Showing posts with label LOL. Show all posts
Showing posts with label LOL. Show all posts

Sunday, 10 November 2013

family outing !

asek kua dgn kawan je pun takleh jugak kalau tak lepak ngan family member ngahaha tp adik bradik aku 3 orang je so nak kua pun ngan adik aku yg lepasan pmr tu. yg spm belum lepas lagi. haritu dah nengok escape plan sesama, pastu p nengok thor pulak. nasib baik rate p13 lepas lah adik aku tu masuk. tp kalau rate 18 ke atas pun dia tak kena tahan hahaha selamba je dia masuk. pastu masa nak beli tiket thor tu boleh pulak org tu tanya, 'nak ambek twin seat tak?' i was like, err ni mesti ingat aku ngan adik aku ni pasangan kekasih yg bahagia. aiyooo yg aku pulak g layan, 'hmm kena cas lebih ke?' kena rm3 sorang tak salah. lepas beli popcorn terus masuk panggung duduk kat couple seat kitorang tu dgn bahagianya sbb line kitorang tu takde orang lain dah. kitorang JE ! agaknya couple2 lain p nengok balada pencinta lettew. mana nak minat cite2 aksi ceni hahaha mcm biasa kalau movie by marvel ni lepas dah habis tu dia belum habis lagi senanyer. kan masa akhir2 tu ada tunjuk nama pelakon apa semua haa lepas tu ada scene lagi. kalau rajin tunggu la beberapa minit. ala takdenya pekerja cinema tu nak halau korang. tp time tu mmg org ramai yg dah kua. yg tinggal dlm cinema tu cuma org yg tau movie tu tak habis lagi. peminat tegar movie marvel agaknya.




sabtu masa deepavali tu ayah cuti so berpeluang lah berjalan-jalan sampai ke shah alam. asalnya nak pegi mid valley dulu sbb ada pc fair so nak usha2 lah manatau dpt beli phone baru time tu jugak tp ada technical prob so tak jadi. pastu tukar plan, mak gua nak p bukit cerakah dulu, nak berekreasi katanya. konon ah hahaa tp belum sampai sana hujan dah turun. jalan pulak kemain jammed woi semua pakat nak p mid valley. haih dah lepas jalan nak ke mid tu barulah lega sikit jalanraya tu. akhirnya sampai lah kami di i-city wohooo ni first time aku pegi sana. hmm jangan ah gelakkan aku -.- lepas ayah park kereta teroih menuju ke snowalk. mmg tak menyabar nak masuk sbb nak rasa sendiri sejuk dia mcm mana kan. dapat je tiket terus masuk ambek jaket tebal wuuu jangan risau jaket mmg disediakan. aku pakai tshirt lengan panjang dan jeans, flat. satu je aku menyesal, aku pakai kasut flat. i would prefer sneakers kalau aku tau aku nak jatuh -_- memula nak sewa boot, tp beratur punya panjang so disebabkan dah tak sabar haa terus jerkah je masuk. memula masuk tu ok la sejuk dia biasa2 je. masuk level 2 hah adik aku 'rasa mcm kat dlm peti ais lah' eh eh gaya dia mcm penah tinggal dlm peti ais pulak -.- tapi mmg sejuk gila baq ang ! ada igloo comel, ada lampu colorful, ada la memacam kan. baru beberapa minit kaki aku dah kebas padahal pakai stoking dua lapis. haaa tu dia sapa suruh pakai kasut flat. habis salji masuk dlm kasut cewah 'salji' :p pastu boleh pulak aku terjatuh sampai 2x haih memalukan -_- adik aku pulak kwang aja ah gelakkan aku. tp bukan aku sorang je yg jatuh. ada jugak org lain yg jatuh. aku hanya mampu gelak je hahaha jahatnyaaa :x




actually no camera is allowed tp tgk semua dok pegang camera hahaa disebabkan kesejukan yg melampau, kitorang pun keluar lah dr dunia sejuk tu kejap. p beli nescafe panas, panaskan badan balik. mak aku dah taknak masuk dah tangan dia dah kebas2 merah2 kehkeh adik aku tak puas so dia ajak masuk balik. aku memula malas gak tp bila pikir balik bila lagi nak dtg sini kan, nak p rasa salji betul kat luar negara tu hmm niall asek busy ngan tour je so aku pun join dia masuk balik. 2nd trip dlm snowalk. cepat pulak rasa sejuk dia sampai aku menggigil. kali ni aku jalan paut lengan dekwan sbb dia tinggi dr aku kehkeh mungkin sbb nampak kitorang ni mcm pasangan kekasih yg sdg diulit bahagia, ada sorang photographer ni maybe pekerja kat snowalk tu, mintak ambek gambar kitorang berdua. just the two of us! eceh nyanyi lak. 'haa akak, boleh tak nak ambek gambar berdua. duduk kat kuda tu' amboi dah la panggil aku akak. mood aku baik, feeling2 retis je kan so aku pun posing lah ala2 kapel bahagia ngan dekwan kahkah lawaklah bongok. agak2 dah 5 kali snap, photographer tu ucap terima kasih, then dia mintak nak amek gambar chinese couple yg lalu kat kuda tu. nampak sgt lah dia ingat kitorang ni kapel kan -_- adodoi dlm snowalk tu snanyer ramai gak mamat2 hensem muehehe :3 tp bila dorang usha aku ngan dekwan, muka dorang mcm hampa je haih kenapa perasan sgt kau ni pawah? hahaha pastu adik2 aku p main gelongsor panjang tu adoi lawak ah. puas round2 dlm snowalk tu barulah kitorang kua. kesimpulannya kalau nak pegi snowalk ni pakai la tebal2 ye, bawak glove siap2 n kalau taknak sewa boot pua chu kang tu pakai la kasut yg bersesuaian yew. surface kat dlm snowalk tu licin nak meninggal. nak p rasa salji betul ntah bila kan so takat ni pun jadilah muahaha sedih je ayat. ok wa pun malas nak taip lagi so bagi ngkorang nengok gmbr jew lah yew









-pengembaraan tamat-




Tuesday, 12 June 2012

MDS di UiTM Seri Iskandar, Perak

Hey guysss! Mesti korang rindu nak baca coretan aku kan? Hehehe dah lebih kurg sminggu aku kat sini, kat UiTM Perak ni.. Alhamdulillah so far takde problem lah.. nak tau tak mcm mana mds aku? hahaa tanak tau pun aku tetap nak tulis, insyaAllah buat tatapan adik2 kat luar sana yg bakal masuk kesini jugak.. who knows right? :D




1 Jun 2012/Jumaat:

Bertolak lebih kurg pukul 8:30am. Alhamdulillah ta payah sewa homestay or hotel  sbb rumah kwn lama nenek aku dekat2 situ, so tido kat umah dia untk smlm. Nenek aku pun ikut skali tau.. hahaha nak cari jalan kat perak untk first time bukanlah senang.. ntah brapa kali sesat.. nama jalan dia punyalah banyak.. kampong gajah lah, batu gajah, bukit gajah.. mana org tak confuse? -_- berkat tanya org2 kampung kat situ, berkat guna gps phone aku hehee akhirnya jumpa jugak UiTM Perak, bakal menjadi tmpt aku sambung blaja :p kwn nenek aku tu atau opah, yela sbb org perak kan :D opah kata, kalau ada apa2 hal, call je dia.. terkejut aku dia boleh bwk motor.. aku sendiri pun takut -_- n dia pesan, minggu orientasi mmg mencabar.. tak kisah lah apa senior2 tu ckp nanti, tahan je.. dia nak uji kita ni kuat ke tak.. bila habis orientasi tu dia mintak maaf balik apa smualah.. so bila dah dgr opah ckp, aku rasa kurg nervous lah.. yelah, opah tu pun pnah kerja kat UiTM tu.. lgpun aku da bnyk buat research psl mds ni smua muehehe :3











2 Jun 2012/Sabtu:

gerak seawal 7:30am, nak dpt katil bwh punya psl. hahaha spanjang prjalanan dapat tgk bendang, dapat tgk pmandangan pagi kat situ, cantik tau..











sampai je uitm tu, ada ramai kakak2 abg2 senior yg pakai baju kaler hijau. smuanya senyum je spanjang kitorg lalu stiap jalan mnuju kolej kediaman.





aku dapat Kolej Pasir Salak, Blok Cemara. sampai je pejabat pengurusan kolej PS, terus daftar kolej, dapat kunci bilik, CG 07. cantik! my fav num lah :D









Alhamdulillah dpt ground floor, aku org first rasmikan blik tu. hahaha cop katil siap2, lpas tu sampai lah roommates aku, sorg dr dungun, sorg dr kajang n sorg lg org perak, pakai bb tau :p barang2 smua mak aku yg atur dlm almari. mmg takde apa yg aku buat, isi borang2 je. hahaha then sementara tggu pukul 3, kitorg kua dulu beli apa yg x cukup mcm BANTAL, amek gmbr pasport then lunch. pastu balik bilik tunggu la smpai kol 3. bila dah kena bkumpul, family pun kena balik. mula2 aku okay, tiba2 adik aku hulur tangan nak salam, haa yg tu tiba2 buat aku sebak sbb slama ni tak pnah2nya nak cium tngn aku. ayah pulak ckp "belajar betul2 tau..." ya Allah lg laa da meleleh airmata aku.. tp sorok2 :p then bila tgk roomate aku dr kajang tu nangis, meleleh balik airmata aku. time nak g Pusat Islam (PI), boleh plak aku TERberatur kat depannn sekali. hadoiii tak psl2 kena kira -_- okay cerita psl program ptg tu, bermulalah Minggu Destini Siswa atau short form, mds. ptg tu pengenalan je. yg paling klakar bila pemimpin2 mds atau oc kluar. especially biro mknn ngn biro protokol. hahaha baju da lah smua hijau mcm baju budak kitchen ppj ;D time mkn mmg tercekik kau. baru je cecah punggung kat krusi, oc jerit '4 minittt!!!' mmg time tu first time lah aku mkn nasik x smpai 5minit. -_- mlm tu tido dlm pukul 1:11am berdasarkan tweet aku muahahaha ;p


dlm pusat Islam

jadual mds

3 Jun 2012/Ahad:

bangun mmg kena awal sbb 5:15am dah kena bkumpul. mmg spanjang minggu ni tak cukup tido. time solat subuh tu dah terhuyung-hayang badan aku, mcm nak tumbang dah, lagi2 klau imam baca slow atau panjang.. tertido terus aku rasa -_- kalau ikut jadual mds yg dia bg, mmg stiap hari ada taklimat. walaupun harini ari Ahad, tp tak brapa nak cuti sangat lah eh. yg bestnya harini, kitorg dibahagikan kpd bbrapa group, 15 siswa 15 siswi then perkenalkan diri, asal dan kos. lpas tu duduk dgr apa akak/abg oc nak cite, habis tu relax je cari tmpt redup borak2 ngn member hahaa agak lama laa tak buat apa2.








ptg tu ada senam seni. smua siswa siswi kena pegi padang, cuaca ta payah cite ar, panas terik sbb matahari betul2 atas kpala. mmg panas GILA okay. senam tak brapa nak seni lah, buat tarian sarawak la, sabah la org asli laa.. haa time tu tiba2 tnmpk mcm ada org zoom aku, aku pun zoom dia balik. rupa2nya ummi. dia lambai aku, aku lambai dia balik. hahaha lawak. lpas tu kau, oc bg balik bilik tau, but bkn untk mandi, tuka baju je. bayangkan dah berpeluh-peluh melekit, tak mandi tak apa terus pakai baju kurung n pegi smyg. ya Allah sangat tak selesa doo... mlm tu taklimat lg.. haa lupa nak gtaw, spanjang mds, kena pakai baju kurung, pakai tracksuit kat dlm then kasut sukan. tudung kena tudung bawal je, kena pin 3 kat dpn eh. n spanjang mds blangsung, kita mkn free tau ;D





4 Jun 2012/Isnin:

time subuh aku sempat pandang kelangit, bulan penuh, nampak dekat je dgn bumi. cantik gila.. nak amek gambar time tu tp akak oc suruh pantas -,- so dlm PI sementara tggu azan aku snap satu :D


tak clear ):


today barulah hari pndftaran yg sebnar. buat semak je bwk filem x-ray atau abg subuh kata imbasan tulang hahaha aku bwk besar2 last2 dia tanak pun -___- aku punya dokumen dah complete ttiba takde copy sijil benti skolah. aiseymannn haritu takde pun dia tulis nak. haishh tp nasib baik lpas jugak. amek gmbr untk student card smua. settle! takde apa yg mnarik harini. dpt tengok The Avengers kat big screen hahaha mcm biasa, pnoh dgn taklimat yg membosankan dan membuat org tertido. harini jugak aku dapat penyakit akibat kpanasan mlampau kat perak nih, sakit tekak -,- yg takleh terima, gigi aku smua sakit. time mkn dah ah kene mkn lelaju, terpaksalah tahan sakit.









5 Jun 2012/Selasa:

harini majlis perasmian mds. da lah bngun lmbt, nasib baik kol 5:30am.. akak tu ketuk pintu bilik.. smpat gak la smyg subuh kat PI.. laju je bsiapnya.. pakai baju putih skola, kain gelap dan tudung uitm yg cantik berseri tuh. then dengar amanat drpd Naib Canselor live dr uitm shah alam. kira seluruh uitm dengar la. time tu aku dok syok bbm ngn faramira yg kat puncak alam sana tu hahaha sama2 boring n mngntuk -_- pastu ada taklimat ptptn.. baru tau yg aku tak daftar online lagi.. aiseymannn. leceh la nak kena beli num pin sgala -,- then taklimat perpustakaan seterusnya halaqah kat PI.. tiap2 mlm sblm masuk bilik msti kena bkumpul kat blok masing2 dulu.. mlm ni lg laa masuk lmbt disebabkan org2 yg bngun lmbt pagi td.. nasib baik kitorg tak kena.. muehehehe

6 Jun 2012/Rabu:

pagi dimulakan dgn taklimat, lpas tu kembara fakulti. haa time ni kena bpisah ngan roommates sbb kitorg sume lain2 kos ): keseorangan lah aku spnjg kat fakulti tu, fakulti Business Management. jumlah yg amek OM kalau x salah 120 lebih.. lelaki ada la dlm 17org.. nasib baik sikit :p time dgr ceramah dr puan lecturer, sumpah mngantuk! tersengguk-sengguk aku.. malu je -_- then lunch, smyg apa smua.. ptg ada taklimat mpp atau Majlis Perwakilan Pelajar so oc2 yg berkenaan pun naik stage.. time tu kitorg duduk kat part vip sbb part bwh da pnoh.. muahaha jelas tau nampak..




turn abg Awi je smua bsorak.. hahaha ada ke dia pegi bwk naik handbag dia skali -__- cun lah.. lpas tu abg nazri tp aku pggil dia tuan pngarah hahaha dia promote fb stiap ahli mpp tu.. niceee! *senyum lebar* ^___^ mlm pun best, tayangan filem.. kitorg tengok 3 Idiots.. ni first time aku tgk cerita ni.. kesian kan? slalunya dgr org cerita je, dorg kata mmg best tp serius paling best ah cite tu.. aku meleleh gak la airmata.. Raju Rastogi tu comel kan? asek nangis je dia hahaha ;D mlm ni kitorg basuh kain.. gila btimbun, guna washing machine kay. handwash blm pnah nk cuba lagi :p tp seram la kalau pegi bilik dobi tu waktu mlm ~_~ kitorg pun lari lintang pukang.. bayangkan basuh kain kol 1pagi tu -_- apa boleh buat, kang tak basuh, nak pakai apa?




7 Jun 2012/Khamis:

pagi sampai tnghari mmg tak best sbb taklimat je. start mlm kebudayaan mmg best! persembahan dr wakil smua kolej termasuk kampus tapah. mmg pnoh dgn gelak je mlm tu. yg paling tk sangka, Kolej kitorg jadi juara mlm tu.. mmg tak percaya gila hahaha lpas dah gelak2 tu.. naiklah smua oc, tanda majlis nak berakhir dah.. time ni agak sedih.. lpas ni dah x jumpa kakak2 n abg2 oc dah.. dah tak dengar kakak2 n abg2 oc jerit 'pantas siswi!! pantas siswa!!' da tade dngr '4 minittt!!!, jangan bersmbang siswi!!' kat dewan makan.. haihhh sedih la wey especially bila tengok abg Awi mnangis.. sedih sangat dia.. then dorg tunjuk balik video dari first day mds sampai akhir.. time ucapan oc, Abg Awi jd wakil.. pun mnangis gak time bg ucapan tu.. susah tau nak tgk lelaki mnangis.. uhuk uhuk.. mlm tu dia bckp lagi kat mic, bleh nmpk la mata dia mnangis, hidung dia merah hahaa lpas tu dia duduk blakang tmpt nak bg ucapan tu, dalah bleh nmpk dia kat big screen.. still lap airmata aku rasa..




tak lama tu baru dia kluar dr dewan seri iskandar (dsi) tu.. huuu~ mlm tu kitorg tido agak lmbt ah..

8 Jun 2012/Jumaat:




yayyy... hari trakhir mds.. mcm biasa pg tu taklimat2 kat dsi.. lpas tu ptg pegi fakulti ingt nak tgklah dapat kls mana, last2 dia tak tmpal lagi.. hampeh -..- da lah jauh gila kolej ngan fakulti aku.. smpai sesat2 la gak masuk fakulti akaun.. hahaha malu2.. last2 kitorg smua balik kolej.. time otw tu aku trnampak sesorg.. siapa?? rahsia.. sedihnya baru harini aku dpt tau dia semester akhir dah.. tu yg dia smpai nangis.. sedih nak tinggalkan uitm perak.. isk isk isk~ bye2.. :'( dan mlm ini start lah operasi menge-add fb2 oc muehehe :3 last2 kitorg satu bilik terlajak tido smpai kol 12:20am.. -__- penat sangatlah konon










-diari mds tamat-