Sunday, 28 May 2023

Baby Diapers Review

Hi, Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

entry ni hanya review santai dari saya, my personal experience and opinion on some diapers brands yg anak saya dah pakai. saya first time mom, so memang buntu sikit nak cari diapers yg terbaik untuk anak. ada jugak baca review dari mommies yg lain tapi yela kita kena cuba jugak dekat anak untuk tahu sesuai ke tidak. okay jom kita start.

1) Offspring Ultra-Thin Newborn Diapers

Diapers ni saya beli masa anak baru lahir. size newborn. the first pack of diapers yg kami beli and the first brand yg anak pakai. orang kata time newborn ni better beli diapers yg murah2 je sebab baby baru lahir ni kena kerap tukar lampin. 10x sehari lebih kurang. so if you're in a tight budget, this is not for you.

my review:
pros
-Diaper sangat nipis tapi tak pernah bocor.
-Cutting lebar
-Daya serapan yg bagus. diapers masih kering walaupun anak dah membuang.

cons
-harga expensive. selalunya memang RM1+/sekeping dan brand ni susah nak sale.
-tak semua tempat ada jual. saya beli kat aeon

2) PetPet - Tape

setelah sedar diri, time anak masih newborn, saya beli pula jenama Petpet. mak saya kata time kitorang kecik dulu pun pakai brand ni. means this is a trusted brand - pilihan ibu bapa dari dulu.

my review
pros
-Harga murah. boleh dapat 30sen/sekeping kalau pandai survey/beli time sale
-susah nak bocor. tapi jangan la biar anak pakai lama sangat.
-senang nak cari di pasaran. dekat speedmart pun ada.

cons
-cutting agak kecik pada anak saya so ada kesan merah pada paha.

3) Mamypoko Air Fit - Tape

This is my favourite diapers brand. Memang tak pernah mengecewakan. tapi kadang2 je beli - ikut bajet semasa hahaha

pros
-thin but comfy on baby
-tak pernah bocor : sesuai for overnight use
-cutting lebar sesuai untuk baby yg gebu gebas
-ada wetness indicator

cons
-harga agak mahal. sekeping dalam RM0.80-RM1.00

4) BaeBae




diapers ni kitorang tak pernah tahu wujud hahha kakak ipar yg bagi. underrated local brand with premium quality 

pros
-Nipis dan selesa
-Tak pernah bocor
-no rashes/merah-merah

cons
-expensive
-susah nak dapat even dekat shopee

5) Mamypoko Extra Dry - Pants
 



pros
-serapan bagus
-tebal sikit dari air fit
-cheaper than air fit

cons
-cutting lebih kecil dari air fit
-getah kat tepi kadang2 tinggalkan kesan merah

6) Tesco Fred & Flo - Tape





pros
-murahhh
-daya serap yang bagus
-tebal sikit tapi selesa
-tak bocor

cons
-cutting kecik sangat :')
-no wetness indicator

7) Pampers - Tape




cons
-nipis
-ada wetness indicator

pros 
-price over quality
-terlalu nipis so takleh pakai lama

8) Diapex Easy - Tape

pros
-harga murah
-mudah didapati di pasaraya - Speedmart pun ada
-serapan bagus

cons
-cutting kecil
-tinggalkan kesan di peha my baby

9) PetPet Pants




pros
-daya serapan bagus
-harga murah
-mudah didapati

cons
-cutting a bit kecil
-anak i pakai bocor
-not suitable for overnight use

10) Genki - Tape/Pants




 pros
-serapan bagus
-tak bocor
-harga affordable

cons
-cotton akan jadi bergumpal if pakai lama
-cutting kecil dan tinggalkan kesan pada peha

11) Mamypoko Standard - Tape

pros
-murah
-mudah didapati even dekat Speedmart

cons
-kejap2 bocorr
-serapan tak bagus
-no wetness indicator 

12) Mamypoko Standard - Pants




pros
-harga murah
-senang didapati dimana-mana
-tak bocor

cons
-not suitable for overnight use - cepat kembung bila baby dah kencing
-no wetness indicator
-takde pelekat untuk gulung diapers

13) Whoopee Pants

pros
-harga agak berpatutan
-tak bocor

cons
-susah nak dapat di kedai biasa

14) Fitti Ultra Thin - Tape

pros
-thin and soft
-no leaking
-premium quality 

cons
-harga saing-saing mamypoko air fit
-tak pernah jumpa lagi kat pasaran

15) Merries 

pros
-thin and soft
-suitable for overnight use
-daya serapan sangat bagus
-ada wetness indicator

cons
-quite pricy saing-saing Air Fit

16) Huggies Dry Pants

 pros
-murah
-mudah didapati 
-tak bocor

cons
-cepat berbau
-not suitable for overnight use sebab cotton dia akan bergumpal kalau pakai lama

17) Mamypoko Extra Dry Antimos Tape

pros
-price quite affordable
-daya serapan bagus
-bau serai wangi:  but not sure if it really works as penghalau nyamuk

cons
-not available in Pants type. kalau tak i still beli this rangee

18) Applecrumby Chlorine Free Premium Baby Diaper Tape (old edition)

pros
-its chlorine free!
-thin and very soft on skin
-cutting lebar
-wetness indicator
-suitable for overnight use

cons
-harga kadang2 mahal, kena beli time sale baru berbaloi

19) Drypers Wee Wee Dry Tape

pros
-murah
-mudah didapati
-corak on diapers comel

cons
-cutting kecil
-anak i pakai always bocor
-serapan tak berapa bagus

20) Drypers Skinature (i dapat sample je)

pros
-very soft and comfy
-cutting besar
-no leaking
-suitable for overnight use

cons
-harga mahal dan susah nak sale

21) Huggies Ultra Natural Soft Pants

pros
-serapan sangat bagus
-tak bocor
-sesuai for overnight use
-ada wetness indicator

cons
-harga mahal sikit
-susah nak jumpa di kedai biasa

22) Lotus Cute & Care Pants (previously Tesco Fred & Flo)

pros
-daya serapan bagus
-tak bocor
-harga mampu milik

cons
-only available at lotus/online platform
-no wetness indicator

23) PetPet Night Tape (dapat sample)



untuk PetPet type ni, saya dapat sample sekeping and pakaikan dekat anak time dia baby. ada bocor time berak maybe sebab size dia longgar kat anak saya time tu. but in terms of absorption saya rasa okay je. dari segi harga saya kurang pasti sebab tak pernah lagi jumpa di kedai-kedai atau official store PetPet kat shopee. mungkin PetPet dah discontinue range ni tapi kalau masih ada lagi, saya akan beli untuk cuba.

24) Offspring Fashion Tape Diapers




pros
-thin but soft and comfy on skin
-chlorine free diapers
-no rashes/redness 
-tidak bocor
-kulit baby kering walaupun dah membuang
-cute design 

cons
-expensive 
-only available at certain shop/store

sekian review tak berbayar dari saya. sekarang anak saya setia menggunakan AppleCrumby Premium Overnight Pull-Up dan kalau in a tight budget, we'll go for Mamypoko Standard pants. Saya akan upload gambar-gambar diapers bila berkelapangan.

Selamat mencari diapers yang sesuai untuk anak mommies semua!

Sunday, 7 February 2021

Shopping barang baby

Shopping baby stuff can be exciting especially for first time mom-to-be like me. Hehe kitorang start beli barang baby masa aku dah masuk 7 bulan. mula-mula beli kat aeon je sebab itu je yg dekat dengan rumah. pastu terus register mummy's card aeon so every first weekend of the month dapat lah diskaun 5% if kita shopping barang baby/kids. walaupun 5% je tapi kalau shopping banyak jimat jugaklah kan. disebabkan aku first time and takde experience, aku follow je newborn & pantang checklist dekat blog Iman Abdul Rahim. cuma takdelah sebijik aku ikut.

macam baju-baju baby aku banyak beli kat aeon. ratusan ringgit jugakla habis kat pakaian baby saja hahaha tapi kitorang tutup mata aje sebabnya barang2 besar macam stroller, carseat, bath tub tu semua ada orang nak bagi. so dah jimat kat situ. barut baby pun banyak yg turun temurun punya so tambah sikit2 je. kain bedung pulak aku ada beli 3 helai kain bamboo muslin kat shopee. dah la murah pastu lembut pulak tu. design pun comel-comel je. size besar so boleh pakai lama, nak buat selimut pun boleh.

kalau tengok list atas ni memang semua barang maknya hahaha aku jenis yang kalau nak beli something tu memang akan survey habis-habisan baru beli. so lepas baca review and feedback orang, juga survey harga, pros and cons, maka selesailah sesi membeli belah barang baby dan half barang mummy heh 

sekian dari saya.


Friday, 29 January 2021

September to Remember

Pagi tu mama kejutkan aku dari tidur. kata dia “kak, bangun. uwan kau terkunci dalam bilik dia tu.” kelam kabut aku bangun dari tidur, tengok kat sebelah suami aku memang takde lah sebab dia jenis yang tak tidur lepas subuh. aku pun tak buang masa terus ke bilik uwan ikut mama. sampai depan bilik, mama tengah ketuk2 pintu bilik sambil panggil uwan dan atuk. atuk pulak ada masalah pendengaran jadi chances untuk dia dengar memang tipis. aku terpandang bilik sebelah, laki aku tengah panjat tangga sambil panggil nama uwan, atuk. bilik uwan dgn bilik sebelah hanya dipisahkan oleh dinding yang tak cecah ke siling. so kalau berborak pun memang orang kat bilik sebelah boleh dengar. yang buat aku tak sedap hati, bila laki aku panggil uwan tak menyahut. which means there was something wrong with her.

beberapa minit lepas tu, atuk bukak pintu sebab dia terpandang laki aku yg menjenguk dari atas dinding pemisah. masuk-masuk je bilik tu aku nampak uwan terbaring atas katil. matanya tertutup, cuma mulut terbukak bernafas dengan payah macam orang lelah. tengok keadaan uwan macam tu, aku terus call ambulans. bermacam-macam soalan ditanya pasal uwan sampai aku tergagap-gagap nak jawab sebab terlampau cemas. atuk masih lagi cool. sempat dia berborak dekat luar dengan kawan-kawan lama dia yang kebetulan datang melawat pagi tu.

aku dengan mama bergilir-gilir ajar mengucap di telinga uwan. sambil mengucap sambil mengalir air mata. sebelum tu kitorang call and whatsapp family yang lain untuk maklumkan keadaan uwan yang sedang nazak. aku sempat tengok uwan bukak mata sikit masa kitorang ajar dia mengucap tu. dia dengar, aku yakin. cuma dia tak dapat respon.

disebabkan ambulan tak sampai-sampai, mama suruh aku tunggu kat depan pagar. laki aku dah pecut naik motor tunggu kat simpang jalan masuk ke lorong rumah. aku tak sedap hati. aku nak jugak teman uwan walaupun ambulan tak sampai lagi. bila aku masuk bilik balik, jantung aku macam nak tercabut bila dengar mama kata, “kak, uwan kau dah diam je.” dan aku boleh nampak yang uwan dah tak gerak. takde lagi nafas dia. time tu jugak aku check nadi apa semua, bila tak dapat dengar lagi denyutan terus aku peluk uwan kejut dia sambil meraung kuat. nenek sedara call, aku hanya dapat jawab dengan sedu sedan tangis.

tak sangka hari tu sampai juga. hari dimana aku kehilangan seorang yang aku anggap sebagai ibu keduaku. nenek yang paling aku sayang lebih dari segalanya. akhirnya orang yang menjaga dan memanjakanku dari kecik sampai dewasa dijemput Allah. uwan dijemput Allah diwaktu usia kandungan aku 7 bulan. ada sikit rasa terkilan sebab hanya tinggal lagi 2 bulan untuk uwan berjumpa dengan cicitnya.

masih terngiang perbualan kami masa uwan masih hidup. aku borak dengan uwan pasal baby. nak jadi wan nyang dah uwan. balasnya “kalau panjang umur uwan pulak”. ibarat dia dah tahu dia tak sempat berjumpa cicitnya. dan tak lama lepas tu aku ada termimpi arwah. dalam mimpi tu aku tanya, uwan ke yang kunci pintu? arwah hanya mengangguk. kalau tidur malam, memang arwah suka kunci pintu bilik tidur untuk keselamatan. tapi tak sangka malam tu pun arwah akan kunci pintu memandangkan kami semua ada di rumah.

atuk pulak sampai sekarang masih teringat-ingat dekat uwan. kadang-kadang bila termenung sendiri, kitorang perasan air matanya mengalir. dan yang mengejutkan, tak pernah kitorang tengok atuk menangis teresak-esak. berulang-ulang dia kata dia ingatkan dia yang pergi dulu. atuk macam susah nak terima yang uwan dah takde. dan kami tak boleh nak salahkan atuk, siapa yang tak sedih kalau teman hidup yang hari-hari masakkan makanan kita, layan tengok wwe, bergaduh manja tiba-tiba pergi sekelip mata. sedangkan kitorang yang tak duduk sekali pun sedih teramat, inikan pula atuk yang duduk sebumbung.

wajah, suara, masakan, layanan manja yang uwan berikan akan sentiasa aku rindui. moga roh uwan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


dan hari ini ialah hari lahir arwah Ayah yang ke-63.
Al-Fatihah untuk arwah Ayah dan Uwan.

Monday, 18 January 2021

Pengalaman Bersalin sebagai Full Paying Patient (FPP) di Hospital Selayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. lama betul tak update blog ni. terniat di hati nak kongsi pengalaman bersalinkan anak sulung saya. Alhamdulillah genap sebulan umur anak saya harini hehe sebelum korang sambung baca, saya nak bagitahu siap-siap entry ni panjang berjela. sebab saya jenis suka cerita details untuk future reference hahaha

senang untuk semua faham, FPP ni satu scheme dimana korang dapat menikmati layanan/perkhidmatan macam kat hospital swasta tapi dengan kos yang lebih rendah dan berpatutan. korang jugak boleh pilih doctor/specialist yang akan mengendalikan kes korang dari awal sampai habis. tapi tak semua hospital ada FPP ni. boleh google hospital mana yg offer this scheme. macam saya, saya pilih hospital Selayang sebab hospital tu yg terdekat dgn rumah. kalau HKL ada FPP memang pergi situ je sebab lagi dekat dengan rumah hehe

saya sendiri pun tahu pasal FPP ni melalui pengalaman orang lain. yela, first time pregnant so memang zero knowledge. nasib baikla ada internet, segalanya di hujung jari hahaha tapi ditakdirkan pregnant time PKP dan bila search, takde satu pun yg share pengalaman bersalin FPP musim covid ni. jadinya tertanya-tanya macam mana procedure bersalin FPP musim PKP ni. mesti korang pun curious kan?

okay long story short, due saya 13/12/2020. saya mula booking FPP masa kandungan berusia belasan minggu. kalau tak silap 12 minggu kot? masa tu baru beberapa hari bukak buku pink kat KK. ye, bila fikir balik memang awal dan ada yg kata kalau awal sangat pihak hospital taknak terima. tapi kalau lambat booking pun takleh jugak sebab FPP ni cepat penuh. so nasihat saya, korang cuba je. macam saya, suami yg try call kaunter FPP. berhari-hari jugak call, line asek busy je. Alhamdulillah tak lama lepas tu dapat disambung ke kaunter FPP. nurse akan tanya details pasal kita; nama, no ic, berapa week kandungan etc. lepas tu dia tanya kita nak doctor mana. masa tu husband kata ada 2 orang doctor je available and both doktor lelaki; sorang chinese, sorang indian. suami saya pun mintak suggestion nurse tu. nurse kata dedua doktor okay tapi patient selalu pilih Dr Yu. so husband pun ikut ler suggestion nurse tu tanpa banyak cakap.

lepas tu, nurse terus bagi tarikh untuk first appointment. masa booking ni tak payah bayar apa2 pun lagi. first appointment saya dapat masa usia kandungan 32 minggu. untuk pertama kalinya saya jejak ke hospital selayang sebagai pesakit. pada hari first appointment tu suami drop saya kat lobi klinik pakar. time tu tak aware pulak procedure temujanji musim covid ni. kena datang sejam awal dari masa temujanji. appointment saya pukul 2, sampai hospital pukul 2. memang beratur panjang lah ceritanya. lepas je masuk dalam, terus ke kaunter FPP. bagi buku pink cakap ada appointment pukul 2 dengan Dr Yu. nanti nurse FPP tu akan bagi satu kad temujanji untuk pesakit FPP berwarna oren dan kad tu la yang kita akan bawa setiap kali datang temujanji. lepas settle semua, tunggu kat kaunter payment. untuk first appointment saya dicaj RM10 untuk registration fee, RM135 untuk ultrasound dan consultation. sepatutnya kena ambik urine test juga tapi disebabkan saya dah buat di KK beberapa hari sebelum appointment, nurse cakap tak perlu buat lagi. caj untuk urine test = RM20.

lepas settle payment, terus ke klinik O&G. selesai timbang berat dan check blood pressure, serahkan buku pink dekat nurse bertugas. make sure kita pegang nombor giliran yg tertera nama doctor FPP kita.




waktu menunggu bergantung kepada keadaan. contoh macam saya, masa first appointment dah lambat sampai. appointment pukul 2, tapi pukul 5 baru sampai giliran saya. yang ni memang silap sendiri lah. temujanji yang kedua pun pukul 2 jugak tapi pukul 3 lebih dah sampai giliran saya. saya perhati tak ramai patient yg jumpa Dr Yu. mungkin itu menyumbang untuk saya tak tunggu lama. macam mana saya tahu patient tak ramai? bilik Dr Yu bilik 18. dari pukul 2 saya boleh kira berapa patient yg masuk ke bilik 18. dari situ saya dapat agak bila sampai giliran saya. dan temujanji yg seterusnya pun takde la lama sangat menunggu.

pengalaman saya, saya diberi pilihan untuk pilih waktu temujanji. temujanji yang ketiga saya pilih pukul 12 tengahari. kaunter FPP dibuka mulai jam 12 tengahari. tapi pukul 1 hingga 2 petang semua kaunter ditutup - rehat. kalau korang pilih pukul 12 tengahari insyaAllah tak tunggu lama tapi make sure pukul 12 tu dah terpacak depan kaunter FPP lah. temujanji saya yang ketiga tak sampai sejam pun waktu menunggu dan consultation. suami pun terkejut sebab cepat sangat selesai urusan. lepas pada tu terus saya pilih waktu temujanji pukul 12 tengah hari. tapi ini depends on doctor jugak tau. jangan marah saya kalau awak pilih waktu yang sama tapi tetap kena menunggu lama.

temujanji kedua saya kena buat swab test untuk GBS. bukan geng bas sekolah eh. GBS ni Group B Streptococcus, sejenis bacteria yg boleh membahayakan baby masa bersalin nanti. so kena checklah samada kita ni pembawa atau tak. Alhamdulillah result GBS saya negative.

bila dah jumpa Dr Yu, barulah saya tahu rupanya dia Ketua Jabatan O&G. bukan kaleng2 doktor ya yg merawat patient FPP ni. lepas tu Dr Yu ni sangat lembut, peramah, sopan and a bit funny too haha terngiang kat telinga suara dia ketawa dan most importantly dia seorang yg sangat positif. pendek kata, Dr Yu punya aura tu buat saya terdetik untuk ambik dia juga for next baby xD

14/12/2020 (overdue sehari):

temujanji yg keempat baby masih belum keluar. sempat singgah selayang mall makan prosperity burger konon2 last lah makan sedap2 sebab berharap kena admit haritu. sekali bila jumpa doktor dia kata; "okay kita boleh bagi masa seminggu untuk baby. tapi kalau ada tanda-tanda terus ke dewan bersalin ya." ikutkan dia nak bagi sampai 20/12, tapi dia fikir2 balik better saya admit awal. jadinya dia keluarkan surat ward admission untuk saya admit 16/12.

16/12/2020 (overdue 3 hari):

malam tu pukul 8 saya terus ke dewan bersalin di tingkat 5 dengan suami. hospital bag semua saya bawak sekali tapi ditinggalkan dulu kat lobi belakang kaunter guard tu. kata makcik guard tu, nanti dah register and dapat wad baru bawak naik. suami bayar terus deposit RM3000 dan masa register nurse tanya, lepas bersalin nak bilik berapa orang? 1 bedded, 2 bedded atau 4 bedded room? bila fikir yg suami tak dapat teman dalam ward, saya terus mintak nak 2 bedded room. pukul 12 tgh malam baru dapat wad. sebelum bersalin saya ditempatkan di wad biasa di tingkat 5 tu — wad 5A. yang paling saya tak sangka, saya dapat bilik sorang. mungkin juga sebab saya FPP. bilik air pun disediakan dalam bilik tu so tak payah nak berebut dengan patient lain. alangkah bestnya kalau suami dapat teman :( saya call suami untuk bawa naik bag, tapi dia hanya boleh pass pada guard yg bertugas jaga wad tu. kalau dia hantar sendiri mungkin dia tak dapat masuk wad untuk azankan baby nanti.


ni bilik saya di wad 5A sebelum bersalin

17/12/2020 (overdue 4 hari):

nak dekat pukul 3 pagi nurse datang buat covid swab test. fuh, merasa jugak pedih kat hidung tu. pastu dia kata Dr Yu sibuk sikit so mungkin pagi nanti baru induce. sepatutnya tengah malam tadi. tapi bila fikir balik kalau dia induce tengah malam tadi mesti saya tak dapat tidur menahan sakit haha kira2 lepas subuh sorang doktor perempuan masuk check bukaan. baru 1 cm katanya. lebih kurang 7:30 pagi dia masukkan ubat untuk induce. ctg dipasangkan ke perut saya.


mesin CTG yang setia menemani

breakfast sebelum sakit contraction menyerang

lunch sebelum ditolak masuk ke labor room


tak lama lepas tu baru Dr Yu datang visit. saya dah mula rasa contraction sikit2 macam senggugut tu. pukul 2:30 ptg Dr Yu datang check bukaan. dah 5 cm katanya, prepare labor room. saya pun terus whatsapp suami yg di rumah untuk standby kat hospital. kira-kira pukul 3:30 petang saya ditolak masuk ke labor room. nurse pesan cuma bawa handphone untuk inform husband nanti dan pakai face mask. sampai di labor room maka bermulalah episod menahan sakit contraction.

berjam-jam menahan sakit sampai muntah-muntah, doktor decided untuk bedah sebab bukaan masih jugak 5 cm. dalam pada menahan sakit dalam labor room tu sempat jugak ye deme buat covid swab test buat kali kedua haha nurse suruh inform suami yg setia menunggu di lobi. saya minta suami naik ke depan labor room untuk doktor explain risiko caesarean. ingatkan bila dah decide kena czer tu terus masuk OT, rupanya nak dekat pukul 12 tengah malam baru saya ditolak masuk ke dewan bedah ye. so seharian jugakla saya menahan sakit contraction. alangkah bagus kalau suami dapat teman kan.

18/12/2020:

pukul 12:36 tengah malam keluarlah baby boy saya seberat 3.4kg. masa dengar dia nangis tu mengalir air mata saya. macam tak caya je dah jadi mak hahaha cliche angat. kira-kira pukul 2:30 pagi saya ditolak masuk ke wad FPP di level 11. whatsapp suami minta dia pergi ke wad 5A untuk ambik barang2 saya dan bawa ke wad 11B. dapatlah suami saya jenguk sekejap untuk ambik uri dan azankan baby. saya dapat 2 bedded room seperti yang saya request masa register. tapi katil sebelah kosong sampai hari yg saya discharge baru ada patient masuk -_- tapi bila dah ada baby tu tak sempat la nak rasa seram ke apa hahaha



mesin phototherapy - anak saya kuning sejak lahir so kena letak bawah lampu biru


post-surgery lunch.

dinner saya malam tu.

lunch before discharge - 19/12/2020

saya sempat whatsapp mak saya gambar lauk-lauk ni dan of course dia tak bagi saya makan sebab takut gatal. tapi saya bedal je dan Alhamdulillah takde apa pun. kata doktor, ikut ketahanan badan memasing lah. takde masalah pun kalau korang taknak makan lauk hospital ni tapi pastikan ada makanan sendiri lah sebab ibu yang breastfeed confirm lapar sentiasa hahaha yang pasti semua menu yang pihak hospital sediakan simple tapi sedap.

19/12/2020:

saya boleh discharge tapi baby saya ditahan di nicu sebab jaundice. kalau saya stay di wad sekali jaga dia lain pula kosnya nanti. jadi saya decide untuk balik rumah dengan berat hatinya tanpa baby. masa discharge suami yang settlekan semua benda termasuk balance payment.

total kos bersalin saya untuk 4 hari 3 malam ialah RM6.3k++. pada saya masih berbaloi dengan service dan rawatan yang saya dapat berbanding hospital swasta yang sudah tentu akan makan kos berbelas ribu untuk emergency caesarean. tapi kalau ada rezeki lebih nak juga merasa bersalin di hospital swasta hahaha


cenderahati dari pihak hospital


sekian dari saya, patient yang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan FPP hospital Selayang.

Tuesday, 6 October 2020

Pengalaman Buka Buku Pink

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Alhamdulillah lepas 9 bulan kahwin, Allah kurniakan rezeki untuk mengandung.

macam mana boleh tahu pregnant? firstly, missed period. and dlm pada tempoh tu, tekak rasa loya2. time tu mula la rasa, aku pregnant ke? tapi tak nak bagi harapan kat diri sendiri sebab sebelum ni pernah missed period 10 hari tp turned out bila buat upt, tak pregnant pun. hampa sikit tapi redha sebab tahu Allah dah rancang yg terbaik untuk kita.

okay, aku decide untuk buka buku pink pada hari raya kelima haritu, 28/5/2020. sebelum pergi buka buku, better set appointment dulu sama ada by call atau walk in. tapi sebab musim pkp, aku call je senang. mula2 aku call Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) yg dekat titiwangsa tu. sebab walaupun kk yg terdekat dgn rumah aku is KK Gombak setia, tp disebabkan alamat ic aku ialah KL, jadi aku tetap kena pergi ke titiwangsa untuk buka buku. bila dah call kk titiwangsa, dorang cakap aku kena pergi kkgs pulak. ah sudah.

long story short, esok pagi dlm pukul 8 lebih kitorang pergi kkgs. nak tahu tak nurse cakap apa? aku kena pergi kk titiwangsa sebab ic aku beralamat KL. panas betul aku time tu. tp apa boleh buat, nak taknak pergi jelah kk titiwangsa. sesampainya di sana, kena buat saringan dulu. husband tak boleh teman so laki aku duduk jela tunggu dlm kereta. nurse yg buat saringan tu tanya, dah set appointment ke nak buka buku ni? aku cakap la belum. dia pun minta details untuk set kan appointment. terkejut aku bila dia kata nanti nurse akan call bila dah ada tarikh. means dia suruh aku balik dulu. aku pun cakap la semalam dah call, nurse suruh naik je tingkat 2. then dia kata 'oh kenapa tak cakap da set appointment' ya ampunnn. apa salah gue ._.

tingkat 2 memang level untuk ibu dan anak so memang ramai ibu2 mengandung, yg bawa baby dan anak kecik kat situ. suara baby menangis di sana sini. aku nampak je ada kaunter terus cakap kat nurse tu, 'saya nak buka buku pink'. nurse pun suruh aku pergi ke satu hall ni, kat situ ada tulis 'pasar moden gombak' sumpah aku blur nak mampus time tu. nurse ramai tapi semua tengah occupied dgn ibu2 dan baby2 dorang. so bila aku nampak ada nurse yg free, terus tanya 'nak buka buku pink kat mana eh?' nurse tu suruh aku tanya kat nurse dlm bilik rawatan tu.

from nurse to nurse, akhirnya ada sorang nurse ni mendengar aku. dia suruh aku pergi turun bawah kat kaunter 14 or 15, cakap nurse Zulaiha suruh ambik nombor untuk buka buku. lalu aku pun turun la ke level 1 balik untuk cari kaunter yg dia cakap tu. Alhamdulillah, dapat jugak daftar buku pink kat kaunter tu. dia akan bagi dua copy buku pink. satu untuk kita, satu untuk simpanan dorang. penat je aku bawak sijil kahwin, bil api semua tapi nurse tak mintak pun haha 

nurse kat kaunter bawah tu bagi urine cup untuk buat urine test. dia suruh pergi ke tandas specimen dan lepas kencing tu letak urine cup kat ruang yg disediakan dlm tandas tu. disebabkan aku first time dengar tandas specimen, aku menonong ke tandas biasa kat level 2 tu. nasib baik ada sorang akak ni, maybe dia nampak aku pegang urine cup, dia tunjukkan aku arah untuk ke tandas specimen. cari punya cari, jumpa pun tandas specimen. sebenarnya ada je signboard tapi aku tak habis cari hahaa lepas kencing and letak urine cup kat tempat yg disediakan, aku bagi buku pink kat nurse dlm bilik makmal. makmal ni bilik untuk ibu2 ambik blood test dan ia bersebelahan je dgn tandas specimen tu. lepas dah check urine apa semua, nurse tu pulangkan buku pink dan suruh pula aku letak dlm bakul kat depan bilik rawatan masa mula2 aku sampai tadi. aku punya dia suruh letak dlm bakul kawasan A.

puas menunggu nama dipanggil, akhirnya turn aku sampai. nurse memang akan panggil nama kita so kena lah alert sentiasa. so nurse Zulaiha tadi lah yang attend aku haritu. Alhamdulillah untuk first time ni, dapat nurse yg peramah dan tak kekok nak berbual. since aku ni jenis pendiam, aku selesa dgn dia and cara dia communicate. nak tanya apa2 pun semua dia explain dgn terang. pendek kata, aku suka and lega la dapat dia hehe lepas timbang berat and ukur tinggi, check2 sikit, bersoal jawab dan sebagainya, nurse suruh aku ambik blood test lepas tu jumpa doctor untuk first scan. before that, dia akan bagitahu bila next appointment kita. macam aku, nurse tulis dalam buku pink tu siap2 so senang nak refer. so next month kena datang lagi untuk checkup.

maka kembalilah aku ke bilik makmal tadi. bagi buku dekat nurse and tunggu nama dipanggil sekali lagi. bila dah lama tak dicucuk memang terasa betul sakit dia ye hahaha selesai ambik darah, nurse pulangkan buku pink dan suruh pergi jumpa doctor pulak. nak cari bilik doctor pulak senang je sebab pintu bilik tu takde pemegang. tolak perlahan-lahan pastu cakap nak jumpa doctor. if doctor memang tgh free boleh terus jumpa, kalau tak maybe kena tunggu dulu. macam aku, doctor memang takde patient time tu so terus je dia check kita.

dgn doctor takde apa sangat, soal jawab biasa. pastu dia akan buat breast check-up untuk make sure breast kita sihat so segan sikitla bila doctor tu pegang kita punya 'gunung' huhu tapi takpe sebab ada tirai untuk cover kita masa doctor check tu. pastu doctor sapu gel kat perut untuk scan pula. inilah masa yg ditunggu-tunggu sebab ni first scan aku, untuk menentukan betul ke ada baby dlm rahim aku ni. masa scan tu doctor senyap, aku senyap, yela sebab skrin satu je so doctor je boleh tengok. habis je scan tu terus aku tanya, baby sihat ke? Alhamdulillah doctor kata, baby membesar sesuai dgn usia kandungan. masa tu ada satu perasaan datang, macam sebak campur gembira? ntah tapi aku rasa bahagia sebab selama ni aku antara percaya dgn tak je yg aku mengandung hmm drama je hahaha

selesai sesi dgn doctor, tunggu dekat luar kejap. bila nurse panggil untuk pulangkan buku pink, dia akan inform bila next appointment dgn doctor pulak. make sure buku pink yg kita bawak balik tu patient copy ye, bukan nurse punya copy. maka dgn itu, selesai lah first check up dan register buku pink. pukul 12 tengah hari jugak ye habis segala-galanya. klinik pun dah lengang time tu. pasni sila lah keluar rumah lepas subuh kalau nak habis cepat hahaha

result urine test aku tadi, kencing kotor sikit. gara2 aku mabuk teruk, setiap kali makan minum mesti akan keluar balik. so badan kekurangan air. bila cerita dekat nurse, dia bekalkan aku 2 pack obimin. dgn harapan obimin akan bagi zat2 untuk cover balik diet aku yg huru-hara tu. malangnya pil obimin tu bapak besar. menangis aku nak telan T_T so sekarang since mabuk dah kurang, aku usahakan minum air kosong banyak2 untuk cerahkan balik warna air kencing.

demikianlah pengalaman saya membuka buku pink. sekarang kandungan dah pun berusia 30 minggu, which means kena datang check up 2 minggu sekali. sekejap je masa berlalu, perut pun dah makin boyot. doakan mummy dan baby sihat ye!


hahaha selalu kena macam ni xD


Wednesday, 1 May 2019

Fitting baju kahwin

Hi y'all. Selamat Hari Pekerja untuk yg dah bekerja tu. hmm nak cerita sedih sikit. hari tu aku pergi fitting baju. kitorang ambik full pakej minus photographer dari satu wedding planner ni. lets just call it Z. but first, yes, im getting married in less than 3 months. huhu

married, 55, and 100 things to do in life image

okay sambung. plannya nak pakai tema biru la untuk baju sanding. sebab both incik tunang and I suka warna biru. untuk nikah pulak pakai putih sesuci lebaran. before this ada terbaca review kat google pasal wedding planner ni. ada yg kata catering takde masalah cuma part bridal mcm kureng sikit. bila baca tu jadi tak keruan lah aku. takut tak dapat apa yg diidamkan sebab aku memang nak sangat pakai warna pilihan aku tu.

Related image
camni la lebih kurang dream wedding dress aku.

sesampai disana, kitorang naik ke tingkat atas untuk sesi perbincangan. lepas dah bincang warna pelamin, bunga dan macam2, time untuk pilih baju. aku pun tanya kat person in charge (pic) tu, 'ada warna baby blue tak?' pic tu pun kata, mana yg ada kat depan mata kitorang tu, yg itu jelah pilihan yg kitorang ada. dan aku pun mulalah rasa kecewa sebab warna baby blue tak banyak kat situ. pic tu turunkan 2 pasang baju warna baby blue untuk aku try. satu dress, satu lagi 2 piece punya baju. dress tu sangatlah biasa pada aku. boleh buat pakai g dinner atau majlis2 formal biasa. yg 2 piece tu cantik tp kecik. mula dari situ aku rasa down sebab masa kat expo, salesgirl cakap selalu size untuk orang tinggi mcm aku banyak. rupanya hampeh. dah la pilihan yg ada pun tak berapa menarik.

pastu aku try lagi satu baju. dress songket warna biru-turquoise yg bukan taste aku. tengok pun dah tahu besar gedabak. tapi takpe, sebab depa suruh aku try, aku masuk jugak fitting room untuk try. dan ye memang besar sampai bahu pun jatuh. tp pic tu kata boleh alter nanti. namun begitu, aku langsung tak berminat dgn dress tu. aku keluar dari fitting room dgn muka hampa. pic suggest aku dress maroon sebab size besar sikit. aku dah la tak minat warna2 gitu. tahu aku takde pilihan tp merah kot? memang taklah :-x aku tanya dia dress yg labuh kembang takde ke sebab aku taknak baju yg fit melekap ke badan. dia kata dress banyak yg putih.

Related image

sebelum pic suggest warna yg tak kena dimata aku lagi, aku pun tenung barisan baju2 yg tergantung. mata aku tertarik kat satu dress warna putih bunga kuning-emas. aku pun tunjuk yg tu untuk deme turunkan. sekali tengok memang aku tahu size aku. and i was like, 'this will be it'. aku pun p try la and yes, memang muat elok terletak kat badan aku. it was sooo kembang macam dress princess in a fairy tale tu. aku pun tunjuk kat mak aku, dia kata cantik. and then panggil incik tunang untuk tengok, he also agreed. lastly aku keluar dari fitting room, tunjuk kat bakal mak mentua. dia on sesaja, kalau dah itu je yg muat, ambik je hahaha

and so, the dress is meant to be my wedding dress. incik tunang akan pakai smart coat beserta tanjak sebab kat belah lelaki dia nak pakai blazer coat. nikah putih, sanding putih, i iz pasrah. mungkin jelas sangat kuciwa kat muka aku time tu, incik tunang pun cakap, kat belah lelaki kita pakai biru lah. terus bersinar balik muka aku yg muncung time tu xD and lagi satu, tips nak fitting baju, pakailah dress atau jubah sebab senang korang nak try baju2. nasib baik aku haritu pakai dress so tak leceh nak take it off and pakai balik.

i know warna dress tak penting tapi tulah, every girl has their own dream wedding dress. apa yg penting majlis nanti berjalan lancar. doakan ye!

Image result for counting months

Sunday, 24 March 2019

Bachelor of Business Administration (Hons.) Human Resource Management

Hi all. okay harini rasa macam terlebih rajin untuk menulis di blog so for this entry, im gonna talk about my degree program iaitu Business Administration (Hons.) Human Resource Management. BBA stands for Bachelor of Business Administration and Hons. is Honours. atau dlm bm kos ni dipanggil Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia. long story short, aku akan terus pergi ke subjek2 dalam kos HR ni and friendly reminder, i was a HR graduate from UiTM.


semester 1
semester 2
semester 3
semester 4
semester 5
semester 6 (Internship)

okay kalau korang perasan semester 1 tu GPA, CGPA dan hours earned aku semua 0 kat situ kan. that means aku buat credit transfer. disebabkan masa diploma dulu aku ambik kos from the same faculty, jadi aku dah takyah ambik kos tu lagi. so masuk2 je degree dah takyah g koko apa bagai. terus boleh skip ke semester 2 punya subjek. but if korang ambik kos from faculty lain masa diploma, korang kena start balik dari semester 1 which means korang kena ambik semua kos di semester 1. tapi aku tak sure korang boleh buat credit transfer untuk koko ke tak. nanti korang explore la sendiri yek.

masa aku mula2 masuk, memang semua benda kena buat sendiri. daftar kos sendiri, cari kelas sendiri, kena jumpa koordinator program sendiri. bayangkanlah kena berjalan dalam kampus yg besar nak mampus tu. orang lain dah start kelas kitorang yg kos HR ni lepas sebulan barulah masuk kelas. pastu terkejar2 nak habiskan silibus.

kalau korang tanya aku senang ke tak HR ni, i would say, it depends. macam aku, awal2 lagi aku dah emotionally unstable sebabnya Ayah aku meninggal lepas 2 minggu aku register. so disebabkan personal matter camni aku tak dapat fokus since kena settlekan banyak benda. padahal kos ni la yg aku apply dan sungguh2 harap dapat. end up, aku pilih untuk layan perasaan dan belajar sambil lewa. so guys, please dont be like me. you'll regret it if you do.

personally if korang tanya favourite subjek aku, i would say semua HRM code lah. for example, HRM533. dari situ korang boleh nampak HR in overview. and dari sini korang kena get ready untuk belajar lebih lagi. dapat pulak lecturer yg sporting, memang best. HRM537 aku tak berapa gemar sebab mungkin cara penyampaian lecturer buat aku rasa sendu, walaupun the lecturer was nice.

semester 4 and semester 5 korang dah start belajar banyak HRM courses. dari HRM542 aku belajar buat video resume. gigihla suruh roommate record kita bercakap sorang2 hahaha kos ni best sebab kita belajar cara recruit orang and all the staffing stuff. HR549 atau kita panggil HRD ni pun best sebab aku belajar cara handle event. i even became an emcee for our class' event. okaylah ada jugak experience jadi emcee. kelas ni jugaklah yg aku selalu skip sebab lebih pentingkan tidur hahaha tapi the lecturer was awesome sebab suka tolong student. and now talking bout HRM582 employment law. what do you expect? of course we'll be learning about malaysian labor law and all. dari course ni juga we'll be exposed to a lot of cases. kita akan belajar cara selesaikan kes tu mengikut labor law.

masuk sem 5 kita ada HRM544. this course is all about performance masa kerja and KPIs. cara evaluate employee dan macam2 lagi. next code, organization development was my least favourite sebab aku tak berapa faham and i disliked the way the lecturer ajar (sorry not sorry). beli buku mahal2 end up tak dapat A pun hahaha HRM648 ni well, the course title says it all. you'll learn on how to compensate employees, the benefits macam salary, leaves and so on. also you'll be exposed to HRIS, HR system yg most companies pakai untuk bayar salary pekerja, record leaves, mc apa semua tu. and then industrial relations. lebih kurang macam employment law. kitorang ada buat trip to labor court and witnessed the proceedings ourselves.

now we're entering the final semester which is the real deal. no more classes and assignments but bigger things awaiting you. okay, industrial training ni atau dlm bm latihan industri ataupun kita panggil internship is where you'll learn to work in the real industry. but depends jugak on tempat intern korang tu. kalau cam aku tak belajar banyak sebab tak dapat department HR. so i did only basic admin works such as photocopying, shredding, filing and zzz. sebab tu aku susah sikit nak dapat kerja in HR field sekarang ni. so better korang kerja keras sikit cari tempat intern yg boleh kasi experience yg akan berguna untuk korang in the future.

lepas tu, masa internship bukanlah semata bangun pagi g kerja, petang balik kerja ye. dah kena buat internship of course la kena siapkan project paper. jangan risau sebab in sem 5 korang dah belajar cara buat thesis in research methods. kalau masa sem 5 korang dah faham and pakar in research methods then masa intern korang tak perlu risau lagi. jangan terkejut kalau kawan korang yg from different program buat thesis in group. HR student memang akan buat thesis INDIVIDUALLY and its okay if you think its unfair and even question why sebab aku dulu pun rasa camtu. tapi ada pros and cons of working in group, korang anggap jelah ni cabaran untuk korang sebelum habis belajar. yg paling penting, doalah dapat advisor yg sporting and helpful. sebab kalau tak, menangislah korang tak berlagu *macam aku*

okay aku rasa banyak dah aku share. lain2 course tu maybe korang dapat imagine kan. finance, accounting, economics, english dan sebagainya. takkan la aku nak kupas satu2 untuk korang, tak sesurpris lah nanti ehek. and im sorry if this entry is not helpful enough for you sebabnya semua yg aku share adalah based on pengalaman aku masa 2015-2017. so mana yg terkurang tu sorry sangat. apa-apa pun aku doakan korang berjaya dalam bidang yg korang pilih.


Image result for goodluck weheartit

best of luck!

Thursday, 17 January 2019

Lepasan SPM?

okay entry ni khas untuk lepasan spm yang tengah buntu nak buat apa lepas ni. untuk yg dah ada plan atau dah tahu nak buat apa, aku suggest jangan baca sebab aku taknak korang terpengaruh atau tak setuju dengan apa yg aku nak tulis ni. ceh macam serius je. tak, memang serius.

Image result for lepas spm tumblr

so dah habis spm kan? result pun akan keluar bulan 3 nanti. korang tengah buat apa sekarang? kerja part time? tolong mak ayah niaga? ambil lesen kereta/motor? atau jadi dugong kat rumah? apa2 pun yang korang tengah buat, enjoylah sebab hidup korang lepas keputusan spm keluar akan lebih mencabar. takut tak?

sekali lagi, untuk sesiapa yg taktahu nak buat apa, aku suggest sebelum apa2 pun, pergi ambil lesen. tak kisah lah kau ada kereta atau tak, one day lesen kau tu akan berguna jugak, trust me. kalau takde duit, boleh kerja part time atau full time. gaji tu jangan nak joli sangat beli handphone baru dan benda tak perlu. aku tahu perasaan tu, aku pun pernah jadi lepasan spm mcm korang. lagi best kalau parents korang nak sponsor untuk korang ambil driving class. yelah, kita baru habis sekolah mana nak cekau duit ye dak?

then, fikir nak sambung belajar kat mana. atau maybe korang dah tak nak study lagi, memang otak dah tepu dengan buku, okay boleh terus kerja. tapi sini aku nak fokuskan untuk korang yg nak sambung belajar. ada banyak pilihan untuk lepasan spm ni. tinggal apply je. tapi masalahnya nak pilih mana satu? buntu? so kat sini aku nak share berdasarkan pengalaman aku.

Image result for study tumblr

firstly, matrikulasi atau matriks. selalunya yg apply ni student aliran sains tulen lah kan. i was once a science stream student. untuk yg account pun ada tapi aku tak sure and takleh cerita banyak sebab aku bukan dalam aliran sastera. zaman aku dulu, tempoh belajar di matriks cuma setahun je. sekejap kan? sebab tulah ramai yg bersinar mata bila tahu, sebabnya nak habis cepat. ye, memang sekejap tapi dalam setahun kau kena belajar dalam fast pace. kau takleh main2 dan kalau kau terkandas, bye bye. jujur aku cakap, kalau nak pilih matriks, fikir masak2 sama ada korang mampu bawa atau tidak. jangan ikut kawan, jangan masuk sebab nak habis cepat dan yang paling penting, jangan masuk matriks sebab parents suruh. sekarang ni yg nak belajar korang ke parents korang? fikirlah otak *tiber

tapi aku dengar sekarang matriks dah ada yg 2 tahun eh? zaman aku tu dah berapa tahun lah pulak kan. and matriks ni, kalau kau pass, adalah sijil matriks kau. dan kalau result mu tak cantik, maka kamu pun kelaut lah. dengan berbekalkan sijil matriks, kau boleh terus apply degree. kalau result dan pointer cantik, dapatlah bidang yg kau mintak. kalau tak, dia lelong je kau kat memana ipta yg kosong, kos pun kos lelong.

okay yang kedua, diploma. aku tahu ramai yang tak berminat nak apply diploma sebab ambil masa bertahun-tahun untuk graduate. ada yg 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun pun ada. it depends on the course. diploma tak macam matriks. kau boleh la rilek sikit tapi bukanlah bermakna korang boleh main2. still ada kuliah, assignment dan sebagainya cuma kita tak belajar dalam fast pace. that's why dia ambil masa bertahun untuk habis. dan of course diploma ada convocation which matriks takde. so berbaloilah usaha korang belajar bertahun-tahun dekat universiti, akhirnya dapat naik pentas, buat parents bangga. so dah fikir nak pilih matriks ke diploma?

Related image

next, stpm. pilihan ni aku rasa orang pilih bila dah takde pilihan. paham tak? hahaha tapi zaman aku dulu, bila kau dapat offer matriks, kau takkan dapat offer stpm. bila dapat stpm, tak dapat offer matriks dah. and im not sure why. tapi mungkin sekarang dah tak camtu, aku pun tak update. stpm ni macam sekolah sikitlah. kau kena pakai uniform sekolah pastu kena pergi sekolah macam biasa. tak sure if sekarang ni dah takyah pakai uniform, korang boleh research sendiri. then stpm pun ada sem-sem jugak. cuma tempohnya setahun setengah je. then bila dah pass, boleh apply ke degree terus dengan sijil stpm tu. and yg bestnya takyah berjauhan dengan family (untuk korang yg homesick ler) so dah decide nak pilih matriks, diploma atau stpm?

untuk yang berniat nak sambung asasi (foundation) atau A-Level korang boleh survey sendiri sebab aku tak reti nak explain pasal tu. sorry sangat. sama jugak dgn yg berminat nak sambung belajar ke universiti or kolej swasta. korang boleh search sendiri pasal course and macam2 lagi dekat website derang. aku just boleh share pengalaman aku je, yang lain aku tak berani cakap banyak.

okay, lepas spm dulu aku dapat offer matriks. kolej matrikulasi pulau pinang atau senang orang panggil kmpp lah. kawan2 rapat aku semua dapat sana. seronok tak seronok? dah plan dah nak shopping barang sama2, nak buat semua benda sama2. excited teruk lah. mana taknya, pergi tempat baru dengan kawan2. semangat tak? memang bahagia. tak fikir dah mampu tak mampu bawa.

tiba2 bila keputusan upu keluar, aku dapat offer diploma kat uitm perak. ah sudah...berbelah bahagi. parents aku pulak suruh pergi perak sebab lagi dekat. ya, deme fikir jarak je. time nilah bahagia yg dikecapi tu hilang. betul lah orang kata, bahagia ni cuma sementara. hati aku berbelah bagi sangat time tu. nak pergi matriks sebab ada kawan2. nak pergi perak sebab dekat and dapat course yg dimohon. pilihan aku?

setelah fikir masak2, aku pilih untuk ambil diploma di uitm perak dan lepaskan offer matriks. kenapa? sebab aku fikir jangka masa panjang. ya, memang seronok masuk matriks dengan kawan2 rapat semua tapi mampu ke aku bawa course sains tu lagi? mampu ke aku belajar dalam fast pace and catch up semua benda dlm setahun? mampu?

aku fikir, adanya kawan2 tu hanya untuk keseronokan jangka masa pendek. kawan2 yg ada belum tentu dapat tolong kita. yelah, dlm belajar ni otak memasing lah kan. kawan2 aku ramai yg geliga otak. dibuatnya nanti dorang lepas, aku terkandas. time tu nak menyesal pun tak guna. walaupun dah pilih diploma, hati aku masih berat. tp orang kata, lama2 kita akan move on. lagi tetibe

Image result for friends and study tumblr

dan lepas kau buat keputusan, percayalah, akan adanya bisik2 negatif di telinga kau. ada kawan aku cakap, buat apa pilih diploma, lama kot bertahun. baik pilih matriks, habis cepat. buat apa pilih diploma, buang masa. time ni kalau aku tak kuat, mungkin aku akan berubah fikiran dan pergi matriks dengan dorang. and guess what gais? kawan2 aku yg cakap banyak ni, sorang terkandas sampai kena tukar uni tukar degree, sorang lagi kena campak ke uni jauh kos lelong sebab result tak berapa nak cantik. dan aku? bersyukur sebab tak dengar cakap dorang.

aku tak halang korang kalau nak pilih matriks. cuma kalau pilih tu biar ikhlas dari hati. sebab sekarang ramai pergi sana sebab parents. aku tahu, most parents bangga kalau anak masuk matriks. kos sains, nanti boleh jadi doktor, boleh jadi engineer. hakikatnya sebab parents macam nilah anak2 stress dan terkandas. zaman sekarang, sains bukanlah penentu masa depan. malah kat sekolah2 pun sekarang, kat uni and kolej, jumlah student dalam science stream dah makin berkurang. sebab apa? sebab budak2 dah pandai memilih bidang yg banyak peluang pekerjaan. ramai yang dah lari ke business field. aku bukan cakap kosong. boleh buat research & tengok sendiri kalau tak caya.

and kalau korang nak pilih matriks sebab minat yg mendalam dan yakin korang mampu bawa, silakan. ada je kawan2 aku yang keluar matriks dengan pointer yg cantik. dapat degree pun dalam bidang sains. tapi ramai lagi yg keluar matriks dgn result yg beshe2 dan end up dapat degree yg bukan sains. ada tu siap parent kecewa sebab dia tak dapat degree in science field, tapi dapat business. apa2pun semuanya berbalik pada cara kita menilai dan berfikir.

to be honest, ada kawan2 aku yg dulunya lepasan matriks, bekerja sama2 dgn aku sekarang. ya, sebab tu aku kata, bidang sains bukan penentu masa depan. zaman sekarang yg banyak saingan ni, kau kena betul2 cemerlang dalam bidang tu untuk mendapat tempat. kalau tak, kena lelong la cite dia. berapa ramai orang yg kerja lari bidang? study sains, kerja bisnes. tak ke rasa dah ambik peluang yg sepatutnya untuk dorang yg study bisnes? itulah hakikat dunia sekarang ni.

ikut rezeki masing2. ada yg lepas spm terus bekerja pun hidup senang. ada yg belajar tinggi2 pun sampai sekarang meniaga burger tepi jalan. ada jugak kawan aku lepasan stpm, sambung degree dan skarang bekerja dalam bidang yg dia belajar. alhamdulillah seronok tengok perkembangan dia. it all depends on your rezeki and minat. aku langsung tak rendahkan mana2 pekerjaan mahupun bidang belajar. aku menulis sekadar berkongsi dan untuk korang berfikir. sebabnya dah ramai yg tersalah pilih. so for the sake of your own future, think and choose wisely.

i wish you all goodluck!


Image result for further study tumblr

p/s: boleh tengok entry aku yang ni jugak: please read

ShopBack


Hi, korang tahu tak shopback tu apa?




okay sekarang mcm dah dapat la sikit kan apa benda shopback tu. so sambil kita keluar duit, kita dapat duit. earning while shopping gitu. cashback tak banyak lah yg dia bagi tapi okay lah dari takde langsung en. aku pun tahu natang ni dari twitter. pastu mestilah nak cuba kan nak tengok betul ke tak kita boleh dapat cashback. lalu aku pun cubalah masa 12.12 haritu.


so pilih je memana online app yg kita nak shopping tu. dia akan direct bawa ke website derang

mula2 aku install app shopback ni kat phone then create shopback account. pastu aku blur camne nak bagi shopback ni track transaction kat phone. jadi aku pun bukak acc shopback kat laptop. bila login tu terus dia suggest kita untuk add button shopback ni kat chrome supaya nanti bila kita nak shopping senang dia track transaction kita.




bila dah masuk website tu, contoh haritu aku pilih hermo, click logo shopback kat bar atas tu untuk activate shopback cashback. so bila dah activate tu dia automatically akan trace kita punya transaction.


bila logo dah jadi hijau means dia dah activated
dia akan bagitahu yg transaction kita direkod

then startlah shopping. shopback akan email kita the latest transaction beberapa jam kemudian. so dari situ lah kita tahu yg dia dah track transaction kita. juga dia akan send notification kat phone kalau ada install app shopback.



sekarang aku dah reti pakai app dekat phone so lagi senang. rasa menyesal jugaklah baru tahu pasal shopback ni. kalau tak mesti dah banyak cashback aku sebabnya aku tiap bulan beli topup kat 11street. okay kalau lagi senang memang pakai mobile app lah sebab kita senang nak check history, bebila dan dimana sahaja anda berada cewah.



jumlah cashback setiap kali transaction tu taklah banyak mcm yg aku cakap. kalau korang beli barang rm50 kebawah baru berapa sen cashback. kalau korang tengok ada orang yg sampai beribu cashback tu means dia dah lama guna shopback and kerap shopping. macam aku ni baru berjinak-jinak so total cashback pun tak sampai 5 ringgit. tapi rugi kan kalau tak buat shopback ni sebab walaupun jumlah tak banyak, siapa yang nak bagi kita duit free2 gitu jaa? kepada yg nak mencuba, aku ucapkan selamat mencuba dan happy shopping!


Image result for online shopping tumblr gif
gif ni from a movie tajuk Confessions of a Shopaholic. kalau korang belum tengok, better tengok lagi2 korang yg kaki shopping tu sebab memang best sangattt!

-

Disclaimer:
ni bukan paid review ye. all information is based on my experience. niat untuk sharing saja. thanks