sbb apa aku study semua tak masuk. nasib baik ada rumet tersayang yg caring sgt3, dia yg belikan ubat selsema sbb hidung aku tak henti2 berair sampai nak solat pun terfikir-fikir nak sumbat tisu dlm lubang hidung. ob mmg study last minute gila, dah la banyak nak kena baca aduh.




habis semua paper, aku dah pasrah je dgn apa pun keputusan nanti. aku banyak main2 sem ni, lagi2 untuk subjek eco. masa balik dr tambun siap dapat call dr ketua koordinator, dia kata lecturer eco cakap yg aku tak submit assignment lagi. that was the first time ever in my life, dapat call dr ketua koordinator. serious rasa mcm budak jahat time tu hahaha mmg betul aku buat 1/5 je assignment and i didnt care at all sbb dah malas sgt. last2 buat jugak sbb carrymark mcm nokharom betei tak lepas separuh pun. time tu baru la gelabah kan. firasat aku kuat sangat kata yg sem ni takde peluang nak dekan lagi mcm previous sems. cubalah jugak nak pk positive tp selalunya firasat aku betul.




so...that's it. tak dapat deans list sem 4. sayang je weh lagi dua sem, tak merasa la aku anc. takpelah, kata mak aku, janji lulus semua. aku ingat aku nangis, tapi tak pun, ntah. rasa kosong. maybe sbb eco aku lulus, lebih dr target. mmg inilah yg selayaknya untuk aku. lain kali take it serious when it comes to your studies. lessons learned.