Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts

Sunday, 31 May 2015

Convocation Day!

Last two weeks on Wednesday was my convocation day dekat uitm seri iskandar. it was my first time, yelah dulu time graduasi sekolah kejap je sarung jubah and topi pastu kena pass kat orang lain lak pakai. this time, me and my roommate gigih naik ets ke peghak untuk ambil jubah but not on that day la, dua hari sebelum convo day tu. let the pictures tell lah ^^


masa tengah dengar taklimat




saranghae~ some pics from pre-convo

masa dlm diak tu, yaya pandang aku n buat muka sayu. then suddenly she said, 'bebe, kita sama'... i was blur at first but then i got it. both of our fathers werent there to watch us. walaupun we have diff story pasai ayah kami, but yes aku pasti kitorang rasa benda yg sama waktu tu. most of our friends datang dgn mak ayah. terus yaya peluk aku dgn mata berlinang, aku pun jadi sebak lah. aku sebenarnya takmau fikir pasal ayah time tu *not that i forgot abt him* it's just aku taknak rosakkan mood nak konvo tu. tapi tengok yaya mcm nak nangis tu aku pun berlinang la air mata. then we hugged each other, sharing the feels. :')


dalam diak

masa beratur nak ke dewan besar, sempat mata aku mencari kelibat adik2 and makteh. nampak pun! then kitorang pun saling melambai lah dari jauh. knowing that they were there to watch me, baru semangat tu naik sikit hihi masuk ja dewan kami semua jalan atas red carpet wuuu perasaan tu lain mcm, tak dinafikan ada sedikit rasa bangga dengan diri sendiri kerana berjaya sampai ke tahap ni. masa jalan atas red carpet tu para ibu bapa dan tetamu pun masing2 angkat phone dan camera untuk ambil gambar anak masing2. mata aku pun meliar lah cari mama and uwan. since satu kad jemputan hanya membenarkan dua orang tetamu saja masuk, so mama dengan uwan lah yg akan tengok aku naik stage dlm dewan tu. sayang ayah pergi dua bulan awal sebelum aku konvo :') kalau tak mesti ayah yg akan belikan akak bunga kan ayah?




i was a little bit nervous, not that i've never been on stage, also not that im trying to brag here, tapi sebab suasana dia. i mean, this is istiadat konvokesyen. nak nak pulak time tu tengah hot cerita pasal selfie atas stage tu. takut la jugak kot2 aku tersadung ke, kain terselak ke, topi jatuh ke, mcm2 lah fikir time tu.



but alhamdulillah, everything went well. after the ceremony, kami sempat juga la bergambar sekelas. lepas tu masing2 dah dgn family masing2. apa-apa pun, congratulations lah kepada teman2 seperjuangan, and thanks juga to all my lecturers untuk semua ilmu yg dicurahkan kat kami. terima kasih kpd semua yang terlibat sepanjang dua tahun setengah aku kat seri iskandar tu.




dan paling takkan dilupakan kepada mama and family especially kepada arwah ayah yg susah payah hantar belajar ke perak naik van, sampai la van tu rosak dan dah dijual pun. truth to be told, ayahlah yg paling banyak berkorban sepanjang aku diploma. bertemankan mama hantar aku tiap2 sem baru, angkutkan barang2 aku naik kolej, jemput aku tiap kali habis semester. topupkan aku, bayarkan bill broadband. how i wish you were there next to mama, tengok akak naik pentas. tapi Allah lagi sayangkan ayah. akak tahu ayah tengok dari atas kan? kakak tahu ayah bangga dgn kakak walaupun ayah tak pernah cakap. kakak rindu ayah sangat2. gambar konvo tak complete takde ayah. tak complete gambar mama cium pipi akak sebab ayah takde nak cium pipi kanan akak. apa pun akak redha, Allah has greater plans untuk kita semua ;') Al-Fatihah.


impian nak anc tak kesampaian so ambek berkat drpd selempang orang hahaha inshaaAllah for degree!


I'm officially an alumni of UiTM Seri Iskandar!

Saturday, 31 January 2015

Keputusan Permohonan Penerapan UiTM

okay sebenarnya cuak jugak bila dapat tahu harini 30/01/2015 result penerapan degree keluar. aku rasa aku takkan tahu kalau bukan nad yang bagitahu hahaha aku mmg tak ambil kisah masa tu. then tadi kitorang keluar, sempat la jugak gelak sampai tak ingat dunia. takut je gelak2 kang menangis bila check result hahaha

aku bukak whatsapp, masing2 yg mana apply degree tu share dah dekat group kelas. ada yg dapat HR dekat kedah. ada dapat arau. ada dapat seremban. ada dapat palam. aku mula dah sejuk tangan tengok dorang punya tempat. aku nak sangat dapat kat palam atau nama penuhnya puncak alam. sebab dekat je sebenarnya. kalau tercampak ke utara ke pantai timur mmg tak balik rumahlah aku. pasal kos aku tak kisah sbb aku yakin aku akan dapat first choice aku iaitu HR hahaha yakin angattt.

pagi2 lagi aku dah bernasib malang so aku rasa mcm hmm adakah ini petanda tak baik? then hati aku rasa yang aku takkan dpt kat palam. dannnnn... setelah berpakat dgn nad untuk check sama2, akhirnyaaaaaaa.


maaf tidak bisa mendedahkan nama dan no ic hahaha

alhamdulillah. aku sangat tak sangka. Tuhan bagi aku peluang, bagi apa yang aku minta. kos yang aku dpt, first choice aku. and dapat kat tmpt yg aku nak, puncak alam. tak cukup dgn tu, dpt sama pulak dgn dua orang member baik dari diploma walaupun masing2 lain kos. alhamdulillah sangat2

nad pulak dpt kat puncak perdana. jugak dpt first choice dia. couldnt be happier lah harini. semua orang happy (:

Friday, 13 September 2013

Majlis Anugerah Dekan OM114/BM118 Dis-Apr 2013

setelah beberapa kali tangguh, akhirnya pada september 5th bersamaan hari khamis bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, FPP, berlangsungnya majlis anugerah dekan untk peperiksaan sesi disember-april 2013. alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk naik pentas sekali lagi walaupun pointer tak tinggi mana. majlis tu takde tema so aku pakailah baju kurung yang mak aku beli untuk raya tapi tak sempat nak pakai sebab cuti raya sekejap je -,-




pukul 8pg aku gerak dr kolej, tapi tak terus pergi ke dewan tu. singgah pusat bahasa sebab kawan2 yg lain kena buat speaking test bel dulu. takkan aku nak pergi sorang plak kan. kelas aku 5 orang je yg dekan. dlm pukul 9 cmtu kitorang sampai fpp. daftar dulu and dapat cenderahati berbentuk pen and pensil tekan tp sarung dia ada tulis majlis anugerah dekan hehee masuk je dewan al-khawarizmi, kerusi dah penuh. dia tak susun, duduk ikut suka je. aku lagi suka kalau dia buat kat dsi mcm sem lepas. ikut abjad nama, ikut no giliran. tapi dengar cite dia buat selang seli. so sem depan maybe kat dsi balik. tak lama lepas majlis start, kitorang kena turun bawah, beratur kat luar dewan. nervous tu tak sangatlah kot sebab kalau ikutkan sem lepas lagi nervous. dah la first time pastu nama aku kedua lak tu yg kena naik pentas --" so sem ni kitorang main beratur je n sampai je giliran aku, emcee sebut nama aku, aku pun naik pentas. guguplah jugak. kali ni Dr Ramnah yg sampaikan skrol. lepas bergambar, aku salam tangan Dr and cium hehee sem lepas tak cium pun. dia cakap tahniah :3 aku nak gambar aku pegang skrol tu !


Sir Shefek dan Dr Ramnah
persembahan
tayangan media yg sangat deep and inspiring

lepas dah habis semua naik pentas, ada persembahan and tayangan media. then sesi bergambar lak. part 4 sem lepas ramai gila yg dekan ! sampai masa nak ambek gambar tu kena asingkan kepada 2 group. lepas dah habis sesi bergambar barulah masa untuk lunch yay ! kalau sem lepas dia bagi nasi dlm bekas, sem ni dia bagi kita ambek nasi sendiri. sedap sangat menu dia mcm orang buat kenduri kawen tu hehee mmg berbaloi-baloi


dengan kak wani, omsa president to be hehee
gambar dicuri dr sir shefek hehee
classmates; akmal, nisa, azleena, bella and fizi
credit goes to Puan Rohana Ehsan for this picture
ahli-ahli omsa (:

aku ada terbaca kat twitter, cara-cara nak dekan; meniru masa test n kuiz, carrymark tinggi then time final takyah risau. aku rasa tak perlu kot buat mcm tu. dah la menipu diri sendiri, menipu lecturer lagi, berdosa n tak berkat ! oklah aku mengaku aku pun pernah buat tapi stakat jenguk2 member sebelah punya jelah. tu pun aku dah rasa bersalah sangat2 even lecturer aku taktau. ada tu selamba je bukak buku, curi2 tengok nota, scroll slide dlm phone, ntah mana korang dapat keberanian buat semua tu, ajar aku boleh? orang tanya cara belajar aku, kdg2 segan nak jwb. aku bukan jenis orang yg belajar ikut jadual, habis lecture balik tu bukak buku revise balik apa yg belajar tadi, study sminggu before test or kuiz. seriously im not that type of person. tbh aku ni jenis yg suka study last minute, malam sblm nak kuiz tu barulah aku bsungguh bukak buku. kalau study awal2 nnti aku lupa. tapi time final aku struggle lah. gila kau carrymark rendah takkan time final nak main2. so tu cara akulah. tp ntahlah. sem ni aku tak yakin sangat boleh kekalkan pointer. subject semua mcm nak bunuh aku je T__T tlong doakan aku ye kawan2. aku nak anc. oh ya kalau boleh sem ni aku nak c/mate aku yg dekan bertambah (: ramai2 la baru best kan? hihihi




Thursday, 23 May 2013

Majlis Anugerah Dekan OM114/BM118 Jun-Okt 2012

ada benda yang aku kongsi dekat sini, ada yang tak patut aku kongsi. ada yang aku belum sedia nak cerita dekat sini dan ada yang aku rasa patut dikongsi walaupun tak semua suka dengan cerita aku ni. sebenarnya nak cerita benda ni tapi takut ada yang terasa dan takut ada yang kata aku show off. but now I'm sorry. whether you like it or not, I'm going to tell the world cewahhh I'm not going to listen to badmouth people anymore. and I don't even care about what would you say. True friends will support and vice versa. This is me and you have to deal with it (:




so lama jugak kitorang tertanya-tanya, ada ke tak sebenarnya majlis anugerah dekan ni? fakulti2 lain banyak yang dah dapat sijil bagai. one day kitorang pergi ke bilik pensyarah yang terbabit untuk tanya pasal benda ni, actually nak amek sijil DL tu. pastu dia kata nanti akan ada majlis untuk korang semua, jangan risau. lega sikit bila da dapat tau tarikh majlis tu. temanya tradisional melayu. aku pakai baju kurung biasa je. simple as always. nak melawa pun majlisnya kat dewan je.




untuk part 1, nama aku yang second naik pentas pftttt nasib baik second. tapi tahap nervousnya mmg takleh nak ceghita lah. yelah first time kan. rektor tak dapat datang masa tu so Prof Madya Dr Norlida Mohd Noor yang sampaikan sijil. masa turn aku ambek skrol tu, aku salam je tangan dia, tak cium pun! omg masa turun pentas aku tak habis2 kutuk dalam hati, ya Allah kuang ajarnya aku, tak cium tangan diaa.. tapi lega sikit sebab bukan aku sorang je yang buat macam tu. rupa2nya ramai je yang salam tak cium. tapi tetap tak sopan lah bagi aku. next majlis insyaAllah aku cium tangan penyampai sijil tu unless kalau dia lelaki.




lepas habis semua, memang lega gila. mana taknya, part 3 ngan part 4 punyalah ramai yang dekan. kitorang yang part 1 ni duduk jela tunggu. nasib baik ada persembahan. takdelah ngantuk sangat. akak yang nyanyi tu sama nama ayah dia ngan ayah aku hahaha lawak. cuba dengar suara dia ni




semua lecturer ada. dorang setiap sorang mesti ucap tahniah hahaha patutnya kitorang yang ucap terima kasih kat dorang.





lepastu ada sesi bergambar. para penerima anugerah boleh naik pentas untuk bergambar dlm masa 20min. mula2 kitorang naiklah untuk group photo. gila kau satu pentas tu penuh. tak payah naik pun takpe sebenarnya sebab tak nampak muka pun -.- tapi aku tinggi so nampakkan lah jugak mwahahaha xD pastu terus turun bawah amek lunch kat luar dewan. agak2 dah macam takde apa, kitorang pun balik bilik.





actually nak kata pun, pointer aku taklah tinggi mana. betul2 atas pagar. ada yang lagi tinggi. tapi Tuhan dah bagi rezeki kat aku, alhamdulillah lah. aku rasa aku tak layak pun dapat anugerah ni sebab sepanjang sem aku main2 je, usaha pun tak segigih orang lain. dalam kelas aku tu ada yang lagi layak aku rasa. tapi Tuhan pilih aku. mungkin nak bagi peluang kat aku untuk sedar diri. kawan2 yang lain pun sebenarnya boleh dapat dekan. cuma mungkin cara dorang tak kena. belajar ni nak kena dapat berkat barulah boleh berjaya, ok?