Showing posts with label confession. Show all posts
Showing posts with label confession. Show all posts

Friday, 22 November 2013

Kawan.

kawan, teman, sahabat, member, friend, bestfriend, semuanya sama je bagi aku. cuma lain ejaan, lain sebutan. kawan; yg membezakan, cara aku layan dorang n cara dorang layan aku. eh mesti ada yg pelik pahal la minah ni tetiba je tulis pasal kawan pulak ni hahaha nanti lah aku cite kenapa aku terpanggil nak tulis pasal 'kawan' ni. sepanjang hidup aku mmg macam2 pengalaman aku rasa sendiri dari kecik sampai besar mmg dikelilingi dgn kawan. cuma jarang2 dapat kawan yg gelak sama2 nangis pun sama2. bukan takda, jarang2.




dr aku lahir sampai la ke form 3, nenek aku jaga aku. malam je aku jumpa parents aku lepas dorang dah balik kerja. so disebabkan tulah nenek aku ni kenal sangat dgn aku. kata dia dulu aku ni jenis yg lembut. susah nak menolak sampai kadang2 nenek aku pun tension dgn aku. kat tadika aku slalu kena buli. aku ingat lagi aku hanya mampu nangis bila kawan sekelas aku curah air milo kat kepala aku. habis coklat jadinya tudung putih aku tu. sampai nenek aku datang skolah report kat cikgu. masa tu aku rasa masing2 belum paham erti 'kawan', sebab masa aku kena buli, takde siapa yg tolong atau backup aku. sedih.




naik skolah rendah, masih sama. aku tak pandai nak melawan, masih suka berlembut dan ikut je apa orang kata. dulu aku ni mcm jakun sikit bila jumpa 'kawan'. nenek aku penah cerita, dulu aku pernah mengendeng dekat sorang budak ni walaupun time tu kitorang tgh bergaduh. dia masam muka dgn aku tp aku still nak kawan dgn dia. how desperate i was ! pastu aku penah bawak balik kawan and mandi sama2 sbb dia kata kalau tak mandi nanti hidung dia berdarah. mmg kena marah dgn mak aku bila dia tau aku pandai2 bawak balik kawan ke rumah. kawan suruh menipu aku pun menipu. sebab takut hilang kawan punya pasal. betapa lurusnya aku waktu tu.




sampai la aku jumpa kawan yg aku senang sangat berkawan dgn dia sebab dia tak pernah sakitkan hati aku, dia selalu buat aku gelak dan dia jugak jadi salah satu sebab aku suka pergi sekolah. Alhamdulillah sampai skrg kitorang still kawan walaupun tak slalu jumpa. zaman sekolah menengah mmg banyak sangat masalah. banyak benda aku belajar masa tu. kelakar bila ingat balik waktu2 aku bergaduh. aku rasa semuanya punca dr aku kot. aku sensitif sangat. cepat terasa.




so... sampai sekarang pun mmg masalah berkaitan kawan takkan penah lari dr kita kan. yelah, nama pun manusia mesti buat silap. aku mengaku jugaklah, kawan ni banyak buat aku sakit hati, buat aku menangis. disebabkan dah banyak kali aku sakit hati, skrg aku dah takde hati untuk sakit hati. heartless lebih tepat. aku pun penat dah jaga hati orang. mak dgn nenek aku tu, cara dorang ajar aku tegas. tapi bila dgn orang lain, dorang lembut pulak. even dgn orang yg dorang tak suka, still dorang bermanis muka. aku yg dr jauh pulak geram je nengok. lalu aku tanya kenapa. kata mak aku, biarlah apa orang nak kata kat kita. jangan balas. nenek dgn mak aku suka sangat jaga hati orang even dorang sendiri penah kena marah, depan aku. sakitnya hati aku ni, apalah daya aku kan, aku masih ada adab pada org tua. skrg aku tahu dah dr siapa aku dapat sifat tu. suka jaga hati orang padahal hati sendiri sakit.




aku sendiri tak perfect. mungkin jugak aku dah sakitkan hati orang, tanpa aku sedar. mungkin ada yg pendam rasa marah kat aku tapi aku taktau. mungkin jugak ada yg bermanis muka depan aku, tapi belakang... apa2 pun.. ada aku kisah? hahaha kau tak suka aku meh la cakap depan2. setakat main belakang eh tak suka betul lah. mcm mana nak tau apa salah aku kalau tak bagitau? walaupun agak sakit, tp its for the best. aku tak kisah asalkan aku boleh improve diri aku. ada sesetengah orang tu tak boleh langsung kalau kita tegur dia. u know, akan melenting tak tentu pasal (contohnya adik aku). kita niat nak tolong dia ubah perangai dia, tp kita yg kena balik. orang mcm ni aku sendiri pun taktau nak tolong mcm mana. at the end aku hanya mampu dgr je org2 mengata pasal keburukan dia.




penah tak rasa dipulaukan? ahhh aku penah rasa banyak kali. sakit tak? ya sangat pedih. apa aku buat? diam dan memendam rasa. kenapa? sebab taknak lah pasal benda remeh mcm tu pun nak gaduh, nak masam muka. nanti kawan lari kan dah takde kawan. rasa dipulaukan mmg perit tp at least aku belajar sesuatu. masa aku sunyi tulah aku perhati, siapa yg datang kat aku time susah, siapa yg kongsi senang dgn aku. senang je nak bezakan tp aku tak kisah pun semua tu. lagi satu 'kawan susah senang'. aku tak pegang benda tu. kita taktau kawan yg ada time susah tu ikhlas atau tak nak tolong kita dan boleh je dia gunakan kelemahan kita untuk kepentingan dia sendiri. but maybe dia ikhlas, just be careful je. dan kawan yg takde masa kita susah, kita tak boleh judge dia sesuka hati. who knows dia ada hal yg lebih penting dr kita, atau dia dekat oversea, study. takkan dia nak balik semata-mata nak ada dgn kita waktu kita susah? think logically.




and the most important thing dlm friendship ni, minta maaf dan memaafkan. sometimes aku rasa eh asal pulak aku yg kena mintak maaf. dia yg buat aku sakit hati dulu. but then aku fikir balik, its not that hard pun nak cakap 'sorry' tu. dan mmg susah untuk memaafkan. ada org mulut je cakap dah maafkan tp dlm hati still ada perasaan sakit hati tu. i know, aku penah rasa. mmg payah but at least maafkan je org tu. sedangkan Nabi ampunkan umat, kita ni siapa je? kalau dia buat lagi why bother nak terasa dgn dia? buat je mcm takde apa2 and lama2 bila dah biasa, u will feel nothing. u know sakit hati lama2 pun takda guna, orang yg buat kita sakit hati tu bukannya kisah pun. thats my way untuk elakkan perasaan terasa hati tu. aku dah puas dah terasa2 bagai ni masa sekolah dulu. apa yg aku dapat? absolutely nothing. so elakkan touching selalu. no good pun




so kesimpulannya, kawan bawak pengaruh besar dlm hidup aku *mcm karangan bm dah kuikui* kawan buat aku berubah. kawan buat aku belajar banyak benda. orang kata kalau nak kawan ni kena pilih dulu mana yg baik mana yg buruk. aku rasa tak perlu kot. aku kawan je dgn semua orang. yg penting tak terpengaruh dgn kawan yg tak sihat. kawan dr side ni buat aku blaja banyak benda dr kekurangan dorang and kawan dr side tu pulak buat aku perbaiki kelemahan aku. semua yg aku tulis ni based on pengalaman aku sendiri. mungkin ada yg terasa kat mana2 idk im sorry. biasalah dlm friendship tak sah kalau tak bergaduh. aku tak menyesal pun berkawan dgn sapa2 even kitorang banyak kali bergaduh bc u know, benda tu semua buat aku muhasabah sendiri, cuba improve diri aku dan cuba untuk tak repeat salah yg kitorang masing2 buat. indahnya sesuatu friendship tu kalau masing2 saling memahami kan? tp tulah, tak semua suka dekat kita dan kita pun tak boleh nak puaskan hati semua orang. kalau ikhlas kawan ngan aku, insyaAllah kita kawan lama walau banyak manapun kita bertengkar. so, thats my point of view tentang kawan.


i want a friendship like this

p/s: haaa sebenarnya ni semua pengaruh encik mimpi laa hahaa lepas baca entri dia yg pasal bestfriend dia tu terus aku rasa nak menulis pasal kawan. btw sedih ah cerita dia tu

Friday, 16 August 2013

August 16th

i know he will never read this but if only he knows...

he changed my life into a better one
he had taught me that being different is ok
he made me ignore those hates, those people who are cruel and judgmental
he taught me to be myself no matter what happens
he told me not to let anyone put me down or tell me that i cant do it
he taught me to choose the group of friends who i know will have my back no matter what
he made me accept the fact that everyone has a dark side
he taught me to never stop and lose everything but keep going instead
his smiles on those sexy lips make me smile along
his laughs are adorable
his voice is powerful
his music is so inspiring and never gets old
he enlightens my gloomy day
he made me realized that i have to work hard to achieve my dream
he made me believed that dreams do come true...

i've had this dream where i wanted to meet him so bad and finally i met him.
i've had this dream where i wanted him to follow me on twitter and at last he did followed both of my accounts.
i've had this dream where i watched him perform on the stage, guess what? i went to see him.
i've had this dream where i really wanted to meet him in personal, at least have a photo together. it all happened.
and i have this dreams where i want to be noticed by him, i want him to reply my DM, another photo with him, i want him to visit Malaysia once again. some of them may sound impossible but we cant predict the future.
dreams do really come true.

saturday, August 16th 1997 in Kell West Regional Hospital in Wichita Falls, Texas in room 205, 2nd floor




a star was born.




wish u a happy 47th birthday GREYSON MICHAEL CHANCE <3


2010
2011
2012
2013

hope u'll success in your career in the future, keep making inspiring music, ignore the haters, enchancers are always here for you, supporting u through good and tough times, please dont ever change, we love u for who you are, you'll forever be that boy who sang paparazzi on the piano who inspires us a lot ! please come to Malaysia soon because we miss you so bad, and everybody cant wait for your new music. ilysm <3





Thursday, 23 May 2013

You're the One that I don't Want

ini cerita masa sem 1. lama jugak aku simpan cerita ni. hahaha takde siapa yang tau kecuali beberapa orang yang aku rasa aku patut bagitau. bila ingat balik sumpah rasa kelakar hahaha adoi macam budak ni




so kat kampus, untuk koko aku terpaksa join badan pertolongan cemas ataupun short form dia bpc. lain2 kelab dah penuh, terpaksalah aku terperap dalam bpc tu selama 3 sem. masa sem 1 ni aku dalam kelas B. so adalah sorang mamat ni, dia jadi ketua masa sem 1. dia ni lama2 aku tengok makin pelik. bukan pelik apa. dia macam suka tegur2 aku. masa tu aku tak pikir apa so layan tak layan jelah kan. segar lagi kat kepala aku ni beberapa peristiwa yang mcm bodoh2 je bila ingat balik.




kitorang kena buat group untuk presentation. group aku 4 orang n semua pompuan. yang si mamat ni kan ketua, so dia ada simpan slide copy. group member aku ni nak slide copy untuk tajuk kitorang, boleh tiru sikit2 :p mamat ni boleh bagi dengan syarat kitorang kena edit2 sikit bagi nampak lain dengan yang ori. one day group member aku ni tak bawak pendrive dia padahal kitorang memang dah takde masa dah. kebetulan aku bawak so aku pun bagilah aku punya pendrive kat mamat tu walaupun berat hati nak bagi. yelah takut hilang.




beberapa hari dia pegang pendrive aku tu, aku rasa nak guna so aku tanya group member aku tu. last2 dia soh aku pi contact mamat tu sendiri, dia bagi nombor. lepas da contact, malam tu kitorang jumpa kat fakulti dia. nasib baik roommate aku baik hati nak teman. masa jumpa tu mula2 macam awkward, lepas tu dia bukak mulut, "eh tingginya kau ni" alaa aku da biasa dengar so aku gelak jelah.




so lepas malam tulah dia berani tegur2 aku bagai and point untuk dia berborak ngan aku ialah tinggi aku. tak habis2 nak ukur tinggi ngan aku. eii rimas betul. one day kat pasar malam tiba2 dia tepuk lengan aku. nasib baik tak gugur jantung aku. dia cakap aku laju je keluar dari kelas bpc tadi. memanglah laju sebab aku nak lari dari dia -.- lepas tu dia tanya pasal num tel aku, dia mintak balik. aku bagi jelah sebab nak dia bla dari situ. haih payah




long story short. beberapa hari sebelum raya aku dapat text dari dia. mula2 ok tapi aku jadi pelik bila dia tanya aku ni single lagi ke tak. aku teragak-agak nak balas, nak je jawab aku ni tak single sebab aku mcm dapat agak apa yang dia nak cakap lepas tu. dan memang betul, dia mintak kapel kat aku hahahahahahahaha tak lawak k. time tu dalam kepala aku cuma ada nama roommate aku je sebab dia je yang tau pasal mamat ni. aku bbm dia cerita semua. mula2 dia terkejut gak pastu dia gelak -_- dia suruh aku jawab elok2 kalau nak reject bagi mamat tu tak terasa. puas gak aku pikir apa nak jawab. lama2 aku balas aku tak ready lagi. aku ingat dia tak balas dah la lepas tu. tak sangka dia merayu-rayu, aku ingat lagi ayat dia "kau taknak bagi aku peluang ke?" meremang bulu roma aku, geli gilaaa! macam2 alasan aku bagi; tak ready, kawan lagi best and disebabkan dia tanya kenapa aku taknak terima dia buat kali keberapa ntah, last2 aku jawab "aku suka orang lain"




kalau korang baca text dia bagi lepas tu, mesti korang dapat bayangkan betapa kecewanya dia. aku pun tak sampai hati gak tapi takkan aku nak terima. aku tanya gak kenapa aku? jawapan dia tu tak memuaskan hati je hahaha sejak dari moment tu, kitorang dah tak bertegur macam dulu. tak sporting gila ah dia ni. aku buat biasa je macam takde apa jadi. masa aku buat presentation, aku ada terpandang dia, then dia tunduk. gawwwd perlu ke? disebabkan benda tu je weh, sampai ke sem 2 kitorang tak bercakap langsung. nasib baik sem 3 ni last koko. lepas ni dah takyah jumpa dia lagi.




enough with that. tak lama lepas tu, ada sorang lagi mamat ni tapi aku jumpa dia dalam bas nak balik perak sebab seat aku sebelah dia -,- malang betul. dah sampai perak barulah dia bukak mulut tegur aku. dah borak3, dia cakap "hmm lepas ni dah tak jumpa dah" lebih kurang mcm tulah. sebenarnya aku paham maksud dia, dia tengah cuba nak mintak no aku tapi aku buat2 tak paham. haih time tu rasa mcm lambat pulak nak sampai kampus. entah macam mana aku putar belit cerita sampai aku yang terbelit sendiri menyebabkan aku bagi dua2 nombor aku grrr. balik tu dia text aku dua2 no tapi aku tak balas. siap call tapi aku tak jawab. dalam minggu tu aku mmg tak jawab ler kalau ada call dari nombor dia sampaila dia tak call dah.




begitulah kisahnya. aku cerita kat mak aku, dia kata takyah la nak ada boyfren ni. awal lagi.. kawan je dulu. mak aku memang strict kalau pasal lelaki ni. time degree nanti takpelah. sekarang ni awal lagi. belajar je dulu. aku pun rasa macam tu sebab tengok member kat sana, hmm otp sampai pagi. ganggu masa nak tidur, nak study. lecehnya lahai. baik single je, jimat masa, jimat kredit, ye dok?

Kenapa?

tadi aku panaskan lauk kat dapur. pastu aku duduk kat depan laptop balik. lepas tu rasa macam tak sedap hati so aku pergi dapur balik. tengok2 api dah terpadam tapi punat gas tu still terbukak. terkejut jugakla tapi aku pikir maybe gas dah habis kot. tak berani nak cuba nyalakan api balik. dah la aku sorang2 kat umah ni. tapi bukan tu yang aku nak cite sebenarnya.




nak tanya, kenapa lelaki selalu tak puas hati kalau kita fangirl kat sesape yang kita suka? aku da banyak kali gila kena. baik dekat kl, sampai la ke perak. ada je yang tak puas hati. lepas tu dah tak puas hati, kutuk2 pulak muka orang tu, nama orang tu. kau ingat kau bagus sangat ke nak kutuk2 orang? ada satu masa ni, ada yang tanya aku, "kenapa kau minat sangat kat dia ni?" kenapa tak tanya diri kau sendiri, kenapa kau kapel ngan awek kau tu? hahaha tapi belum terlepas lagilah ayat tu dari mulut aku. maybe lepas ni kot. hahaha better kot aku kapel ngan orang yang tak wujud daripada kapel dengan orang betul. jauh dari dosa, am I right? ^_^ lepas tu ada yang tanya, 'perlu ke nak letak gambar dorang jadi wallpaper hp?' habis tu kau nak aku letak gambar ngko ke cemana??




kalau dorang dengan awek dorang takde pun aku nak mengata ke apa. ada tu sampai pegang2 bagai, ayat jiwang2 pastu ada hati nak mengata aku. kalau dorang gilakan bola tu sangat2 sampai berhabis duit kenapa aku takleh habiskan duit untuk minat aku? lagipun aku pakai duit aku sukahati aku ah, bukan susahkan dorang pun. so lepas ni aku harap takde yang menyibuk lagi, aku takde pun nak amek peduli hal orang. kalau nak stalk pun aku diam2 je takde pun nak sakitkan hati orang ke apa. tapi orang selalu sakitkan hati aku. haih pedih tapi pendam jela kan. tak guna kalau layan orang berfikiran sempit macam tu. ala sebenarnya perempuan pun ada je yang segolong ngan lelaki2 ni. jeles cakap je ah hahaha kbye.




Friday, 10 May 2013

Kemon la

result dah keluar dan orang2 pun bertanya. "weh, acano result kau dooo?"




dan persoalan utama dorang, dekan atau tak?




bila kita jawab ya, orang akan kata "untunglah pandai"
kita pun senyap dan mendiamkan diri bila ada orang tanya
pun ada yang kata "diam je tu confirm la tu dekan"
bila kita share rasa happy kita, orang kata berlagak, mentang2 result bagus.
bila kita sedih pulak orang kata kita tak bersyukur dengan apa yang kita dapat.




bagitau salah, diam salah, happy salah, sedih salah. apa pun yang kita buat mesti ada orang pertikaikan. kenapa? sebab manusia tak pernah lari dari sifat mengkritik. mulut manusia kita takleh nak tutup kan. ada je benda yang tak puas kat hati. benda baik kena kritik, benda tak elok lagilah kan. lagi satu manusia ni suka jaga tepi kain orang. tau tak benda tu merimaskan? haiyoo jaga hal sendiri sudahla. dah la jaga tepi kain orang satu hal, main cakap belakang pulak tu. manusia2 macam ni please get a life lah k?




Tuesday, 26 February 2013

OMSA

hey u olls ahaha menyampah. k rasa mcm nak update blog.




hmm tanpa disangka-sangka, aku terpilih jadi seki omsa. terkejut mak nak. masa mula2 dapat tau tu taktau lah nak rasa apa. mmg lah sepatutnya happy sebab berjaya dapatkan jawatan yg bukan senang nak dapat, kena interview bagai tapi masalahnya antara aku ngan lagi dua orang classmates yg apply, kenapa dorang pilih aku? -_- kesian kat dorang sbb aku isi borang bukan sebab aku nak sangat jawatan tu, just main2 je saja2 cuba. tengok2 orang lain yg beriya nak, aku yg dapat. rasa mcm hmm




apapun kena bersyukurlah sebab ni namanya rezeki. tak baik tolak rezeki (: biarlah apapun rintangannya, Allah tak duga hamba-Nya dengan ujian yg diluar kemampuan kita. setakat takde kawan, mula2 je kot. bila dah lama sikit dlm omsa maybe boleh ngam dgn AJK yg lain2. sebenarnya aku pun nak cuba jadi orang yg senang biasakan diri dgn tmpt baru, boleh interact dgn smua orang tanpa segan2 yg tak bertempat tu. malu tak bertempat tu menunjukkan betapa rendahnya keyakinan diri aku. taknak dah mcm tu.




so kata president omsa, kelebihan berada dlm organisasi omsa ni, bila nak create apa2 event nanti senang. bila dah ada pengalaman dalam omsa, at least nanti masa part 4, nak create event takdelah blur sangat. sekurangnya dah tau nak kena berurusan dgn siapa n step by step untk handle event tu. buat masa ni belum nampak lagi kepayahan jadi seki ni. tadi first meeting pun baru bahagi2 tugas ikut biro. aku under biro protokol. tapi protocol tak menonjol sangat kalau dlm informal event ni.




ramai (termasuk aku) yg kata omsa ni boring, tak banyak buat event, tak mcm fakulti2 lain yg buat mcm2 aktiviti. lpas meeting petang tadi, baru aku tau masalah sbnrnya. bukannya omsa taknak buat event, ada je event dlm perancangan tapi nak dpt kelulusan dr orang atas tu bukan senang. lepas proposal untk induksi sem lepas kena tolak, event2 lain semua tergendala. omsa tak dapat buat event lain selagi proposal tu tak diluluskan. kesian jugaklah especially dekat president. nampak dah usaha dia tu tapi nak buat mcm mana sbb org atas lagi berkuasa. nak taknak kena tunggu dengan penuh sabar. lagi satu kalau pasal nak buat trip. masalah bas. bas uitm mmg bersepah tp belum tentu lagi dia nak sponsor budak2 om ni. fakulti lain dia boleh pulak, setakat om ni apalah sangat. tringat lagi sem lepas, makan kat hotel tapi naik bas sekolah. whadde?




kesimpulannya, orang suka mengata tapi taktau apa masalah sbnrnya. seriously rasa bersalah la jugak dok mengata persatuan sendiri hahaa mcm2 problem dorang kita senang2 je complain itu ini. sabtu ni ada event, taktau lah menarik minat orang ke tak. n sebagai student jugak, aku paham, mesti ada yg complain lagi kalau buat event tp nak masuk kena bayar. teringat president cakap 'aku ni president pun, president jelah. bukan dapat gaji' hahaha mula2 gelaklah jugak dgr tp paham maksud dia tu. dia pun student jugak mcm kita2 kat bawah ni. buat event pun sikit banyak kena pakai duit. fikir logik sikit lah kan?




panjang lebar jugak aku cerita pasal omsa ni, mcm la orang2 yg sepatutnya tu akan baca benda ni and terus ubah fikiran dorang. ahh takpelah janji aku puas hahaa harapan aku, semoga sem depan ain dgn nasyitah cuba lagi apply jadi seki omsa. teman aku woi hahaha

-FIN-

Wednesday, 25 May 2011

After a few days without blogging...

semalam physics paper 3..no comment but for sure, phy aku kali ni memang drop giler..hampehh..x study punya pasal la ni..hmm..btw, sebenarnya aku nak story 'bout hari ni..24 Mei 2011 (hari ni ker?)..tarikh tu dah familiar dlm diari hidup aku..yelaa..bila kita dah suka kat someone tu, mesti segala tentang dia kita nak tahu, dah tahu or ambek tahu.. termasuk la aku sendiri..
today was mang2's birthday..
emm..mmg nothing's special sbab kitorang bukannye ade pape ponn..dia pon entah kenal aku ke x..tp dia tetap special bagi aku..da masok 2 tahun lebih pon aku minat dia..hahaa..kelakarnya..alaa..adat la tu..sekolah hanya sekali..time ni laa nak suka org tu, suka org ni..pasni dah takde puppy <3 (bak kata amal) ni semua..hehee..tujuan aku menulis ni sebenarnya bkn nak membebel psl mende ni..
aku nak wish dia..

to my b'day boy..

here, wishing u a day that's as special as u are..i hope u panjang usia, dan murah rezeki..may your day be filled with the warm sunshine of <3 and the bright colours of laughter..i may not be by your side..celebrating your b'day with you..but i want u to know that i'm thinking of u..n wishing u a wonderful birthday...! :) :D
emm..ikhlas ke wishes aku ni? hahaa mcm copy paste je. hmm tbh, mmg copy paste pun muahahaa :P
btw aku harap kau jumpa org yg sesuai ngn kau dlm ramai2 admirer kau tu..or i hope kau dpt bersama ngan org yg kau suka..aku pun taktau smpai bila aku suka kau ni..btw aku akan confess kat adik kau pasal semuanya 3 hari before spm..11/11/11.. tp aku nak adik kau simpan dulu benda tu drpd kau..after spm, kalau adik kau nak gitaw the whole world pon aku dah xkisah dah..aku nak keluar dr alam fantasi yg ada kau..kalau ada jodoh,kita jumpa lagi..tp aku rasa kau bkn jodoh ku..aku xhrap pon..(pe ckp pasal jodoh ni..??) emm..aku nak tengok dulu sape future husband ida,,(ttibe~) hahaa..i think dah panjang sangat aku menaip ni..stop kat sni dlu lah..lastly nk ckp,, mang2, kau comel sangat arini..! even kau botak n capang, kau still comel d mata aku..! :D n aku appreciate pertentangan mata kita td. (ta ley blah doee~ ==)

HAPPY BIRTHDAY !
P/s : x dpt nk wat wishes cmni untk mumu n mvmv..huhuu btw happy belated birthday lah kat korg..hikhik spe soh korg lahir bln Jan,hahaa but aku still boleh wat wishes kat meme 24/??/11 nnti..haa!