Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Sunday, 24 March 2019

Bachelor of Business Administration (Hons.) Human Resource Management

Hi all. okay harini rasa macam terlebih rajin untuk menulis di blog so for this entry, im gonna talk about my degree program iaitu Business Administration (Hons.) Human Resource Management. BBA stands for Bachelor of Business Administration and Hons. is Honours. atau dlm bm kos ni dipanggil Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia. long story short, aku akan terus pergi ke subjek2 dalam kos HR ni and friendly reminder, i was a HR graduate from UiTM.


semester 1
semester 2
semester 3
semester 4
semester 5
semester 6 (Internship)

okay kalau korang perasan semester 1 tu GPA, CGPA dan hours earned aku semua 0 kat situ kan. that means aku buat credit transfer. disebabkan masa diploma dulu aku ambik kos from the same faculty, jadi aku dah takyah ambik kos tu lagi. so masuk2 je degree dah takyah g koko apa bagai. terus boleh skip ke semester 2 punya subjek. but if korang ambik kos from faculty lain masa diploma, korang kena start balik dari semester 1 which means korang kena ambik semua kos di semester 1. tapi aku tak sure korang boleh buat credit transfer untuk koko ke tak. nanti korang explore la sendiri yek.

masa aku mula2 masuk, memang semua benda kena buat sendiri. daftar kos sendiri, cari kelas sendiri, kena jumpa koordinator program sendiri. bayangkanlah kena berjalan dalam kampus yg besar nak mampus tu. orang lain dah start kelas kitorang yg kos HR ni lepas sebulan barulah masuk kelas. pastu terkejar2 nak habiskan silibus.

kalau korang tanya aku senang ke tak HR ni, i would say, it depends. macam aku, awal2 lagi aku dah emotionally unstable sebabnya Ayah aku meninggal lepas 2 minggu aku register. so disebabkan personal matter camni aku tak dapat fokus since kena settlekan banyak benda. padahal kos ni la yg aku apply dan sungguh2 harap dapat. end up, aku pilih untuk layan perasaan dan belajar sambil lewa. so guys, please dont be like me. you'll regret it if you do.

personally if korang tanya favourite subjek aku, i would say semua HRM code lah. for example, HRM533. dari situ korang boleh nampak HR in overview. and dari sini korang kena get ready untuk belajar lebih lagi. dapat pulak lecturer yg sporting, memang best. HRM537 aku tak berapa gemar sebab mungkin cara penyampaian lecturer buat aku rasa sendu, walaupun the lecturer was nice.

semester 4 and semester 5 korang dah start belajar banyak HRM courses. dari HRM542 aku belajar buat video resume. gigihla suruh roommate record kita bercakap sorang2 hahaha kos ni best sebab kita belajar cara recruit orang and all the staffing stuff. HR549 atau kita panggil HRD ni pun best sebab aku belajar cara handle event. i even became an emcee for our class' event. okaylah ada jugak experience jadi emcee. kelas ni jugaklah yg aku selalu skip sebab lebih pentingkan tidur hahaha tapi the lecturer was awesome sebab suka tolong student. and now talking bout HRM582 employment law. what do you expect? of course we'll be learning about malaysian labor law and all. dari course ni juga we'll be exposed to a lot of cases. kita akan belajar cara selesaikan kes tu mengikut labor law.

masuk sem 5 kita ada HRM544. this course is all about performance masa kerja and KPIs. cara evaluate employee dan macam2 lagi. next code, organization development was my least favourite sebab aku tak berapa faham and i disliked the way the lecturer ajar (sorry not sorry). beli buku mahal2 end up tak dapat A pun hahaha HRM648 ni well, the course title says it all. you'll learn on how to compensate employees, the benefits macam salary, leaves and so on. also you'll be exposed to HRIS, HR system yg most companies pakai untuk bayar salary pekerja, record leaves, mc apa semua tu. and then industrial relations. lebih kurang macam employment law. kitorang ada buat trip to labor court and witnessed the proceedings ourselves.

now we're entering the final semester which is the real deal. no more classes and assignments but bigger things awaiting you. okay, industrial training ni atau dlm bm latihan industri ataupun kita panggil internship is where you'll learn to work in the real industry. but depends jugak on tempat intern korang tu. kalau cam aku tak belajar banyak sebab tak dapat department HR. so i did only basic admin works such as photocopying, shredding, filing and zzz. sebab tu aku susah sikit nak dapat kerja in HR field sekarang ni. so better korang kerja keras sikit cari tempat intern yg boleh kasi experience yg akan berguna untuk korang in the future.

lepas tu, masa internship bukanlah semata bangun pagi g kerja, petang balik kerja ye. dah kena buat internship of course la kena siapkan project paper. jangan risau sebab in sem 5 korang dah belajar cara buat thesis in research methods. kalau masa sem 5 korang dah faham and pakar in research methods then masa intern korang tak perlu risau lagi. jangan terkejut kalau kawan korang yg from different program buat thesis in group. HR student memang akan buat thesis INDIVIDUALLY and its okay if you think its unfair and even question why sebab aku dulu pun rasa camtu. tapi ada pros and cons of working in group, korang anggap jelah ni cabaran untuk korang sebelum habis belajar. yg paling penting, doalah dapat advisor yg sporting and helpful. sebab kalau tak, menangislah korang tak berlagu *macam aku*

okay aku rasa banyak dah aku share. lain2 course tu maybe korang dapat imagine kan. finance, accounting, economics, english dan sebagainya. takkan la aku nak kupas satu2 untuk korang, tak sesurpris lah nanti ehek. and im sorry if this entry is not helpful enough for you sebabnya semua yg aku share adalah based on pengalaman aku masa 2015-2017. so mana yg terkurang tu sorry sangat. apa-apa pun aku doakan korang berjaya dalam bidang yg korang pilih.


Image result for goodluck weheartit

best of luck!

Thursday, 17 January 2019

Lepasan SPM?

okay entry ni khas untuk lepasan spm yang tengah buntu nak buat apa lepas ni. untuk yg dah ada plan atau dah tahu nak buat apa, aku suggest jangan baca sebab aku taknak korang terpengaruh atau tak setuju dengan apa yg aku nak tulis ni. ceh macam serius je. tak, memang serius.

Image result for lepas spm tumblr

so dah habis spm kan? result pun akan keluar bulan 3 nanti. korang tengah buat apa sekarang? kerja part time? tolong mak ayah niaga? ambil lesen kereta/motor? atau jadi dugong kat rumah? apa2 pun yang korang tengah buat, enjoylah sebab hidup korang lepas keputusan spm keluar akan lebih mencabar. takut tak?

sekali lagi, untuk sesiapa yg taktahu nak buat apa, aku suggest sebelum apa2 pun, pergi ambil lesen. tak kisah lah kau ada kereta atau tak, one day lesen kau tu akan berguna jugak, trust me. kalau takde duit, boleh kerja part time atau full time. gaji tu jangan nak joli sangat beli handphone baru dan benda tak perlu. aku tahu perasaan tu, aku pun pernah jadi lepasan spm mcm korang. lagi best kalau parents korang nak sponsor untuk korang ambil driving class. yelah, kita baru habis sekolah mana nak cekau duit ye dak?

then, fikir nak sambung belajar kat mana. atau maybe korang dah tak nak study lagi, memang otak dah tepu dengan buku, okay boleh terus kerja. tapi sini aku nak fokuskan untuk korang yg nak sambung belajar. ada banyak pilihan untuk lepasan spm ni. tinggal apply je. tapi masalahnya nak pilih mana satu? buntu? so kat sini aku nak share berdasarkan pengalaman aku.

Image result for study tumblr

firstly, matrikulasi atau matriks. selalunya yg apply ni student aliran sains tulen lah kan. i was once a science stream student. untuk yg account pun ada tapi aku tak sure and takleh cerita banyak sebab aku bukan dalam aliran sastera. zaman aku dulu, tempoh belajar di matriks cuma setahun je. sekejap kan? sebab tulah ramai yg bersinar mata bila tahu, sebabnya nak habis cepat. ye, memang sekejap tapi dalam setahun kau kena belajar dalam fast pace. kau takleh main2 dan kalau kau terkandas, bye bye. jujur aku cakap, kalau nak pilih matriks, fikir masak2 sama ada korang mampu bawa atau tidak. jangan ikut kawan, jangan masuk sebab nak habis cepat dan yang paling penting, jangan masuk matriks sebab parents suruh. sekarang ni yg nak belajar korang ke parents korang? fikirlah otak *tiber

tapi aku dengar sekarang matriks dah ada yg 2 tahun eh? zaman aku tu dah berapa tahun lah pulak kan. and matriks ni, kalau kau pass, adalah sijil matriks kau. dan kalau result mu tak cantik, maka kamu pun kelaut lah. dengan berbekalkan sijil matriks, kau boleh terus apply degree. kalau result dan pointer cantik, dapatlah bidang yg kau mintak. kalau tak, dia lelong je kau kat memana ipta yg kosong, kos pun kos lelong.

okay yang kedua, diploma. aku tahu ramai yang tak berminat nak apply diploma sebab ambil masa bertahun-tahun untuk graduate. ada yg 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun pun ada. it depends on the course. diploma tak macam matriks. kau boleh la rilek sikit tapi bukanlah bermakna korang boleh main2. still ada kuliah, assignment dan sebagainya cuma kita tak belajar dalam fast pace. that's why dia ambil masa bertahun untuk habis. dan of course diploma ada convocation which matriks takde. so berbaloilah usaha korang belajar bertahun-tahun dekat universiti, akhirnya dapat naik pentas, buat parents bangga. so dah fikir nak pilih matriks ke diploma?

Related image

next, stpm. pilihan ni aku rasa orang pilih bila dah takde pilihan. paham tak? hahaha tapi zaman aku dulu, bila kau dapat offer matriks, kau takkan dapat offer stpm. bila dapat stpm, tak dapat offer matriks dah. and im not sure why. tapi mungkin sekarang dah tak camtu, aku pun tak update. stpm ni macam sekolah sikitlah. kau kena pakai uniform sekolah pastu kena pergi sekolah macam biasa. tak sure if sekarang ni dah takyah pakai uniform, korang boleh research sendiri. then stpm pun ada sem-sem jugak. cuma tempohnya setahun setengah je. then bila dah pass, boleh apply ke degree terus dengan sijil stpm tu. and yg bestnya takyah berjauhan dengan family (untuk korang yg homesick ler) so dah decide nak pilih matriks, diploma atau stpm?

untuk yang berniat nak sambung asasi (foundation) atau A-Level korang boleh survey sendiri sebab aku tak reti nak explain pasal tu. sorry sangat. sama jugak dgn yg berminat nak sambung belajar ke universiti or kolej swasta. korang boleh search sendiri pasal course and macam2 lagi dekat website derang. aku just boleh share pengalaman aku je, yang lain aku tak berani cakap banyak.

okay, lepas spm dulu aku dapat offer matriks. kolej matrikulasi pulau pinang atau senang orang panggil kmpp lah. kawan2 rapat aku semua dapat sana. seronok tak seronok? dah plan dah nak shopping barang sama2, nak buat semua benda sama2. excited teruk lah. mana taknya, pergi tempat baru dengan kawan2. semangat tak? memang bahagia. tak fikir dah mampu tak mampu bawa.

tiba2 bila keputusan upu keluar, aku dapat offer diploma kat uitm perak. ah sudah...berbelah bahagi. parents aku pulak suruh pergi perak sebab lagi dekat. ya, deme fikir jarak je. time nilah bahagia yg dikecapi tu hilang. betul lah orang kata, bahagia ni cuma sementara. hati aku berbelah bagi sangat time tu. nak pergi matriks sebab ada kawan2. nak pergi perak sebab dekat and dapat course yg dimohon. pilihan aku?

setelah fikir masak2, aku pilih untuk ambil diploma di uitm perak dan lepaskan offer matriks. kenapa? sebab aku fikir jangka masa panjang. ya, memang seronok masuk matriks dengan kawan2 rapat semua tapi mampu ke aku bawa course sains tu lagi? mampu ke aku belajar dalam fast pace and catch up semua benda dlm setahun? mampu?

aku fikir, adanya kawan2 tu hanya untuk keseronokan jangka masa pendek. kawan2 yg ada belum tentu dapat tolong kita. yelah, dlm belajar ni otak memasing lah kan. kawan2 aku ramai yg geliga otak. dibuatnya nanti dorang lepas, aku terkandas. time tu nak menyesal pun tak guna. walaupun dah pilih diploma, hati aku masih berat. tp orang kata, lama2 kita akan move on. lagi tetibe

Image result for friends and study tumblr

dan lepas kau buat keputusan, percayalah, akan adanya bisik2 negatif di telinga kau. ada kawan aku cakap, buat apa pilih diploma, lama kot bertahun. baik pilih matriks, habis cepat. buat apa pilih diploma, buang masa. time ni kalau aku tak kuat, mungkin aku akan berubah fikiran dan pergi matriks dengan dorang. and guess what gais? kawan2 aku yg cakap banyak ni, sorang terkandas sampai kena tukar uni tukar degree, sorang lagi kena campak ke uni jauh kos lelong sebab result tak berapa nak cantik. dan aku? bersyukur sebab tak dengar cakap dorang.

aku tak halang korang kalau nak pilih matriks. cuma kalau pilih tu biar ikhlas dari hati. sebab sekarang ramai pergi sana sebab parents. aku tahu, most parents bangga kalau anak masuk matriks. kos sains, nanti boleh jadi doktor, boleh jadi engineer. hakikatnya sebab parents macam nilah anak2 stress dan terkandas. zaman sekarang, sains bukanlah penentu masa depan. malah kat sekolah2 pun sekarang, kat uni and kolej, jumlah student dalam science stream dah makin berkurang. sebab apa? sebab budak2 dah pandai memilih bidang yg banyak peluang pekerjaan. ramai yang dah lari ke business field. aku bukan cakap kosong. boleh buat research & tengok sendiri kalau tak caya.

and kalau korang nak pilih matriks sebab minat yg mendalam dan yakin korang mampu bawa, silakan. ada je kawan2 aku yang keluar matriks dengan pointer yg cantik. dapat degree pun dalam bidang sains. tapi ramai lagi yg keluar matriks dgn result yg beshe2 dan end up dapat degree yg bukan sains. ada tu siap parent kecewa sebab dia tak dapat degree in science field, tapi dapat business. apa2pun semuanya berbalik pada cara kita menilai dan berfikir.

to be honest, ada kawan2 aku yg dulunya lepasan matriks, bekerja sama2 dgn aku sekarang. ya, sebab tu aku kata, bidang sains bukan penentu masa depan. zaman sekarang yg banyak saingan ni, kau kena betul2 cemerlang dalam bidang tu untuk mendapat tempat. kalau tak, kena lelong la cite dia. berapa ramai orang yg kerja lari bidang? study sains, kerja bisnes. tak ke rasa dah ambik peluang yg sepatutnya untuk dorang yg study bisnes? itulah hakikat dunia sekarang ni.

ikut rezeki masing2. ada yg lepas spm terus bekerja pun hidup senang. ada yg belajar tinggi2 pun sampai sekarang meniaga burger tepi jalan. ada jugak kawan aku lepasan stpm, sambung degree dan skarang bekerja dalam bidang yg dia belajar. alhamdulillah seronok tengok perkembangan dia. it all depends on your rezeki and minat. aku langsung tak rendahkan mana2 pekerjaan mahupun bidang belajar. aku menulis sekadar berkongsi dan untuk korang berfikir. sebabnya dah ramai yg tersalah pilih. so for the sake of your own future, think and choose wisely.

i wish you all goodluck!


Image result for further study tumblr

p/s: boleh tengok entry aku yang ni jugak: please read

Saturday, 28 September 2013

Final Exam datang lagi...

hello guysss! miss me? hahaa acah2 the conjuring lak en. hmm sekarang ni budak2 diploma uitm tengah berada dlm mode final exam. final aku sem ni ada 5 paper and sekarang tgh menanti paper kedua, ahad ni iaitu subjek csc, the toughest subject for this semmm! csc tu stands for computer and information processing laa. dah la sampai 9 chapter, pastu semuanya fakta. kalau jwb ikut logik time exam nanti mmg alamatnya result pun ikut logik gak kahkah bagus sangat




paper bel dah lepas yehoo untuk yg tktau bel tu english language tapi lain sem lain kod dia. semakin senior semakin susahla cite dia. rumet aku yg lain semua sem ni last ambek bel. course aku ngan akaun kalau tak salah kena ambek sampai part akhir ayoyo ni kalau dah grad english tunggang langgang gak taktau ah aku. sem ni first time aku tak kua awai time exam bel haa 3 jam tau dok dlm hall tu sampai biru2 kuku aku tahan sejuk.




paper ctu lagi satu hal. aku lemah toi ah kalau subjek membaca ni -_- sem ni lain kos lain ctu nya. mcm om ctu nya islam dan pengurusan. dah nama om mesti ah ada kaitan ngn management kan. lau cm rumet aku dorang punya seni bina islam lah islam dan sains teknologi lah. ikut kos lah. tp aku rasa aku punya ctu lagi senang kot :3 rasa je.




lepas tu paper record haaa yg ni hampir saja aku give up lepas dah fail kuiz 1 haritu -_- tp puan zakiah yg comel cakap, "yg tak lulus tu jngn sedih2, cuba lagi tingkatkan. tengok balik mana yg tak kena tu" setepek kena kat muka ni sbb dia ckp tu betul2 lepas dia bagi paper aku -_- alhamdulillah kuiz 2 aku lulus :D yelah walaupun markah tak tinggi mcm dorang2 yang *cough* lain*cough* tu... last paper is ipc which stands for interpersonal communication. aku suka sangat subjek ni. nak jwb pun boleh ikut logik je. lecturer ajar paham, kalau baca nota pun senang je nak ingat. perhaps this is my fav subject for this sem selain note taking hehee




puas dah membebel pasal subject final. now iolss nak kongsi sikit dgn uolss tips atau cara nak menghadap final exam ni dgn relax tanpa gelabah dan resah gelisah ecewah bajet pakar motivasi lak en. cara aku simple je and tak seberapa pun kalau nak banding ngan tips2 yg kat blog lain yg lagi gempak and bombastik tuh.




ni betul2 cara aku stiap kali final exam. first of all, mestilah tengok jadual exam kahkah lepas tu check lah paper ni bila paper tu bila n balik bila -_- masa gap antara 2 paper tu plan lah nak study apa, dr chap apa sampai chap mana, kalau boleh buat jadual bagi sistematik sikit. mcm aku buat jadual dlm kepala je hahaa then mcm yg aku ckp, aku jenis yg suka study last minute. mula2 aku akan main game dulu, bosan tukar game lain sampai tido pukul 2-3 pagi lah jugak kdg2 tu. masa lecture week ke apa mmg aku jarang2 nak sentuh game ni, tgk movie pun sekerat je sbb aku slalu rasa ada je benda yg tak siap lagi padahal tetap je procrastinate -.- tapi lepas main game tu aku dptlah kesedaran, hidayah dan petunjuk untk study.




study ni lain orang lain cara. cara aku hampeh sikit. datang je mood study setebal-tebal buku aku boleh baca, rasa mcm seronok. kadang2 rasa tepu sangat aku baca handout atau slide je sbb simple kan tapi tak berapa complete lah. perlukan buku jugak. and jawab paper2 past sem adalah suatu kewajipan ye anak2. yg ni biasa kan semua orang buat. bila bosan buat past sem, aku baca buku balik, bosan lagi baca slide pulak haa cemtulah cara study mcm lalang hahaha mmg betul2 ikut mood. tp pastikan sebelum start study tu baca doa penerang hati, doa and niat baik2 dlm hati ye




malam sebelum exam ataupun aku slalu buat pagi nak exam tu, aku akan text mak aku. mak je, ayah tak. kenapa? ayah slalu dah call aku, slalu dah dengar suara ayah tp suara mak aku jarang2 sbb kadang2 dia busy masak kat dapur. so once ayah call time nak dekat final tu aku terus bagitau exam start bila, ada berapa paper, habis bila, paper senang ke susah. tapi kalau mak aku, setiap pagi atau beberapa minit nak masuk exam hall aku akan text "ma, harini akak ada exam dari pukul xx sampai xx. doakan tau" dan mak aku akan balas either "ok mama doakan" atau "ok goodluck. buat yg terbaik" bila baca tu hati anak mana yang tak tenang kan cuba cakap kat aku. gitulah dia kalau sem ni 5 paper, 5 kali setiap nak masuk exam hall lah aku text mak aku hehee apalah sangat kan kalau nak text or call mak ayah kita minta didoakan. better drpd hampa tergedik-gedik suruh bf/gf wish *no offence*




suruh mak doakan tapi takde usaha semua tu sia2 je. kenalah berusaha dulu kan baru tawakal. masa final exam week ni pun kena rajin2 buat solat sunat sekurang-kurangnya solat sunat hajat. masa nak spm n pmr dulu kan skolah slalu buat solat hajat rmai2. why not buat masa kita nak exam kat u pulak kan? bukan susah pun. kalau time lecture week tu bolehlah kata takde masa, banyak kerja, busy dan sbagainya. time exam week ni kau kata takde masa? aku hempuk kau ngan peti ais kang. otp dgn bf/gf berjam2 boleh, solat 5 minit pun berkira. marah ni hahaa hajatkanlah benda yg baik2. dilapangkan dada, dipermudahkan urusan, ditenangkan jiwa, dipermudahkan soalan exam tu, jangan lupa doakan mak ayah kita jugak. lepas solat tu insyaAllah hati rasa tenang je, nak study pun rasa mcm best je.


if this happens to you, ignore them for your sake

waktu study aku tak tetap. kadang2 pukul 12tengahari tu pun aku boleh bukak buku. pukul 3 time orang tengah syok tido petang. nak dekat maghrib tu bergelap-gelap ngadap buku. tengok mood akulah. tp orang kata selalunya study antara 12 tgh malam ke atas lagi senang nak masuk. hmm betul lah jugak kot. sbb time tu sunyi, aman je nak study apa pun semua masuk. pandai2 lah pilih waktu study yg sesuai asalkan apa yg korang study tu tak masuk telinga kanan kua telinga kiri, eh?




time study biasa dengar lagu? most of the time kalau study mesti earphone lekat kat telinga aku walaupun kadang2 tak bukak lagu pun hahaa ntahlah maybe as a sign yg aku taknak communicate dgn org sekeliling masa tgh study. tp mmg betul pun, rumet aku akan tulis kat kertas kalau nak ckp ngan aku sbb dia ingat aku tak dgr kalau dia cakap. padahal aku dengar je -.- hmm kalau dgr lagu time study boleh masuk ke apa yg distudy tu? kalau korang layan lagu tu ikut nyanyi skali mmg sah2 la tak tumpu kat apa yg korang study tu kan. tp mungkin jugak lagu tu boleh mmbantu untuk ingat mende yg kita blaja tu. eh ntahlah




next isss, mindset. fikir positif je selalu walaupun korang tau dah kesudahannya. remember that miracles do happen. semua keputusan Allah yang tentukan. kalau dah sepanjang masa kata 'eh aku rasa fail lah subjek ni', 'hmm repeatlah kot next sem', 'susahlah subjek ni. kau pandai bolehlah' mmg jadi kenyataan lah ia dan padanlah muka kauorang. why not gantikan dgn 'hmm mmg susah, tp insyaAllah aku boleh buat', 'rasa mcm takleh buatlah tadi, takpa dah cuba yg terbaik', instead of saying 'mesti fail' says 'insyaAllah pass'. senang kan? again, semua tu takde pape tanpa usaha. prinsip aku, tak rasa fail, tak rasa lah nikmat berjaya. yg berjaya hasil meniru, menipu dan yg sewaktu dgnnya, semua tu tak menjamin apa2 -.- someday korang akan menyesal. yg slalu berusaha tp masih tak temu kejayaan, jgn risau. Allah simpan surprise untuk korang. doa banyak2 ok? (:




set target for each subject and jangan target terlampau rendah, jangan lak tinggi sangat. yg korang rasa mampu. sebab tu aku slalu ternanti-nanti carrymark aku. senang aku nak kira2, nak tau kena score banyak mana untk final barulah aku boleh study demi mencapai target aku tu. kalau takde target, takde goal, korang mcm takde matlamat tau. benda ni nmpk cam remeh, tp sebenarnya sgt membantu. ikut suka lu lah kan hahaa ps: orang yg taknak tau carrymark tu last2 dia sibuk gak nak tau carry mark orang lain :p oleh itu kalau xnak nmpk cm penyibuk sgt, kita kisah dulu psl carrymark kita pastu barulah syok nak tanya carrymark org lain hahaha




hmm apalagi eh alaa mcm dah panjang je malas lak nak sambung hahaa sampai sini je kot tipsnya kahkah kalau rasa cara korang lagi berkesan, sharing is caring. ni cara paling sempoi aku rasa. study serious sangat nak kemana kak? hahaa kadang2 orang kata, dah study betul2 dah doa banyak2 pun result tetap mcm tu jugak, ada yg lagi turun. hmm kalau yg tu, adalah tu yg silap kat mana2. mungkin kita ni ada berdendam dgn orang, musuh dgn orang ni orang tu, busuk hati, dengki. penyakit2 hati ni bahaya dooo cemburu yg positif takpa contoh, aku mmg tak puas hati gila dgn classmate aku 2 orang yg dekan kemain tinggi pointernya. dlm diam aku perhati kelemahan dorang, kat situ aku score. lain2 subject tu aku cuba beat. tak seronok bila belajar takde saingan. ada saingan barulah semangat nak blaja, nak potong dorang kan? hahaa lagi satu, blaja ni hmm tak perlu menunjuk kot. diam2 sudah. tak perlu canang kat smua orang yg ko tgh study ni study tu, takut hasilnya tak kemana ha kan sendiri yg malu? biar jadi ubi, diam2 berisi drpd tin kosong. bising tp takde isi. jngn jadi diam2 besi berkarat pulak hahaa oklah dah panjang sangat ni, takut bosan lak org baca. yg baca sampai habis tu tahniah ye anda berjaya sampai ke peringkat ni dan aku doakan korang berjaya dunia akhirat hahaha zaijian (jumpa lagi)!




fnmd

Saturday, 15 June 2013

can I?

one of my lecturers said,
"saya dulu time diploma 3.69, 3.69 sepanjang sem, pastu dapat anc, pakailah selempang tu. tapi saya tak rasa seronok tak rasa sedih. saya ni selalu main2. patutnya saya boleh dapat 4flat time diploma. so lepas diploma saya ambek degree. kali ni saya sedar, saya taknak main2 dah. so keluar result saya nangis guling2 sebab ada satu subjek ni saya dapat B. tapi alhamdulillah result saya 4flat. awak semua jangan jadi mcm saya. awak ada peluang lagi. buat betul2 masa diploma ni. jangan nanti menyesal macam saya"

lebih kurang mcm tulah dia cakap. aku ingat2 ikan je hehee memang kagum sngat dengan dia, dari pelajar yg biasa2 je sampailah jadi lecturer. sambung degree dekat US. best je dengar. persoalannya sekarang, mampukah aku jadi mcm tu?

Sunday, 24 March 2013

Final Exam is Around the Corner

hello pretty ladies and gentlemen.




next week i'm gonna sit for my final exams. first paper is BBM110 which stands for Bahasa Melayu Pengurusan Pejabat. bunyi macam senang tapi membunuh wooo. teks ucapan sahaja dah 60 markah haaa.  dah la haritu aku siap mimpi dapat B untuk subjek ni. belum start exam dah dapat result ikut mimpi. dah la B, cuba lah bagi A ke A+ ke haih -_- next subject is CTU151 (agama lah) ni lagi lah buku pun aku tak beli, tumpang2 orang punya. last sem aku tak beli gak, hafazan n bacaan pun tak buat so dapat lah B sejibik tepat ke muka. this sem aku buat bacaan n hafazan so maybe ada harapan nak naik B ke B+ mungkin?




oh sem ni banyak subjek membaca yg sangat mentepukan kepala hotak aku. aku lagi rela main kira2 kot walaupun tak lah genius macam adi putra tu. 1+3 pun aku kira pakai kalkulator tau haaa kau hade? and sem ni aku nak dekan so tolong lah doakan aku, semoga Allah berikan kejayaan kat korang jugak, Amin. dan aku akan cuba pekakkan telinga kat suara2 sumbang yg menghasut aku supaya takyah study. semua tu syaitonnn. tp kadang2 aku pun jadi setan gak bila tengok orang belajar kah3 :P




sekarang aku kat rumah aku. tak start study lagi, baru habis download nota ctu dari scribd mwahaha walaupun tak beli buku at least aku ada effort jugak lah nak study drpd yg beli buku tebal2 tp simpan buat kenangan terindah. cakap orang tp aku pun sama je 2x6=sedozen.




kelas aku skrg mcm da berantakan. orang sana mengata orang sini, orang sini mengata orang sinun. siap nak pindah kelas bagai next sem. tak paham aku. kita masuk u nak belajar, bukan nak berperang. kalau mulut dijaga, attitude dipelihara confirm tak jadi masalah. aku malas nak terlibat dengan perang dunia keempat ni so aku buat je hal aku, aku kwan ngan smua orang, senyum dgn semua orang walaupun ada tu kadang2 dengki, mulut sedap memerli tanpa menghiraukan perasaan dan hati aku yg comel ni. tapi disebabkan taknak cari musuh, kita tahan jelah, senyum sokmo k? (:




kadang2 aku rasa akulah orang yg paling matang dlm kelas tu (ceh perasan pulak dah) kesimpulannya, lebih baik diam 1k bahasa drpd berkata-kata tp taktau apa yg ko kata tu lagi2 kalau benda tu buat orang tersinggung haaa mmg cari musuh la kau. belajar la jadi matang, umur semakin meningkat, perangai tu jangan mcm budak2 sekolah. aku pun tak perfect, takde manusia yg perfect dlm dunia ni. eiii geli pulak aku tiba2 bagi ceramah kat sini -,- k apa2 hal sama2 lah kita ubah diri jadi yg terbaik.


Monday, 10 December 2012

part 2!

hey guys! da hampir 2 minggu aku berada dalam semester 2. wohoo kls banyak yg tak start lagi. and sem 2 ni agak mencabar sbb bm dia sangatlah susah beserta subjek business yg aku xpernah blaja langsung sblm ni aaa cuak gak sbb ramai gak yg kecundang dlm subjek2 yg aku akan belajar nanti. whatever it may takes, pray for me okay? [:




oh yaa my laptop is having a keyboard problem dammit i really need a new one!




and how I wish I could own a piano keyboard and play it like my Mr pro :p






Saturday, 1 December 2012

new December, new semester (:

hey guys! esok aku nak balik Perak dah. huuu~ tak sedih! :p tak sabar ada ah muahaha sebab apa? krismas nanti cuti seminggu, apadahal balik je ah -.- uitm kan murah hati, suka bg cuti banyak yehuu!




okay, since its already December, harapnya bulan baru, sem baru, ada perubahan lah. dari malas ke rajin, dr jahat ke baik muahaha sem 1 aku banyak main, tak fokus dan sebagainya. kalau nak tau, aku bukak buku masa nak exam je. kalau x harapan lah. slalunya habis je kls, dlm kepala ni mesti fikir nak tidur je. slalu sangat tido ptg tu yg otak slow tu -,- time study week sminggu tu aku kat umah online je. buku bwak tp stay dlm bag. alah normal lah kan. time gap masa exam week pun aku sempat main game kat laptop hahaha :p aku mmg jenis yg suka study last minute. kalau study awal2 confirm tak masuk hahaa




Alhamdulillah bersyukur sangat pointer okay, mmg tak sangka langsung lah dapat 3 keatas sbb masa habis je exam tu terus kepala ni 'pasrah jelah. takde rezeki nak dapat dekan' hehee so skrg target ngan roommate nak dapat ANC. apa tu? Anugerah Naib Canselor lerr :p bukan senang nak dpt, I'll try my best, so do pray for me O:)




and nasib baik permohonan kami diterima, dapatlah sama bilik ngan 2 orang roommate lama, sorg lagi tercampak. tp malangnya dapat roommate baru yg x disangka-sangka lah pulak sebilik ngan kitorang haihh -,- apa2 pun, kalau dia baik ngan kitorg, kitorg layan dia baik lah <:




and jadual kls pun dah tengok, isnin pack gila woiii! tp rasanya tu bkn permanent punya. ntah2 nanti x sampai sminggu dah ada jadual baru :p wait and see jelewww




siapa tengok MAMA 2012? wahahaa ada joong ki sayaaa yg comel! <3 and siang nanti ada MTV Sessions, GREYSON CHANCE :'( sedih gila tak dapat tengok, haihhh *menangis*



-the end-

Monday, 17 October 2011

kinda funny



okay smua.. pagi aku dimulakan dgn perhimpunan yg x pnah aku suka, dah la kene berdiri.. -,- then dah abes naek klas mcm bese.. ummi masuk klas wktu pertama.. ntah lah knapa tiba2 minah kat seblah aku gelabah x memasal.. dah la bawak popcorn.. pastu ummi bg kertas penilaian kat sapa2 yg blom dpt.. time ummi nak explain cmne nak isi borang tu, tiba2 minah tanah sebla aku tu jerit, "ALAMAK AKU TAK BAWAK KETAS TU!!!" Okay dgn suara dia yg hampir je memenuhi ruang udara klas 5Suria, satu klas beserta ummi pandang ke arah kitorang... malu x malu kitorang hnya mampu gelak.. popcorn yg dia pegang tu habes b'terabur atas lantai.. nseb baek jatuh atas lantai, klau tlambung ke atas? tak ke kantoi .. haishhh serabut betol lah dia ni.. buat sakit perut aku je gelak.. untung ummi yg masuk, cuba klau time pn hardeep ke dia jerit mcm tu.. teros e-disiplin.. hahaa annoying girl return




lpas tu mama besar masuk klas pulakk.. xde bnde laen nak ckp slaen pasal result trial.. huhh b'debar2.. tp watlek sudah.. skali bila sebut nama aku... "okay ni FARAH NABILLA.. mana farah ni??" aku angkat tangan  dgn sengihan (ayat baru dr aku :P) .. skali bila dia sebut result aku... "okay farah.. 4A1B1C1D1E1G.. emm ambek.. smua dia ada.." habes satu kls gelak.. then dia bg kata2 perangsang, addmath boleh naek lg neh.. insyaAllah laa.. hahaa gitu ler bila pengetua masuk ke 5Suria.. habes sorang2 dia pantau..



arini aku beli boss.. hahaa bkn org lah.. I mean a tin of coffee.. xnak ngntok punya pasal.. xleh blah je.. tp serious mmg x ngntok time chemist tadi.. lpas tu bleh plak ada org kentut dlm senyap... perghhh bau dia... mcm da sbulan x berak je... nak kentut g la jauh2 .. haishhh membunuh dlm senyap *bak kata cg alfi* ida plak seboleh2 dia nak bg satu lab tu dngar suara dia.. ambek .. smua tutup hidung.. ntah sapa la yg kentut tu agaknya.. bwk2 la g berak.. pastu ada org tu usha2 plak, apahal mamat ni? kau yg kentut mngaku jela kan.. usha x puas hati lak.. huhhh ada sorang neh ketiak tekoyak plak.. da mcm bedarah je aku tengok.. serupa hulk btol lah kau ni.. haishh mcm2 lah.. kami cuba sedaya upaya x rosakkan mood teacher yg tngh pregnant.. hahaa comel




time balik aku stay stdy group ngn bdak2 zuhrah.. time otw surau from kantin, aku jalan ngn amira.. time tu gak la aku tringat kat mumu sbb sepanjang hari aku xnmpak dia.. #mcmsedey :'( tiba2 amira tunjuk dia ada kat dpn bilik guru.. arghhh panjangnya umur dia.. bru je sebot.. time tu gak aku g hentak2 kaki kegembiraan kat situ... dah mcm kanak2 riang pon ada.. smoga amira sorang je yg prasan aku time tu.. #malubetol ..anyway, finally dpt gak aku usha dia, wlaupon just dpt tngok blkg dia.. uhh :')




arini n maybe tomorrow juga, dekwan ponteng skolah.. *demam melanda* eleh, mcm kesah pulak cekgu klau x dtg.. form 3 da mcm xde hala tuju... hohahaa




p/s : apa meme tu ehh? da lama aku t'tanya2 since bbrapa bulan lpas aku jumpa    word tuh.. yg aku tau, meme tu nama comel untuk encik @@@R aku.. hihi :P

Friday, 7 October 2011

Hari Ini Hari Cuti

hey.. mcm nama tajuk post aku kali ni, today form 5 dpt cuti.. cuti pon x mcm cuti je.. masa cepat je blalu.. nak kata aku study, tak jugak.. dgn gerak gempurnye lg.. xleh blah langsung..

kau xde kan? okay senyap. :P



wah, aku nampak mumu online.. hehee bkn bole buat apa pon.. nak chat ngn dia?? pengsan aku..dlm mimpi kau jelaa.. amboiii mentang2 cuti, ko pon bantai g online.. hahaa post n link yg dia share smua pasal isu2 keagamaan.. insaf giler aku bila bukak profile dia.. mcm nak sindir aku pulak yg tngh stalk fb dia :P and notification aku pulak x abes2 dipenuhi dgn post2 n comments kat group component 5 suria.. haiyoo knapa perlu kluar kat notification aku.. mnyemak doee..



haihhh lg 30hari lebih je nak SPM n aku plak buat SPM tu mcm x wujud langsung dlm hidup aku.. da la lately aku bnyk touching, moody sume.. apa nak jd ni fara?? control sket prasaan tu bole? hishhh apa yg aku nak x dapat, apa yg aku x mintak, datang mcm tu je..



bila la nak habes skolah? tak sabar rasanya nak bebas dr problem yg tak kemana ni.. tp most people said that zaman skolah la yg paling best n happening.. bila dah kerja tu, rasa nak datang je skolah balik, belajar. tu lah kau, dulu time skolah xmo blaja betul2, main je. now bila dah kuar skolah, gedik pulak nak balik ngadap muka cikgu. hahaa kejamnya aku.. aku pon stuju ngn apa yg dorang rasa.. yelaa.. student ni keje dia study, exam, study, exam, buat homework.. xde bnde laen yg kene pikir.. duit blaja sume parents punye hal.. kita just blaja, blaja, blaja.. smpai muntah pon, slagi x abes skolah, buku lah yg kau kene hadap.. tp most student including me, lebih suka buang masa ngadap mukabuku.. hahaa itu normal kan?



bersambung...