sebenarnya aku boring, so haritu aku godek2 lah entry2 lama yg dah berkurun dalam blog aku ni. tiba2 entah mende aku tekan, terpublishlah salah satu entri yang aku taknak orang baca dah. aiseymannn -,- aku dah delete dah tapi still kluar kat dashboard korang macam kat bawah ni kan?
sila abaikan ok. bila baca balik post2 lama aku, boleh tahan rempitz gak bahasa aku hahaha rasa cam tak caya je aku yang tulis semua tu. menyampah pun ada -_-
aku rasa kalau aku dah kahwin pun takkan macam ni -_- |
oh semalam aku mimpi something. gigi aku tercabut. bukan sebatang je pulak tu. habis rongak aku tau. masa bangun tidur tadi, aku cuba refresh balik mimpi tu. lepas tu time mandi aku teringat pulak maksud mimpi tu. habis mandi terus cepat2 aku google pasal mimpi tu. sentap hati mak nak bila baca pasal maksud mimpi tu. taknak lah cerita kat sini apa maksudnya sebab kalau dibaca banyak kali boleh jadi doa pulak. kalau korang nak tau sangat pilah google sendiri. tapi korang sendiri pun mesti dah tau kan apa maksud dia. duhhh seram sejuk aku. terus teringat kat parents aku, atuk nenek aku. mohon dijauhkan la benda2 tak elok daripada family aku. Amin.
bila ingat2 balik, petang semalam aku ada cerita pasal braces dengan mak aku. aku tanya kalau orang pakai braces boleh kena sambar petir ke sebab most braces kan besi. lepas tu mak aku cakap taktau. dia tanya pulak, siapa yang nak pakai braces? cara dia tanya tu macam nak kata aku pulak yang nak pakai braces hahaa aku cakap la member aku ramai yang pakai braces. then tanya pulak berapa kalau pasang braces tu bagai aih mak aku ni berkenan nak pasang braces ke apa -_- ok sebenarnya aku nak cakap, maybe sebab perbualan aku dengan mak aku tu lah kot yang buat aku mimpi pasal gigi patah tu. nak sedapkan hati. tapi ada jugaklah rasa takut tu sikit. malam nanti aku nak bagitau mak aku pasal mimpi ni. tengok apa dia kata pulak. haih macam2.
No comments:
Post a Comment