Showing posts with label online shopping. Show all posts
Showing posts with label online shopping. Show all posts

Thursday, 17 January 2019

ShopBack


Hi, korang tahu tak shopback tu apa?




okay sekarang mcm dah dapat la sikit kan apa benda shopback tu. so sambil kita keluar duit, kita dapat duit. earning while shopping gitu. cashback tak banyak lah yg dia bagi tapi okay lah dari takde langsung en. aku pun tahu natang ni dari twitter. pastu mestilah nak cuba kan nak tengok betul ke tak kita boleh dapat cashback. lalu aku pun cubalah masa 12.12 haritu.


so pilih je memana online app yg kita nak shopping tu. dia akan direct bawa ke website derang

mula2 aku install app shopback ni kat phone then create shopback account. pastu aku blur camne nak bagi shopback ni track transaction kat phone. jadi aku pun bukak acc shopback kat laptop. bila login tu terus dia suggest kita untuk add button shopback ni kat chrome supaya nanti bila kita nak shopping senang dia track transaction kita.




bila dah masuk website tu, contoh haritu aku pilih hermo, click logo shopback kat bar atas tu untuk activate shopback cashback. so bila dah activate tu dia automatically akan trace kita punya transaction.


bila logo dah jadi hijau means dia dah activated
dia akan bagitahu yg transaction kita direkod

then startlah shopping. shopback akan email kita the latest transaction beberapa jam kemudian. so dari situ lah kita tahu yg dia dah track transaction kita. juga dia akan send notification kat phone kalau ada install app shopback.



sekarang aku dah reti pakai app dekat phone so lagi senang. rasa menyesal jugaklah baru tahu pasal shopback ni. kalau tak mesti dah banyak cashback aku sebabnya aku tiap bulan beli topup kat 11street. okay kalau lagi senang memang pakai mobile app lah sebab kita senang nak check history, bebila dan dimana sahaja anda berada cewah.



jumlah cashback setiap kali transaction tu taklah banyak mcm yg aku cakap. kalau korang beli barang rm50 kebawah baru berapa sen cashback. kalau korang tengok ada orang yg sampai beribu cashback tu means dia dah lama guna shopback and kerap shopping. macam aku ni baru berjinak-jinak so total cashback pun tak sampai 5 ringgit. tapi rugi kan kalau tak buat shopback ni sebab walaupun jumlah tak banyak, siapa yang nak bagi kita duit free2 gitu jaa? kepada yg nak mencuba, aku ucapkan selamat mencuba dan happy shopping!


Image result for online shopping tumblr gif
gif ni from a movie tajuk Confessions of a Shopaholic. kalau korang belum tengok, better tengok lagi2 korang yg kaki shopping tu sebab memang best sangattt!

-

Disclaimer:
ni bukan paid review ye. all information is based on my experience. niat untuk sharing saja. thanks


Sunday, 28 August 2016

a pink parcel from Korea

annyeong...nak cerita sikit excitement bila barang yg kita order dah sampai~

WARNING: post kali ni banyak warna pinkeu ~,~

last week aku ada order something from Althea. tak rancang pun sebenarnya. Althea ni rajin send promotion apa bagai kat email so ada satu email ni berbunyi:




kebetulan haritu ada terniat nak cuba wash off pack sebab dah pernah pakai yg sheet mask tu, leceh rasa dan tak berapa nak muat kat muka aku yg lebar ni. bila Althea sent email tu terus la aku click add to bag, nak tengok postage berapa. dia charge rm18, dan harga sebenar wash off mask tu rm20. kiranya aku kena bayar rm18 jelah. okay lah tu since dia ship all the way from Korea en




dan semalam bila aku balik KL (dari kampung) ada bungkusan pink. it has arrived!!




aku bukanlah peminat warna pink tp aku rasa packaging dia sangat cute. sayang nak bukak hahaha


isn't it cuuute?



bau sangat harum dan soothing

aku belum cuba lagi so nanti bila dah try i bagi review okay (kalau rajin).

Thursday, 15 January 2015

another shopping experience with ZALORA

okay, so... semalam check email, ZALORA sent ni;




masa aku baca tu mcm 'wahhh free shipping! that means jimat RM5'. no minimum spend pulak tu. aku pun dah lama tak online shopping sbb dlm purse tu ada duit syiling je kahhh. pastu lama2 aku lupa sampai la ke petang smlm aku bukak wechat and baca momen teman2, ternampak momen sorang member pasal ZALORA punya free shipping tu. terus aku teringat balik.

aku pun terus bukak app ZALORA kat phone aku and usha2 apa yang menarik hati. tapi sebelum tu aku filter dulu price dia, RM0-RM49 hahaha pastu ternampak beg ni;




dua-dua cantikkk! tapi aku lagi kenan yang bawah tu. pastu dah lama pikir2 nak pilih yang mana baru aku perasan yang bawah tu tinggal sebijik je lagi dlm stock. terus aku add to bag and checkout apa semua. cuak gak kalau2 dah order tapi barangnya habis. tak lama pastu dpt confirmation emel dari ZALORA. tadi dpt emel yang barang akan disend hari ni. HARI INI.

dalam pukul 3 sengah tadi orang ZALORA call bagitahu nak hantar barang. tak lama lepas tu dapatlah parcelku. muahaha puas hati. beg pun cantik. kira bertuah jugakla aku dapat barang yang last dlm stock kahkah kbye.

Wednesday, 5 November 2014

First ZALORA shopping experience

aku baca banyak sangat blog2 cerita pasal pengalaman dorang dgn zalora and most of them are BAD experiences. dah la masa tu aku dah order -_- i was like, hmm pasrah jelah. disebabkan aku sekarang ni tengah menganggur dan kawan2 aku memasing belum cuti sem lagi, aku takde teman nak g jalan2 memana. kalau dah 24/7 terperap je kat umah boleh jadi gila jugak la. so memang hobi aku la cuci mata dengan meng'usha' online shop. yela nak kua umah malas, tengok kat tenet jelew. zalora ni iklan dia memang berlambak, tu yang buat aku terpanggil nak mencuba cewah pendapat aku, baju2 dia bukan taste aku sangat, cantik2 tp aku tak minat. ada la sehelai dua yg terkenan kat mata aku. kasut pulak cantik2 jugak tapi kaki aku ni sizenya dua kali tapak kaki kau so.. heh tapi bag dia waaa menarik! nak cerita dlm banyak2 benda yg aku tengok, aku decide nak beli belt dia yg berharga rm15.00 hahaha mesti mcm lawak je en. belt aku kebetulan dah nazak dan hati ni niat nak mencuba service zalora so apa salahnya?




aku baru tahu yg zalora boleh buat COD, cash on delivery which means bayar bila barang sampai. terus hati ni tertarik kat situ sbb selalunya kena kua umah pergi cari cash deposit machine. dah jimat masa dan tenaga dah kat situ. masa checkout tu, aku enter code MYNEWS20 so dapatlah potongan diskaun sebanyak 20%. daripada rm15 + postage fee rm5 - diskaun rm3 = rm17 je kena bayar. dalam menanti barang sampai tu risau jugak la kot2 aku akan menghadap masalah sama mcm blogger2 yg cerita psl bad experience dorang tu. tp ala nak risau apa, bukannya aku dah bayar pun hahaha


aku order petang, then zalora sent this email malam tu jugak. how fast kan?

maybe because ada stock. kalau tak kena la tunggu lama sikit, well that's normal la kan. lepas tu semalam barang aku sampai. harini order, esok dia post, lusa sampai. yg bestnya orang zalora call aku tanya ada kat rumah ke tak sbb dorang nak hantar barang. selalunya kalau beli online memang barang akan diambil kat post office sebab masa posmen datang orang takde kat rumah/tak dengar sebab syok tidur dlm bilik ahaha dengan zalora, tak perlu risau kerana mereka akan contact anda terlebih dahulu sebelum datang hantar barang. dah macam promoter zalora tak berbayar lak rasa :3


tadaaa !

punya dia secure barang dlm kotak sampai letak air cushion ni hahaa


invoice note dan juga post slip. kalau tak puas hati dgn barang ke apa boleh pos balik kat zalora

ini dia belt sayaaa hiks!


overall aku puas hati dgn service zalora ni. tu je nak cakap.