Saturday, 11 May 2013

the left-handed man

entah apa2 tajuk. ah sukati aku la nak letak tajuk apa pun :p hmm siapa kidal kat sini? tahniah sebab anda dilahirkan unik dari orang lain hehee sepanjang hidup aku yang hampir2 cecah 19 tahun ni, ada beberapa orang lelaki kidal yang aku kenal, majoriti yang aku selalu bagi perhatian. oh dalam family aku pun ada yang kidal. paksu, pakteh n cousin aku dua orang. semua LELAKI. perempuan kidal mmg jarang2 aku jumpa. tapi yang paling dekat ngan aku adalah dlm 2 orang. nad bff aku tersayang dengan jijah, classmate aku muahahaha sorry kalau ada yg aku tak sebut, aku ni pelupa sikit. tapi korang tetap ada dlm hati aku *sila muntah sekarang*


this is so me when i'm trying to wear henna -_-

okay, first guy to mention ialah crush pertama aku. nama diaaa... mana boleh bagitau. bocor la rahsia aku miahaha nak cerita sikit pasal dia ni. kisah kitorang agak pelik tapi benar. dulu dia sefamily duduk satu flat ngan nenek aku. dipendekkan cerita, ibu dia kenal nenek aku sebab bisnes yang ibu dia buat, masa tu aku darjah 5. slalu gak lah datang umah nenek aku. aku pun pernah g umah dia sekali, sorang pulak tu sebab nak hantar barang, and dia sendiri yang bukak pintu. itulah kali pertama dan terakhir aku bercakap dengan dia. bila ingat balik rasa macam bodoh2 je lah -_- lama2 mak aku dengan ibu dia rapat. aiseyman hidup siapa yang tak indah kalau mak sendiri kawan dengan mak crush dia, lagi2 ibu dia selalu sangat cerita pasal dia. tapi tu semua tak jamin apa2. lama2 aku pun minat dia.




rupanya dia ramai secret admirer. hotstuff skolah kot dulu. yelah, dia tinggi, putih pulak tu, mmg hensem lah. nak cerita lagi, kitorang banyak sangat persamaan, time tu rasa mcm dia mmg jodoh aku. bengong2 je. dia dah la sebaya, time skolah dulu satu rumah sukan dengan aku, dia dapat no 2 dlm kls sama mcm aku, kitorang sekelas kat skolah agama, dia anak lelaki tunggal dlm adik bradik, aku anak perempuan tunggal, nama kitorang ada 12 huruf, and yang paling takleh blah, time ambek PSRA kat sekolah agama dulu, dlm exam hall tu, tempat aku betul2 SEBELAH dia -_- i was like, ya Allah, apa nasib aku? suka mmg suka tapi rasa malu, kaku, awkward semua ada haih cuba lah korang bayangkan kalau korang kat tempat aku. lagi2 hampir satu kelas tau aku suka dia -_- dan dia pun tahu sebenarnya.


rasa nak bagi penampar je sekor2 -..-

persamaan kitorang tak berhenti takat sekolah rendah je. naik sekolah menengah, rupanya dia dapat masuk kelas yg sama ngan aku, 1 utarid. tapi nasib baik dia tak sekolah situ. ibu dia hantar pergi sekolah luar negeri. so sampai situ jelah cerita kitorang. lama2 aku pun dah tak minat kat dia sebab dah jumpa crush baru :p dlm tempoh tu aku ada pergi rumah dia, bukan kat flat nenek aku dah, dia pindah. mak aku yang ajak. malangnya lahai bila time tu dia ada pulak kat umah. awkward gila -_- mesti dia pikir aku saja ambek kesempatan nak datang umah dia, usha dia. eww please bro. aku takdelah desperate sangat mcm stalker2 kau dulu. oh ya, dulu dia ni ramai admirer sampai ada yg datang ke rumah, then kena halau dengan ibu dia. aku rasa ida tau cerita ni :p hahaha kesian korang. aku senang2 je pergi rumah dia, bitch be jelly :p lagi satu, aku tau semua pasal dia sebab ibu dia banyak cerita kat mak aku. aku curi2 dengar la, eleh kalau tak curi2 pun mmg terdengar gak -.- and ibu dia selalu jugak tanya pasal sekolah kat aku, sebab kitorang satu sekolah saan, sekolah game. agak lama jugak aku tak jumpa dia, last cerita aku dengar dia kat syria tak salah. ntah da balik malaysia ke belum. ibu dia pun da jarang2 datang umah aku, datang pun kadang2 je masuk, selebihnya just borak kejap then pergi sebab ibu dia selalu rushing. macam tulah sekarang.




3 perenggan untuk seorang sahaja hahaha sikit la sangat :p k seterusnya ialah first celebrity crush, David Archuleta! tayah cerita panjang pasal dia sebab dah banyak kali cerita hahaa suka tengok dia main gitar dlm video Crush :D dia pun terer main piano gak, macam Guhreysern. and birthday dia sama dengan birthday first crush aku kat sekolah menengah, Irwansyah :>






next is One Direction's Niall Horan wuuu dia ni tersangatlah comel. mula2 tengok, ingatkan dia yg paling muda dlm band tu ahaha what so special bout nialler? he's niall, he's in one direction. he sings and play an instrument with 6 strings on it! bahahaha food and niall cannot be separated. and birthday dia 5 hari sebelum birthday aku wahhh terasa dekat hehee






dan hari ni, aku baru tau, Justin Bieber yang famous amos tu rupa2nya kidal jugak -_- hahaa dah tak minat memang lah taktau. sedih kan cerita aku? kbye.




aku pegang gitar macam ni jugak oh :o ikut selesa ah kot kan

orang cakap kalau pegang baby belah kanan ni kidal. memang betul sebab pakteh aku pegang baby belah kanan. mak, nenek aku semua pegang belah kiri. tapi kes macam aku special sikit sebab aku pegang belah kanan gak mwehehe :p

No comments:

Post a Comment