Showing posts with label DL. Show all posts
Showing posts with label DL. Show all posts

Friday, 9 May 2014

lessons learned.

after a month and a week menghilangkan diri dari dunia blogger, terpanggil jugak aku untuk menulis. rindu. jari2 aku rindu nak main dgn keyboard hahaa sekarang ni dak2 diploma tgh sem break. sebelum cuti kemain plan nak buat itu ini, dah cuti? mcm biasalah. lifeless, nak kerja malas. it's May 9th, hari keluarnya result final exam. semua orang dapat via email but this time aku tunggu punya tunggu, tak muncul2 result kat yahoo aku. aihhh nak kata tak buat exit survey, dah complete semua. rupanya bkn aku sorang je yg tak dapat2. ada yg lagi lambat dr aku. let's recall to the final exam week.




sem 4 kitorang diuji dgn gap yg lama gila bapak. orang lain dah jawab 2-3 paper, kitorang baru nak start first paper. tp semua tu we took positively sbb walaupun dua paper je, hardcore woi subjectnya. long story short, 2 minggu jugak la aku kat umah sementara tunggu paper eco. lepas paper eco sempat berjoli kat tambun. then whilst waiting for last paper tu, boleh demam pulak. mula2 ingat sakit tekak biasa je. lama2 perit je rasa sampai aku stop study. dah nak give up dah sbb apa aku study semua tak masuk. nasib baik ada rumet tersayang yg caring sgt3, dia yg belikan ubat selsema sbb hidung aku tak henti2 berair sampai nak solat pun terfikir-fikir nak sumbat tisu dlm lubang hidung. ob mmg study last minute gila, dah la banyak nak kena baca aduh.




habis semua paper, aku dah pasrah je dgn apa pun keputusan nanti. aku banyak main2 sem ni, lagi2 untuk subjek eco. masa balik dr tambun siap dapat call dr ketua koordinator, dia kata lecturer eco cakap yg aku tak submit assignment lagi. that was the first time ever in my life, dapat call dr ketua koordinator. serious rasa mcm budak jahat time tu hahaha mmg betul aku buat 1/5 je assignment and i didnt care at all sbb dah malas sgt. last2 buat jugak sbb carrymark mcm nokharom betei tak lepas separuh pun. time tu baru la gelabah kan. firasat aku kuat sangat kata yg sem ni takde peluang nak dekan lagi mcm previous sems. cubalah jugak nak pk positive tp selalunya firasat aku betul.




so...that's it. tak dapat deans list sem 4. sayang je weh lagi dua sem, tak merasa la aku anc. takpelah, kata mak aku, janji lulus semua. aku ingat aku nangis, tapi tak pun, ntah. rasa kosong. maybe sbb eco aku lulus, lebih dr target. mmg inilah yg selayaknya untuk aku. lain kali take it serious when it comes to your studies. lessons learned.

Friday, 13 September 2013

Majlis Anugerah Dekan OM114/BM118 Dis-Apr 2013

setelah beberapa kali tangguh, akhirnya pada september 5th bersamaan hari khamis bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, FPP, berlangsungnya majlis anugerah dekan untk peperiksaan sesi disember-april 2013. alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk naik pentas sekali lagi walaupun pointer tak tinggi mana. majlis tu takde tema so aku pakailah baju kurung yang mak aku beli untuk raya tapi tak sempat nak pakai sebab cuti raya sekejap je -,-




pukul 8pg aku gerak dr kolej, tapi tak terus pergi ke dewan tu. singgah pusat bahasa sebab kawan2 yg lain kena buat speaking test bel dulu. takkan aku nak pergi sorang plak kan. kelas aku 5 orang je yg dekan. dlm pukul 9 cmtu kitorang sampai fpp. daftar dulu and dapat cenderahati berbentuk pen and pensil tekan tp sarung dia ada tulis majlis anugerah dekan hehee masuk je dewan al-khawarizmi, kerusi dah penuh. dia tak susun, duduk ikut suka je. aku lagi suka kalau dia buat kat dsi mcm sem lepas. ikut abjad nama, ikut no giliran. tapi dengar cite dia buat selang seli. so sem depan maybe kat dsi balik. tak lama lepas majlis start, kitorang kena turun bawah, beratur kat luar dewan. nervous tu tak sangatlah kot sebab kalau ikutkan sem lepas lagi nervous. dah la first time pastu nama aku kedua lak tu yg kena naik pentas --" so sem ni kitorang main beratur je n sampai je giliran aku, emcee sebut nama aku, aku pun naik pentas. guguplah jugak. kali ni Dr Ramnah yg sampaikan skrol. lepas bergambar, aku salam tangan Dr and cium hehee sem lepas tak cium pun. dia cakap tahniah :3 aku nak gambar aku pegang skrol tu !


Sir Shefek dan Dr Ramnah
persembahan
tayangan media yg sangat deep and inspiring

lepas dah habis semua naik pentas, ada persembahan and tayangan media. then sesi bergambar lak. part 4 sem lepas ramai gila yg dekan ! sampai masa nak ambek gambar tu kena asingkan kepada 2 group. lepas dah habis sesi bergambar barulah masa untuk lunch yay ! kalau sem lepas dia bagi nasi dlm bekas, sem ni dia bagi kita ambek nasi sendiri. sedap sangat menu dia mcm orang buat kenduri kawen tu hehee mmg berbaloi-baloi


dengan kak wani, omsa president to be hehee
gambar dicuri dr sir shefek hehee
classmates; akmal, nisa, azleena, bella and fizi
credit goes to Puan Rohana Ehsan for this picture
ahli-ahli omsa (:

aku ada terbaca kat twitter, cara-cara nak dekan; meniru masa test n kuiz, carrymark tinggi then time final takyah risau. aku rasa tak perlu kot buat mcm tu. dah la menipu diri sendiri, menipu lecturer lagi, berdosa n tak berkat ! oklah aku mengaku aku pun pernah buat tapi stakat jenguk2 member sebelah punya jelah. tu pun aku dah rasa bersalah sangat2 even lecturer aku taktau. ada tu selamba je bukak buku, curi2 tengok nota, scroll slide dlm phone, ntah mana korang dapat keberanian buat semua tu, ajar aku boleh? orang tanya cara belajar aku, kdg2 segan nak jwb. aku bukan jenis orang yg belajar ikut jadual, habis lecture balik tu bukak buku revise balik apa yg belajar tadi, study sminggu before test or kuiz. seriously im not that type of person. tbh aku ni jenis yg suka study last minute, malam sblm nak kuiz tu barulah aku bsungguh bukak buku. kalau study awal2 nnti aku lupa. tapi time final aku struggle lah. gila kau carrymark rendah takkan time final nak main2. so tu cara akulah. tp ntahlah. sem ni aku tak yakin sangat boleh kekalkan pointer. subject semua mcm nak bunuh aku je T__T tlong doakan aku ye kawan2. aku nak anc. oh ya kalau boleh sem ni aku nak c/mate aku yg dekan bertambah (: ramai2 la baru best kan? hihihi




Thursday, 23 May 2013

Majlis Anugerah Dekan OM114/BM118 Jun-Okt 2012

ada benda yang aku kongsi dekat sini, ada yang tak patut aku kongsi. ada yang aku belum sedia nak cerita dekat sini dan ada yang aku rasa patut dikongsi walaupun tak semua suka dengan cerita aku ni. sebenarnya nak cerita benda ni tapi takut ada yang terasa dan takut ada yang kata aku show off. but now I'm sorry. whether you like it or not, I'm going to tell the world cewahhh I'm not going to listen to badmouth people anymore. and I don't even care about what would you say. True friends will support and vice versa. This is me and you have to deal with it (:




so lama jugak kitorang tertanya-tanya, ada ke tak sebenarnya majlis anugerah dekan ni? fakulti2 lain banyak yang dah dapat sijil bagai. one day kitorang pergi ke bilik pensyarah yang terbabit untuk tanya pasal benda ni, actually nak amek sijil DL tu. pastu dia kata nanti akan ada majlis untuk korang semua, jangan risau. lega sikit bila da dapat tau tarikh majlis tu. temanya tradisional melayu. aku pakai baju kurung biasa je. simple as always. nak melawa pun majlisnya kat dewan je.




untuk part 1, nama aku yang second naik pentas pftttt nasib baik second. tapi tahap nervousnya mmg takleh nak ceghita lah. yelah first time kan. rektor tak dapat datang masa tu so Prof Madya Dr Norlida Mohd Noor yang sampaikan sijil. masa turn aku ambek skrol tu, aku salam je tangan dia, tak cium pun! omg masa turun pentas aku tak habis2 kutuk dalam hati, ya Allah kuang ajarnya aku, tak cium tangan diaa.. tapi lega sikit sebab bukan aku sorang je yang buat macam tu. rupa2nya ramai je yang salam tak cium. tapi tetap tak sopan lah bagi aku. next majlis insyaAllah aku cium tangan penyampai sijil tu unless kalau dia lelaki.




lepas habis semua, memang lega gila. mana taknya, part 3 ngan part 4 punyalah ramai yang dekan. kitorang yang part 1 ni duduk jela tunggu. nasib baik ada persembahan. takdelah ngantuk sangat. akak yang nyanyi tu sama nama ayah dia ngan ayah aku hahaha lawak. cuba dengar suara dia ni




semua lecturer ada. dorang setiap sorang mesti ucap tahniah hahaha patutnya kitorang yang ucap terima kasih kat dorang.





lepastu ada sesi bergambar. para penerima anugerah boleh naik pentas untuk bergambar dlm masa 20min. mula2 kitorang naiklah untuk group photo. gila kau satu pentas tu penuh. tak payah naik pun takpe sebenarnya sebab tak nampak muka pun -.- tapi aku tinggi so nampakkan lah jugak mwahahaha xD pastu terus turun bawah amek lunch kat luar dewan. agak2 dah macam takde apa, kitorang pun balik bilik.





actually nak kata pun, pointer aku taklah tinggi mana. betul2 atas pagar. ada yang lagi tinggi. tapi Tuhan dah bagi rezeki kat aku, alhamdulillah lah. aku rasa aku tak layak pun dapat anugerah ni sebab sepanjang sem aku main2 je, usaha pun tak segigih orang lain. dalam kelas aku tu ada yang lagi layak aku rasa. tapi Tuhan pilih aku. mungkin nak bagi peluang kat aku untuk sedar diri. kawan2 yang lain pun sebenarnya boleh dapat dekan. cuma mungkin cara dorang tak kena. belajar ni nak kena dapat berkat barulah boleh berjaya, ok?