Monday, 22 April 2013

hey ya

hey guys! macam mana hari2 anda semua? berlalu dengan baik atau pun lifeless macam aku? -_-" okay cut yg tu.




beberapa hari yang lalu aku baru je habis baca satu novel ni, another novel aku beli masa chinese new year haritu. ni tajuk dia eceh




dan sinopsis dia. mcm biasa, kalau x nampak pi cari sendiri kat popular :p




yang ni memang tebal gila, 963mukasurat, maybe bagi korang yg kaki novel takdelah tebal mana tapi bagi aku memang mencabar jugak lah nak habiskan. 2 hari tak berturut-turut aku tak tidur. hanya sebab novel tu sangat menarik perhatian aku sampaikan kalau stop baca boleh rasa gelisah sebab perasaan nak tahu tu sangatlah tebal dalam jiwa raga aku ni. so dlm masa 3hari je habis baca hee gila betul. hmm novel ni k memang tak lari drpd kahwin paksa, kahwin atas pilihan keluarga TAPI jalan cerita dia penuh suspen and unpredictable. sebab tulah aku takleh stop baca. macam biasa aku adore watak lelaki dlm novel ni, Dzul Ehsan nama dia hihi selamba, handsome, sederhana, cool wahhh k cukup sebelum aku fangirling kat orang yg tak wujud. dan yang paling aku suka dlm novel ni, cara watak2 utama berinteraksi, pakai 'kau aku' je walaupun dorang suami isteri. sangat 'sweet' ok tak tipu. last but not least, ending dia sangat memuaskan hati. 




lepas tu smalam bersamaan hari sabtu, aku teman mak aku pergi klfc. nak beli barang dapur. tulah first time aku keluar rumah sejak balik dari uitm haritu. rasa awkward. macam baru keluar dari gua -_- pastu ditambah lagi bila mak aku ajak aku menjejakkan kaki ke tempat terakhir aku akan pergi dlm klfc tu iaitu kaison -_- tengok langsir lah apa lah. pastu mcm2 benda pelik dorang jual yang sangat tak menarik pada aku. lepastu dlm banyak2 benda mak aku pilih, dia suruh aku pegang rumput palsu -_- hmm aku memang tak paham and tak berminat langsung dengan semua benda2 macam tu. mungkin belum masa.




oh tadi aku tengok movie. A Werewolf Boy aha!




sebab ada song joong ki hihihi mula2 memang kelakar gilaaa. tapi bab sedih memang sangat sedih sampai aku menitiskan cecair masin hehee :P ending dia aku menyampah. tapi joong ki memang terbaik sebab ke'blur'an dia masa jadi wolf boy tu menyerlahkan kecomelan dia ahhhh geram je aku. and kalau tengok skali imbas, muka joong ki ngan heroin dia tu hampir serupa hahaha




Monday, 15 April 2013

semester break

hey kawan2 yg tercinta :D




tamat sudah semester 2 di seri iskandar. sekarang masa untuk bersuka ria tanpa buku2 ilmiah. ada banyak benda nak buat masa cuti sem ni heee mak gua tak bagi kerja. duduk rumah lipat kain katanya. haa baguslah sbb aku pun mmg malas nak cari kerja dan kerja. tapi nak duit pulak. dlm akaun aku betul2 tinggal 250. sekali keluar je 50. maknanya boleh 4x outing je, yg lagi 50 tu biar je dlm akaun tu kasi dia beranak pinak. hahaha and bilik aku skarang ni jadi sempit sangat sampai aku rasa nak muntah setiap kali masuk dlm bilik tu -_- almari baju aku pun tak cukup besar untuk baju2 aku yg melimpah ruah tu. aih rasa menyampah pulak. banyak baju yg tak pakai sbb kecik dan tak cukup labuh. sape nak meh la datang umah aku.




pejam celik pejam celik celik celik celik haa sebab apa banyak celik? sebab aku kan burung hantu, berjaga malam2 hahaha dah nak masuk hari ketiga dah pun aku kat umah. stakat ni belum boring lagi la dok umah. minggu ni aku nak puasa. engkorang dah ganti puasa? haaaa mesti belum en? keh3 tadi aku start baca novel yg aku beli masa raya cina haritu. tajuk dia




and synopsis dia. kalau nampaklah. kalau tak nampak pegi popular cari.




muahaha tajuk macam gempak je. sehari suntuk ni aku habiskan masa baca novel tu je and dah habis baca pun. ni barulah aku bukak laptop. hmm kalau baca sinopsis dia agak biasa2 lah. lebih kurang sama je cerita2 novel lain. tak habis2 dgn kahwin paksa. tapi aku suka novel ni sebab style penulis dia karang cerita, memang betul2 mcm org tulis blog. ntah2 penulis novel tu pon blogger jugak hahaha yelah dah watak utama dia blogger terkenal. watak lelaki pulak dia letak yg betul2 sweet and handsome pulak tu haihhh aku mmg terbayang terus crush aku yg comel tu hahaha bezanya watak dlm novel tu muka dia iras2 henry golding. aku dah la ingat2 ikan je muka henry golding tu so aku pon google lah. guess what? muka si henry ni buat aku tringat dekat crush aku sebab muka dorang nak dekat SAMAAAAAAA!!!!!! lagi2 gambar yg kat bawah ni, sebijik macam cover photo crush aku kat fb woiiiiii





like seriously weh muka dorang looks alike. so nanti bila orang tanya aku ckplah muka crush aku tu mcm henry golding ececeh kalau dorang ckp tak kenal siapa itu henry golding aku SEPUK dorang kat situ jugak. sampai hati tak kenal pakwe aku (sejak bila?) dah la hensem okay ni dah lari tajuk. hmm watak Ash dlm novel tu mula2 agak annoying, lepas kahwin memang romantik melebihi segala2nyaaa! and novel ni tunjuk betapa sweet dan indahnya bercinta selepas kahwin tu. aih lagilah menguatkan prinsip aku untuk taknak kapel. mmg perfect lah Ash ni; handsome, romantic, pandai, caring, kaya, alim lagi. most people akan cakap 'alaa standard ah watak dlm novel mmg slalu mcm tu' hmm memang pon. kenapa lah tak smua lelaki dlm dunia mcm tu?? kan bahagia semua pompuan dlm dunia ni :') dan yg aku tak suka pasal novel ni, banyak benor typonya -_- kalau sikit2 tu takpelah jugak ni kalau da sampai 'main-main' jadi 'mian-mian', kau jadi aku, aku jadi kau, nama watak pon boleh tertukar tu mesti si penulis ni brangan sambil menulis ni hahaha apa2pun aku dah habis pun baca novel tu, boleh tahan lah. bye ok.

p/s: its been a year since Greyson punya autograph session kat one utama last year :')

Sunday, 24 March 2013

Final Exam is Around the Corner

hello pretty ladies and gentlemen.




next week i'm gonna sit for my final exams. first paper is BBM110 which stands for Bahasa Melayu Pengurusan Pejabat. bunyi macam senang tapi membunuh wooo. teks ucapan sahaja dah 60 markah haaa.  dah la haritu aku siap mimpi dapat B untuk subjek ni. belum start exam dah dapat result ikut mimpi. dah la B, cuba lah bagi A ke A+ ke haih -_- next subject is CTU151 (agama lah) ni lagi lah buku pun aku tak beli, tumpang2 orang punya. last sem aku tak beli gak, hafazan n bacaan pun tak buat so dapat lah B sejibik tepat ke muka. this sem aku buat bacaan n hafazan so maybe ada harapan nak naik B ke B+ mungkin?




oh sem ni banyak subjek membaca yg sangat mentepukan kepala hotak aku. aku lagi rela main kira2 kot walaupun tak lah genius macam adi putra tu. 1+3 pun aku kira pakai kalkulator tau haaa kau hade? and sem ni aku nak dekan so tolong lah doakan aku, semoga Allah berikan kejayaan kat korang jugak, Amin. dan aku akan cuba pekakkan telinga kat suara2 sumbang yg menghasut aku supaya takyah study. semua tu syaitonnn. tp kadang2 aku pun jadi setan gak bila tengok orang belajar kah3 :P




sekarang aku kat rumah aku. tak start study lagi, baru habis download nota ctu dari scribd mwahaha walaupun tak beli buku at least aku ada effort jugak lah nak study drpd yg beli buku tebal2 tp simpan buat kenangan terindah. cakap orang tp aku pun sama je 2x6=sedozen.




kelas aku skrg mcm da berantakan. orang sana mengata orang sini, orang sini mengata orang sinun. siap nak pindah kelas bagai next sem. tak paham aku. kita masuk u nak belajar, bukan nak berperang. kalau mulut dijaga, attitude dipelihara confirm tak jadi masalah. aku malas nak terlibat dengan perang dunia keempat ni so aku buat je hal aku, aku kwan ngan smua orang, senyum dgn semua orang walaupun ada tu kadang2 dengki, mulut sedap memerli tanpa menghiraukan perasaan dan hati aku yg comel ni. tapi disebabkan taknak cari musuh, kita tahan jelah, senyum sokmo k? (:




kadang2 aku rasa akulah orang yg paling matang dlm kelas tu (ceh perasan pulak dah) kesimpulannya, lebih baik diam 1k bahasa drpd berkata-kata tp taktau apa yg ko kata tu lagi2 kalau benda tu buat orang tersinggung haaa mmg cari musuh la kau. belajar la jadi matang, umur semakin meningkat, perangai tu jangan mcm budak2 sekolah. aku pun tak perfect, takde manusia yg perfect dlm dunia ni. eiii geli pulak aku tiba2 bagi ceramah kat sini -,- k apa2 hal sama2 lah kita ubah diri jadi yg terbaik.


Tuesday, 12 March 2013

Crush tak jadi.

hey guys! hahaa idk whats got into me. there's a guy, this guy who always caught my eyes. tapi tak slalu. time ada perjumpaan omsa je sbb dia salah sorg ajk tertinggi omsa. tu pun kalau dia datang. jarang2 dpt tgk bayang dia sbb dia slalu tak datang. n i called him, my Mr Crush.




so, masa first meeting, i mean the first time aku datang meeting omsa, kitorang dibahagikan kpd biro2 tertentu. aku masuk biro protokol. sbnrnya aku dah fikir awal2 taknak amek biro protokol sbb terfikir psl kena jadi emcee apa bagai. last2, member yg aku paling ngam kat situ pilih biro tu -_- nak taknak terpaksa lah aku angkat tangan join jugak. so ajk2 yg pegang biro ni 2org. kak ain and...him. but masa tu aku tak kenal dia lagi. wonder siapa dia, cuma tau nama and nama gelaran.




next meeting, there was a guy which i've never seen in the last meeting. lpas terdengar ada org panggil nama dia, oh k. that was him. first impression masa tgk dia, innocentnya muka abang ni. dia mcm diam je pastu buat muka blur. but idk, i was interested to know more about him. bbrapa hari lpas tu, kitorg berjumpa lagi. bkn dekat meeting omsa, tp masa kls kitorg nak amek test. time masuk dlm dwan kuliah tu, kls dorg rupanya yg punya lecture. dorg tak habis kluar lagi tp kitorg dah serbu masuk. so ternampaklah dia. dia pun nmpk aku. dia pakai baju putih time tu hehee aku pndg je dia sampaila dia kluar dr dwn tu..




dlm minggu yg sama, minggu lpas lah, hari jumaat kitorg kena berkumpul lagi untuk discuss psl event ahad. and dia datang. mula2 dia duduk seblah sana, aku dr awal dtg sampai habis duduk menyandar kat dinding. and seblah aku ain, gang protokol, sblah ain pulak kak ain, ajk tertinggi untk biro protokol. guess what? dia tiba2 tarik kerusi duduk dpn kak ain, but dia menghadap depan. jadi segan aku sbb dia boleh nmpk muka aku. so aku pun kerap la buat2 pandang depan sampai sakit tengkuk aku -_-"





dia nmpk mcm bnyk cakap dgn kak ain. maybe sbb dorang dlm biro yg sama, and classmate pulak. kerja last minute kitorg pun dia yg settlekan.  ntah mcm mana aku pun taktau. k tak lama lepas dia duduk agak dekat dgn aku tu, aku jadi uncomfortable. yelah kalau crush duduk dekat ngan kita mesti mcm gelabah semacam je tak senang duduk en hehee




that day aku pakai plaster kat jari kaki aku, melecet. so aku tunduk betulkan plaster tu. that time aku just silang je tudung aku n letak pin seposen dekat hujung tudung tu, alaa tau2 jelah. untk beratkan hujung tudung tu kan. masa aku tunduk tu, guess what? dia tiba2 kata, "eh duit!" aku bangun dr tunduk tu then pandang dia. dlm hati aku "OMGOMGOMGOMG DIA CAKAP NGAN AKU OMGGGG!" over en? tp tulah yg aku rasa time tu. aku gelak jelah. dia tanya lagi "beli kat mana?" aku pun dgn innocentnya dgn senyum kambingnya jawab "kat KL" ya Allah time dia cakap tu dia betul2 pandang tepat ke muka aku, face to face, eyes to eyes! aku rasa mcm nak pengsan kat situ sbb muka aku dah rasa panas.. dia tak stop plak tu.. "tu mmg duit betul ke?" aku ntah merapu apa time tu "haa yela kot. tp ada pin kat blkg ni" dia sambung "oo yeke.. cuba beli air ke" dia gelak2, senyum2 omggg cair aku! nasib baik kwn aku kat seblah tu mnyampuk skali.. kalau tak awkward kot! n aku paling muka aku ke dpn sbb time tu muka aku da pns gila kot.. takut dia prasan muka aku merah.. tp dia tak habis ckp lagi, aku terpaksa jawab.. tergagap-gagap aku huh -_- spanjang kitorg sembang pasal pin seposen tu, dia buat muka teruja je hahaha comel :">





keesokan malamnya (sabtu mlm ahad) kitorg ada perjumpaan lagi. pun bincang psl event ahad. aku tunggu je dia muncul. aku pikir dia takan datang sbb malam. tak lama pastu dia muncul! :D stiap masa klau bleh aku curi2 pndg dia. bkn sng nak tgk dia, dia dah la slalu tak dtg meeting. dia kluar masuk kls. kejap ada kejap hilang. luckily masa aku terangkan psl checkpoint aku kat dpn, dia xde. kalau dia ada sumpah malu kot -_- mlm tu jersi yg ditempah khas untk kitorg pakai smlm sampai. so masing2 dpt. dia sarung jersi tu. nampak fit kat badan dia wooo abang tough! hahaa tp lawak sbb still ada tanda harga -_- mlm tu, blm sempat perjumpaan habis, dia dah hilang..




and event ahad, OMRF. pagi tak nampak dia. dlm pukul 10 lebih tu baru nmpk kelibat dia. sumpah hot gila dia smlm. dgn jersi fit tu, jeans n ray ban woah! rasa nak tampar je muka ni. spanjang perasmian event tu dia tak duduk sangat. dia berdiri kat blkg. kejap diri sana, kejap diri sini. last2 dia diri kat bwh khemah vip, tmpt vip, lecturer, ajk and seki duduk. of course la kitorg duduk blkg kan. n dia berdiri berhampiran ngn kitorg uuuu u,u smlm, baru aku prasan dia ni friendly. dia tegur je ssape dia nak tegur. aaaaa mcm mana la aku tak jatuh hati weh. n bau perfume dia kuat. uuu tp tak sakit hidung :p part dia tolong ambekkan gmbr2 peserta dgn dslr aiman tu lagilah tk berkelip mata aku hahaha apa pun yg dia buat semua menarik.


k actually, thats him.


masa kitorg berkumpul dlm kls 015, nak dgr presiden cakap, dia duduk hujung skali bsandar kat dinding sana, aku kat hujung sini dkat ngan pintu. k dia bukak spec hitam dia tu so aku tak takut nak curi2 pandang dia hahaha gatalnya omg. n stiap kali dia gelak aduhhhh menikam. mmg menikam. masa nak dkat kluar dr kls tu, dia berdiri kat pintu, baru aku prasan dia ada dimples kat pipi. stiap kali gelak teserlahlah aiyoooo comel >.<


so true


last moment of the day ialah masa amek makanan n makan kat kafe lecturer. ntah apa kena ngan aku, slalunya aku makan kat bilik, ni aku pegi join dorg makan kat situ skali. mula2 kat meja tu ada aku, 2 budak lelaki part 1 but dorg sama umur so aku tak kisah sangat lah, n 2 org akak senior part 5. dah makan2 tu dtg lagi sorg senior part 5,lelaki. so jadi 5 org lah yg mkn kat meja tu. Tiba2, dia datang, ke meja tmpt aku makan pulak tu ya Allah kenapa la jadi mcm ni. selera aku dah mcm terus hilang time tu. nak telan rasa susah je. dah la dia kat depan aku pulak tu -_- dia pandang semua org yg tgh mkn kat meja tu. then dia tanya abg part 5 tu "weh ada sudu tak?" but then takde sudu so dia tak makan situ. ngengada -_- ingatkan tak makan dia blah la dr meja tu. dia boleh stay kat situ -_- sumpah nasi aku tak habis time tu. malu wey maluuu




and ptg smlm time kat kelas, time tgh belajar, tiba2 dia lalu dpn kelas. terperanjat gua. terus sambar lengan ezza n kebetulan time tu aku tgh stalk twitter dia, tiba2 dia muncul pulak hahaha nmpk sgt tak fokus kat kls :P aku rasa lecturer aku prasan aku senyum2 cm org gila -_- berharap dia lalu lagi, tp tulah kali trakhir aku nmpk dia. meeting omsa smlm pun dia takde.. dah la td dorg buat sayonara part 5 :/ dear mr crush, how could u?!




since kenal dia, fb yg boring tu jadi tak boring, sbb tu jela satu2 cara aku dpt tengok dia (walaupun dia private semuanya -_-) tgk dp pun jadi lah. twitter pun private ah sakai -,- hmm so, harap2 dia tak leave group omsa tu.. kalau tak emmm :/


i hope it'll happen someday but too bad its impossible even just in a dream


he's tall, quite good looking one, fair and clean skin, tough body, and got a sense of humor plus other characteristic yg aku belum tau. he's my crush. but he's someone's. idk, i just thought. i found a female's name on his twitter profile. his girlfriend's, perhaps. so maybe this is the end. i should get rid of him from my mind. but i'm happy every time i see him. i'm confused. somebody pls tell me what should i do?




p/s: saja buat post panjang2 biar nmpk x mnarik untuk org baca. sape yg baca tu nampak sgt takde keje :P

Monday, 11 March 2013

OM Running Fiesta

hey guys! I had so much fun yesterday with omsa crews, and smlm berlangsungnya first event buat seki2 omsa yg baru, which known as Office Management Running Fiesta, ala-ala running man. aku gerak dr bilik kol 7:30pg. sampai kat roundabout tiba2 ada kereta saga kluar dr angsana, reverse slow2. k rupa2nya kereta abg fizzy. dia pun hantar kitorg pegi om.  uhh agak nervous sbb tiba2 akak yg kena jaga ngan aku tu tak datang. mula2 mmg aku jaga sorang, lpas tu ada seki lain dtg ganti. lelaki, part 4. but then nasib baik dia peramah, so aku pun boleh masuk, hilanglah awkward. kitorg borak mcm dah kenal lama ahaha




aku jaga checkpoint 2, dekat blakang fakulti akaun and clue dia 'tempat ilmu hisab'. yg penah follow de 'ace race last sem untung ah sbb dah tau. yg taktau tu dorang pergi sampai ke fakulti sains komputer n maths hahaa kesian. n game kat CP 2 namanya 'lari dlm plastik'. spatutnya dlm guni en tp ni dlm plastik sampah hahahaha n dorg kena lari dlm plastik tu sambil kepit 2 biji bola kat bawah lengan dorg. kalau plastik tu koyak atau bola jatuh, tolak markah n dorg akan kena denda. tergelak-gelak aku tgk dorg main xD




n lepas perasmian, penyampaian hadiah. then sesi bergambar para peserta, ngan crew omsa. n dorang ada bberapa pistol air, aku taktau dorang letak air apa tp mmg busuk gila pastu dok tembak kat orang. nasib baik aku kena tempias je so tak lekat ah bau tu. hampeh toi. pastu main baling serbuk kunyit. habis kuning baju org yg kena tu hahaa kalau tengok ada kuning2 kat om tu kerja dorang lah tu hahaa


bola tulah yg dorang kena kepit masa kat cp 2 hee


lepas kitorang berkumpul, dengar abg fizzy selaku presiden cakap apa smua, pergi ambek makan kat kafe lecturer. lpas lecturer2 balik kitorg plak yg makan kat situ. aku semeja ngan 2 org akak senior, dua orang junior lelaki n sorg abg senior. mula2 malu gak tp tgk dorg sempoi ja cuba ah tepis rasa segan tu. sepanjang haritu mmg asek gelak jelah. tk dpt byg mcm mana omsa next sem, bila senior2 part 5 dah blah :/




gambar banyak gak dorang tangkap. later on aku upload (kalau rajin)

-sekian-

Tuesday, 26 February 2013

OMSA

hey u olls ahaha menyampah. k rasa mcm nak update blog.




hmm tanpa disangka-sangka, aku terpilih jadi seki omsa. terkejut mak nak. masa mula2 dapat tau tu taktau lah nak rasa apa. mmg lah sepatutnya happy sebab berjaya dapatkan jawatan yg bukan senang nak dapat, kena interview bagai tapi masalahnya antara aku ngan lagi dua orang classmates yg apply, kenapa dorang pilih aku? -_- kesian kat dorang sbb aku isi borang bukan sebab aku nak sangat jawatan tu, just main2 je saja2 cuba. tengok2 orang lain yg beriya nak, aku yg dapat. rasa mcm hmm




apapun kena bersyukurlah sebab ni namanya rezeki. tak baik tolak rezeki (: biarlah apapun rintangannya, Allah tak duga hamba-Nya dengan ujian yg diluar kemampuan kita. setakat takde kawan, mula2 je kot. bila dah lama sikit dlm omsa maybe boleh ngam dgn AJK yg lain2. sebenarnya aku pun nak cuba jadi orang yg senang biasakan diri dgn tmpt baru, boleh interact dgn smua orang tanpa segan2 yg tak bertempat tu. malu tak bertempat tu menunjukkan betapa rendahnya keyakinan diri aku. taknak dah mcm tu.




so kata president omsa, kelebihan berada dlm organisasi omsa ni, bila nak create apa2 event nanti senang. bila dah ada pengalaman dalam omsa, at least nanti masa part 4, nak create event takdelah blur sangat. sekurangnya dah tau nak kena berurusan dgn siapa n step by step untk handle event tu. buat masa ni belum nampak lagi kepayahan jadi seki ni. tadi first meeting pun baru bahagi2 tugas ikut biro. aku under biro protokol. tapi protocol tak menonjol sangat kalau dlm informal event ni.




ramai (termasuk aku) yg kata omsa ni boring, tak banyak buat event, tak mcm fakulti2 lain yg buat mcm2 aktiviti. lpas meeting petang tadi, baru aku tau masalah sbnrnya. bukannya omsa taknak buat event, ada je event dlm perancangan tapi nak dpt kelulusan dr orang atas tu bukan senang. lepas proposal untk induksi sem lepas kena tolak, event2 lain semua tergendala. omsa tak dapat buat event lain selagi proposal tu tak diluluskan. kesian jugaklah especially dekat president. nampak dah usaha dia tu tapi nak buat mcm mana sbb org atas lagi berkuasa. nak taknak kena tunggu dengan penuh sabar. lagi satu kalau pasal nak buat trip. masalah bas. bas uitm mmg bersepah tp belum tentu lagi dia nak sponsor budak2 om ni. fakulti lain dia boleh pulak, setakat om ni apalah sangat. tringat lagi sem lepas, makan kat hotel tapi naik bas sekolah. whadde?




kesimpulannya, orang suka mengata tapi taktau apa masalah sbnrnya. seriously rasa bersalah la jugak dok mengata persatuan sendiri hahaa mcm2 problem dorang kita senang2 je complain itu ini. sabtu ni ada event, taktau lah menarik minat orang ke tak. n sebagai student jugak, aku paham, mesti ada yg complain lagi kalau buat event tp nak masuk kena bayar. teringat president cakap 'aku ni president pun, president jelah. bukan dapat gaji' hahaha mula2 gelaklah jugak dgr tp paham maksud dia tu. dia pun student jugak mcm kita2 kat bawah ni. buat event pun sikit banyak kena pakai duit. fikir logik sikit lah kan?




panjang lebar jugak aku cerita pasal omsa ni, mcm la orang2 yg sepatutnya tu akan baca benda ni and terus ubah fikiran dorang. ahh takpelah janji aku puas hahaa harapan aku, semoga sem depan ain dgn nasyitah cuba lagi apply jadi seki omsa. teman aku woi hahaha

-FIN-

Saturday, 23 February 2013

makan

hangpa kalau makan nasi pakai tangan ka pakai sudu garpu? kalau dah dok terkial-kial tu pakai tangan jelah tak payah nak eksen sangat makan cm omputih.

okay. sebenarnya tak paham dgn sesetengah orang. makan pakai tangan dia kata kita kampung. jilat jari-jemari yg berbulu dek nasi tu dia kata kita selekeh, tak senonoh dan sbgnya. makan sampai pinggan licin dia kata kita kebulur sampai tak tinggal sebutir pun nasi dlm pinggan. dorang tak tau ke tu semua sunnah Rasulullah? teringin nak kena tegur dengan org2 yg mcm ni. tahu la apa jawapan nak bagi kat dorang. kita tengok apa jawab dia (:



merapu

hey guys! long time no blogging. malas sebenarnya hahaa ni pun saja2 sebab takde benda nak buat *k yg ni tipu* BANYAK benda sebenarnya yg tak siap lagi.. stress jugak.. akhir2 ni dapat banyak assignments, luckily group assignment je so kurang sikit beban tu.. tapi tetap payah sbb bukan satu je assignmentnya -_- rasa nak balik rumah tapi duduk rumah lagi serabut.. so perhaps balik time cuti sem jelewww nampaknya. tak sabar nak balik :/ 13/4 hmm pejam celik pejam celik, balik. cuti sem nak buat apa? k belum start final dah pikir pasal cuti -_- hmm boring. dan lapar juga. kbye

Monday, 28 January 2013

Randomness

hey guys! jumaat haritu pegi post office kat melawati dgn my parents to collect my parcel. hantar umah tp org takde -_- and that key-chain with mirror is so danggg cute 'cuz it got a pic of me n greyson on it hehee :3




yesterday i spent my time with mum <3 went to puduraya untuk beli tiket bas and singgah masjid jamek also jalan tar. lepastu balik hahaa *tak menarik*




then today me and nad pegi wwm. tengok movie! ohyeah! kitorang tengok juvana and MAMA. omg sumpah awesome gila dua2 cerita tu. tak menyesal tengok dua movie harini. hehee




and we also met mr Guhreyzern hehehe

guess which one is mine? :>


and guess what? aku tak tidur langsung sejak smlm. sempat tidur 20min sblm kua dgn nad. ni smua gara2 baca novel -_- and cerita novel tu sangat sadis ahh k




nak tidur. kbye assalamualaikum :*

Got a Keyboard :D

hey guys! hahaha excited gilaaa nak share something dgn korang :D taktau nak start dr mana. lololol

-

k idk since when i started to fall in love with piano. and sejak dr tu brangan nak beli piano bagai. but... dlm hati tu dah tanam, tetap jugak nak dapatkan at least a keyboard. tak kisah lah lambat atau cepat. asal dapat puaslah hati. and i used to play the virtual one




long story short. ayah bagi beli. and dia offer nak pakai duit dia! tapi aku tak sampai hati dgn kebaikan ayah :') aku share lah. mama taktau lagi. so smlm aku dpt keyboard tu. mama tau dia interview apa bagai. mula2 dia bengang jugak. kenapa beli benda ni? pakai untuk blajar ke? *tp takde pulak dia ckp psl membazir* ayah lek er siap suruh aku main lagu getaran jiwa hahaha k tu buat mama gelak lol lpas da lama sikit mama tanya lagi. beli kat mana? berapa? kenapa beli? aku ckp ah beli kat abg roommate aku. saja beli sbb minat. pastu mak aku tanya 'sejak bila kau minat muzik nih?' aku jwb ah sejak last year hahahaha yg takleh blah soalan mama 'pandai main la ni?' lololol memang pandai pun maa hahaha at last dia pun kata 'okaylaa' xD




k ramai jugak yg mcm terkejut monyet dpt tau aku beli -.- told u I'm serious kay. kalau aku ckp aku nakkan something, aku akan dapatkan benda tu hahaa last but not least, do not doubt to dream big, because dreams do come true. -the end-