Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Monday, 3 August 2015

Degree life.

hello. sebulan lebih jugaklah kan tak update blog ni. blogging ni requires time and effort. kadang2 tu dah ada isi tapi malas. kadang2 tengah rajin nak update tapi taktau nak cerita apa. ha tengok belum apa2 mukadimah dah merapu.


black | Tumblr


okay since aku ni boleh dikatakan freshie dekat uitm tu, nak cerita sikitlah life aku sebagai degree student. dulu lecturer aku masa diploma pernah cakap, antara diploma, degree, master and phd, degree lah yang paling susah dlm level of study tu. dan memang betul. separuh nyawa jugaklah aku nak menghabiskan satu sem ni *hiperbola*




since aku student penerapan, aku terus masuk ke sem 2. jujur aku malas nak cerita, tapi berniat nak kongsi kesengsaraan yg aku hadapi sem ni T.T aku ambek kos human resource (hr) patutnya 3 tahun tp aku student penerapan yg masuk dari diploma and daripada kos under fakulti yg sama so dptlah buat credit transfer. masa sblm apply kos ni aku cuak jugak sbb orang kata kos ni meluas so macam2 benda akan dipelajari. tapi ramai kata kos ni banyak peluang kerja so aku pun terpengaruh dgn bisikan2 mereka *salahkan orang pulak*

setelah buat credit transfer masa awal2 sem, dapatlah aku drop beberapa subjek yg dah belajar masa diploma dulu termasuklah koko. bila tengok balik, takdelah banyak mana pun subjek yg kena drop tu. patutnya sem 2 aku ambek lima subjek je. tapi sebab ada dua subjek sem 1 yg tak dpt drop, kena la bawak subjek2 tu ke sem 2 making it 7 subjects for semester 2. 7 subjects for a sem sounds normal but 7 tough papers for a final exam is insane. mungkin itulah yg paling membunuh aku sem ni.

let me tell you, kalau diploma dulu semua benda lecturer suap, tidak lagi masa degree. for example, dulu assignment, lecturer bagi guideline and dia akan terangkan apa kena buat, mcm mana nak buat. degree ni, dia senyap for some quite time, suddenly dia tanya, okay mcm mana dgn progress assignment awak? how is the group project so far? and student pun huh? hah? apa dia? assignment apa? thats normal i guess untuk typical student. untuk student yg concern benda mcm ni takkan terjadi because they have initiative untuk ambil tahu segala benda. mcm aku, my group members semua tahu ada group assignment tp biasa lah, buat last minute. but i was kinda shock jugak sbnrnya bila lecturer tu sergah tanya pasal assignment. not used to it, just yet. tp tak semua lecturer begitu ya.


kalau hujan kat palam mmg sedap la tidur Zzz

bila dah tahu ada banyak subjek dan nak kena cover banyak chapters, pandai2 lah rajinkan diri untuk study and buat revision. sila jangan jadi macam aku yang balik2 kelas terus landing atas katil, main hp dan tidur. thats so not good for a degree student. aku banyak buang masa. i thought aku akan survive mcm mana masa diploma aku buang masa tp still boleh catch up. no, not for degree life, don't do it.




hujung2 sem adalah masa yang paling sesak, rumit, kelam kabut dan serabut untuk student sebab time tu lah nak kena submit assignments, group projects, time tulah lecturer kau nak buat test, quiz dan sebagainya. jenis yang suka tangguh and buat last minit tu mohon pandai mengendalikan stress sebab berani buat berani tanggung lah kan. kalau taknak jadi gila, buatlah assignment anda awal2 sebab tak kira lah kau kos apa, hujung sem adalah waktu paling serabut. macam aku haritu ntah berapa assignment and take home tests aku buat serentak sbb kesuntukan masa. padan mukalah siapa suruh tangguh kerja kan. aku sampai nak menangis nak menjerit nak semuanya lah.


baby dont cry :(
lebih kurang ceni lah aku time tu

final lagi seronok, orang lain dah nak habis paper kitorang baru nak mula :') last paper aku, 5 hari sebelum raya. memang balik kl tak rasa mcm nak raya sebab lama terperuk kat palam tu mereput. habis je sem memang aku lupa terus pasal segala penderitaan dan kesengsaraan aku sepanjang menempuh sem 2 ni. taknak ingat dah. heaven is all mine bila sampai rumah.


-

Wednesday, 18 February 2015

A, B, C dan aku.

alkisah tiga orang manusia...




A seorang yang normal namun punya hati yang sensitif juga cepat terasa. seringkali dia menangis, bukan kerana putus cinta, tetapi kerana kawan. A tidak suka kawan baiknya berkawan dgn orang lain. baginya kawannya itu hanya dia yang punya. A selalu merajuk, kecik hati dan terasa kerana kawan baiknya tak pernah faham sebab kenapa dia berkecil hati. A mahu kawan baiknya tahu dia sayangkannya tetapi A ego dan caranya salah. A tak sedar dia terlalu mengongkong kawan baiknya sedangkan dia tahu dia tak punya hak untuk menghalang dengan sesiapa sahaja kawannya mahu berkawan. A terlalu sensitif. A selalu meluahkan perasaan tidak puas hatinya di laman sosial. A mahu mereka tahu yang dia terasa dan sakit hati. A tahu dia terlalu sensitif untuk berkawan dengan sesiapa terutama dengan kawan baiknya yang sangat berbeza dengan dia. tidak pernah kawan baiknya memulakan pergaduhan di antara mereka, malah selalu mengalah dengan A dan meminta maaf walau bukan salahnya. A mengaku memang dia yang selalu terasa dulu, tetapi dia tidak rasa dia yang salah sepenuhnya. padanya, kenapa kawan baiknya tidak boleh faham apa yang dia mahu? kenapa dia saja yang perlu terasa dan sakit hati? A tidak tahu di mana silapnya sehingga ada ketika mereka bergaduh besar. A juga terlalu banyak dramanya. Air mata A mudah jatuh. walau ada ketikanya A mengalah dan memulakan maaf, jauh di sudut hatinya masih mahu kawan baiknya memandang dia seorang. ya, macam kisah cinta sepasang kekasih. tetapi orang luar tak tahu apa yang A hadapi. A seorang stalker tegar yang sering mengintip laman sosial teman baiknya lepas tu terasa sendiri. A juga tidak faham dengan perasaannya kadang-kadang. A sangat kisah dgn pandangan orang lain. A kuat cemburu, dia tidak boleh melihat teman baiknya bergembira dgn kawan-kawan yang lain, apalagi dengan ketiadaan dia. A selalu juga chat dengan kawan baiknya tetapi ada saja kata-kata dingin daripada A buat kawannya itu. semuanya kerana cemburu dan terasa. kesimpulannya, A terlalu sensitif, cepat terasa dan kuat cemburu.




B juga seorang yang normal. tetapi perasaannya ibarat lalang. kadangkala B boleh jadi seorang yang cepat tersentuh hatinya. ada ketika seperti orang tidak berperasaan. B lebih selesa hidup di dalam dunianya sendiri dan hanya memikirkan tentang dirinya tanpa menghiraukan orang di sekeliling. kadang-kadang B boleh mengamuk tiba-tiba kerana orang tidak boleh faham keadaan. B tidak suka ambil kisah tetapi ada sifat ingin tahu. B boleh berubah drpd muram ke ceria dalam waktu yang singkat. dan boleh jadi seorang yang kuat dramanya bila datang masa. mungkin B seorang yang bipolar.




C seorang yang malas mengambil kisah. C tidak suka berdrama dan lebih senang untuk tidak melayan orang yang dramatis. C tidak peduli jika ada yang cuba berdrama dengannya. C malas nak layan benda-benda macam tu sebab drama bukan caranya. nak cakap, just straight to the point, no hint. C bukan seorang yang rajin untuk tahu tentang kisah orang lain. C tidak berapa aktif di laman sosial kerana selalunya dekat situlah bermulanya perasaan tak puas hati dan terasa tu datang. C tidak cepat terasa dan menganggap benda-benda yang menyakitkan itu sebagai gurauan dan tidak mengambil serius tentangnya. hati C sering merasa kosong namun masih bahagia dengan mereka yang dia sayang. C menjadikan kisah silam sebagai teladan dan pengajaran untuk masa akan datang. C lebih memilih untuk tidak mendekati sesuatu atau seseorang yang berkemungkinan akan mengulangi kenangan pahitnya. C mahu orang di sekelilingnya sekurang-kurangnya faham akan situasi yang sedang atau pernah dihadapi. C kadangkala boleh jadi hipokrit. bukan kerana dia sengaja, namun dalam selamba dan tidak kisah masih perlu menjaga hati. walau bagaimanapun dalam menjaga hati, C cuba juga untuk tidak panjang cerita. C malas untuk mengambil kisah. C tidak berminat dan sifat ingin tahunya kurang. C lebih suka menyimpan apa-apa tentang dirinya daripada pengetahuan orang lain. mereka bukannya kisah, cuma ingin tahu. dan C, tidak pernah kisah apatah lagi ingin mengambil tahu. senang cerita, C ni heartless but in a good way sebab dia taknak sakit sendiri. kenapa perlu kisah pasal orang lain kan? ha macam tulah




Aku adalah seorang A pada suatu masa dulu. sikit-sikit aku bertukar menjadi C. orang kata pain changes people. yup, it does change people. tapi kadang2 aku adalah B. setiap orang ada waktu yang dorang sendiri tak faham apa sebenarnya yang dorang rasa dan apa yang dorang nak, kan? pendek kata, A, B dan C, aku dah lalui semua fasa tu. manusia berubah. sama ada ke arah yang baik atau sebaliknya, mereka sendiri yang tetapkan.

memori sama ada pahit atau manis memang indah.




yang menyakitkan adalah orang yang masih hidup dalam memori dan menarik aku untuk hidup sama dalam dunia memori tu.

maafkan aku, bagi seribu pun belum tentu aku mahu.



Friday, 22 November 2013

Kawan.

kawan, teman, sahabat, member, friend, bestfriend, semuanya sama je bagi aku. cuma lain ejaan, lain sebutan. kawan; yg membezakan, cara aku layan dorang n cara dorang layan aku. eh mesti ada yg pelik pahal la minah ni tetiba je tulis pasal kawan pulak ni hahaha nanti lah aku cite kenapa aku terpanggil nak tulis pasal 'kawan' ni. sepanjang hidup aku mmg macam2 pengalaman aku rasa sendiri dari kecik sampai besar mmg dikelilingi dgn kawan. cuma jarang2 dapat kawan yg gelak sama2 nangis pun sama2. bukan takda, jarang2.




dr aku lahir sampai la ke form 3, nenek aku jaga aku. malam je aku jumpa parents aku lepas dorang dah balik kerja. so disebabkan tulah nenek aku ni kenal sangat dgn aku. kata dia dulu aku ni jenis yg lembut. susah nak menolak sampai kadang2 nenek aku pun tension dgn aku. kat tadika aku slalu kena buli. aku ingat lagi aku hanya mampu nangis bila kawan sekelas aku curah air milo kat kepala aku. habis coklat jadinya tudung putih aku tu. sampai nenek aku datang skolah report kat cikgu. masa tu aku rasa masing2 belum paham erti 'kawan', sebab masa aku kena buli, takde siapa yg tolong atau backup aku. sedih.




naik skolah rendah, masih sama. aku tak pandai nak melawan, masih suka berlembut dan ikut je apa orang kata. dulu aku ni mcm jakun sikit bila jumpa 'kawan'. nenek aku penah cerita, dulu aku pernah mengendeng dekat sorang budak ni walaupun time tu kitorang tgh bergaduh. dia masam muka dgn aku tp aku still nak kawan dgn dia. how desperate i was ! pastu aku penah bawak balik kawan and mandi sama2 sbb dia kata kalau tak mandi nanti hidung dia berdarah. mmg kena marah dgn mak aku bila dia tau aku pandai2 bawak balik kawan ke rumah. kawan suruh menipu aku pun menipu. sebab takut hilang kawan punya pasal. betapa lurusnya aku waktu tu.




sampai la aku jumpa kawan yg aku senang sangat berkawan dgn dia sebab dia tak pernah sakitkan hati aku, dia selalu buat aku gelak dan dia jugak jadi salah satu sebab aku suka pergi sekolah. Alhamdulillah sampai skrg kitorang still kawan walaupun tak slalu jumpa. zaman sekolah menengah mmg banyak sangat masalah. banyak benda aku belajar masa tu. kelakar bila ingat balik waktu2 aku bergaduh. aku rasa semuanya punca dr aku kot. aku sensitif sangat. cepat terasa.




so... sampai sekarang pun mmg masalah berkaitan kawan takkan penah lari dr kita kan. yelah, nama pun manusia mesti buat silap. aku mengaku jugaklah, kawan ni banyak buat aku sakit hati, buat aku menangis. disebabkan dah banyak kali aku sakit hati, skrg aku dah takde hati untuk sakit hati. heartless lebih tepat. aku pun penat dah jaga hati orang. mak dgn nenek aku tu, cara dorang ajar aku tegas. tapi bila dgn orang lain, dorang lembut pulak. even dgn orang yg dorang tak suka, still dorang bermanis muka. aku yg dr jauh pulak geram je nengok. lalu aku tanya kenapa. kata mak aku, biarlah apa orang nak kata kat kita. jangan balas. nenek dgn mak aku suka sangat jaga hati orang even dorang sendiri penah kena marah, depan aku. sakitnya hati aku ni, apalah daya aku kan, aku masih ada adab pada org tua. skrg aku tahu dah dr siapa aku dapat sifat tu. suka jaga hati orang padahal hati sendiri sakit.




aku sendiri tak perfect. mungkin jugak aku dah sakitkan hati orang, tanpa aku sedar. mungkin ada yg pendam rasa marah kat aku tapi aku taktau. mungkin jugak ada yg bermanis muka depan aku, tapi belakang... apa2 pun.. ada aku kisah? hahaha kau tak suka aku meh la cakap depan2. setakat main belakang eh tak suka betul lah. mcm mana nak tau apa salah aku kalau tak bagitau? walaupun agak sakit, tp its for the best. aku tak kisah asalkan aku boleh improve diri aku. ada sesetengah orang tu tak boleh langsung kalau kita tegur dia. u know, akan melenting tak tentu pasal (contohnya adik aku). kita niat nak tolong dia ubah perangai dia, tp kita yg kena balik. orang mcm ni aku sendiri pun taktau nak tolong mcm mana. at the end aku hanya mampu dgr je org2 mengata pasal keburukan dia.




penah tak rasa dipulaukan? ahhh aku penah rasa banyak kali. sakit tak? ya sangat pedih. apa aku buat? diam dan memendam rasa. kenapa? sebab taknak lah pasal benda remeh mcm tu pun nak gaduh, nak masam muka. nanti kawan lari kan dah takde kawan. rasa dipulaukan mmg perit tp at least aku belajar sesuatu. masa aku sunyi tulah aku perhati, siapa yg datang kat aku time susah, siapa yg kongsi senang dgn aku. senang je nak bezakan tp aku tak kisah pun semua tu. lagi satu 'kawan susah senang'. aku tak pegang benda tu. kita taktau kawan yg ada time susah tu ikhlas atau tak nak tolong kita dan boleh je dia gunakan kelemahan kita untuk kepentingan dia sendiri. but maybe dia ikhlas, just be careful je. dan kawan yg takde masa kita susah, kita tak boleh judge dia sesuka hati. who knows dia ada hal yg lebih penting dr kita, atau dia dekat oversea, study. takkan dia nak balik semata-mata nak ada dgn kita waktu kita susah? think logically.




and the most important thing dlm friendship ni, minta maaf dan memaafkan. sometimes aku rasa eh asal pulak aku yg kena mintak maaf. dia yg buat aku sakit hati dulu. but then aku fikir balik, its not that hard pun nak cakap 'sorry' tu. dan mmg susah untuk memaafkan. ada org mulut je cakap dah maafkan tp dlm hati still ada perasaan sakit hati tu. i know, aku penah rasa. mmg payah but at least maafkan je org tu. sedangkan Nabi ampunkan umat, kita ni siapa je? kalau dia buat lagi why bother nak terasa dgn dia? buat je mcm takde apa2 and lama2 bila dah biasa, u will feel nothing. u know sakit hati lama2 pun takda guna, orang yg buat kita sakit hati tu bukannya kisah pun. thats my way untuk elakkan perasaan terasa hati tu. aku dah puas dah terasa2 bagai ni masa sekolah dulu. apa yg aku dapat? absolutely nothing. so elakkan touching selalu. no good pun




so kesimpulannya, kawan bawak pengaruh besar dlm hidup aku *mcm karangan bm dah kuikui* kawan buat aku berubah. kawan buat aku belajar banyak benda. orang kata kalau nak kawan ni kena pilih dulu mana yg baik mana yg buruk. aku rasa tak perlu kot. aku kawan je dgn semua orang. yg penting tak terpengaruh dgn kawan yg tak sihat. kawan dr side ni buat aku blaja banyak benda dr kekurangan dorang and kawan dr side tu pulak buat aku perbaiki kelemahan aku. semua yg aku tulis ni based on pengalaman aku sendiri. mungkin ada yg terasa kat mana2 idk im sorry. biasalah dlm friendship tak sah kalau tak bergaduh. aku tak menyesal pun berkawan dgn sapa2 even kitorang banyak kali bergaduh bc u know, benda tu semua buat aku muhasabah sendiri, cuba improve diri aku dan cuba untuk tak repeat salah yg kitorang masing2 buat. indahnya sesuatu friendship tu kalau masing2 saling memahami kan? tp tulah, tak semua suka dekat kita dan kita pun tak boleh nak puaskan hati semua orang. kalau ikhlas kawan ngan aku, insyaAllah kita kawan lama walau banyak manapun kita bertengkar. so, thats my point of view tentang kawan.


i want a friendship like this

p/s: haaa sebenarnya ni semua pengaruh encik mimpi laa hahaa lepas baca entri dia yg pasal bestfriend dia tu terus aku rasa nak menulis pasal kawan. btw sedih ah cerita dia tu

Friday, 17 February 2012

Pengalaman Hari Ini :) [15/02/12]

k first bangun tido takde suara. *again* lama2 baru okay sikit tp tetap garau -_- dlm kol 10.30am sampai skem but pendaftaran kol 11.. so aku dgn sorang budak motor masuk je dlm dewan tu buat muka blur.. lama2 ada sorang cikgu tego, tanya segala, tiba2 dia kata "eh awak num 11.. da telepas dah.." aku da blur gila time tu.. rupa2nya org da start daftar.. so no 11 da lepas tp still bleh daftar lg.. kena bratur lpas num 50 ah.. pastu tetiba tnampak hafiz, buat2 tak nmpk jelaa.. hahaa :P




dia no 43.. jauh menyimpang.. then kluar dr dewan tu kena pegi naik atas bukit sana, tunggu turn sesi 2.. cikgu tu soh aku jalan blakang, jngn lintas kat jalan tmpt org tngh buat test tu.. so aku pon pusing ah konon cari jln belakang.. tetiba sampai kat tmpt menunggu, bapak ramai gila org.. da la aku kat seberang jln time tu.. malu gila.. smua pandang kot, aku plak da taktaw nak mencilok kemana sbb kat jln kete da beratur.. so aku naik je bukit lalu kat celah2 kete tu.. tetiba ada sorg cikgu ni jerit tanya aku nak g mana.. tanya no turn aku bagai.. sorg lg cikgu ni soh aku masuk kete, jngn masuk minyak dulu.. serious blur + nervous time tu.. baru sampai terus masuk kete ah -,- dah tu ada sorg lg cikgu ni, dia handle kls bengkel yg 6jam dulu n dia ni mcm kelakar sikit ah.. time tu aku da dlm kete, da pakai seat belt apa bagai, dia tanya aku dr luar, "no brapa?" aku tunjuk ah no aku.. tetiba dia kata.. "ya Allah awak ni..sesi 2 blom start lg lahh..skrg ni tngh sesi 1.." time tu aku, "erk yeke? td ada pakcik tu soh sy masuk kete.. sy masuk ah.." cikgu tu pon, "pakcik mana? sesi 2 blom start lg..nasib baik sy check..hadoiii..." dia pon bwk aku pegi ke tmpt menunggu yg ramai org td.. smua org tengok aku -_-




then sampai kat tangga nak naik, hafiz tngh gelakkan aku.. bengong dia tu -,- da lah smua pandang aku, cikgu tu plak keep membebel.. bila da amek tmpt duduk, cikgu tu ckp, "awak tunggu turn awak, sy akan panggil no by no, kang klau panggil nama pelik2 plak kuar.. skrg tunggu test lori ni habis dulu.. sesi 2 blom start lg.. tp takpelah.. dpt dah pengalaman duduk dlm kete, pngalaman masuk dan kluar dr kete.." time tu cikgu tu pandang aku je, kata2 dia tu merujuk aku td laa.. dah tu, smua la pandang aku.. hadoii.. malu gila weh time tu.. panas je rasa muka ni... t_____t haih sabar jelaa..




then sesi 2 start.. aku watlek watcool padahal bukit la yg paling aku takut skali.. salu mati enjin kot -_- so bila da masuk dlm kete, kurang sikit lah rasa nervous tu, istigfar, bismilah smua aku baca.. cuak punya psl.. sampai kat bukit, yes! side mirror sama ngn tiang.. bila nak turun tu yg problem tu.. lama gak aku kat atas bukit tu.. lpas handbreak then kete pon turun.. alhamdulillah berjaya :D hahaa terus je aku bwk naik ke tmpt parking.. sampai kat tmpt parking, terkial2 lari turun kat tmpt bukit sbb spatutnya kena amek borang kat pegawai jpj tp aku melulu je pegi.. hahaa bila ada sorg cikgu ni nmpk aku turun balik dia kata, "adik manis.. knapa tak amek borang..? laju je adik manis ni pegi.." hahaa kay lawak cikgu botak tu.. then patah balik naik tmpt parking, "adik manis ni boleh lupa amek borang.." hahaa merapu je cikgu tu.. -__-




time parking , da aim tiang tu btol2, last2 langgar tiang blkg.. siot tol.. time kls xde plak nak langgar2 tiang.. haih sayang lah.. -,- jalanraya pon cuak gak.. nak kene jaga line, gear apa segala.. pegawai jpj aku perut dia menakutkan .. hahaa k tanak kutuk.. so pendekkan jelah jd JPJer ehh? sng sikit :D dia start dah isi borang test aku.. mula2 smua okay.. tiba2 time kat jalan kuar je dr skem tu.. huru hara.. mnyak tak tekan kuat.. aku takut kot nak bwk laju t_t jln da ar sempit.. selekoh bnyk.. lori2 besar kluar masuk beselisih.. so scary tau tak.. JPJer tu plak bukak lagu ntah apa2.. -,- dah tu dia soh aku angkat kaki kiri letak tepi.. aku pikir kaki kiri dah ar tngh tekan clutch, kang mati lak enjin klau lpas so aku xlpas ah.. skali kali ketiga dia agak tinggikan suara, mcm geram pon ada sbb aku xdngr ckp dia, "ya Allah, angkat kaki kiri tu letak tepi..!" aku tanya ah, "lpas clutch?" dia pon kata yer.. adoi pelik jela kan, time blaja kena jaga clutch, time test kena lpas plak.. adoyai.. pening aku




time tu aku dpt rasa aku akan fail.. huu mana taknya, JPJer tu mcm hilang sabar je ngn cara aku bwk kete.. tak cukup 40km/h dia soh laju lg.. "test mana boleh slow2.. kena laju..laju lagi.." haiyaa aku gelabah je sepanjang kat road tu.. pastu dia pegi kuatkan radio plak ntah sampai max vol agaknya, aku pon tataw tp mmg kuat gila.. tganggu fokus aku.. then dia boleh ckp, "ni baru la rock..rock tak?" dia tanya aku ar.. -___- aku ckp tak.. dia kata, "kau muda lg..manatau apa.." kerek je ohh -,- so dia mnyanyi ikut suka dia je ar dlm kete tu.. kete aku awal2 lg da kuar line.. time tu aku pikir aku dah fail.. tp JPJer tu siap soh aku ketepi sikit, jngn tengah sangat dia kata.. time nak tuka lorong dia soh aku bg signal.. serious aku blur time tu.. haih mula2 dia mcm tak puas hati ngn cara aku bwk, "kau dah knapa ni?" hahaa mcm klakar plak.. aku pon xphm laa prangai JPJer sorg ni.. -_-"




tp sepanjang test jlnraya tu, aku tak rasa mcm tngh test dgn pegawai jpj.. rasa mcm tngh blaja memandu dgn cikgu.. dia arah itu ini mcm aku taktaw pape.. hahaa nasib baik pass.. tu pon mcm tak caya je.. tp alhamdulillah ah.. yg aku risau bahagian 2.. especially bukit.. t__t nak repeat maybe next month plak tu.. doakan la aku berjaya yer kawan2 ..




so today aku masuk keje kol 7 lebih.. ingatkan hafiz gila tu xde sbb dia kata dia x masuk hari ni.. last2 maybe kak nurul panggil, dtg jugak dia.. huh.. mmg mcm yg aku expect.. kena bahan psl benda yg memalukan tuh.. haish sabar2.. -,- nasib baik x ramai org hari ni.. klau tak habis satu papa john tu dia canang.. mentang2 lulus smua.. suka gila dia gelakkan aku.. sakai jelah =,=




harini aku main dvd GC.. awww~ kalau da dok umh sorg2 mmg habis kuat ah volume dia.. hee dekwan balik, "kuat gila".. aku watlek je.. dia slowkan aku kuatkan balik.. hahaa sorang lg balik, diam je plak.. buat paham je prangai aku.. hahaa