Showing posts with label movie mood. Show all posts
Showing posts with label movie mood. Show all posts

Saturday, 19 October 2013

outing

hiiiiiiiiiiiii ! wah rindunya kat blog. nak update tp taktau nak cite apa. so dah lebih seminggu jugaklah aku berada dlm mode cuti sem ni. masa kat kampus, masa tengah exam week, kemain dlm kepala mcm2 benda nak buat. baca fanfics, keyboard, baca novel yg beli masa cny haritu, kerja, tengok movie, hafal lirik lagu, fangirling, bla bla bla kalau nak senaraikan sampai besok tak habis. jejak je kaki kat umah, aku terus ajak adik aku p tgk wayang sbb dia pun baru merdeka gak. dia pulak on je pastu terus survey nak tgk cerita apa. last2 esoknya... dia dah siap mandi apa semua, kejut aku bangun, aku kata "ala malaslaaa. penat. pegi ahad jelah suruh ayah hantar" pastu dia kata aku sakai hahaha aku mls nak menapak ke lrt tu sbnrnya. aku dgr sayup2 je dia kata nak g tgk sorang. aku pun sambung tidur balik. bangun2 je aku sorang je dlm umah. dia pegi tgk betul2 ! gila betul -_- petang tu dia balik dia kata tgk cite gravity. org kata bosan je cite tu, aku tgk trailer pun cm tak best je hahaa nasib baik takgi :p




#Oct 16th-Rabu
adik aku kejut aku bangun sbb smlm dah janji nak g tgk escape plan. tgk trailer pun cm best je lagi2 bila ada arnold schwarzenegger tu ken, aku dr kecik dah start tgk cite dia yg terminator tu dr yg first sampai yg terminator 3 tu so rindu pulak nak tgk muka dia berlakon hahaha xD cite start pukul 11:30, dia kejut aku kol 10:15 cenggitu mana sempat ! aku siap2 secepat mungkin pastu gerak lrt dlm pukul 11 pegi sri rampai. sampai2 wwm terus pegi tgv. mmg dah lambat time tu so next tiket pukul 2 pulak, rasa mcm lambat so aku cadang tgk insidious jelah sbb cite tu pukul 11:50. dah sampai kat kaunter kitorang cakap ah, pastu org kat kaunter tu kata 'hmm insidious ni mlm je ada ye. pukul 11:50mlm' aku pun macam , ya Allah 11:50pm terang2 tulis kat situ pahal aku bengong sangat pegi ingat pukul 11:50 pagi -_____- malu gila k so aku kata kat dia tgk escape plan je ah pukul 2 pun 2 lah nak cover malu punya pasal. dia kata lagi 'hmm escape plan untuk 18 tahun ke atas je eh' aku pun mcm, hmmm dia ni tau ke adik aku bwh 18? dia dah print tiket pa semua baru aku lega sikit so terus bayar cepat2 sblm dia suruh adik aku tunjuk ic hahaha baru pukul 12, lagi 2 jam nak tunggu ! puas jalan2 kitorang duduk je kat satu kusi tgk orang lalu-lalang. pastu lepak hot n roll pulak, aih terasa lambat masa berlalu sampailah pukul 2 baru kitorang masuk panggung. nasib baik cerita dia best so sape yg belum tgk tu pegi tengok cepat !




#Oct 17th-Khamis
yg ni boleh dikatakan last minute plan lah jugak sbb tetiba je mas ajak kua sesama hahaa so dorang decide nak p klcc ja, tgk insidious ! ahak ahak so sementara tunggu tiket pukul 3, p lunch dulu kat foodcourt. sizzling dia tak sedap sangat weks! biasa2 je cite insidious ni, ada lah scene terkejut2 tu tp aku lagi terkejut bila orang sebelah aku menjerit kot rasanya -.- and josh dlm cite tu hensem k, org sama yg jd ed warren dlm the conjuring ahaha habis movie kitorang lepak2 kejap. masa tgh borak2 ngan ida tiba2 ternampak someone familiar. dia perasan aku pandang dia time tu kahkah aku tanya ida 'tu one forteen kan' dia mcm blur2 je -.- masa dia lalu dpn kitorang terus aku tegur dia. k malu gak sbnrnya sbb ntahlah hahaa tp aku buat muka tembok je sbb bila lagi nak jumpa ceni kan? aku pun tanya 'hmm abg one forteen kan?' dia pun senyum, 'haah' terpaksa panggil abg, tunjuk respect sikit sbb aku belasan tahun lagi :p pastu aku ajak ambek gambar sama. nak tau tak muka ida time tu annoying gila rasa nak tumbuk je -.- dah la tak kenal pastu nak ambek gambar sama2 pulak tu ahahahah bongok punya ida. then aku tanya dia, 'sorang je ke? (mana ariz? sobs sobs)' dia kata dgn kawan, nk p tgk wayang. pastu dia tanya balik kitorang ramai2 ni jalan2 sini, tgk wayang eh? aku cakap, haah tgk wayang. pastu dia tau pulak kitorang tgk cite insidious hahaha dia tanya best tak? aku buat thumbs up, best! then dia pegi ahahaha friendly ok. first time aku tgk forteen ni dulu aku minat kat one ni je sbb muka dia comey2 gitu hahaha pastu dah lama2 aku minat kat ariz lak kahkah kbye




#Oct 18th-Jumaat
aku ke times square dan lowyat bersama udang. dia kata nak beli kasut, pastu aku pun hmm bolehlah sbb aku pun nak hantar laptop kat lowyat. lepas beli kasut terus kita ke lowyat pegi asus service centre hantar repair laptop aku. lepas makan je terus round2 survey hp and for the first time aku pegang iphone 5c yg colorful tu wooo compact gila tp tp muehehe dia kena ada ayah sekali baru best hahaha :3 lepas tu balik dah tu je.




Tuesday, 6 August 2013

august 3rd

last two days, hari sabtu kitorang pergi one utama. dah lama tak lepak dengan ggm and we really had so much fun together walaupun sekejap. ok actually i have to thank this girl who posted her pic with 'one direction' on insta. teruja gila tengok gambar tu sebab nampak mcm real je and tak sangka pulak ada standees one direction dekat malaysia ni sebab aku ada google jugak, standees yg sama ada kat negara lain so kira international lah standees tu hahaa last time aku tengok ada the wanted punya je. and terus aku tanya dia which place and dia kata dekat tgv one utama. so dari situlah wujudnya idea nak pegi ou, point utamanya nak pergi jumpa one direction je hahaha sampai je sana jalan2 cari baju amal kejap then cari tgv. ou ni memang takleh lagi besar la agaknya -.- bila jumpa tgv jalan pusing2 naik atas turun balik tapi tak jumpa one direction. hampa kejap namun tak berputus asa terasa mcm niall memanggil-manggil nama aku dari jauh xD and boom !




first time jumpa standees tu mmg aku hentak2 kaki excited lah kat situ tanpa mempedulikan orang sekeliling -.- agak lama jugak lepak ngan one direction ni. hmm dorang ni sporting habis. tak kisah pun ambek gambar banyak2 kali ngan kitorang hahahaha and lepas tu kitorang tengok movie. cerita the conjuring. so far cerita ni cerita paling seram yg aku pernah tengok kat wayang. ala ala chucky, mcm quarantine pun ada gak tp memang best cerita ni. pergilah tengok. korang takkan menyesal. oh kecuali yg penakut tu :p






in the end tinggal aku ida ngan farah je. kitorang berbuka kat mcD. beli kfc pastu makan kat mcD hahaa sopan betul.




lepas tu balik and sampai umah nak dekat pukul 10. habis.

Monday, 22 April 2013

hey ya

hey guys! macam mana hari2 anda semua? berlalu dengan baik atau pun lifeless macam aku? -_-" okay cut yg tu.




beberapa hari yang lalu aku baru je habis baca satu novel ni, another novel aku beli masa chinese new year haritu. ni tajuk dia eceh




dan sinopsis dia. mcm biasa, kalau x nampak pi cari sendiri kat popular :p




yang ni memang tebal gila, 963mukasurat, maybe bagi korang yg kaki novel takdelah tebal mana tapi bagi aku memang mencabar jugak lah nak habiskan. 2 hari tak berturut-turut aku tak tidur. hanya sebab novel tu sangat menarik perhatian aku sampaikan kalau stop baca boleh rasa gelisah sebab perasaan nak tahu tu sangatlah tebal dalam jiwa raga aku ni. so dlm masa 3hari je habis baca hee gila betul. hmm novel ni k memang tak lari drpd kahwin paksa, kahwin atas pilihan keluarga TAPI jalan cerita dia penuh suspen and unpredictable. sebab tulah aku takleh stop baca. macam biasa aku adore watak lelaki dlm novel ni, Dzul Ehsan nama dia hihi selamba, handsome, sederhana, cool wahhh k cukup sebelum aku fangirling kat orang yg tak wujud. dan yang paling aku suka dlm novel ni, cara watak2 utama berinteraksi, pakai 'kau aku' je walaupun dorang suami isteri. sangat 'sweet' ok tak tipu. last but not least, ending dia sangat memuaskan hati. 




lepas tu smalam bersamaan hari sabtu, aku teman mak aku pergi klfc. nak beli barang dapur. tulah first time aku keluar rumah sejak balik dari uitm haritu. rasa awkward. macam baru keluar dari gua -_- pastu ditambah lagi bila mak aku ajak aku menjejakkan kaki ke tempat terakhir aku akan pergi dlm klfc tu iaitu kaison -_- tengok langsir lah apa lah. pastu mcm2 benda pelik dorang jual yang sangat tak menarik pada aku. lepastu dlm banyak2 benda mak aku pilih, dia suruh aku pegang rumput palsu -_- hmm aku memang tak paham and tak berminat langsung dengan semua benda2 macam tu. mungkin belum masa.




oh tadi aku tengok movie. A Werewolf Boy aha!




sebab ada song joong ki hihihi mula2 memang kelakar gilaaa. tapi bab sedih memang sangat sedih sampai aku menitiskan cecair masin hehee :P ending dia aku menyampah. tapi joong ki memang terbaik sebab ke'blur'an dia masa jadi wolf boy tu menyerlahkan kecomelan dia ahhhh geram je aku. and kalau tengok skali imbas, muka joong ki ngan heroin dia tu hampir serupa hahaha




Monday, 28 January 2013

Randomness

hey guys! jumaat haritu pegi post office kat melawati dgn my parents to collect my parcel. hantar umah tp org takde -_- and that key-chain with mirror is so danggg cute 'cuz it got a pic of me n greyson on it hehee :3




yesterday i spent my time with mum <3 went to puduraya untuk beli tiket bas and singgah masjid jamek also jalan tar. lepastu balik hahaa *tak menarik*




then today me and nad pegi wwm. tengok movie! ohyeah! kitorang tengok juvana and MAMA. omg sumpah awesome gila dua2 cerita tu. tak menyesal tengok dua movie harini. hehee




and we also met mr Guhreyzern hehehe

guess which one is mine? :>


and guess what? aku tak tidur langsung sejak smlm. sempat tidur 20min sblm kua dgn nad. ni smua gara2 baca novel -_- and cerita novel tu sangat sadis ahh k




nak tidur. kbye assalamualaikum :*

Friday, 24 August 2012

who is the mob?

last two weeks, emm not exactly.. sabtu 4hb haritu lah hahaa me and fawamiwa jalan2 together.. huu we went to wangsa walk, beli tiket untuk tgk movie and we chose to watch Step Up Revolution haa




hmm cite ni sangat tak sesuai kalau lelaki yg tengok sbb ada part2 yg.. emm paham2 lah hahaa n cite ni x sampai 2jam.. mcm tak puas je tengok tp.. boleh dikatakan gempak la jugak, ada style lah cara dorg dance tu kan.. jeles betul! hahah




so for those yg nak tengok tu mmg dah tepat dah pilihan korg tu hahaa best sangat tengok step by step dorg dance tu.. trust me its AWESOME! taktau lah apa pndpt korg plak kan.. tp bg aku okaylah walaupun harga tiket tak berbaloi dgn duration ceritanya t___t


meet my guy ahha :D

haa yg ni paling aku suka sbb nama dia 'office mob' hahaha x)




then lpas tengok movie kitorang jalan jalan jalan sampai lebam, berbuka dgn each a cup mcm biasa 'peppermint oreo'. time kat carrefour, jumpa pija hahaa lpas tu beli kfc makan dlm kete sementara tunggu ayah aku dtg amek :3




ayah aku sampai je terus teman mama pegi econsave kejap, after that kitorg satu family heading to uptown , mama bg sorg seratus beli apa kau nak beli muahaha :D mmg lotih la haritu --"



Friday, 1 June 2012

Gonna Miss All of You

rabu bersamaan 30 Mei 2012, aku, farah ngan ain hang out. For the last time before masing2 pegi U. mula2 kita pergi wangsa walk, beli tiket movie HORE HORE :D then sementara tunggu movie start, kitaorang jalan2, pegi beli pendrive aku. then pegi makan kat A&W.. hehehe ada tersimpan suatu cerita kat situ hahaha xD  bila ingat pasal ombak rindu lagilah kitorg gelak tak henti mcm gila kat situ.. hanya kitorg je yg paham knapa kitorg gelak hahaha xD lpas makan, baru sedar pendrive baru beli td takde dlm bag. risau tak risau la time tu, pegi balik kedai td.. nasib baik ada dia simpankan hahaa gila betul.. rmEMPAT5 tuh.. -_- then sampai masa, tengok movie hahaa terbaiklah cerita tuu.. terus terang aku ckp, mula2 mmg gelak sampai mnangis.. sampai klimaks and penghujung cerita tu asek meleleh je airmata hahaha budak2 yg duduk kat dpn kitorg asek usha2 blakang je.. nak je aku tendang kerusi dorg hahaha padan muka :p




then gerak klfc, dlm kete pasang cd HOTTN ahh singing out loud lah aku dlm Gen 2 tu hahaha lpas hantar ain balik, terus pegi Econsave shopping brg2 mkn nak bwk g perak.. banyak gak laa -_- pastu tunggu kak lisa habis kerja kat ppj.. lepak2 baru tau kak Deeyeahna tu pun student uitm perak hahaha kecik betul dunia ni kan? LOL dlm pukul 6setengahPM mcm tu pegi karok kat superstar hahaa ada ke dorang pegi gelak tgk vid Somebody That I Used To Know tuu -..-" tp jujur, aku adik bradik pun gelak gak time mula2 tgk vid tuh hahaha ntah pape.. habis dlm 7lebih.. time nak bpisah mmg sedih tp kukentalkan jiwa.. hahaa ntah brapa kali salam tp tak blah2 gak.. hahaa time nak pegi kat kereta lg ahh.. dah ah jauh terpencil dia parking, gelap plak tuh.. kaki mmg smakin lama smakin laju menapak.. last2 lari je terus masuk kereta hahaha xD dah ah dengar suara org ntah siapa.. mesti dia gelak tengok kitorg lari -__-"

-

sampai je area umah aku.. haihh text adik aku soh turun tolong bwk brg2 td.. sambil tunggu tu kitorg snap2 gambar.. so sad lah.. rasa nak mnangis tp tak jd sbb ada adik aku hahaa going to miss you lah my weirdo.. :'( this post is actually going to be the story of us hahaa mcm tajuk lagu taylor swift.. dear my beloved girlfriend, Farah, please forgive me if I've ever hurt you.. okay lemme write in bm lah.. eh lemme try in English too hee :p maafkan smua salah aku, aku pernah sakitkan hati kau, buat kau nangis, maafkan aku? :( maybe I'm not a good friend but I do love all my friends more than I love Greyson Chance.. I'm not perfect.. I will miss those moments when we are together.. those laughters and even the tears, especially when we both crying for no reason at ppj.. ;') I love the part when we both running to the tgv toilet and you made the girl screamed hahaa :'D the moment when only the two of us in the car, round the world together and you show your grandma's house to me, your kindergarten and that place where you were left at while you were young.. that moment when we were printing the screen together and sharing the pics hehehe :p that moment when we are gossiping, sharing stories of our crushes and we are laughing happily like there's no tomorrow.. I'm gonna miss you buddy. Goodluck in your new place, focus on study and don't you ever forget me. Have a nice day! (:


-


p/s : padahal time cuti boleh jumpa aww hahaha but that's not gonna be the same. Thanks for being my wonderful friend!

Friday, 2 December 2011

Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung




Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku