Showing posts with label OM. Show all posts
Showing posts with label OM. Show all posts

Friday, 2 January 2015

degree oh degree 2.0

okay dulu aku pernah post entri ni degree oh degree and at that time i was still in my third semester. macam tak serius sangat la time tu bila cerita pasal benda ni. sekarang aku dah habis diploma, so hari tu aku ada apply penerapan untuk masuk ke peringkat sarjana muda. untuk sesiapa yang tak tahu, penerapan ni khas untuk pelajar semester akhir diploma uitm SAHAJA. i repeat, pelajar uitm sahaja. yang dari ipt lain atau lepasan stpm kena apply thru upu. dulu aku tak tahu pun kena apply penerapan ni. aku ingat kena apply upu je. tapi biasalah benda macam tu. mula2 kita cm tak ambik kisah sangat, dah lama2 baru banyak benda kita tahu and i was like




bila dah apply penerapan, aku rasa takyah la apply upu dah kot sebab aku taknak masuk u lain, nak stay uitm je *uitm dihatiku* mesti korang macam, eleh confirm dapat je dia ni. hahaha aku pun rasa mcm tu. tapi inshaa Allah dapat berbekalkan kelayakan, usaha dan doa. aduh taktau la cakap


yg ni masa mula2 apply. malangnya muet aku band 3 je. TESL nak muet band 4 sobsss terkuburlah hasrat aku nak jadi lecturer english lulz

dlm entri yang first dulu aku ada cakap, aku hanya pandang kos yg under fakulti pengurusan perniagaan je sbb aku pun dr fakulti yg sama so nak sibuk kat fakulti lain kenapa hahaha tapi hari tu, aku tak sangka lak yang aku telah pun usha kos2 dr fakulti lain and kebanyakan yg kaitan dgn management jelah, siap apply lagi kos corporate admin iaitu dari fakulti sains pentadbiran. mula2 aku nak apply sains pentadbiran, pastu mcm corporate admin ni lagi best, aku pun letaklah ia pada pilihan yg kedua.

first choice aku is human resource. third choice pulak customer service. mana perginya om yang dibangga-banggakan dulu tu? hahaha bila dah akhir2 rasa tak minat pulak nak sambung dr kos yang sama iaitu office system management (osm) sbb bila disurvey banyak belajar pasal software dan system. i tak minat ok. lagipun dulu aku nak ambek osm sbb boleh skip sem, nak cepat habis ko. setelah dibrainwashed oleh teech, aku akhirnya membuat keputusan yang lebih matang. belajar nak cepat mcm tak ikhlas je. so...

aku yakin 89.1% yang aku akan dapat kos human resources tu sebab ntahlah. maybe just my hunch tapi kalau dapat pun alhamdulillah first choice diterima. yg paling ditakuti ialah bila kos dah elok, dicampak pulak jauh ke utara sana. uishhh mohon dijauhkan. tapi bab kampus aku tak letak high hope. aku tak fikir banyak pun. takut mengharap dapat tempat lain, dicampak ke tempat lain. menangis tak berirama gua 

ok dah tu jela nak tulis.

Friday, 13 September 2013

Majlis Anugerah Dekan OM114/BM118 Dis-Apr 2013

setelah beberapa kali tangguh, akhirnya pada september 5th bersamaan hari khamis bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, FPP, berlangsungnya majlis anugerah dekan untk peperiksaan sesi disember-april 2013. alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk naik pentas sekali lagi walaupun pointer tak tinggi mana. majlis tu takde tema so aku pakailah baju kurung yang mak aku beli untuk raya tapi tak sempat nak pakai sebab cuti raya sekejap je -,-




pukul 8pg aku gerak dr kolej, tapi tak terus pergi ke dewan tu. singgah pusat bahasa sebab kawan2 yg lain kena buat speaking test bel dulu. takkan aku nak pergi sorang plak kan. kelas aku 5 orang je yg dekan. dlm pukul 9 cmtu kitorang sampai fpp. daftar dulu and dapat cenderahati berbentuk pen and pensil tekan tp sarung dia ada tulis majlis anugerah dekan hehee masuk je dewan al-khawarizmi, kerusi dah penuh. dia tak susun, duduk ikut suka je. aku lagi suka kalau dia buat kat dsi mcm sem lepas. ikut abjad nama, ikut no giliran. tapi dengar cite dia buat selang seli. so sem depan maybe kat dsi balik. tak lama lepas majlis start, kitorang kena turun bawah, beratur kat luar dewan. nervous tu tak sangatlah kot sebab kalau ikutkan sem lepas lagi nervous. dah la first time pastu nama aku kedua lak tu yg kena naik pentas --" so sem ni kitorang main beratur je n sampai je giliran aku, emcee sebut nama aku, aku pun naik pentas. guguplah jugak. kali ni Dr Ramnah yg sampaikan skrol. lepas bergambar, aku salam tangan Dr and cium hehee sem lepas tak cium pun. dia cakap tahniah :3 aku nak gambar aku pegang skrol tu !


Sir Shefek dan Dr Ramnah
persembahan
tayangan media yg sangat deep and inspiring

lepas dah habis semua naik pentas, ada persembahan and tayangan media. then sesi bergambar lak. part 4 sem lepas ramai gila yg dekan ! sampai masa nak ambek gambar tu kena asingkan kepada 2 group. lepas dah habis sesi bergambar barulah masa untuk lunch yay ! kalau sem lepas dia bagi nasi dlm bekas, sem ni dia bagi kita ambek nasi sendiri. sedap sangat menu dia mcm orang buat kenduri kawen tu hehee mmg berbaloi-baloi


dengan kak wani, omsa president to be hehee
gambar dicuri dr sir shefek hehee
classmates; akmal, nisa, azleena, bella and fizi
credit goes to Puan Rohana Ehsan for this picture
ahli-ahli omsa (:

aku ada terbaca kat twitter, cara-cara nak dekan; meniru masa test n kuiz, carrymark tinggi then time final takyah risau. aku rasa tak perlu kot buat mcm tu. dah la menipu diri sendiri, menipu lecturer lagi, berdosa n tak berkat ! oklah aku mengaku aku pun pernah buat tapi stakat jenguk2 member sebelah punya jelah. tu pun aku dah rasa bersalah sangat2 even lecturer aku taktau. ada tu selamba je bukak buku, curi2 tengok nota, scroll slide dlm phone, ntah mana korang dapat keberanian buat semua tu, ajar aku boleh? orang tanya cara belajar aku, kdg2 segan nak jwb. aku bukan jenis orang yg belajar ikut jadual, habis lecture balik tu bukak buku revise balik apa yg belajar tadi, study sminggu before test or kuiz. seriously im not that type of person. tbh aku ni jenis yg suka study last minute, malam sblm nak kuiz tu barulah aku bsungguh bukak buku. kalau study awal2 nnti aku lupa. tapi time final aku struggle lah. gila kau carrymark rendah takkan time final nak main2. so tu cara akulah. tp ntahlah. sem ni aku tak yakin sangat boleh kekalkan pointer. subject semua mcm nak bunuh aku je T__T tlong doakan aku ye kawan2. aku nak anc. oh ya kalau boleh sem ni aku nak c/mate aku yg dekan bertambah (: ramai2 la baru best kan? hihihi




Sunday, 1 September 2013

degree oh degree

orang kata, awal lagilah nak pikir pasal degree. sem 3 ni pun tak habis lagi. tu dia kata orang yang takde wawasan *amboi kasarnya bahasa* dulu aku pun macam tu. malas ah nak pikir semua tu lagi, biar masa yang tentukan. lama2 orang dok tanya, weh kau plan nak buat apa pas diploma? kalau dulu masih boleh jawab, of course lah sambung belajar. sekarang orang akan tanya lebih jauh. nak ambil kos apa time degree nanti? penah jugak aku kata aku malas nak sambung degree, nak kerja terus. malas nak perah otak dah ngadap buku. orang kata hmm sayanglah. sekarang orang tak pandang sangatlah setakat diploma ni. teringatkan dekat ayah aku lagi yang selalu je bagi apa aku nak. hmm okaylah. sambung degree. lepas tu aku tengok2 lah kos apa yang ada.


click to enlarge

kenapa aku highlight merah kat kotak yang tengah2 tu? sebab tu adalah untuk student lepasan diploma uitm. tiga kotak pertama tu untuk lepasan stpm, matriks/asasi uitm and diploma ipt lain. 3 kotak ke belakang tu fast trek pebenda tah abaikan hahaa disebabkan aku ni student office management and technology under fakulti pengurusan perniagaan, aku tengok fakulti aku punya kos jelah. nak sebok kat kos fakulti lain macam takde kaitan ngan aku pun hahaha course under fpp paling banyak kalau nak tau, ada 15 course haa tapi tak semua course ditawarkan untuk lepasan diploma uitm mcm aku ni ecewah sem 3 belum habis dah berangan jadi lepasan hahah kira yang dia pangkah2 tu tak ditawarkan lah. so yang tinggal untuk aku cuma office system management, marketing, finance, HR dan perniagaan2 bagai tuh yang memang bukan minat aku. finance pun aku tak berapa minat sbb nombor2. upu nanti boleh pilih empat je eh? and kos2 di atas ni uitm punya. dah nampak kan aku taknak masuk ipt lain selain uitm sebab uitm dihatiku hahaha hmmm... nanti2 jelah pikir :p

Thursday, 23 May 2013

Majlis Anugerah Dekan OM114/BM118 Jun-Okt 2012

ada benda yang aku kongsi dekat sini, ada yang tak patut aku kongsi. ada yang aku belum sedia nak cerita dekat sini dan ada yang aku rasa patut dikongsi walaupun tak semua suka dengan cerita aku ni. sebenarnya nak cerita benda ni tapi takut ada yang terasa dan takut ada yang kata aku show off. but now I'm sorry. whether you like it or not, I'm going to tell the world cewahhh I'm not going to listen to badmouth people anymore. and I don't even care about what would you say. True friends will support and vice versa. This is me and you have to deal with it (:




so lama jugak kitorang tertanya-tanya, ada ke tak sebenarnya majlis anugerah dekan ni? fakulti2 lain banyak yang dah dapat sijil bagai. one day kitorang pergi ke bilik pensyarah yang terbabit untuk tanya pasal benda ni, actually nak amek sijil DL tu. pastu dia kata nanti akan ada majlis untuk korang semua, jangan risau. lega sikit bila da dapat tau tarikh majlis tu. temanya tradisional melayu. aku pakai baju kurung biasa je. simple as always. nak melawa pun majlisnya kat dewan je.




untuk part 1, nama aku yang second naik pentas pftttt nasib baik second. tapi tahap nervousnya mmg takleh nak ceghita lah. yelah first time kan. rektor tak dapat datang masa tu so Prof Madya Dr Norlida Mohd Noor yang sampaikan sijil. masa turn aku ambek skrol tu, aku salam je tangan dia, tak cium pun! omg masa turun pentas aku tak habis2 kutuk dalam hati, ya Allah kuang ajarnya aku, tak cium tangan diaa.. tapi lega sikit sebab bukan aku sorang je yang buat macam tu. rupa2nya ramai je yang salam tak cium. tapi tetap tak sopan lah bagi aku. next majlis insyaAllah aku cium tangan penyampai sijil tu unless kalau dia lelaki.




lepas habis semua, memang lega gila. mana taknya, part 3 ngan part 4 punyalah ramai yang dekan. kitorang yang part 1 ni duduk jela tunggu. nasib baik ada persembahan. takdelah ngantuk sangat. akak yang nyanyi tu sama nama ayah dia ngan ayah aku hahaha lawak. cuba dengar suara dia ni




semua lecturer ada. dorang setiap sorang mesti ucap tahniah hahaha patutnya kitorang yang ucap terima kasih kat dorang.





lepastu ada sesi bergambar. para penerima anugerah boleh naik pentas untuk bergambar dlm masa 20min. mula2 kitorang naiklah untuk group photo. gila kau satu pentas tu penuh. tak payah naik pun takpe sebenarnya sebab tak nampak muka pun -.- tapi aku tinggi so nampakkan lah jugak mwahahaha xD pastu terus turun bawah amek lunch kat luar dewan. agak2 dah macam takde apa, kitorang pun balik bilik.





actually nak kata pun, pointer aku taklah tinggi mana. betul2 atas pagar. ada yang lagi tinggi. tapi Tuhan dah bagi rezeki kat aku, alhamdulillah lah. aku rasa aku tak layak pun dapat anugerah ni sebab sepanjang sem aku main2 je, usaha pun tak segigih orang lain. dalam kelas aku tu ada yang lagi layak aku rasa. tapi Tuhan pilih aku. mungkin nak bagi peluang kat aku untuk sedar diri. kawan2 yang lain pun sebenarnya boleh dapat dekan. cuma mungkin cara dorang tak kena. belajar ni nak kena dapat berkat barulah boleh berjaya, ok?




Tuesday, 26 February 2013

OMSA

hey u olls ahaha menyampah. k rasa mcm nak update blog.




hmm tanpa disangka-sangka, aku terpilih jadi seki omsa. terkejut mak nak. masa mula2 dapat tau tu taktau lah nak rasa apa. mmg lah sepatutnya happy sebab berjaya dapatkan jawatan yg bukan senang nak dapat, kena interview bagai tapi masalahnya antara aku ngan lagi dua orang classmates yg apply, kenapa dorang pilih aku? -_- kesian kat dorang sbb aku isi borang bukan sebab aku nak sangat jawatan tu, just main2 je saja2 cuba. tengok2 orang lain yg beriya nak, aku yg dapat. rasa mcm hmm




apapun kena bersyukurlah sebab ni namanya rezeki. tak baik tolak rezeki (: biarlah apapun rintangannya, Allah tak duga hamba-Nya dengan ujian yg diluar kemampuan kita. setakat takde kawan, mula2 je kot. bila dah lama sikit dlm omsa maybe boleh ngam dgn AJK yg lain2. sebenarnya aku pun nak cuba jadi orang yg senang biasakan diri dgn tmpt baru, boleh interact dgn smua orang tanpa segan2 yg tak bertempat tu. malu tak bertempat tu menunjukkan betapa rendahnya keyakinan diri aku. taknak dah mcm tu.




so kata president omsa, kelebihan berada dlm organisasi omsa ni, bila nak create apa2 event nanti senang. bila dah ada pengalaman dalam omsa, at least nanti masa part 4, nak create event takdelah blur sangat. sekurangnya dah tau nak kena berurusan dgn siapa n step by step untk handle event tu. buat masa ni belum nampak lagi kepayahan jadi seki ni. tadi first meeting pun baru bahagi2 tugas ikut biro. aku under biro protokol. tapi protocol tak menonjol sangat kalau dlm informal event ni.




ramai (termasuk aku) yg kata omsa ni boring, tak banyak buat event, tak mcm fakulti2 lain yg buat mcm2 aktiviti. lpas meeting petang tadi, baru aku tau masalah sbnrnya. bukannya omsa taknak buat event, ada je event dlm perancangan tapi nak dpt kelulusan dr orang atas tu bukan senang. lepas proposal untk induksi sem lepas kena tolak, event2 lain semua tergendala. omsa tak dapat buat event lain selagi proposal tu tak diluluskan. kesian jugaklah especially dekat president. nampak dah usaha dia tu tapi nak buat mcm mana sbb org atas lagi berkuasa. nak taknak kena tunggu dengan penuh sabar. lagi satu kalau pasal nak buat trip. masalah bas. bas uitm mmg bersepah tp belum tentu lagi dia nak sponsor budak2 om ni. fakulti lain dia boleh pulak, setakat om ni apalah sangat. tringat lagi sem lepas, makan kat hotel tapi naik bas sekolah. whadde?




kesimpulannya, orang suka mengata tapi taktau apa masalah sbnrnya. seriously rasa bersalah la jugak dok mengata persatuan sendiri hahaa mcm2 problem dorang kita senang2 je complain itu ini. sabtu ni ada event, taktau lah menarik minat orang ke tak. n sebagai student jugak, aku paham, mesti ada yg complain lagi kalau buat event tp nak masuk kena bayar. teringat president cakap 'aku ni president pun, president jelah. bukan dapat gaji' hahaha mula2 gelaklah jugak dgr tp paham maksud dia tu. dia pun student jugak mcm kita2 kat bawah ni. buat event pun sikit banyak kena pakai duit. fikir logik sikit lah kan?




panjang lebar jugak aku cerita pasal omsa ni, mcm la orang2 yg sepatutnya tu akan baca benda ni and terus ubah fikiran dorang. ahh takpelah janji aku puas hahaa harapan aku, semoga sem depan ain dgn nasyitah cuba lagi apply jadi seki omsa. teman aku woi hahaha

-FIN-

Monday, 19 November 2012

Me and OM1141A

hey guys!





haa unik tak nama kls aku? sangat numeric kan? -.- dlm kls tu ada la dlm 32 ke 3empat orang haa aku pun tak sure :p n kitorg ni mcm berpuak-puak -_- tp takdelah maknanya kitorg ni gaduh ke apa.. tegur2 gak la.. aku rapat dgn dua org minah ni, pegi kls sama2, balik sama2, beli makan sama2, haa smuanya nak sama2 sbb kitorg satu blok. ada je classmate lain yg satu blok ngan aku, tp ntahlah. maybe sbb kitorg ni duduk ground floor kot. lol tade kaitan.



inilah mereka :P ezzah and ain


dlm ramai2 student, kitorg lah yg paling seksa skali sbb fakulti dgn kolej jauh mak aihhh. lg2 kalau cuaca panas terik, dah rasa mcm jalan kat padang pasir. yg pakai makeup tu habis cair smua :p so sangat dinasihatkan supaya memakai payung untuk mengelakkan sakit kepala, kulit hangus dan sebagainya. kalau time hujan lak lain cite. hujan yg turun tu mmg lebat, disertakan dgn angin ribut yg mampu menerbangkan kain2 di ampaian sampai tersesat ke ampaian org lain. pernah skali aku g kls dlm hujan, bwk payung malangnya payung aku terbang -___- tinggal tangkai je kat tangan aku hampeh betul




okay aku ada 7 subjek. BEL atau english lah senang, CTU/agama, IMD means introduction to information skills, maths, PD stands for personality development, Doc Proc/document processing 1 and office admin. terus terang aku mmg agak blur masa awal2 sem dulu. seronok blajar maths je sbb chap 1 ialah sequence! pnah blaja time addmaths dulu. tp lama2 smakin tak phm sbb business maths ni most chapters pasal application. mula2 aku rilex2 dulu, 2 test aku fail tp still, watlek mcm tade pape. tp dah nak dekat final exam tu, huh menggeletaq tangan!




PD ni pun best lagi2 time kls. lecturer ajar pun clear and paham. dlm kls ni kena jaga2 sikit kalau bab style. dah nama pun personality development kan. cara nak match baju dgn stokin, tie, kasut, mcm mana nak jaga muka dgn betul, makeup segala, cara nak makan kalau kat function itu ini, smuanya ada dlm syllabus. tp time quiz and test, blank -_- for girls, kalau tak pakai heels at least 1", siap la hangpa kena tegur :p


le lecturer buat penilaian personality hahaa


tp dlm bnyk2 subjek aku suka BEL. wohoo kitorg ada 3 lecturer yg mengajar. 2 laki bini and another one melayu. aku suka gila dengar cara dorang speaking, perfect! tp antara 3 kls iaitu 'writing and grammar', 'listening and writing' + 'writing and speaking' aku suka kls 'listening and writing'. muahaha lecturer tu klakar and aku xpnah mngantuk klau dlm kls dia. tp kalau dlm kls bini diaaa. .. -_- aku sendiri pnah kena tego sbb tertidur dlm kls :p apa2 pun, terima kasih sgt kat madam yg ajar tu sbb dia target aku score dlm subjek dia n alhamdulillah, A for BEL!



mengkopi -_-


alaa mls lah nak cite psl smua subjek. meh cite psl kls lagi. sebenarnya untuk part 1, ada 5 group tp aku tergolong dlm kls A. sbbnya, nama aku start huruf F. muahaha dia bahagikan kls ikut abjad nama. mula2 aku keseorangan, sampaikan hari pertama kls aku ponteng sbb tak jumpa kls punya pasal (sila jangan tiru) then dah ada kwn barulah semangat nak g kls :p stiap hari isnin ptg, i mean masa kls math, aku pakai selipar je g kls sbb fakulti dekat muahahaa nampak tak keselambaan disitu? :p alaa ptg2 tu mano ado polis bantuan nak tahan2 dah.. dorg tu aktif pagi jee :P so peace (Y)




budak2 laki kls kami mcm budak2 -_- suka kacau org dan sebagainya. ada sorg ni mukanya mcm AJ :') tp dia pendek n sedikit berisi -.- dlm kls tu ada 2 pasang couple yg da declare manakala 2 pasang lagi masih dlm siasatan. boleh dikatakan statistik mereka yg da kapel lagi tinggi dr mereka yg still single hahaha


curi2 main game -_-

woot woot!



okay, itu sahaja daripada saya.

Thursday, 21 June 2012

My Course and the subjects

hey! its me again! hahaa disebabkan aku masih online, nak post lagi. wehehee ini jelah masanya. bila lagi kan? nak tido td dah tido. mmg syok tido time hujan. barulah turun hujan kat sini. klau tak berbahang bilik ni. so tngh sejuk2 ni eloklah kita minum sup untuk memnaskan badan. hahaha saja je nak cite :p




okay so aku ditawarkan diploma sepenuh masa kos Pengurusan dan Teknologi Pejabat atau dlm english Office Management and Technology atau kitorg kat sini sebut OM je. sblm aku masuk uitm ni, ramai kata budak2 om ni suka melaram, kena pakai lawa2, yelah nak keje office kann.. sampai sini tak nampak sangatla apa yg dorang perkatakan tu.. ada la dlm segelintir yg pakai vogue2 mcm nak g fashion show.. majoriti pkai baju kurung je.. simple and tayah susah2 nak pikir pkai sluar dgn bju apa n so on.. sepanjang aku kat sini baru 2x trmasuk harini aku pkai sluar hahaha susah meh kat sini. klau kena tahan dgn polis bantuan, habislah kau masuk lokap -,- hahaha joke :p




k nak cerita psl subjek yg aku ambek. ni untk sem ni. first sem lah.. so far tade kedengaran rumit lah.. business math mcm addmath. agama kena hafal surah yaasin dan tafsir.. lain2 subjek mcm biasa je.. bnyk kena buat presentation.. untk koko badan beruniform aku masuk red society.. haa lawak tak? sumpah sepanjang aku skolah tak pnah masuk klab ni -_- tp yg best xde kawad :D but kena stay smpai 3rd sem lah. personality development subjek dia mcm senang. end of sem lecturer nak check pnampilan diri, dr hujung rmbut smpai hujung kaki.. haa blaja table manner, cara speak, alaa mcm2 lah.. hee doc processing kena blaja typing.. so far aku da bleh sikit2 taip tanpa tgk keyboard.. smlm kitorg kena type dgn mata tertutup.. merapu2 je kuar kat screen tuh.. -_- so next week kena bwk handkerchief sndiri untk tutup mata.. tulah dia subjeknya..




ni untuk next sem muahaha dan 3rd sem.. kena blaja mandarin language -_-




ni forth sem.. dlm smua sem, principles of economics je kena capai pointer 4 huh




dan final sem means bila aku da masuk part 5 nanti.. kena blaja akaun.. wahaha da la takde basic langsung -_- so tak smpai 3 taon pun aku kat sini.. 2taon stengah JE.. hee kay aku dah lapar. roomate aku sorg ni pun dah balik. k k k dah dah dah bye bye bye~